Kacang Edamame Buat Kudapan

6:21 PTG

Banyak sungguhlah drama-drama Korea yang Abang Farid pilih untuk tontonan Mommynya. Petang ini buang masa tonton drama Korea sambil kunyah kacang edamame. Memang tak pernah risau nak makan puas-puas kacang ini sebab tak ada peminatnya di rumah kami. Jadi, kalau rebus 500 gram, semuanya hak milik kekal untuk perut Amie sendiri.... ahaks!

Ada yang panggil kacang edamame ini kacang bulu. Mungkin sebab ada bulu-bulu halus pada kulitnya. Rasanya lemak-lemak dan memang sangat mengasyikkan apabila dikunyah. Kacang edamame ini asal dari Jepun, tetapi dengarnya di negara kita pun sudah ada yang mengusahakan tanaman pokok ini. 
Kacang edamame mengandungi banyak vitamin C, vitamin E, vitamin B6, riboflavin dan folat. Ia merupakan sumber protein, zat besi dan kalsium yang baik. Kacang edamame juga membekalkan kalsium, magnesium, fosforus, kalium dan natrium. Ia juga bebas gluten, rendah kalori dan tidak mengandungi kolesterol. Kacang edamame yang bersifat antioksidan ini turut disarankan untuk dijadikan pilihan snack atau kudapan yang menyihatkan.

Dahulu, kalau nak makan kacang edamame kenalah cari di Sushi King. Kini tidak lagi kerana kacang edamame boleh didapati dalam bentuk frozen di pasaraya. Pelbagai cara penyediaan kacang edamame sebelum dinikmati. Ada yang makan begitu saja. Ada yang mengukus terlebih dahulu, dan tidak kurang juga yang memanaskannya di dalam microwave. Walaupun boleh dimakan begitu sahaja, tetapi Amie lebih suka merebusnya terlebih dahulu dengan meletakkan sedikit garam. 
Kacang edamame yang masih dalam keadaan beku itu Amie masukkan ke dalam periuk, bubuh air paras kacang edamame, dan bubuh 1/2 sudu kecil garam. Rebus hingga mendidih. Amie rebustak lama. Setelah mendidih 4-5 minit Amie padamkan api dapur dan toskan kacang edamame. Lepas itu sudah boleh dinikmati seorang diri....hiks!

9 comments

  1. Kita memang nak cari kacang ni, macam Amie jugak, rasanya dalam rumah ni tak ada yang suka, hihi

    BalasPadam
  2. Sedapla kacang ni. Kalau rumah saya rasanya tak cukup setakat semangkuk. Mak ayah saya pun minat

    BalasPadam
  3. Boleh aje tanam pokok kacang ni di belakang rumah

    BalasPadam
  4. Ada je jumpa yang frozen kat pasaraya. Tapi tak pernah beli.

    BalasPadam
  5. bolehlah jengah kat aeon nnt kompem ada punya hehehe

    BalasPadam
  6. saya pun suka kacang edamame ni..wajib makan kalo pergi sushi king..pernah juga beli yang frozen, puas hati makan tak henti2 kat rumah sendiri..hihi

    BalasPadam
  7. sampai skrg atie makan ni bila dekat sushi king saja hehe

    BalasPadam
  8. Rata rata cakap Kacang Edamame ni sedap tapi saya belum dapat rasa lagi. Agak susah juga nak mencari kacang ni.

    BalasPadam
  9. Ini memang kacang fav SA kalau pi mana- mana restoran Korean

    BalasPadam

TERIMA KASIH TINGGALKAN KOMEN.

Labels

~Albania ~Australia (Perth) ~Balkan ~Bosnia and Herzegovina ~Bosnia Herzegovina ~Brunei Darul Salam ~Bulgaria ~China (Shenzhen - Guilin - Yangshuo - Guangzhou) ~Croatia ~Cuti-Cuti Malaysia ~Ekspedisi ~Europe ~India (New Delhi - Srinagar - Pahalgam - Gulmarg) ~Indonesia ( Padang - Bukit Tinggi - Jambi - Palembang - Jakarta ) ~Indonesia ( Sumatera Barat - Bukit Tinggi - Padang ) ~Indonesia (Bandung - Jakarta - Jogjakarta) ~Travelogue ~Indonesia (Kalimantan Timur: Nunukan - Tarakan - Balikpapan - Samarinda - Tenggarong) ~Indonesia (Sidoarjo - Surabaya - Malang) ~Indonesia (Surabaya - Malang) ~Italy ~Jalan-Jalan Cari Ikan ~Jalan-Jalan Cari Makan ~Johor ~Kedah ~Kelantan ~Kenali Hidupan Akuatik ~Korea Selatan - Seoul - Nami Island ~Kuala Lumpur ~Madinah 2023 ~Makkah & Madinah ~Makkah 2023 ~Melaka ~Montenegro ~Muhasabah Diri ~Negeri Sembilan ~Nepal (Kathmandu-Pokhara-Dhampus-Machhapuchhre Base Camp) ~Pahang ~Pakistan ~Penginapan / Homestay / Hotel / Resort ~Perak ~Perlis ~Pulau Pinang ~Putrajaya ~Republik Macedonia ~Sabah ~Saudi Arabia ~Selangor ~Slovenia ~Tempat Menarik di Malaysia ~Terengganu ~Thailand ( Bangkok - Hua Hin) ~Thailand (Hatyai) ~Travelogue ~Turki ~Turkiye ~Umrah ~Umrah 2023 ~Vietnam ( Da Nang - Hoi An - Ba Na Hills) Acar Advertorial Agar-Agar Air Asam Aneka Hidangan Nasi Aneka Hidangan Sup Aneka Jenis Serunding Anekdot Antologi Puisi Apam Asian Food Festival Awards Ayam / Itik / Burung BBQ Bekal Makanan Biskut Buah Bubur Buku Cerita / Komik / Cerpen / Novel Buku Motivasi Buku Resepi Buku Resipi Buku Sejarah Buku Travelog / Novelog Cerita Dari Dapur Cerita Dari Pasar Cerpen Kanak-Kanak Chips Contest / Kuiz / GA Desserts Dried Pasta: Spaghetti/ Spiral / Fusili / Rigatoni / Fettuccine / Risoni / Lasagne / Conchiglie / Tagliatelle / Macaroni / etc Dumpling / Wantan / Siew Mai / Dim Sum Food Review Hari Raya Hasil Karyaku Herba Hidangan Berbuka Puasa Hidangan Berpantang Hidangan Bersahur Hidangan Tengah Hari / Malam Hidangan Tengahari / Malam Himpunan Kad Ucapan Ikan Japanese Food Jeruk / Pickles Johor Juadah Hari Raya Juices / Smoothies Kampung Laman Kek Kek Lapis Kek Lapis Sarawak Kek Sarawak Kelas Masakan Keluarga Kerabu Kerang-Kerangan Ketam / Sotong / Udang Khidmat Foodpanda Kiriman Komentator Korean Food Kudapan Kuih Raya Kuih Tradisional Nusantara Kuih-Muih Kuiz / GA Lain-Lain Laksa / Mee / Mee Hoon / Kuey Teow Lembu / Kambing / Lamb / Rusa Lobster Malaysian Food Festival Masakan Ala Kadazan / Dusun Masakan Ala Bajau Masakan Ala Bugis Masakan Ala Cina Masakan Ala Cocos Masakan Ala Jawa Masakan Ala Mamak Masakan Ala Nyonya Masakan Ala Pakistan Masakan Ala Thai Masakan Asia Selatan Masakan Asia Tengah Masakan Brunei Masakan India Masakan Indonesia Masakan Minang Masakan Negeri Sembilan Masakan Pahang Masakan Sabah Masakan Sarawak Masakan Singapura Masakan Suluk Masakan Timur Tengah Masakan Tradisi Kedah Masakan Tradisi Kelantan / Terengganu /Pantai Timur Masakan Tradisi Melayu Melaka Masakan Tradisi Perak Masakan Tradisi Pulau Pinang Masakan Tradisional Nusantara Masakan Utara Menu ala Fusion Minuman Panas / Sejuk Muffin Nuffnang Oleh-oleh Otak-Otak Pakistan Pastry Pemakanan Sihat Pembelian Online Petua Di Dapur Pie Pizza Puding Resepi Amie's Little Kitchen di Media Cetak Resepi Bonda Roti Sambal Sambutan Hari Istimewa Santai Bersama BEN ASHAARI Sarapan Pagi / Minum Petang Sate Sayur Seafood Segmen : Meriahnya Dunia Masakan Segmen Share Resipi Setulus Kasih Soto & Coto South Africa & Portuguese Food Telur Tempahan Western Food Wordless Wednesday

Subscribe