Pagi tadi keluar dengan Encik Suami cari barang dapur. Dalam perjalanan pulang, Encik Suami kata badannya rasa kurang sihat. Katanya lagi, hari ini dia mahu makan masakan sup. dia tak mahu makan nasi. Amie kata, nak makan mee hoon sup ke? Tapi rasa bosanlah pula sebab setiap hari ikutkan selera Abang Farid, mesti ada ayam. Kata Encik Suami, dia pernah makan mee hoon sup ikan. Ikan itu pula digoreng, dan ada sayur masin. Amie kata, nantilah kita masak. Kalau tak ada mee hoon, guna kuey teow pun boleh, kata Encik Suami.
Sampai di rumah, Fairuz sudah menunggu di pintu. Katanya : Mommy, saya lapar! Abang Farid dengan Daus habiskan cucur udang!
Kita sahut: Baguslah! Lain kali bangun lewat lagi.
Fairuz tersengih-sengih. Bertanya lagi: Mommy masak apa hari ini?
Kita sahut lagi : Mari tolong Mommy masak. Tolong kemas meja makan.
Apabila ada yang membantu kerja-kerja dapur, ringanlah sedikit beban. Amie suruh Fairuz kemaskan meja makan, dan sediakan pinggan mangkuk, sudu dan garfu. Sementara itu Amie terus bersihkan isi ikan, hiris tipis dan gaul dengan adunan tepung untuk goreng rangup. Untuk menyediakan Sup Kuey Teow Ikan ini tidak banyak kerja sebenarnya. hanya perlu goreng ikan, dan masak sup sahaja. Supnya pula, Amie rebus fish ball, bubuh bawang putih, halia dan lada putih tumbuk serta sayur sawi. Kuey teow dibilas dan ditoskan. Kisar cili padi dan bawang putih, tuang kicap lemak manis dan perahkan jus limau kasturi. Aksesori lain, hanya hiriskan lobak manis batang (jeruk), sayur masin, daun sup dan belah limau kasturi. Amie tidak buat bawang goreng, sebaliknya gunakan bawang goreng dalam paket.
Fairuz susun pinggan mangkuk seperti gaya meja makan waktu berbuka puasa di bulan Ramadhan! Suka hati kamulah ... lepas makan jangan lupa kemas meja dan cuci pinggan mangkuk.
Abang Farid pula asyik jenguk beberapa kali ke dapur, tanya Mommy masak apa tu? Ikan ke ayam? Raja ikan entah di mana pula perginya. Nanti, dah siap hidangan di dapur, tiba-tiba raja ikan muncul. Memang kuat betul deria baunya, tahu pula kalau orang di dapur sudah siap masak.
Oleh kerana Fairuz sudah tertunggu-tunggu untuk makan, tak sampai hatilah pula untuk tangkap gambar satu persatu dan hidangan lengkap semangkuk Sup Kuey Teow Ikan.
Alhamdulillah, walaupun buat pertama kali masak Sup Kuey Teow Ikan dan pertama kali juga anak-anak makan tapi semuanya menambah berkali-kali ke dalam mangkuk masing-masing! Abang Farid pun tiga empat kali tambah ikan goreng!
ikan masak tepung , menarik sbb tak pernah makan lagi ni , nmpk sedappp
BalasPadammeriah menunya
BalasPadamSelamat menjamu selera
Kreatif kak Amie. Dapat pulak pembantu yang rajin. Saya tak pernah makan macam ni. Kalau masak di rumah mesti Mak saya tanya dapat resepi dari mana. Haha
BalasPadamNampak sedap tu. Menarik & nampak healty..
BalasPadammemang mudah nk sediakan tambah2 ada pembantu di dapur.. nampak menyelerakan.
BalasPadamSedap tu kak amie masak sup style macam ni. banyak accesoriesnya. ikan alu alu goreng tu terasa kerangupan dan kesedapan dia. patutlah paling laku. Hidangan simple dengan accesories banyak bertambah selera makan. tambah pulak ada sambal kicap :)
BalasPadamSEDAPNYE NAMPAK.. MEJA MAKAN PUN NMPAK CANTIK. TAMBAH SELERA MAKAN.. BOLEH SIS SHARE KAT MANA BELI LAPIK PINGGAN MAKAN TU YE? NICE TO SEE...
BalasPadam