Sedapnya Serunding Kerang PKP 2.0

6:33 PTG

Dengarnya PKP 2.0 seluruh negara akan disambung sehingga 18 Februari 2021 kecuali negeri Sarawak. Pastikah? Kita tunggu dan lihat nanti. 

Sebelum itu, mari kita ke dapur cari apa yang patut untuk minum petang. Sedapnya kalau dapat makan pulut tanak  dengan Serunding Kerang! Jangan lupa sediakan secawan kopi hitam. Sudahlah hari hujan, memang terus layan sampai kenyang!

Serunding Kerang

Bonda pernah kirimkan melalui pos laju bungkusan berisi pelbagai jenis serunding yang dibuat sendiri. Waktu itu, cuti hari raya tak banyak, jadi tak dapat balik Malaya. Agaknya teringat anak yang jauh di mata, jadi diusahakan supaya sampai juga air tangannya ke LD. Ada serunding daging dan serunding kelapa ditambah ikan bilis dan kacang tanah. Satu lagi, serunding kerang. Bonda gunakan kerang kering. Apabila Bonda datang ke LD, sudah tentulah serunding juga yang dibawa, selain burung puyuh goreng berempah. Bonda sudah siap-siap goreng 60 ekor burung puyuh dari rumah, dibawa terbang ke LD. Sewaktu Kak Ros datang dengan anak buah ke LD, juga Bonda kirimkan serunding kelapa pelbagai jenis.

Pendek kata, selain serunding kelapa yang kosong, Bonda pelbagaikan bahannya. Hasilnya, jadilah:

  • Serunding kerang
  • Serunding lala 
  • Serunding barai. 
  • Serunding daging
  • Serunding ayam
  • Serunding ikan bilis
Amie pun pernah bawa oleh-oleh serunding dari LD ke Malaya : Serunding rusa! 



Entah dari mana datangnya rajin petang tadi, elok-elok terlelap ketika hujan turun, tiba-tiba bingkas bangun ke dapur dan sempat buat serunding kerang pula. Kalau Bonda gunakan kerang kering, Amie gunakan kerang basah saiz kecil. Sesetengah resipi serunding, akan ditambah santan pekat tetapi Amie tidak gunakannya. Kali ini Amie pinjam idea MAMA CELLA, iaitu bubuh daun limau purut dalam serunding kelapa.

Jom lihat resipi Serunding Kerang dari dapur Amie:

Bahan-bahan:
  • 1 biji kelapa parut
  • 500 gram isi kerang segar
  • 1 sudu besar rempah kari
  • 1 batang serai - diketuk
  • 1 sudu kecil pati asam jawa
  • 2 sudu besar parutan gula Melaka
  • 3 helai daun limau purut
  • garam / perasa pilihan secukupnya
  • 4 sudu besar minyak
Bahan tumbuk / kisar:
  • 3 ulas bawang putih
  • 5 biji bawang merah
  • 7 tangkai cili kering
  • 1 sudu besar ketumbar biji
  • 1/2 sudu kecil jintan putih
  • 1 sudu kecil jintan manis
  • 3 hiris halia
  • 3 hiris kunyit hidup
  • 2 hiris lengkuas
  • 1 batang serai - hiris halus
Cara memasak:
  1. Panaskan minyak dan tumis bahan kisar. Masukkan sekali serbuk rempah kari dan serai.
  2. Setelah terbit aroma, masuk kerang dan gaul rata.
  3. Kemudian masukkan gula, garam / perasa pilihan, asam jawa dan diikuti kelapa parut.
  4. Gaul rata.
  5. Masukkan daun limau purut.
  6. Masak di atas api perlahan sambil selalu dikacau supaya tidak hangus atau berkerak.
  7. Jika suka serunding basah, tak perlu masak lama di atas dapur. Jika suka serunding kering, sangailah sehingga garing.
Terima kasih Mama Cella. Ada bau-bau semerbak daun limau purut dalam serunding!

8 comments

  1. sedapnya serunding...tapi nak membuatnya ya ampunn... minta nyawa.. nak nak kalau nak raya... sekawah

    BalasPadam
  2. Sedapnya nampak sis! Terliur saya. Oh byw, saya ada sesuatu untuk sis Amie.

    Jemput ke blog saya di sini:
    https://www.syaznirahim.com/2021/02/top-commentator-blog-syazni-rahim.html?m=1

    BalasPadam
  3. Aduhaiii sedap nampak serunding kerang kak amie. Makan dengan pulut pulak tu. Nikmat betul :)

    BalasPadam
  4. Wah, sedapnyaaaaaa nampak serondeng cikgu. Ada kerang pulak tu, lagi la sedap. Makan dengan burasak sedap ni.. Barai tu yang macam anak ketam tu yer. Rasanya kat Kedah dioanggil yat-yat kot. Rasanya la.. Hihihi

    BalasPadam
  5. Nampak sedap Kak Amie..tapi macma complicated plak..SA nak kena focus baca resepi..teringin jugak nak buat..lama dah x makan kerang sejak harga dia mahal namati kat Semenanjung ni

    BalasPadam
  6. nampak sedap ni, klu ada ketupat sedapppppp

    BalasPadam
  7. Nanti nak try juga buat serunding satu hari nanti. Sedap betul tengok serunding kerang Amie.

    BalasPadam
  8. Masya Allah sedap nya serunding kerang Amie. Kerang mmg kegemaran sy, serunding kan plk. Tkasih byk2 tau..

    www.asmahabubakar.com

    BalasPadam

TERIMA KASIH TINGGALKAN KOMEN.

Labels

~Albania ~Australia (Perth) ~Balkan ~Bosnia and Herzegovina ~Bosnia Herzegovina ~Brunei Darul Salam ~Bulgaria ~China (Shenzhen - Guilin - Yangshuo - Guangzhou) ~Croatia ~Cuti-Cuti Malaysia ~Ekspedisi ~Europe ~India (New Delhi - Srinagar - Pahalgam - Gulmarg) ~Indonesia ( Padang - Bukit Tinggi - Jambi - Palembang - Jakarta ) ~Indonesia ( Sumatera Barat - Bukit Tinggi - Padang ) ~Indonesia (Bandung - Jakarta - Jogjakarta) ~Travelogue ~Indonesia (Kalimantan Timur: Nunukan - Tarakan - Balikpapan - Samarinda - Tenggarong) ~Indonesia (Sidoarjo - Surabaya - Malang) ~Indonesia (Surabaya - Malang) ~Italy ~Jalan-Jalan Cari Ikan ~Jalan-Jalan Cari Makan ~Johor ~Kedah ~Kelantan ~Kenali Hidupan Akuatik ~Korea Selatan - Seoul - Nami Island ~Kuala Lumpur ~Madinah 2023 ~Makkah & Madinah ~Makkah 2023 ~Melaka ~Montenegro ~Muhasabah Diri ~Negeri Sembilan ~Nepal (Kathmandu-Pokhara-Dhampus-Machhapuchhre Base Camp) ~Pahang ~Pakistan ~Penginapan / Homestay / Hotel / Resort ~Perak ~Perlis ~Pulau Pinang ~Putrajaya ~Republik Macedonia ~Sabah ~Saudi Arabia ~Selangor ~Slovenia ~Tempat Menarik di Malaysia ~Terengganu ~Thailand ( Bangkok - Hua Hin) ~Thailand (Hatyai) ~Travelogue ~Turki ~Turkiye ~Umrah ~Umrah 2023 ~Vietnam ( Da Nang - Hoi An - Ba Na Hills) Acar Advertorial Agar-Agar Air Asam Aneka Hidangan Nasi Aneka Hidangan Sup Aneka Jenis Serunding Anekdot Antologi Puisi Apam Asian Food Festival Awards Ayam / Itik / Burung BBQ Bekal Makanan Biskut Buah Bubur Buku Cerita / Komik / Cerpen / Novel Buku Motivasi Buku Resepi Buku Resipi Buku Sejarah Buku Travelog / Novelog Cerita Dari Dapur Cerita Dari Pasar Cerpen Kanak-Kanak Chips Contest / Kuiz / GA Desserts Dried Pasta: Spaghetti/ Spiral / Fusili / Rigatoni / Fettuccine / Risoni / Lasagne / Conchiglie / Tagliatelle / Macaroni / etc Dumpling / Wantan / Siew Mai / Dim Sum Food Review Hari Raya Hasil Karyaku Herba Hidangan Berbuka Puasa Hidangan Berpantang Hidangan Bersahur Hidangan Tengah Hari / Malam Hidangan Tengahari / Malam Himpunan Kad Ucapan Ikan Japanese Food Jeruk / Pickles Johor Juadah Hari Raya Juices / Smoothies Kampung Laman Kek Kek Lapis Kek Lapis Sarawak Kek Sarawak Kelas Masakan Keluarga Kerabu Kerang-Kerangan Ketam / Sotong / Udang Khidmat Foodpanda Kiriman Komentator Korean Food Kudapan Kuih Raya Kuih Tradisional Nusantara Kuih-Muih Kuiz / GA Lain-Lain Laksa / Mee / Mee Hoon / Kuey Teow Lembu / Kambing / Lamb / Rusa Lobster Malaysian Food Festival Masakan Ala Kadazan / Dusun Masakan Ala Bajau Masakan Ala Bugis Masakan Ala Cina Masakan Ala Cocos Masakan Ala Jawa Masakan Ala Mamak Masakan Ala Nyonya Masakan Ala Pakistan Masakan Ala Thai Masakan Asia Selatan Masakan Asia Tengah Masakan Brunei Masakan India Masakan Indonesia Masakan Minang Masakan Negeri Sembilan Masakan Pahang Masakan Sabah Masakan Sarawak Masakan Singapura Masakan Suluk Masakan Timur Tengah Masakan Tradisi Kedah Masakan Tradisi Kelantan / Terengganu /Pantai Timur Masakan Tradisi Melayu Melaka Masakan Tradisi Perak Masakan Tradisi Pulau Pinang Masakan Tradisional Nusantara Masakan Utara Menu ala Fusion Minuman Panas / Sejuk Muffin Nuffnang Oleh-oleh Otak-Otak Pakistan Pastry Pemakanan Sihat Pembelian Online Petua Di Dapur Pie Pizza Puding Resepi Amie's Little Kitchen di Media Cetak Resepi Bonda Roti Sambal Sambutan Hari Istimewa Santai Bersama BEN ASHAARI Sarapan Pagi / Minum Petang Sate Sayur Seafood Segmen : Meriahnya Dunia Masakan Segmen Share Resipi Setulus Kasih Soto & Coto South Africa & Portuguese Food Telur Tempahan Western Food Wordless Wednesday

Subscribe