Kuih Penyaram

12:12 PTG

Hari ini 13 Februari 2021 bersamaan 1 Rejab 1442.  Selamat berpuasa bagi yang menunaikan ibadah ini,  dan perbanyakkan zikir serta doa sepanjang bulan mulia ini.

Kali ini Amie kongsikan paparan kuih sangat mudah disediakan adunannya, tetapi jarang 'menjadi' dengan cantik apabila digoreng! Itu pengalaman Amie. Tak tahu pengalaman orang lain. Banyak kali buat tapi jarang dijadikan entri sebab kejadiannya kurang molek... ahaks!

Di Sabah, kuih ini dikenali dengan nama kuih penyaram. Sedap dinikmati ketika masih panas. Kuih ini sangat terkenal dalam masyarakat Bajau kerana dijadikan sebagai salah satu permintaan wajib pihak perempuan sebagai barang hantaran perkahwinan. Yang biasa Amie dengar, jumlah yang perlu disediakan oleh pihak lelaki ialah sebanyak 300 biji.

Kuih penyaram & kopi.


Dalam entri Amie tentang kuih penyaram beberapa tahun lepas, ramai yang bertanya tentang kuih ini, kenapa begini dan kenapa begitu. Amie tidak dapat menjawab dengan tepat sebab Amie pun bukan pakar dalam pembuatan kuih tradisional masyarakat Bajau ini. Amie sendiri pun, walaupun gunakan adunan yang sama tetapi setiap kali goreng, bentuknya berbeza-beza! Boleh dikatakan jarang sangatlah dapat hasil yang memuaskan.

Bahan yang digunakan pula, Amie lihat ada yang tidak sama. Tanya sana katanya guna tepung gamdum campur tepung beras, tanya sini ada yang kata tambah tepung pulut, dan ada yang kata campur tepung jagung pula! Entah mana satu yang betul. Ada yang kata kena bubuh santan. Ada pula kata tak perlu peram, ada yang kata kena peram semalaman. Bagi Amie, adunan ini berjaya dihasilkan sekiranya ada rupa obor-obor sewaktu menggorengnya. Keruping-keruping di tepi-tepinya itu kira nasiblah, sama ada cantik atau sebaliknya. Yang Amie kongsikan ini pada Amie kurang menjadi.... ahaks!

Resepi yang biasa Amie gunakan seperti di bawah ini.

Bahan-bahan:
2 cawan tepung beras
2 cawan tepung gandum
200 gram gula melaka - parut
3/4 cawan gula pasir - jika suka manis, boleh tambah
2 cawan air
secubit garam
minyak untuk menggoreng

Cara:
1. Ayak tepung beras bersama tepung gandum.
2. Kemudian masukkan gula pasir, gula melaka, garam, air dan gaul rata.
3. Tapis adunan.
4. Biarkan lebih kurang 8 jam - biasanya Amie siapkan adunan sebelum tidur dan biarkan semalaman. Keesokan paginya barulah Amie goreng.
5. Panaskan lebih kurang 2/3 cawan minyak di dalam kuali melengkung saiz kecil.
6. Masukkan satu senduk adunan ke dalam kuali. (Jika suka saiz besar boleh gunakan senduk besar tapi tambahkan minyak. Jika suka yang kecil dan comel, gunakan senduk saiz yang agak kecil).
7. Ketika adunan sedang digoreng, kuih mula kelihatan seakan-akan obor-obor, dan keruping-keruping di bahagian tepinya terbentuk.
8. Setelah kelihatan sempurna, terbalikkan kuih, dan ia akan kelihatan seperti topi coklat keemasan..
9. Biarkan sebentar dan kemudian angkat kuih penyaram tadi, dan toskan.

Gambar kuih penyaram dari entri lama.

Nama lain kuih penyaram:
  • penyam
  • penjaram
  • paniyaram (Chef Thyaga B Rajan - rakan blogger masakan)
  • cucur jawa
  • topi Mexico
  • jompo-jompo

12 comments

  1. Pernah nampak dan familiar dengan nama cucur jawa lagi. Tapi itulah tak pernah makan lagi.

    BalasPadam
  2. ada jumpa org jual kuih ni... cuam sy je x sempat nk sambar😆

    BalasPadam
  3. Aah kat sini panggil kuih cucuq, cucur..saya pun geram buat kuih ni, tak pwrnah jadi cantik. Ank saya suka. Byk kali buat tak pernah cantik, tapi bila bersarang kt dlm tuh, ermmmm..sedap.
    Amie buat tu kira cantiklah juga dari saya pya, hehe

    BalasPadam
  4. Sedap betul kuih ni. Jarang jumpa orang jual sedap. Ada yang keras. Bagi masyarakat kaum Eza kami akan menghidangkan kuih ni masa makan tahlil 40 hari. Tak pasti pula adat atau kebiasaan nenek moyang terdahulu.

    BalasPadam
  5. memang leceh buat penyaram ni..sy sendiri pun sampai sekarang nda reti buat. my mom ja yg pro buat n biasa dia buat time raya ja
    Sy Bajau juga..tapi takda pula masuk dlm adat hantaran kawin hehe mungkin masyarakat Bajau yang lain

    BalasPadam
  6. Ada yg pgil kuih jawa kan kak Amie..shdia xpernah mkn pun..tp mak hari2 jual org letak..bolehla cuba nnt :)

    BalasPadam
  7. Betul la kita ada chemistry.Banyak kali tersama menu. Hihihi. Saya mengadun adunan kuih ni pagi tadi kerana plan untuk goreng petang ni. Sekali cikgu dah siap hidang daaaa...
    Tapi saya panggil Cucur Jawa..

    BalasPadam
  8. Di sarawak pun kami pgl kuih penyaram... teringat ms PKP 1.0 dulu ada #penyaramchallenge di fb.. hahahaha

    BalasPadam
  9. Tak selalu makan kuih ni...sesekali kalau kawan kat opis buat..tumpang rasa je..

    BalasPadam
  10. @Litah L Mungkin juga lain daerah lain adatnya. Dari dulu memang saya dengar dengar tentang kuih ini menjadi salah satu hantaran.

    BalasPadam
  11. yeay, dah save resipi ni. hari tu saya buat, tp x jadi. so nak buat nnt guna resipi ni pula.

    BalasPadam
  12. lama dh tak makan.. kalau balik perak mesti boleh mkn sepuasnyaa

    BalasPadam

TERIMA KASIH TINGGALKAN KOMEN.

Labels

~Albania ~Australia (Perth) ~Balkan ~Bosnia and Herzegovina ~Bosnia Herzegovina ~Brunei Darul Salam ~Bulgaria ~China (Shenzhen - Guilin - Yangshuo - Guangzhou) ~Croatia ~Cuti-Cuti Malaysia ~Ekspedisi ~Europe ~India (New Delhi - Srinagar - Pahalgam - Gulmarg) ~Indonesia ( Padang - Bukit Tinggi - Jambi - Palembang - Jakarta ) ~Indonesia ( Sumatera Barat - Bukit Tinggi - Padang ) ~Indonesia (Bandung - Jakarta - Jogjakarta) ~Travelogue ~Indonesia (Kalimantan Timur: Nunukan - Tarakan - Balikpapan - Samarinda - Tenggarong) ~Indonesia (Sidoarjo - Surabaya - Malang) ~Indonesia (Surabaya - Malang) ~Italy ~Jalan-Jalan Cari Ikan ~Jalan-Jalan Cari Makan ~Johor ~Kedah ~Kelantan ~Kenali Hidupan Akuatik ~Korea Selatan - Seoul - Nami Island ~Kuala Lumpur ~Madinah 2023 ~Makkah & Madinah ~Makkah 2023 ~Melaka ~Montenegro ~Muhasabah Diri ~Negeri Sembilan ~Nepal (Kathmandu-Pokhara-Dhampus-Machhapuchhre Base Camp) ~Pahang ~Pakistan ~Penginapan / Homestay / Hotel / Resort ~Perak ~Perlis ~Pulau Pinang ~Putrajaya ~Republik Macedonia ~Sabah ~Saudi Arabia ~Selangor ~Slovenia ~Tempat Menarik di Malaysia ~Terengganu ~Thailand ( Bangkok - Hua Hin) ~Thailand (Hatyai) ~Travelogue ~Turki ~Turkiye ~Umrah ~Umrah 2023 ~Vietnam ( Da Nang - Hoi An - Ba Na Hills) Acar Advertorial Agar-Agar Air Asam Aneka Hidangan Nasi Aneka Hidangan Sup Aneka Jenis Serunding Anekdot Antologi Puisi Apam Asian Food Festival Awards Ayam / Itik / Burung BBQ Bekal Makanan Biskut Buah Bubur Buku Cerita / Komik / Cerpen / Novel Buku Motivasi Buku Resepi Buku Resipi Buku Sejarah Buku Travelog / Novelog Cerita Dari Dapur Cerita Dari Pasar Cerpen Kanak-Kanak Chips Contest / Kuiz / GA Desserts Dried Pasta: Spaghetti/ Spiral / Fusili / Rigatoni / Fettuccine / Risoni / Lasagne / Conchiglie / Tagliatelle / Macaroni / etc Dumpling / Wantan / Siew Mai / Dim Sum Food Review Hari Raya Hasil Karyaku Herba Hidangan Berbuka Puasa Hidangan Berpantang Hidangan Bersahur Hidangan Tengah Hari / Malam Hidangan Tengahari / Malam Himpunan Kad Ucapan Ikan Japanese Food Jeruk / Pickles Johor Juadah Hari Raya Juices / Smoothies Kampung Laman Kek Kek Lapis Kek Lapis Sarawak Kek Sarawak Kelas Masakan Keluarga Kerabu Kerang-Kerangan Ketam / Sotong / Udang Khidmat Foodpanda Kiriman Komentator Korean Food Kudapan Kuih Raya Kuih Tradisional Nusantara Kuih-Muih Kuiz / GA Lain-Lain Laksa / Mee / Mee Hoon / Kuey Teow Lembu / Kambing / Lamb / Rusa Lobster Malaysian Food Festival Masakan Ala Kadazan / Dusun Masakan Ala Bajau Masakan Ala Bugis Masakan Ala Cina Masakan Ala Cocos Masakan Ala Jawa Masakan Ala Mamak Masakan Ala Nyonya Masakan Ala Pakistan Masakan Ala Thai Masakan Asia Selatan Masakan Asia Tengah Masakan Brunei Masakan India Masakan Indonesia Masakan Minang Masakan Negeri Sembilan Masakan Pahang Masakan Sabah Masakan Sarawak Masakan Singapura Masakan Suluk Masakan Timur Tengah Masakan Tradisi Kedah Masakan Tradisi Kelantan / Terengganu /Pantai Timur Masakan Tradisi Melayu Melaka Masakan Tradisi Perak Masakan Tradisi Pulau Pinang Masakan Tradisional Nusantara Masakan Utara Menu ala Fusion Minuman Panas / Sejuk Muffin Nuffnang Oleh-oleh Otak-Otak Pakistan Pastry Pemakanan Sihat Pembelian Online Petua Di Dapur Pie Pizza Puding Resepi Amie's Little Kitchen di Media Cetak Resepi Bonda Roti Sambal Sambutan Hari Istimewa Santai Bersama BEN ASHAARI Sarapan Pagi / Minum Petang Sate Sayur Seafood Segmen : Meriahnya Dunia Masakan Segmen Share Resipi Setulus Kasih Soto & Coto South Africa & Portuguese Food Telur Tempahan Western Food Wordless Wednesday

Subscribe