Ayam Masak Kurma Paling Sedap!

8:03 PTG

Semenjak dua menjak ini tak sempat dah nak siapkan makan tengahari yang merangkap makan malam untuk keluarga. Kalau ada tugas tambahan, sampai rumah pun lewat petang. Badan sangat letih, dan rasa nak terus rebahkan diri berehat sahaja. Maklumlah, bangun seawal pukul 4 pagi, dan pulang menjelang petang pula. Walaupun ada hari tertentu boleh berBDR tetapi, panggilan 'pulau' untuk hadir bekerja tetap ditunaikan. Ada hari-hari tertentu kena buat dua perkara dalam satu hari, bersemuka dan berBDR.

Abang Farid seperti biasa memang akan pesan makanan dari luar. Namun begitu, ada masanya Abang Farid rasa jemu. Akhirnya masuk dapur juga. Pandai-pandailah masak  untuk isi perut  diri sendiri dan adik-adiknya.

Entri resipi Ayam Masak Kurma ini sebenarnya Amie masak minggu lepas. Dulu Amie susah sedikit nak 'terima' masakan kurma. Mungkin waktu kecil dulu, beberapa kali tergigit buah pelaga dan rasanya getir! Jadi, masakan kurma merupakan pilihan terakhir kalau ada dalam hidangan. 

Namun begitu, setelah Che Jah, ibu mentua adik bongsu Amie berikan Amie resipi masakan kurma, Amie cuba masak di dapur sendiri. Sedaplah pula rasanya. Amie pun sangka, anak-anak kurang berminat dengan masakan kurma seperti Amie dulu-dulu. Sangkaan itu meleset sama sekali sebab semua suka! Jadi selain masakan kari, kurma merupakan hidangan yang turut disukai anak-anak.

Hidangan makan tengahari kami turut dilengkapi dengan sayur tumis kacang  panjang campur tempe dan tauhu, telur masin dan telur hitam @ egg century dan juga ikan masin kukus atas nasi yang baru kering airnya. Tidak ketinggalan, sambal belacan.

Ayam Masak Kurma


Sayur tumis kacang panjang, tauhu dan tempe.
Telur masin, telur hitam @ egg century & ikan masin kukus.

Sambal belacan.

Limau Sunkist & Tembikai.

Amie kongsikan resipi Ayam Masak Kurma Che Jah di bawah ini. Kalau ikut bahan-bahan dan langkah demi langkah memang sedaplah hasil kejadiannya. Anak-anak sukakan kuah kurma, jadi Amie lebihkan sukatan air. Kuah kurma tidak terlalu pekat. Selain ubi kentang, Amie tambahkan lobak merah sebab Fuad suka mencari lobak merah!


Bahan-bahan:
1 kg ayam bahagian peha - potong 10
3 biji kentang saiz kecil - belah 2
1 batang lobak merah - kupas kulit - potong ikut suka - pilihan
3 sudu besar rempah kurma
200 ml pati santan
segenggam daun pudina
2 biji cili hijau - belah 2
2 biji cili merah - belah 2
1 biji limau nipis - ambil jusnya
air secukupnya
3 sudu besar minyak dicampur dengan 1 sudu besar minyak sapi / mentega / marjerin
garam / gula / perasa pilihan

Bahan tumbuk halus / kisar :
5 biji bawang merah
3 ulas bawang putih
2 cm halia
1 sudu kecil jintan manis
1 sudu kecil jintan putih
3 biji buah pelaga
3 cm kulit kayu manis
3 biji bunga cengkih
2 kuntum bunga lawang

Cara:
1. Panaskan sedikit minyak dan campurkan dengan sedikit minyak sapi / mentega / marjerin.
2. Tumis bahan kisar hingga wangi.
3. Masukkan rempah kurma, dan gaul sebati menggunakan api perlahan.
4. Masukkan daging ayam bersama kentang dan lobak merah. Tambahkan air secukupnya dan masak hingga empuk.
5. Tambahkan santan, dan biarkan sehingga kuah agak pekat.
6. Masukkan garam / gula / perasa pilihan, cili hijau, cili merah dan daun pudina.
6. Perlahankan api supaya terbit minyak.
7. Sebelum kurma ayam diangkat, perahkan jus limau nipis ke atasnya.

Tips daripada Che Jah:
1. Kalau tak mahu gunakan minyak sapi/mentega atau marjerin pun tidak jadi masalah. Tapi kalau tambahkan sedikit salah satu bahan tersebut, aroma masakan akan bertambah menggoda!
2. Semasa memasak daging ayam bersama kentang, air dari daging ayam akan keluar (gunakan api sederhana), tetapi jika terlalu kering bolehlah tambahkan sedikit air sebelum masukkan santan.

7 comments

  1. Complete resepi cik jah. Rupa pun nampak sedap.

    BalasPadam
  2. Nampak sedap2 semuanya
    Selamat menjamu selera

    BalasPadam
  3. Saya pun kurang gemar ayam kurma. Tapi sesekali teringin rasa sedap juga. Dapat pulak tu ayam kurma sedap.

    BalasPadam
  4. perfect ni!!!! atie klu raya baru merasa makan kurma itik :)

    BalasPadam
  5. anak anak memang suka lauk kurma ni...sebab tak pedas kan

    BalasPadam

TERIMA KASIH TINGGALKAN KOMEN.

Labels

~Albania ~Australia (Perth) ~Balkan ~Bosnia and Herzegovina ~Bosnia Herzegovina ~Brunei Darul Salam ~Bulgaria ~China (Shenzhen - Guilin - Yangshuo - Guangzhou) ~Croatia ~Cuti-Cuti Malaysia ~Ekspedisi ~Europe ~India (New Delhi - Srinagar - Pahalgam - Gulmarg) ~Indonesia ( Padang - Bukit Tinggi - Jambi - Palembang - Jakarta ) ~Indonesia ( Sumatera Barat - Bukit Tinggi - Padang ) ~Indonesia (Bandung - Jakarta - Jogjakarta) ~Travelogue ~Indonesia (Kalimantan Timur: Nunukan - Tarakan - Balikpapan - Samarinda - Tenggarong) ~Indonesia (Sidoarjo - Surabaya - Malang) ~Indonesia (Surabaya - Malang) ~Italy ~Jalan-Jalan Cari Ikan ~Jalan-Jalan Cari Makan ~Johor ~Kedah ~Kelantan ~Kenali Hidupan Akuatik ~Korea Selatan - Seoul - Nami Island ~Kuala Lumpur ~Madinah 2023 ~Makkah & Madinah ~Makkah 2023 ~Melaka ~Montenegro ~Muhasabah Diri ~Negeri Sembilan ~Nepal (Kathmandu-Pokhara-Dhampus-Machhapuchhre Base Camp) ~Pahang ~Pakistan ~Penginapan / Homestay / Hotel / Resort ~Perak ~Perlis ~Pulau Pinang ~Putrajaya ~Republik Macedonia ~Sabah ~Saudi Arabia ~Selangor ~Slovenia ~Tempat Menarik di Malaysia ~Terengganu ~Thailand ( Bangkok - Hua Hin) ~Thailand (Hatyai) ~Travelogue ~Turki ~Turkiye ~Umrah ~Umrah 2023 ~Vietnam ( Da Nang - Hoi An - Ba Na Hills) Acar Advertorial Agar-Agar Air Asam Aneka Hidangan Nasi Aneka Hidangan Sup Aneka Jenis Serunding Anekdot Antologi Puisi Apam Asian Food Festival Awards Ayam / Itik / Burung BBQ Bekal Makanan Biskut Buah Bubur Buku Cerita / Komik / Cerpen / Novel Buku Motivasi Buku Resepi Buku Resipi Buku Sejarah Buku Travelog / Novelog Cerita Dari Dapur Cerita Dari Pasar Cerpen Kanak-Kanak Chips Contest / Kuiz / GA Desserts Dried Pasta: Spaghetti/ Spiral / Fusili / Rigatoni / Fettuccine / Risoni / Lasagne / Conchiglie / Tagliatelle / Macaroni / etc Dumpling / Wantan / Siew Mai / Dim Sum Food Review Hari Raya Hasil Karyaku Herba Hidangan Berbuka Puasa Hidangan Berpantang Hidangan Bersahur Hidangan Tengah Hari / Malam Hidangan Tengahari / Malam Himpunan Kad Ucapan Ikan Japanese Food Jeruk / Pickles Johor Juadah Hari Raya Juices / Smoothies Kampung Laman Kek Kek Lapis Kek Lapis Sarawak Kek Sarawak Kelas Masakan Keluarga Kerabu Kerang-Kerangan Ketam / Sotong / Udang Khidmat Foodpanda Kiriman Komentator Korean Food Kudapan Kuih Raya Kuih Tradisional Nusantara Kuih-Muih Kuiz / GA Lain-Lain Laksa / Mee / Mee Hoon / Kuey Teow Lembu / Kambing / Lamb / Rusa Lobster Malaysian Food Festival Masakan Ala Kadazan / Dusun Masakan Ala Bajau Masakan Ala Bugis Masakan Ala Cina Masakan Ala Cocos Masakan Ala Jawa Masakan Ala Mamak Masakan Ala Nyonya Masakan Ala Pakistan Masakan Ala Thai Masakan Asia Selatan Masakan Asia Tengah Masakan Brunei Masakan India Masakan Indonesia Masakan Minang Masakan Negeri Sembilan Masakan Pahang Masakan Sabah Masakan Sarawak Masakan Singapura Masakan Suluk Masakan Timur Tengah Masakan Tradisi Kedah Masakan Tradisi Kelantan / Terengganu /Pantai Timur Masakan Tradisi Melayu Melaka Masakan Tradisi Perak Masakan Tradisi Pulau Pinang Masakan Tradisional Nusantara Masakan Utara Menu ala Fusion Minuman Panas / Sejuk Muffin Nuffnang Oleh-oleh Otak-Otak Pakistan Pastry Pemakanan Sihat Pembelian Online Petua Di Dapur Pie Pizza Puding Resepi Amie's Little Kitchen di Media Cetak Resepi Bonda Roti Sambal Sambutan Hari Istimewa Santai Bersama BEN ASHAARI Sarapan Pagi / Minum Petang Sate Sayur Seafood Segmen : Meriahnya Dunia Masakan Segmen Share Resipi Setulus Kasih Soto & Coto South Africa & Portuguese Food Telur Tempahan Western Food Wordless Wednesday

Subscribe