Rendang Itik Pedas Cili Padi

12:45 PTG

Peminat itik nombor satu di rumah kami sudah tentulah Fuad. Sepanjang berada di rumah sejak 13 September 2020 lepas, banyak kali jugalah Amie masak itik atas permintaannya. Selain itik panggang, Amie pernah masak itik rendang. Rendang Itik Pedas Cili Padi yang Amie paparkan ini merupakan hidangan hujung tahun 2020 yang belum sempat dijadikan entri.

 
Rendang Itik Pedas Cili Padi


Amie merendang seekor itik yang beratnya lebih 2 kg. Seperti biasa Amie masak cara lebur semua bahan dalam kuali. Cuma, di saat-saat akhir rendang nak masak kenalah jaga -jaga takut hangus walaupun gunakan kuali tak melekat dan api kecil. Waktu itu bukan main seronok rasa hati melihat minyak terbit berlinang-linang! Macam buat minyak kelapa pulak dah!
Orang kata kalau nak dapatkan rendang itik yang sedap, kenalah salai itik terlebih dahulu. Amie tak salai itik, cuma toskan hingga kering itik yang sudah dipotong. Ada juga yang rebus itik sebelum merendang. Nak potong berapa daging itik? Ikut sukalah, nak saiz kecil atau besar. Amie potong 16 keping termasuk lehernya yang panjang itu.... ahaks!


Bahan A:
  • 1 ekor itik - potong 16 bahagian - toskan hingga kering
  • 1.5 kg pati santan
  • 3 helai daun limau purut - buang urat
  • 2 sudu besar kerisik
  • 2 keping asam gelugur
  • 2 helai daun kunyit - hiris halus
  • garam / gula Melaka / perasa pilihan secukupnya
Bahan B : Kisar
  • 1 cawan cili padi 
  • 4 batang serai - ambil isinya yang putih
  • 1 helai daun kunyit
  • 10 biji bawang merah
  • 3 ulas bawang putih
  • 2 cm halia
  • 2 cm kunyit hidup
  • 2 cm lengkuas
Cara memasak:
  1. Masukkan kesemua Bahan A dan Bahan B  kecuali hirisan daun kunyit ke dalam kuali, dan jerang di atas dapur.
  2.  Kacau perlahan-lahan sehingga masak, dan taburkan garam / gula Melaka / perasa pilihan secukupnya.
  3. Apabila kuah mulai pekat, taburkan hirisan daun kunyit sentiasa dikacau supaya tidak berkerak.
  4. Padamkan api dapur.

9 comments

  1. Itikkkk... Sukanya saya kepada itik 🦆seperti juga suka kepada kambing🐑.. Sedap & exotic

    BalasPadam
  2. Apa beza rasa ayam dengan itik. tapi tenguk rendang itik amie ni hish nampak sedap je. aduhaiii

    BalasPadam
  3. Rasanya tak rebus pun tak apa kot itik ni kan, Amie, sebab merendang tu pun dah lama, tentu lembut dah daging itik tu direndang. Kita pun suka betul bila tengok minyak dah mula berlinang semasa merendang sebab Kita pun suka masak dengan cara lebur semua bahan.

    BalasPadam
  4. Ooo, lebur semua sekali, tak payah tumis dulu. Nampak sedap rendang itik. Saya tak pernah masak itik.

    BalasPadam
  5. kesukaan rendang pedas mcm ni cicah dgnnasi or ketupat
    sedapp tp itik sy tak penah try mkn he he sepanjang hidup ni

    BalasPadam
  6. Ini lauk Fuad pulak ye. Senang kerja masak rendang style lebur semua. Ada hirisan daun kunyit tu buat penambah sedap aroma masakan rendang. Saya tak pernah lansung makan itik. bila tak makan, tak berani nak cuba makan. huhu

    BalasPadam
  7. itik panggang sedap jugak.. disalai pun sedap.
    rajin akak masak itik.. bertuah anak2

    BalasPadam

TERIMA KASIH TINGGALKAN KOMEN.

Labels

~Albania ~Australia (Perth) ~Balkan ~Bosnia and Herzegovina ~Bosnia Herzegovina ~Brunei Darul Salam ~Bulgaria ~China (Shenzhen - Guilin - Yangshuo - Guangzhou) ~Croatia ~Cuti-Cuti Malaysia ~Ekspedisi ~Europe ~India (New Delhi - Srinagar - Pahalgam - Gulmarg) ~Indonesia ( Padang - Bukit Tinggi - Jambi - Palembang - Jakarta ) ~Indonesia ( Sumatera Barat - Bukit Tinggi - Padang ) ~Indonesia (Bandung - Jakarta - Jogjakarta) ~Travelogue ~Indonesia (Kalimantan Timur: Nunukan - Tarakan - Balikpapan - Samarinda - Tenggarong) ~Indonesia (Sidoarjo - Surabaya - Malang) ~Indonesia (Surabaya - Malang) ~Italy ~Jalan-Jalan Cari Ikan ~Jalan-Jalan Cari Makan ~Johor ~Kedah ~Kelantan ~Kenali Hidupan Akuatik ~Korea Selatan - Seoul - Nami Island ~Kuala Lumpur ~Madinah 2023 ~Makkah & Madinah ~Makkah 2023 ~Melaka ~Montenegro ~Muhasabah Diri ~Negeri Sembilan ~Nepal (Kathmandu-Pokhara-Dhampus-Machhapuchhre Base Camp) ~Pahang ~Pakistan ~Penginapan / Homestay / Hotel / Resort ~Perak ~Perlis ~Pulau Pinang ~Putrajaya ~Republik Macedonia ~Sabah ~Saudi Arabia ~Selangor ~Slovenia ~Tempat Menarik di Malaysia ~Terengganu ~Thailand ( Bangkok - Hua Hin) ~Thailand (Hatyai) ~Travelogue ~Turki ~Turkiye ~Umrah ~Umrah 2023 ~Vietnam ( Da Nang - Hoi An - Ba Na Hills) Acar Advertorial Agar-Agar Air Asam Aneka Hidangan Nasi Aneka Hidangan Sup Aneka Jenis Serunding Anekdot Antologi Puisi Apam Asian Food Festival Awards Ayam / Itik / Burung BBQ Bekal Makanan Biskut Buah Bubur Buku Cerita / Komik / Cerpen / Novel Buku Motivasi Buku Resepi Buku Resipi Buku Sejarah Buku Travelog / Novelog Cerita Dari Dapur Cerita Dari Pasar Cerpen Kanak-Kanak Chips Contest / Kuiz / GA Desserts Dried Pasta: Spaghetti/ Spiral / Fusili / Rigatoni / Fettuccine / Risoni / Lasagne / Conchiglie / Tagliatelle / Macaroni / etc Dumpling / Wantan / Siew Mai / Dim Sum Food Review Hari Raya Hasil Karyaku Herba Hidangan Berbuka Puasa Hidangan Berpantang Hidangan Bersahur Hidangan Tengah Hari / Malam Hidangan Tengahari / Malam Himpunan Kad Ucapan Ikan Japanese Food Jeruk / Pickles Johor Juadah Hari Raya Juices / Smoothies Kampung Laman Kek Kek Lapis Kek Lapis Sarawak Kek Sarawak Kelas Masakan Keluarga Kerabu Kerang-Kerangan Ketam / Sotong / Udang Khidmat Foodpanda Kiriman Komentator Korean Food Kudapan Kuih Raya Kuih Tradisional Nusantara Kuih-Muih Kuiz / GA Lain-Lain Laksa / Mee / Mee Hoon / Kuey Teow Lembu / Kambing / Lamb / Rusa Lobster Malaysian Food Festival Masakan Ala Kadazan / Dusun Masakan Ala Bajau Masakan Ala Bugis Masakan Ala Cina Masakan Ala Cocos Masakan Ala Jawa Masakan Ala Mamak Masakan Ala Nyonya Masakan Ala Pakistan Masakan Ala Thai Masakan Asia Selatan Masakan Asia Tengah Masakan Brunei Masakan India Masakan Indonesia Masakan Minang Masakan Negeri Sembilan Masakan Pahang Masakan Sabah Masakan Sarawak Masakan Singapura Masakan Suluk Masakan Timur Tengah Masakan Tradisi Kedah Masakan Tradisi Kelantan / Terengganu /Pantai Timur Masakan Tradisi Melayu Melaka Masakan Tradisi Perak Masakan Tradisi Pulau Pinang Masakan Tradisional Nusantara Masakan Utara Menu ala Fusion Minuman Panas / Sejuk Muffin Nuffnang Oleh-oleh Otak-Otak Pakistan Pastry Pemakanan Sihat Pembelian Online Petua Di Dapur Pie Pizza Puding Resepi Amie's Little Kitchen di Media Cetak Resepi Bonda Roti Sambal Sambutan Hari Istimewa Santai Bersama BEN ASHAARI Sarapan Pagi / Minum Petang Sate Sayur Seafood Segmen : Meriahnya Dunia Masakan Segmen Share Resipi Setulus Kasih Soto & Coto South Africa & Portuguese Food Telur Tempahan Western Food Wordless Wednesday

Subscribe