Sate Ayam VS Cucur Ikan Bilis

5:35 PTG

Hari ini Abang Farid belanja kami sekeluarga makan sate. Encik Suami tolong belikan di Pondok Sate, tempat anak buah sebelah Encik Suami berniaga sate dan sayap ayam panggang. Abang farid minta Encik Suami belikan 70 cucuk sate ayam. Banyaknya bang! Biarlah, kata Abang Farid. Memang saya nak belanja 70 cucuk sate. Tak payahlah makan nasi lagi.

Hurrmmm...! Ikan sudah dikeluarkan dari freezer. Tunggu masa untuk dimasak. Amie masak nasi sehari sekali saja, makan tengahari merangkap ke petang. Anak-anak sepakat, kata dah kenyang makan sate dan tak perlu masak nasi lagi. Memanglah kata kenyang sebab perut sedang kekenyangan. Tak lama nanti tentu tanya, Mommy masak apa? Sudahlah hujan, sejuk lagi. Tentu perut asyik rasa lapar.

Tak apalah. Kita makan sate saja. Kalau lapar petang nanti, pandai-pandaikan berusaha  cari makan sendiri. Bukankah semuanya bekas pengakap, tahu erti ikhtiar hidup...kah! Jadi, Amie masukkan semula ikan ke dalam freezer.

Sate ayam & the gang.

Dua hari lepas Abang Farid bisik-bisik dekat Amie. Katanya, elaunnya sebagai tutor yang tertunggak selama dua bulan sudah masuk akaun. Alhamdulillah. 

Hari ini mendung sepanjang hari. Hujan sekejap-sekejap. Matahari tak muncul. Memang seronok sangatlah makan sate sekeluarga di dapur.

Untuk tidak buat kerja dua kali di dapur (masak nasi) Amie pun buatkan cucur ikan bilis campur jagung untuk kudap-kudapan petang nanti.

Seperti yang dijangkakan, cucur ikan bilis campur jagung yang Amie letak di bawah tudung saji sudah hilang 3/4. Tak sampai pun 5 minit Amie letakkan di situ. Siapa punya kerja tu? Tak lain tak bukan Abang Farid dengan Firdaus. Lepas itu terdengar Abang Farid berkata kepada Fairuz yang baru turun dari biliknya: Ada cucur di dapur!


Nanti kalau Fuad pula turun dari biliknya, tentu hanya tinggal bekas cucur ikan bilis di bawah tudung saji! Adalah tu nanti yang bujang satu tu akan masak sendiri di dapur!

8 comments

  1. Murah rezeki Abang Farid belanja family.
    Cucur terlajak laris, siapa cepat dia dapat lebih :)

    BalasPadam
  2. Alhamdulillah..belanja keluarga..moga murah rezeki Abg Farid..

    BalasPadam
  3. yay, Abg Farid good job.. belanja family :)

    BalasPadam
  4. Tengok cucur bilis jagung tu.. Dah dapat idea untuk petang ni..Buat kudapan Hihihi

    BalasPadam
  5. Hehe, puas hati macam tu. Masak je, anak-anak makan, tak membazir. Bagus. Sedapnya tengok sate. Feberet saya tu, Amie, Sate. :)

    BalasPadam
  6. banyaknya 70 cucuk sate!! kalau anak lelaki mmg berbaloi ni sbb anak² lelaki ni pemakan orgnya.. hahaha

    BalasPadam
  7. Semoga rezeki Abg Farid melimpah ruah selepas ini..sedap nampak satay tu haa...

    BalasPadam
  8. hahaha.. banyak betul satay tu. harap habis dimakan.
    sedap satay ayam makan panas2

    BalasPadam

TERIMA KASIH TINGGALKAN KOMEN.

Labels

~Albania ~Australia (Perth) ~Balkan ~Bosnia and Herzegovina ~Bosnia Herzegovina ~Brunei Darul Salam ~Bulgaria ~China (Shenzhen - Guilin - Yangshuo - Guangzhou) ~Croatia ~Cuti-Cuti Malaysia ~Ekspedisi ~Europe ~India (New Delhi - Srinagar - Pahalgam - Gulmarg) ~Indonesia ( Padang - Bukit Tinggi - Jambi - Palembang - Jakarta ) ~Indonesia ( Sumatera Barat - Bukit Tinggi - Padang ) ~Indonesia (Bandung - Jakarta - Jogjakarta) ~Travelogue ~Indonesia (Kalimantan Timur: Nunukan - Tarakan - Balikpapan - Samarinda - Tenggarong) ~Indonesia (Sidoarjo - Surabaya - Malang) ~Indonesia (Surabaya - Malang) ~Italy ~Jalan-Jalan Cari Ikan ~Jalan-Jalan Cari Makan ~Johor ~Kedah ~Kelantan ~Kenali Hidupan Akuatik ~Korea Selatan - Seoul - Nami Island ~Kuala Lumpur ~Madinah 2023 ~Makkah & Madinah ~Makkah 2023 ~Melaka ~Montenegro ~Muhasabah Diri ~Negeri Sembilan ~Nepal (Kathmandu-Pokhara-Dhampus-Machhapuchhre Base Camp) ~Pahang ~Pakistan ~Penginapan / Homestay / Hotel / Resort ~Perak ~Perlis ~Pulau Pinang ~Putrajaya ~Republik Macedonia ~Sabah ~Saudi Arabia ~Selangor ~Slovenia ~Tempat Menarik di Malaysia ~Terengganu ~Thailand ( Bangkok - Hua Hin) ~Thailand (Hatyai) ~Travelogue ~Turki ~Turkiye ~Umrah ~Umrah 2023 ~Vietnam ( Da Nang - Hoi An - Ba Na Hills) Acar Advertorial Agar-Agar Air Asam Aneka Hidangan Nasi Aneka Hidangan Sup Aneka Jenis Serunding Anekdot Antologi Puisi Apam Asian Food Festival Awards Ayam / Itik / Burung BBQ Bekal Makanan Biskut Buah Bubur Buku Cerita / Komik / Cerpen / Novel Buku Motivasi Buku Resepi Buku Resipi Buku Sejarah Buku Travelog / Novelog Cerita Dari Dapur Cerita Dari Pasar Cerpen Kanak-Kanak Chips Contest / Kuiz / GA Desserts Dried Pasta: Spaghetti/ Spiral / Fusili / Rigatoni / Fettuccine / Risoni / Lasagne / Conchiglie / Tagliatelle / Macaroni / etc Dumpling / Wantan / Siew Mai / Dim Sum Food Review Hari Raya Hasil Karyaku Herba Hidangan Berbuka Puasa Hidangan Berpantang Hidangan Bersahur Hidangan Tengah Hari / Malam Hidangan Tengahari / Malam Himpunan Kad Ucapan Ikan Japanese Food Jeruk / Pickles Johor Juadah Hari Raya Juices / Smoothies Kampung Laman Kek Kek Lapis Kek Lapis Sarawak Kek Sarawak Kelas Masakan Keluarga Kerabu Kerang-Kerangan Ketam / Sotong / Udang Khidmat Foodpanda Kiriman Komentator Korean Food Kudapan Kuih Raya Kuih Tradisional Nusantara Kuih-Muih Kuiz / GA Lain-Lain Laksa / Mee / Mee Hoon / Kuey Teow Lembu / Kambing / Lamb / Rusa Lobster Malaysian Food Festival Masakan Ala Kadazan / Dusun Masakan Ala Bajau Masakan Ala Bugis Masakan Ala Cina Masakan Ala Cocos Masakan Ala Jawa Masakan Ala Mamak Masakan Ala Nyonya Masakan Ala Pakistan Masakan Ala Thai Masakan Asia Selatan Masakan Asia Tengah Masakan Brunei Masakan India Masakan Indonesia Masakan Minang Masakan Negeri Sembilan Masakan Pahang Masakan Sabah Masakan Sarawak Masakan Singapura Masakan Suluk Masakan Timur Tengah Masakan Tradisi Kedah Masakan Tradisi Kelantan / Terengganu /Pantai Timur Masakan Tradisi Melayu Melaka Masakan Tradisi Perak Masakan Tradisi Pulau Pinang Masakan Tradisional Nusantara Masakan Utara Menu ala Fusion Minuman Panas / Sejuk Muffin Nuffnang Oleh-oleh Otak-Otak Pakistan Pastry Pemakanan Sihat Pembelian Online Petua Di Dapur Pie Pizza Puding Resepi Amie's Little Kitchen di Media Cetak Resepi Bonda Roti Sambal Sambutan Hari Istimewa Santai Bersama BEN ASHAARI Sarapan Pagi / Minum Petang Sate Sayur Seafood Segmen : Meriahnya Dunia Masakan Segmen Share Resipi Setulus Kasih Soto & Coto South Africa & Portuguese Food Telur Tempahan Western Food Wordless Wednesday

Subscribe