Tambah Ilmu di Petang Hari : Sejarah Negeri Selangor

9:19 PTG

Jom tambah-tambah ilmu, belek-belek buku sejarah sambil kunyah kuih bom dan teguk secawan teh. Buku Sejarah Negeri Selangor ini hadiah daripada Kak Ros (kakak Amie yang ketiga) sempena hari konvokesyen Amie (PJJ-Ijazah Lanjutan di UNISEL) pada 5 November 2007. 


Merah kuning, itulah warna bendera tanah kelahiranku nan tercinta. Bonda berasal dari Bagan Datuk, Perak. Arwah Ayahanda pula lahir di Kampung Baru, Kuala Lumpur. Kedua-duanya berpindah ke Selangor dan bertemu jodoh di situ. Seringkali juga Bonda bercerita bagaimana kampung tempat tinggal kami dibuka.  Apabila Kak Ros hadiahkan Amie buku Sejarah Negeri Selangor, rasa seronok sangat sebab dapat mengetahui dengan lebih lanjut tentang sejarah negeri sendiri!

Hadiah buku Sejarah Negeri Selangor daripada Kak Ros.


Buku Sejarah Negeri Selangor ini menghuraikan secara menyeluruh mengikut tema dan kronologi dari zaman prasejarah sehinggalah Tanah Melayu mencapai kemerdekaan pada tahun 1957. Inilah satu-satunya buku yang menyampaikan secara terperinci mengikut kronologi seperti Sejarah Awal, Perkembangan Petempatan dan Masyarakat serta Akhbar dan Majalah Melayu  1900-1957. Membaca buku setebal 544 halaman ini dapat membantu peminat sejarah mengetahui dan memahami sejarah negeri Selangor secara menyeluruh dan lebih jelas. Dan sudah tentulah dapat menyemai nilai patriotisme di hati anak watannya.


Sambil-sambil hirup teh panas, dan makan kuih bom. Lama sungguh rasanya tidak ikuti kelas masakan. Teringat pada September 2019 ikut kelas masakan kuih-muih tradisional. Antaranya termasuklah kuih bom, atau juga dikenali dengan nama bebola bijan. Seronok sangat belajar walaupun sebenarnya sudah pernah buat sendiri. Istimewanya apabila mengikuti kelas begini, banyak ilmu dan petua yang diperolehi. Nampak sangat mudah nak buat kuih bom, tapi hasilnya belum tentu menjadi seperti yang diharapkan dan paling penting sudah tentulah tidak meletup ketika menggoreng! Kuih bom yang kami pelajari ini selain rasanya sedap, kulitnya pula lembut serta bulat sampai ke petang! Ada petua yang sifu masakan kami ajar. Sayangnya, entah di mana Amie letak resipi dan catatannya itu!

Kuih bom inti kacang hijau dalam kenangan!
Gambar hasil tangan kami di studio sifu masakan.
Cantikkan?
Wokey!
Tajuk tentang buku sejarah tapi diakhiri dengan kuih bom inti kacang hijau pulak!
Dah namanya : Amie's Little Kitchen!
Apa-apa cerita sudah semestinya dikaitkan dengan dapur.

18 comments

  1. kak pun dibawa nasib tercampak di SERENDAH SELANGOR Amie asalnya nun di Kedah sana

    BalasPadam
  2. kuih bom inti kacang merah mak saya jual

    BalasPadam
  3. ilmiah sekali bacaan kak amie. dan kuih tu gebu!

    BalasPadam
  4. ini kuih kegemaran saya tapi tak pernah buat. Orang kata, masa goreng nanti meletop2, tu yang seriau.. haha.

    Dah habis ke baca buku sejarah tu?

    BalasPadam
  5. uncle paling malas baca sejarah! Zzzzzzzzz

    BalasPadam
  6. Hehe..
    Oooo, orang selangor juga la Amie ni. Dah jauh benor tercampak tu, seberang laut. Hehe. Sedap kueh bom!

    BalasPadam
  7. @paridah Alhamdulillah. Di mana bumi dipijak, di situ langit dijunjung.

    BalasPadam
  8. @mama tisya Macam-macam boleh jadi inti kuih bom kan.

    BalasPadam
  9. @Syaz Eym Tambah ilmu tentang sejarah negeri sendiriyang tidak ada dalam buku teks.

    BalasPadam
  10. @Seri Kandi Di Tanah Jauhar Ini kali kedua baca. Dah habis baca tahun 2007.
    Takutkan kalau tiba-tiba meletup. Alhamdulillah, tak pernah meletup.

    BalasPadam
  11. @uncle gedekKata Anatole France: Semua buku sejarah tidak mengandungi kebohongan, itu sebabnya sangat membosankan.
    Barangkali sebab itulah orang malas baca kot Uncle eheheheeee.

    BalasPadam
  12. Menariknya buku tu. Saya suka buku sejarah. Wajib cari ni. Dapat preloved pun jadi

    BalasPadam
  13. @Nur Jauh tercampaknya. Mudah-mudahan ada rezeki balik ke tempat lahir. In shaa Allah.

    BalasPadam
  14. sy nak pinjam boleh tak?
    bukan buku tu.... tp cawan tu....
    hahaha larikkkkk

    BalasPadam
  15. Ada masa lapang sesekali baca sejarah negeri sendiri pun best juga. Dapatlah imbas atau tahu sejarah negeri.

    Sedapnya kuih bom. Lama tak makan :)

    BalasPadam
  16. Saya suka membaca Sejarah kerana bila baca Sejarah seolah kita kembali ke zaman lampau.

    BalasPadam
  17. adanya sejarah maka kita tak lupa asal usul

    BalasPadam

TERIMA KASIH TINGGALKAN KOMEN.

Labels

~Albania ~Australia (Perth) ~Balkan ~Bosnia and Herzegovina ~Bosnia Herzegovina ~Brunei Darul Salam ~Bulgaria ~China (Shenzhen - Guilin - Yangshuo - Guangzhou) ~Croatia ~Cuti-Cuti Malaysia ~Ekspedisi ~Europe ~India (New Delhi - Srinagar - Pahalgam - Gulmarg) ~Indonesia ( Padang - Bukit Tinggi - Jambi - Palembang - Jakarta ) ~Indonesia ( Sumatera Barat - Bukit Tinggi - Padang ) ~Indonesia (Bandung - Jakarta - Jogjakarta) ~Travelogue ~Indonesia (Kalimantan Timur: Nunukan - Tarakan - Balikpapan - Samarinda - Tenggarong) ~Indonesia (Sidoarjo - Surabaya - Malang) ~Indonesia (Surabaya - Malang) ~Italy ~Jalan-Jalan Cari Ikan ~Jalan-Jalan Cari Makan ~Johor ~Kedah ~Kelantan ~Kenali Hidupan Akuatik ~Korea Selatan - Seoul - Nami Island ~Kuala Lumpur ~Madinah 2023 ~Makkah & Madinah ~Makkah 2023 ~Melaka ~Montenegro ~Muhasabah Diri ~Negeri Sembilan ~Nepal (Kathmandu-Pokhara-Dhampus-Machhapuchhre Base Camp) ~Pahang ~Pakistan ~Penginapan / Homestay / Hotel / Resort ~Perak ~Perlis ~Pulau Pinang ~Putrajaya ~Republik Macedonia ~Sabah ~Saudi Arabia ~Selangor ~Slovenia ~Tempat Menarik di Malaysia ~Terengganu ~Thailand ( Bangkok - Hua Hin) ~Thailand (Hatyai) ~Travelogue ~Turki ~Turkiye ~Umrah ~Umrah 2023 ~Vietnam ( Da Nang - Hoi An - Ba Na Hills) Acar Advertorial Agar-Agar Air Asam Aneka Hidangan Nasi Aneka Hidangan Sup Aneka Jenis Serunding Anekdot Antologi Puisi Apam Asian Food Festival Awards Ayam / Itik / Burung BBQ Bekal Makanan Biskut Buah Bubur Buku Cerita / Komik / Cerpen / Novel Buku Motivasi Buku Resepi Buku Resipi Buku Sejarah Buku Travelog / Novelog Cerita Dari Dapur Cerita Dari Pasar Cerpen Kanak-Kanak Chips Contest / Kuiz / GA Desserts Dried Pasta: Spaghetti/ Spiral / Fusili / Rigatoni / Fettuccine / Risoni / Lasagne / Conchiglie / Tagliatelle / Macaroni / etc Dumpling / Wantan / Siew Mai / Dim Sum Food Review Hari Raya Hasil Karyaku Herba Hidangan Berbuka Puasa Hidangan Berpantang Hidangan Bersahur Hidangan Tengah Hari / Malam Hidangan Tengahari / Malam Himpunan Kad Ucapan Ikan Japanese Food Jeruk / Pickles Johor Juadah Hari Raya Juices / Smoothies Kampung Laman Kek Kek Lapis Kek Lapis Sarawak Kek Sarawak Kelas Masakan Keluarga Kerabu Kerang-Kerangan Ketam / Sotong / Udang Khidmat Foodpanda Kiriman Komentator Korean Food Kudapan Kuih Raya Kuih Tradisional Nusantara Kuih-Muih Kuiz / GA Lain-Lain Laksa / Mee / Mee Hoon / Kuey Teow Lembu / Kambing / Lamb / Rusa Lobster Malaysian Food Festival Masakan Ala Kadazan / Dusun Masakan Ala Bajau Masakan Ala Bugis Masakan Ala Cina Masakan Ala Cocos Masakan Ala Jawa Masakan Ala Mamak Masakan Ala Nyonya Masakan Ala Pakistan Masakan Ala Thai Masakan Asia Selatan Masakan Asia Tengah Masakan Brunei Masakan India Masakan Indonesia Masakan Minang Masakan Negeri Sembilan Masakan Pahang Masakan Sabah Masakan Sarawak Masakan Singapura Masakan Suluk Masakan Timur Tengah Masakan Tradisi Kedah Masakan Tradisi Kelantan / Terengganu /Pantai Timur Masakan Tradisi Melayu Melaka Masakan Tradisi Perak Masakan Tradisi Pulau Pinang Masakan Tradisional Nusantara Masakan Utara Menu ala Fusion Minuman Panas / Sejuk Muffin Nuffnang Oleh-oleh Otak-Otak Pakistan Pastry Pemakanan Sihat Pembelian Online Petua Di Dapur Pie Pizza Puding Resepi Amie's Little Kitchen di Media Cetak Resepi Bonda Roti Sambal Sambutan Hari Istimewa Santai Bersama BEN ASHAARI Sarapan Pagi / Minum Petang Sate Sayur Seafood Segmen : Meriahnya Dunia Masakan Segmen Share Resipi Setulus Kasih Soto & Coto South Africa & Portuguese Food Telur Tempahan Western Food Wordless Wednesday

Subscribe