Rangupnya Udang Goreng Salut Tepung Bestari Campur ENO

8:13 PTG

Hari ini dapat tunaikan permintaan Abang Farid yang nak makan udang goreng salut tepung. Bukan main seronok Abang Farid. Banyak kali jenguk ke dapur dan tak sabar-sabar nak makan! Untuk hidangan tengahari, Amie masak lebih sedikit sebab ada anak buah (sepupu anak-anak sebaya Fuad) datang ke rumah. 

Di atas meja makan, ada Udang Goreng Salut Tepung Bestari Campur ENO, ikan cencaru dan ikan tulai goreng, ulam kacang botol dan timun bertemankan sambal geprek, sambal telur pindang, dan ikan tulai masak tempoyak. Ikan tulai ialah ikan lolong atau ikan Uji Rashid sebab matanya bulat dan besar seperti mata penyanyi Uji Rashid.

Udang Goreng Salut Tepung Bestari Campur ENO.


Ikan cencaru & ikan tulai @ lolong @ Uji Rashid goreng.

Kacang botol celur, timun & sambal geprek.

Telur pindang masak sambal.

Ikan tulai @ lolong @ Uji Rashid masak tempoyak.


Sewaktu Amie hendak membuat adunan tepung salut udang, Amie dapati hanya 2 sudu besar sahaja tepung jagung yang ada. Amie rasa ada sebungkus lagi dalam kabinet dapur. Apabila Amie ambil, rupanya bungkusan tepung kastard. Jadi Amie gunakan cara lain iaitu dengan mencampurkan tiga jenis tepung termasuk tepung jagung, tepung gandum dan tepung Campuran Tepung Bestari yang pedas. Seperti biasa Amie tambahkan sebiji telur, dan satu sudu kecil serbuk ENO. Tambahkan sedikit air dan adun sebati. Tak perlu bubuh bahan lain lagi. Cukuplah rasa dari tepung BESTARI. ENO digunakan untuk gantikan serbuk penaik.

Ketika bersihkan udang, buang kepala, kulit dan tarik urat hitam di belakangnya, Amie tinggalkan ekor udang lekat di situ. Untuk menjadikan udang tidak  melengkung ketika digoreng, Amie kelar-kelar sedikit dibawah perut udang supaya udang menjadi lurus ketika digoreng.

Sebenarnya Amie tidak sukat penggunaan air ketika membuat adunan tepung. Amie agak-agak saja  dan adunan kelihatan seperti adunan jemput-jemput, tidak cair macam lempeng dan tidak terlalu pekat. Biarkan selama 5 minit, dan adunan kelihatan naik sedikit sebelum celupkan udang. Untuk hasil gorengan yang cantik, ketika menggoreng barulah celupkan udang seekor dan masukkan ke dalam minyak gorengan di kuali.

Kalau nak puas makan, ratah saja tanpa nasi! Sedap dan rangup.


Bahan-bahan:
  • 500 gram udang kertas - buang kepala, kulit dan tarik urat hitam - tinggalkan ekor - kelar-kelar sedikit di bawah perut udang
  • 2 sudu besar tepung jagung
  • 2 sudu besar tepung gandum
  • 6 sudu besar Campuran Tepung Bestari Pedas
  • 1 biji telur
  • 1 sudu kecil serbuk ENO
  • air secukupnya - untuk adunan seperti jemput-jemput
  • minyak
Cara:
  1. Dalam sebuah bekas, campurkan tepung jagung, tepung gandum, tepung Campuran Tepung Bestari Pedas, serbuk ENO dan telur.
  2. Tuangkan air sedikit demi sedikit dan adun sebati seperti membuat adunan jemput-jemput.
  3. Biarkan selama 5 minit.
  4. Panaskan minyak untuk goreng terendam.
  5. Ambil bahagian ekor udang dan celupkan isi udang ke dalam adunan. Kemudian masukkan ke dalam minyak gorengan. Ulangi lagi.
  6. Setelah udang kelihatan kuning keemasan, angkat dan toskan.

11 comments

  1. udang goreng tepung tuuu nampak menarikkk! nyummm xD

    BalasPadam
  2. Kalau saya dah tersalah guna tepung entah apala jadi. Hehe. Tapi tulah bila masak ni otak kena cepat fikir. Wah, tahan ye anak-anak saudara akak makan pedas. Cuba tanya diorang kenal x uji Rashid. Hehe

    BalasPadam
  3. SA kalau rajin selalunya guna tepung bistari je..x pernahlagi guna eno...nanti boleh cuba la kan...

    BalasPadam
  4. UDANG CELUP TEPUNG CANTIK BERSALUT SEDAP TU

    BalasPadam
  5. Kita kalau nak makan udang goreng tepung ni tunggu ke kedai tomyam jer, tak 'lulus' masak udang goreng tepung di rumah, hanya goreng kunyit, masak sambal, LCA dan kari jer diluluskan, hihi

    BalasPadam
  6. Cantik gemuks udang tu nampak Sexy menggoda la cikgu...
    Teringat kawan lama Kak Yam namanya orang kelantan
    Dia cakap dia kalau buat kek pun dia akan letak Eno supaya confirm menjadi. Banyak kegunaan lain rupanya Eno ni.. Hihihi

    BalasPadam
  7. udang goreng tepung tu nmpk tempting mcm makan tempura heheh

    BalasPadam
  8. lama tk mkn udang celop tepung..1st time dgn masakan campur eno

    BalasPadam
  9. Sedap ni! Meleleh air liur. Hehe..

    BalasPadam
  10. Cantiknya rupa udang tu. Macam kat kedai. Naniey tak pernah lagi buat udang or ayam celup tepung. Tak berani nak buat takut tak jadi. Nanti nak buat boleh tengok resepi kat sini

    BalasPadam
  11. Baru saya tahu ada gelaran ikan nama ikan Uji Rashid. Cantik kejadian udang salut tepung kak amie. Lepas ni boleh cuba tambah ENO. tak pernah lagi buat celup tepung tambah ENO. Thanks share resepinya kak Amie :)

    BalasPadam

TERIMA KASIH TINGGALKAN KOMEN.

Labels

~Albania ~Australia (Perth) ~Balkan ~Bosnia and Herzegovina ~Bosnia Herzegovina ~Brunei Darul Salam ~Bulgaria ~China (Shenzhen - Guilin - Yangshuo - Guangzhou) ~Croatia ~Cuti-Cuti Malaysia ~Ekspedisi ~Europe ~India (New Delhi - Srinagar - Pahalgam - Gulmarg) ~Indonesia ( Padang - Bukit Tinggi - Jambi - Palembang - Jakarta ) ~Indonesia ( Sumatera Barat - Bukit Tinggi - Padang ) ~Indonesia (Bandung - Jakarta - Jogjakarta) ~Travelogue ~Indonesia (Kalimantan Timur: Nunukan - Tarakan - Balikpapan - Samarinda - Tenggarong) ~Indonesia (Sidoarjo - Surabaya - Malang) ~Indonesia (Surabaya - Malang) ~Italy ~Jalan-Jalan Cari Ikan ~Jalan-Jalan Cari Makan ~Johor ~Kedah ~Kelantan ~Kenali Hidupan Akuatik ~Korea Selatan - Seoul - Nami Island ~Kuala Lumpur ~Madinah 2023 ~Makkah & Madinah ~Makkah 2023 ~Melaka ~Montenegro ~Muhasabah Diri ~Negeri Sembilan ~Nepal (Kathmandu-Pokhara-Dhampus-Machhapuchhre Base Camp) ~Pahang ~Pakistan ~Penginapan / Homestay / Hotel / Resort ~Perak ~Perlis ~Pulau Pinang ~Putrajaya ~Republik Macedonia ~Sabah ~Saudi Arabia ~Selangor ~Slovenia ~Tempat Menarik di Malaysia ~Terengganu ~Thailand ( Bangkok - Hua Hin) ~Thailand (Hatyai) ~Travelogue ~Turki ~Turkiye ~Umrah ~Umrah 2023 ~Vietnam ( Da Nang - Hoi An - Ba Na Hills) Acar Advertorial Agar-Agar Air Asam Aneka Hidangan Nasi Aneka Hidangan Sup Aneka Jenis Serunding Anekdot Antologi Puisi Apam Asian Food Festival Awards Ayam / Itik / Burung BBQ Bekal Makanan Biskut Buah Bubur Buku Cerita / Komik / Cerpen / Novel Buku Motivasi Buku Resepi Buku Resipi Buku Sejarah Buku Travelog / Novelog Cerita Dari Dapur Cerita Dari Pasar Cerpen Kanak-Kanak Chips Contest / Kuiz / GA Desserts Dried Pasta: Spaghetti/ Spiral / Fusili / Rigatoni / Fettuccine / Risoni / Lasagne / Conchiglie / Tagliatelle / Macaroni / etc Dumpling / Wantan / Siew Mai / Dim Sum Food Review Hari Raya Hasil Karyaku Herba Hidangan Berbuka Puasa Hidangan Berpantang Hidangan Bersahur Hidangan Tengah Hari / Malam Hidangan Tengahari / Malam Himpunan Kad Ucapan Ikan Japanese Food Jeruk / Pickles Johor Juadah Hari Raya Juices / Smoothies Kampung Laman Kek Kek Lapis Kek Lapis Sarawak Kek Sarawak Kelas Masakan Keluarga Kerabu Kerang-Kerangan Ketam / Sotong / Udang Khidmat Foodpanda Kiriman Komentator Korean Food Kudapan Kuih Raya Kuih Tradisional Nusantara Kuih-Muih Kuiz / GA Lain-Lain Laksa / Mee / Mee Hoon / Kuey Teow Lembu / Kambing / Lamb / Rusa Lobster Malaysian Food Festival Masakan Ala Kadazan / Dusun Masakan Ala Bajau Masakan Ala Bugis Masakan Ala Cina Masakan Ala Cocos Masakan Ala Jawa Masakan Ala Mamak Masakan Ala Nyonya Masakan Ala Pakistan Masakan Ala Thai Masakan Asia Selatan Masakan Asia Tengah Masakan Brunei Masakan India Masakan Indonesia Masakan Minang Masakan Negeri Sembilan Masakan Pahang Masakan Sabah Masakan Sarawak Masakan Singapura Masakan Suluk Masakan Timur Tengah Masakan Tradisi Kedah Masakan Tradisi Kelantan / Terengganu /Pantai Timur Masakan Tradisi Melayu Melaka Masakan Tradisi Perak Masakan Tradisi Pulau Pinang Masakan Tradisional Nusantara Masakan Utara Menu ala Fusion Minuman Panas / Sejuk Muffin Nuffnang Oleh-oleh Otak-Otak Pakistan Pastry Pemakanan Sihat Pembelian Online Petua Di Dapur Pie Pizza Puding Resepi Amie's Little Kitchen di Media Cetak Resepi Bonda Roti Sambal Sambutan Hari Istimewa Santai Bersama BEN ASHAARI Sarapan Pagi / Minum Petang Sate Sayur Seafood Segmen : Meriahnya Dunia Masakan Segmen Share Resipi Setulus Kasih Soto & Coto South Africa & Portuguese Food Telur Tempahan Western Food Wordless Wednesday

Subscribe