Mee Hoon Goreng Daging

10:24 PG

SYMA: Bersarapan pagi sambil mengikuti BICARA SLOGAN JABATAN PENDIDIKAN NEGERI SABAH secara langsung di you tube. 

Sempat sediakan sarapan untuk anak-anak, Mee Hoon Goreng Daging. Bubuh pucuk bayam Brazil dan sambal kicap yang rasanya sangat sedap! Kena masuk bakul berlubang ni. Kalau bukan sendiri puji, siapa lagi kih kihkihhh!

Mee Hoon Goreng Daging
Sambal Kicap
Lemon Tea

Mee Hoon Goreng Daging

Oleh kerana Firdaus kata Mee Hoon Goreng Daging ini sedap, Amie pun kongsikanlah resipinya di sini. Seperti biasa, petik pucuk bayam Brazil untuk gantikan sayur sawi. Amie hiriskan cili hijau sebagai salah satu bahan perencah. Lama tak bubuh hirisan cili hijau dalam mee hoon goreng. Sedap! Jom lihat resipinya di bawah ini:
Bahan-bahan:
  • 1 paket mee hoon - rendam hingga lembut - toskan
  • 1 cawan hirisan daging yang sudah direbus empuk
  • 1 cekak pucuk bayam Brazil
  • 2 biji cili hijau - hiris
  • 2 sudu besar cili kisar
  • 3 ulas bawang putih - cincang
  • 1 labu bawang besar - cincang
  • 3 sudu besar minyak
  • garam / perasa pilihan
Cara memasak:
  1. Panaskan minyak. Tumis bawang putih, bawang besar dan cili hijau hingga terbitaroma dan layu.
  2. Kemudian masukkan cili kisar hirisan daging. Gaul rata. Biarkan masak dengan api sederhana sehingga pecah minyak.
  3. Seterusnya masukkan mee hoon bersama pucuk bayam Brazil.
  4. Gaul rata.
  5. Seterusnya perasakan mee hoon goreng daging dengan taburan garam / perasa pilihan secukupnya.
  6. Kacau beberapa kali dan padamkan api dapur.
Sambal Kicap

Melengkapkan rasa sarapan pagi ini, Amie turut sediakan sambal kicap. Cili padi dan bawang putih dikisar, tambahkan kicap lemak manis (Kicap Cap Kipas Udang) dan perahan jus limau nipis. Tak perlu bubuh perasa lain seperti garam atau gula. Rasanya sudah cukup enak, sempurna!

14 comments

  1. kalau x abis hantar ke sini ya kak eh ehh ;-)

    BalasPadam
  2. saya pun suka bihun goreng daging..housemate saya pulak suka bihun goreng daging saya..hahahaha!

    BalasPadam
  3. Ish, awat kita selalu ada instict yang sama la cikgu.Hihihi

    BalasPadam
  4. suka mee hoon....ada sambal kicap lagi ler umphh

    BalasPadam
  5. Uncle suka betul foto top view kamu ni.... cantik!

    BalasPadam
  6. Betul cakap Amie, kalau bukan puji diri sendiri, siapa lagi, motivasi diri sendiri, orang kata. :)
    Sedap meehoon goreng daging. Saya sendiri masak bihun lain sikit. Pecah telor 2 biji. Nanti nak cuba cara Amie.

    BalasPadam
  7. Tengok pun dah tahu sedap ni Kak Amie. Firdaus pun puji mommy masak bihun goreng daging sedap. Kira bukan masuk bakul angkat sendiri dah ni. Bertambah sedap ada sambal kicap tu ha :)

    BalasPadam
  8. Dapp nyer.... Siap ade sambal kicap nie 👆👆

    BalasPadam
  9. Bihun nampak sedap, pinggan pun cantik. Jatuh hati dgn pinggan tu hihi...

    BalasPadam
  10. Lawonyer pinggannnnn... Bihun pun nampak shedapppp

    BalasPadam
  11. Bayam Brazil petik terus masak. Bertambah sedap bihun goreng

    BalasPadam
  12. Sukaaa... Mihun tak pernah jemu....evergreen

    BalasPadam

TERIMA KASIH TINGGALKAN KOMEN.

Labels

~Albania ~Australia (Perth) ~Balkan ~Bosnia and Herzegovina ~Bosnia Herzegovina ~Brunei Darul Salam ~Bulgaria ~China (Shenzhen - Guilin - Yangshuo - Guangzhou) ~Croatia ~Cuti-Cuti Malaysia ~Ekspedisi ~Europe ~India (New Delhi - Srinagar - Pahalgam - Gulmarg) ~Indonesia ( Padang - Bukit Tinggi - Jambi - Palembang - Jakarta ) ~Indonesia ( Sumatera Barat - Bukit Tinggi - Padang ) ~Indonesia (Bandung - Jakarta - Jogjakarta) ~Travelogue ~Indonesia (Kalimantan Timur: Nunukan - Tarakan - Balikpapan - Samarinda - Tenggarong) ~Indonesia (Sidoarjo - Surabaya - Malang) ~Indonesia (Surabaya - Malang) ~Italy ~Jalan-Jalan Cari Ikan ~Jalan-Jalan Cari Makan ~Johor ~Kedah ~Kelantan ~Kenali Hidupan Akuatik ~Korea Selatan - Seoul - Nami Island ~Kuala Lumpur ~Madinah 2023 ~Makkah & Madinah ~Makkah 2023 ~Melaka ~Montenegro ~Muhasabah Diri ~Negeri Sembilan ~Nepal (Kathmandu-Pokhara-Dhampus-Machhapuchhre Base Camp) ~Pahang ~Pakistan ~Penginapan / Homestay / Hotel / Resort ~Perak ~Perlis ~Pulau Pinang ~Putrajaya ~Republik Macedonia ~Sabah ~Saudi Arabia ~Selangor ~Slovenia ~Tempat Menarik di Malaysia ~Terengganu ~Thailand ( Bangkok - Hua Hin) ~Thailand (Hatyai) ~Travelogue ~Turki ~Turkiye ~Umrah ~Umrah 2023 ~Vietnam ( Da Nang - Hoi An - Ba Na Hills) Acar Advertorial Agar-Agar Air Asam Aneka Hidangan Nasi Aneka Hidangan Sup Aneka Jenis Serunding Anekdot Antologi Puisi Apam Asian Food Festival Awards Ayam / Itik / Burung BBQ Bekal Makanan Biskut Buah Bubur Buku Cerita / Komik / Cerpen / Novel Buku Motivasi Buku Resepi Buku Resipi Buku Sejarah Buku Travelog / Novelog Cerita Dari Dapur Cerita Dari Pasar Cerpen Kanak-Kanak Chips Contest / Kuiz / GA Desserts Dried Pasta: Spaghetti/ Spiral / Fusili / Rigatoni / Fettuccine / Risoni / Lasagne / Conchiglie / Tagliatelle / Macaroni / etc Dumpling / Wantan / Siew Mai / Dim Sum Food Review Hari Raya Hasil Karyaku Herba Hidangan Berbuka Puasa Hidangan Berpantang Hidangan Bersahur Hidangan Tengah Hari / Malam Hidangan Tengahari / Malam Himpunan Kad Ucapan Ikan Japanese Food Jeruk / Pickles Johor Juadah Hari Raya Juices / Smoothies Kampung Laman Kek Kek Lapis Kek Lapis Sarawak Kek Sarawak Kelas Masakan Keluarga Kerabu Kerang-Kerangan Ketam / Sotong / Udang Khidmat Foodpanda Kiriman Komentator Korean Food Kudapan Kuih Raya Kuih Tradisional Nusantara Kuih-Muih Kuiz / GA Lain-Lain Laksa / Mee / Mee Hoon / Kuey Teow Lembu / Kambing / Lamb / Rusa Lobster Malaysian Food Festival Masakan Ala Kadazan / Dusun Masakan Ala Bajau Masakan Ala Bugis Masakan Ala Cina Masakan Ala Cocos Masakan Ala Jawa Masakan Ala Mamak Masakan Ala Nyonya Masakan Ala Pakistan Masakan Ala Thai Masakan Asia Selatan Masakan Asia Tengah Masakan Brunei Masakan India Masakan Indonesia Masakan Minang Masakan Negeri Sembilan Masakan Pahang Masakan Sabah Masakan Sarawak Masakan Singapura Masakan Suluk Masakan Timur Tengah Masakan Tradisi Kedah Masakan Tradisi Kelantan / Terengganu /Pantai Timur Masakan Tradisi Melayu Melaka Masakan Tradisi Perak Masakan Tradisi Pulau Pinang Masakan Tradisional Nusantara Masakan Utara Menu ala Fusion Minuman Panas / Sejuk Muffin Nuffnang Oleh-oleh Otak-Otak Pakistan Pastry Pemakanan Sihat Pembelian Online Petua Di Dapur Pie Pizza Puding Resepi Amie's Little Kitchen di Media Cetak Resepi Bonda Roti Sambal Sambutan Hari Istimewa Santai Bersama BEN ASHAARI Sarapan Pagi / Minum Petang Sate Sayur Seafood Segmen : Meriahnya Dunia Masakan Segmen Share Resipi Setulus Kasih Soto & Coto South Africa & Portuguese Food Telur Tempahan Western Food Wordless Wednesday

Subscribe