Secawan Teh & Classic Fairy Tales

9:09 PTG

Petang tadi kononnya hendak kemas ruang bacaan. Mood untuk menyusun buku-buku sudah lama hilang bersama arus air banjir. Pernah suatu senja yang malang beberapa tahun lalu, apabila banjir melanda air masuk ke dalam rumah dan merendam buku serta majalah di ruang bacaan. Waktu itu rasa hairan melihat karpet di ruang bacaan terapung-apung di atas air! Pertama kali mengalami banjir memang sungguh memeranjatkan! Kasut dan selipar berenang menuju ke pintu pagar. Semua ikan peliharaan di kolam melepaskan diri tak tinggal seekor pun! Belum sempat berbuat apa-apa, air begitu cepat bergenang di segenap ruang. Encik Suami dan jiran tetangga segera menyelamatkan kereta, diletakkan di kawasan tinggi. Ya Allah! 

Selepas air surut lagilah rasa sengsara! Kena bersihkan segala lumpur dan kotoran yang singgah. Tak dapat bayangkan bagaimana keadaan kampung dan kawasan yang dilanda banjir.

Itu cerita banjir. Sekarang kita cerita tentang buku. Terjumpa sebuah buku cerita lama, koleksi cerita dongeng klasik oleh Hans Christian Andersen yang tidak pernah jemu Amie baca berulang kali sewaktu zaman kanak-kanak dahulu. Dahulu Amie baca dalam versi bahasa Melayu. Apabila Amie sudah bekerja, dan masih berminat membaca, Amie beli koleksi cerita dongeng versi bahasa Inggeris pula. Amie tidaklah begitu mahir dalam bahasa Inggeris, tapi setakat baca cerita dongeng yang pendek-pendek bolehlah. kalau diberi novel dalam bahasa tersebut, memang dari kulit depan dan kulit belakang sajalah Amie baca.... ahaks!

The Little Sea Mermaid - Hans Christian Andersen page 543-559.

Salah sebuah kisah dongeng yang sangat Amie suka baca sudah tentulah The Little Sea Mermaid (1837). Dalam versi lain, tajuknya The Little Mermaid.

Walaupun pernah menonton filem dan juga animasi, tetapi sangat berbeza rasanya ketika menjiwai watak Little Mermaid ketika membaca. Benarlah, kata orang apabila kita membaca kita turut berimaginasi, jauh menerawang membayangkan apa yang tersirat di sebalik yang tersurat.

Paling syahdu, dan rasa hati bagai tersusuk sembilu bila membaca perenggan di bawah ini: 


When it grew dark, coloured lamps were lighted and the sailors danced merry dance on deck. the little sea maid thought of the first time when she had risen up out of the sea, and beheld a similar scene of splendour and joy; and she joined in the whirling dance, and flitted on as she swallow flits away when he is persued; and all shouted and admired her, for she had danced so prettily. Her delicate feet were cut as if with knives, but she did not feel it, for her heart was wounded far more painfully. She knew this was the last evening on which she should see him for whom she had left, her friends and her home,and had given up her beautiful voice, and had suffered unheard-on pains every day, while he was utterly unconscious off all. It was the last evening she should breathe the same air with him, and behold the starry aky and the deep sea; and everlasting night without thought or dream awited her, for she had no soul, and could win none. And everything was merriment and gladness on the ship tillpast midnight, and she laughed and danced with thoughts of death in her heart.

Akhirnya,  waktu dihabiskan dengan membaca cerita dongeng dan ruangan bacaan masih sama seperti sediakala! Wokey! Sambil melayan perasaan, sambil minum secawan teh panas, dan kunyah butter cookies. Sekian.

16 comments

  1. Cerita mermaid memang sedih.
    Biasalah kita akan baca yang Bahasa Melayu. Apabila sudah mahir baca yang versi Bahasa Inggeris.

    BalasPadam
  2. wak penah dgr nama author Hans Christian Andersen tu tapi x penah baca

    BalasPadam
  3. cantinya gambar...saya nak teringin nak ambil gambar cantik gitu...tp malasnya nak setting props..hahaha

    BalasPadam
  4. Adoi.. LAmanya tak membaca buku-buku klasik macam ini..

    BalasPadam
  5. Selamat membaca.
    Wak tak gheti baca buku omputih, tak faham

    BalasPadam
  6. kak mmg suka baca kisah dongeng klasik ni

    BalasPadam
  7. Secangkir teh panas, beberapa keping butter cookies cukup mendamaikan..duduk di laman sambil membaca atau di ruang bacaan..lagi best dapat lepak kat mana2 di Cameron highland

    BalasPadam
  8. Hehe. Tak jadi mengemas ye, Amie. Syok baca. Buku klasik tu. :)

    BalasPadam
  9. kisah fairytales saya suka tengok kartun ataupun animation. Ada waktu santai seronok juga membaca sambil mengeteh :)

    BalasPadam
  10. apat ke sy ni mmg ralit x igt dunia😆

    BalasPadam
  11. Memang best ada ruangan membaca khas ni, disajikan lagi dengan biskut dan air teh panas. :)

    BalasPadam
  12. betul n bila banyak membaca tu kita sendiri pun mampu berimaginasi sendiri n hasilkan penulisan sendiri :)

    BalasPadam
  13. suka tgk kak Amie snap gambar jelas! mcm pro kak..guna cam ape kak? :)

    BalasPadam
  14. Suka tgk gambar yg kak amie ambil... byk props akak

    BalasPadam
  15. lama tak membaca.. mood membaca dh tukar ke blog

    BalasPadam

TERIMA KASIH TINGGALKAN KOMEN.

Labels

~Albania ~Australia (Perth) ~Balkan ~Bosnia and Herzegovina ~Bosnia Herzegovina ~Brunei Darul Salam ~Bulgaria ~China (Shenzhen - Guilin - Yangshuo - Guangzhou) ~Croatia ~Cuti-Cuti Malaysia ~Ekspedisi ~Europe ~India (New Delhi - Srinagar - Pahalgam - Gulmarg) ~Indonesia ( Padang - Bukit Tinggi - Jambi - Palembang - Jakarta ) ~Indonesia ( Sumatera Barat - Bukit Tinggi - Padang ) ~Indonesia (Bandung - Jakarta - Jogjakarta) ~Travelogue ~Indonesia (Kalimantan Timur: Nunukan - Tarakan - Balikpapan - Samarinda - Tenggarong) ~Indonesia (Sidoarjo - Surabaya - Malang) ~Indonesia (Surabaya - Malang) ~Italy ~Jalan-Jalan Cari Ikan ~Jalan-Jalan Cari Makan ~Johor ~Kedah ~Kelantan ~Kenali Hidupan Akuatik ~Korea Selatan - Seoul - Nami Island ~Kuala Lumpur ~Madinah 2023 ~Makkah & Madinah ~Makkah 2023 ~Melaka ~Montenegro ~Muhasabah Diri ~Negeri Sembilan ~Nepal (Kathmandu-Pokhara-Dhampus-Machhapuchhre Base Camp) ~Pahang ~Pakistan ~Penginapan / Homestay / Hotel / Resort ~Perak ~Perlis ~Pulau Pinang ~Putrajaya ~Republik Macedonia ~Sabah ~Saudi Arabia ~Selangor ~Slovenia ~Tempat Menarik di Malaysia ~Terengganu ~Thailand ( Bangkok - Hua Hin) ~Thailand (Hatyai) ~Travelogue ~Turki ~Turkiye ~Umrah ~Umrah 2023 ~Vietnam ( Da Nang - Hoi An - Ba Na Hills) Acar Advertorial Agar-Agar Air Asam Aneka Hidangan Nasi Aneka Hidangan Sup Aneka Jenis Serunding Anekdot Antologi Puisi Apam Asian Food Festival Awards Ayam / Itik / Burung BBQ Bekal Makanan Biskut Buah Bubur Buku Cerita / Komik / Cerpen / Novel Buku Motivasi Buku Resepi Buku Resipi Buku Sejarah Buku Travelog / Novelog Cerita Dari Dapur Cerita Dari Pasar Cerpen Kanak-Kanak Chips Contest / Kuiz / GA Desserts Dried Pasta: Spaghetti/ Spiral / Fusili / Rigatoni / Fettuccine / Risoni / Lasagne / Conchiglie / Tagliatelle / Macaroni / etc Dumpling / Wantan / Siew Mai / Dim Sum Food Review Hari Raya Hasil Karyaku Herba Hidangan Berbuka Puasa Hidangan Berpantang Hidangan Bersahur Hidangan Tengah Hari / Malam Hidangan Tengahari / Malam Himpunan Kad Ucapan Ikan Japanese Food Jeruk / Pickles Johor Juadah Hari Raya Juices / Smoothies Kampung Laman Kek Kek Lapis Kek Lapis Sarawak Kek Sarawak Kelas Masakan Keluarga Kerabu Kerang-Kerangan Ketam / Sotong / Udang Khidmat Foodpanda Kiriman Komentator Korean Food Kudapan Kuih Raya Kuih Tradisional Nusantara Kuih-Muih Kuiz / GA Lain-Lain Laksa / Mee / Mee Hoon / Kuey Teow Lembu / Kambing / Lamb / Rusa Lobster Malaysian Food Festival Masakan Ala Kadazan / Dusun Masakan Ala Bajau Masakan Ala Bugis Masakan Ala Cina Masakan Ala Cocos Masakan Ala Jawa Masakan Ala Mamak Masakan Ala Nyonya Masakan Ala Pakistan Masakan Ala Thai Masakan Asia Selatan Masakan Asia Tengah Masakan Brunei Masakan India Masakan Indonesia Masakan Minang Masakan Negeri Sembilan Masakan Pahang Masakan Sabah Masakan Sarawak Masakan Singapura Masakan Suluk Masakan Timur Tengah Masakan Tradisi Kedah Masakan Tradisi Kelantan / Terengganu /Pantai Timur Masakan Tradisi Melayu Melaka Masakan Tradisi Perak Masakan Tradisi Pulau Pinang Masakan Tradisional Nusantara Masakan Utara Menu ala Fusion Minuman Panas / Sejuk Muffin Nuffnang Oleh-oleh Otak-Otak Pakistan Pastry Pemakanan Sihat Pembelian Online Petua Di Dapur Pie Pizza Puding Resepi Amie's Little Kitchen di Media Cetak Resepi Bonda Roti Sambal Sambutan Hari Istimewa Santai Bersama BEN ASHAARI Sarapan Pagi / Minum Petang Sate Sayur Seafood Segmen : Meriahnya Dunia Masakan Segmen Share Resipi Setulus Kasih Soto & Coto South Africa & Portuguese Food Telur Tempahan Western Food Wordless Wednesday

Subscribe