Ikan Selayang Masak Sambal Daun Kari Mama Cella

9:09 PTG

Sedap betul makan nasi lauk Ikan Selayang Masak Sambal Daun Kari resipi dari dapur MAMA CELLA! Firdaus makan dua ekor. Fuad asyik bertanya Abang Farid : Abang nak makan ke tidak? Kalau tak makan ikan, saya makan!

Ikan Selayang Masak Sambal Daun Kari Mama Cella

Petang tadi ketika sedang membuat serunding kerang, Encik Suami bawa masuk ikan ke dapur. Ada ikan susu, ikan bulan dan ikan selayang. Di antara ketiga-tiga jenis ikan itu, terpikat pula dengan ikan selayang ekor merah! Pada mulanya, nak goreng saja. Boleh cecah sambal kicap. Tiba-tiba teringat pula dua tiga hari lepas, Fuad asyik minta Amie masak sambal ikan. 

Kebetulan pula, sewaktu singgah di dapur MAMA CELLA melihat resipi serunding kelapa bubuh daun limau purut, terpandang resipi SAMBAL IKAN DAUN KARI. Bukan nama ikan itu ikan daun kari tau... ahaks! Tapi nama resipinya Sambal Ikan Daun Kari. Bahan yang digunakan pun tak banyak, dan mudah sangat nak sediakannya.



Mama Cella gunakan 5 ekor ikan mackerel. Amie gunakan 8 ekor ikan selayang. Teragak-agak juga dengan jumlah ikan yang akan diolah, takut tak habis. Maklumlah raja ayam asyik pandang-pandang. Amie tegur:
Abang makan ikan ini tak?
Tak.
Kenapa? Sedap ni. Mommy nak masak sambal.
Saya tak makan ikan tu.
Isshhh... susahlah abang ni. Itu tak makan. Ini tak makan. Pening kepala bini abang nanti. Boleh kelahi pasal lauk yang dimasak.
Tak payahlah saya kahwin.
Isshhh...isssshh abng ni.

Jom kita lihat resepi yang Amie pinjam dari dapur Mama Cella.

Bahan-bahan:
8 ekor ikan selayang
1/2 cawan minyak
1 tangkai daun kari - Amie gunakan 3 tangkai
1 keping asam gelugur
1 sudu kecil garam
½ sudu kecil gula
minyak

Bahan kisar:
20 cili kering
1 bawang besar

Cara memasak:
  1. Ikan disiang bersihkan dan digaul garam kunyit.
  2. Goreng ikan hingga garing.
  3. Tinggalkan minyak anggaran ¼ cawan dalam kuali.
  4. Tumis daun kari hingga garing dan angkat ketepikan untuk tabur nanti
  5. Masukkan bahan blend dalam minyak yang sama dan biar hingga garing naik minyak.
  6. Masukkan asam,garam dan gula.
  7. Masukkan ikan goreng.
  8. Sesuaikan rasanya dan masak hingga kering dan naik minyak & taburkan daun kari goreng rangup tadi.
Fuad sudah letakkan dua ekor ikan di dalam pinggan nasinya. Encik Suami ambil seekor. Firdaus minta tambah lagi seekor, jadi dua ekor juga. Ada 3 ekor lagi ikan belum terusik. Fairuz belum balik dari menyiapkan kerja sekolahnya. Wah! Nampaknya Ikan Selayang Masak Sambal Daun Kari laku pula hari ini! 
Sudah berkali-kali Fuad panggil Abang Farid untuk makan. Sahut Abang Farid: Nanti dulu. Saya siapkan kerja. 
Kemudian Abang Farid datang ke meja.
Budak bertuah itu makan nasi dengan telur dadar! Hanya sentuh sambal sahaja, dan tak usik ikan!
Sekian, cerita dari dapur pada hari ini. Hari ini hujan sampai ke petang, hari yang sejuk!
Terima kasih Mama Cella, kita pinjam resipi daun kari masak sambal ikan, dan daun limau purut bubuh dalam serunding kerang. Rajin Mama Cella kongsi pelbagai resipi dan cerita-cerita di sebalik resipinya.

11 comments

  1. SA yang tengok dan baca ni pun dah rasa terliur dah Kak Amie...kena pi la cari ikan ni esok...semalam ada nampak ikan ni kat pasaraya kat area rumah..besar2 dan gemuk2....

    BalasPadam
  2. Alhamdulillah...
    Saya pun bila tengok cikgu masak sambal ni macam terliur la pulak..ish,ikan ada tapi daun kari pula tiada. Ikan selayang ekor merah saya belum pernah jumpa. Mungkin hanya ada di Sabah kot.. .

    BalasPadam
  3. Nampak sedap...ikan pun nampak fresh kak, memamg tak mandang ikan ye abg farid tu

    BalasPadam
  4. sy suka ikan ni
    goreng garing2 pun sedap
    tp biasa dgn nama ikan sardin he hee

    BalasPadam
  5. wah sedap sgt tu anak suka boleh ulang masak

    BalasPadam
  6. Tergodanya saya.. slurpppp
    Sis, saya masih tunggu alamat sis hihi

    BalasPadam
  7. Sedapnya, Amie. Selera makan ikan bersambal macam ni. Satu lauk pun dah cukup ni.

    BalasPadam
  8. Berselera makan ikan masak sambal daun kari ni kak amie. Tak cukup Raja Ikan makan :)

    BalasPadam

TERIMA KASIH TINGGALKAN KOMEN.

Labels

~Albania ~Australia (Perth) ~Balkan ~Bosnia and Herzegovina ~Bosnia Herzegovina ~Brunei Darul Salam ~Bulgaria ~China (Shenzhen - Guilin - Yangshuo - Guangzhou) ~Croatia ~Cuti-Cuti Malaysia ~Ekspedisi ~Europe ~India (New Delhi - Srinagar - Pahalgam - Gulmarg) ~Indonesia ( Padang - Bukit Tinggi - Jambi - Palembang - Jakarta ) ~Indonesia ( Sumatera Barat - Bukit Tinggi - Padang ) ~Indonesia (Bandung - Jakarta - Jogjakarta) ~Travelogue ~Indonesia (Kalimantan Timur: Nunukan - Tarakan - Balikpapan - Samarinda - Tenggarong) ~Indonesia (Sidoarjo - Surabaya - Malang) ~Indonesia (Surabaya - Malang) ~Italy ~Jalan-Jalan Cari Ikan ~Jalan-Jalan Cari Makan ~Johor ~Kedah ~Kelantan ~Kenali Hidupan Akuatik ~Korea Selatan - Seoul - Nami Island ~Kuala Lumpur ~Madinah 2023 ~Makkah & Madinah ~Makkah 2023 ~Melaka ~Montenegro ~Muhasabah Diri ~Negeri Sembilan ~Nepal (Kathmandu-Pokhara-Dhampus-Machhapuchhre Base Camp) ~Pahang ~Pakistan ~Penginapan / Homestay / Hotel / Resort ~Perak ~Perlis ~Pulau Pinang ~Putrajaya ~Republik Macedonia ~Sabah ~Saudi Arabia ~Selangor ~Slovenia ~Tempat Menarik di Malaysia ~Terengganu ~Thailand ( Bangkok - Hua Hin) ~Thailand (Hatyai) ~Travelogue ~Turki ~Turkiye ~Umrah ~Umrah 2023 ~Vietnam ( Da Nang - Hoi An - Ba Na Hills) Acar Advertorial Agar-Agar Air Asam Aneka Hidangan Nasi Aneka Hidangan Sup Aneka Jenis Serunding Anekdot Antologi Puisi Apam Asian Food Festival Awards Ayam / Itik / Burung BBQ Bekal Makanan Biskut Buah Bubur Buku Cerita / Komik / Cerpen / Novel Buku Motivasi Buku Resepi Buku Resipi Buku Sejarah Buku Travelog / Novelog Cerita Dari Dapur Cerita Dari Pasar Cerpen Kanak-Kanak Chips Contest / Kuiz / GA Desserts Dried Pasta: Spaghetti/ Spiral / Fusili / Rigatoni / Fettuccine / Risoni / Lasagne / Conchiglie / Tagliatelle / Macaroni / etc Dumpling / Wantan / Siew Mai / Dim Sum Food Review Hari Raya Hasil Karyaku Herba Hidangan Berbuka Puasa Hidangan Berpantang Hidangan Bersahur Hidangan Tengah Hari / Malam Hidangan Tengahari / Malam Himpunan Kad Ucapan Ikan Japanese Food Jeruk / Pickles Johor Juadah Hari Raya Juices / Smoothies Kampung Laman Kek Kek Lapis Kek Lapis Sarawak Kek Sarawak Kelas Masakan Keluarga Kerabu Kerang-Kerangan Ketam / Sotong / Udang Khidmat Foodpanda Kiriman Komentator Korean Food Kudapan Kuih Raya Kuih Tradisional Nusantara Kuih-Muih Kuiz / GA Lain-Lain Laksa / Mee / Mee Hoon / Kuey Teow Lembu / Kambing / Lamb / Rusa Lobster Malaysian Food Festival Masakan Ala Kadazan / Dusun Masakan Ala Bajau Masakan Ala Bugis Masakan Ala Cina Masakan Ala Cocos Masakan Ala Jawa Masakan Ala Mamak Masakan Ala Nyonya Masakan Ala Pakistan Masakan Ala Thai Masakan Asia Selatan Masakan Asia Tengah Masakan Brunei Masakan India Masakan Indonesia Masakan Minang Masakan Negeri Sembilan Masakan Pahang Masakan Sabah Masakan Sarawak Masakan Singapura Masakan Suluk Masakan Timur Tengah Masakan Tradisi Kedah Masakan Tradisi Kelantan / Terengganu /Pantai Timur Masakan Tradisi Melayu Melaka Masakan Tradisi Perak Masakan Tradisi Pulau Pinang Masakan Tradisional Nusantara Masakan Utara Menu ala Fusion Minuman Panas / Sejuk Muffin Nuffnang Oleh-oleh Otak-Otak Pakistan Pastry Pemakanan Sihat Pembelian Online Petua Di Dapur Pie Pizza Puding Resepi Amie's Little Kitchen di Media Cetak Resepi Bonda Roti Sambal Sambutan Hari Istimewa Santai Bersama BEN ASHAARI Sarapan Pagi / Minum Petang Sate Sayur Seafood Segmen : Meriahnya Dunia Masakan Segmen Share Resipi Setulus Kasih Soto & Coto South Africa & Portuguese Food Telur Tempahan Western Food Wordless Wednesday

Subscribe