Jumpa Lagi Kota Kinabalu

8:47 PTG

Cadangan kami, hari terakhir di Kota Kinabalu tempohari, kami nak makan di D'Place  yang terletak di Plaza Shell untuk menikmati hidangan tradisional Kadazan Dusun. Nampaknya tidak ada rezeki untuk makan di situ sebab D'Place tutup operasi  ketika kami sampai.

Kami beralih destinasi ke Borneo Asian Food by Sugar Bun.

Teh untuk Amie, kopi untuk Encik Suami.



Setelah beberapa hari tinggalkan LD dan pelajaran, balik nanti kena sambung study untuk STPM yang tertunda-tunda akibat Covid-19.

Firdaus nak bawa pulang butang pemanggil restoran ini.... ahaks!

Hidangan Laksa Sarawak pilihan Encik Suami.

Firdaus dengan Fish & Chips.


Fairuz dengan Saucy Kano Broasted Chicken Meal


Borneo Eco Fish Meal, Amie punya.


Cantikkan nasinya tu, macam rupa nasi dagang pula. 

Sebelum sampai ke tempat penginapan di Kundasang, kononnya singgah dulu di Pekan Nabalu tapi kami singgah dulu di gerai kraftangan  sebelum Pekan Nabalu. Hujan!

Carilah apa yang patut di sini.
Encik Suami belikan kita tempat letak buah yang diperbuat daripada batang kayu manis, dan bakul bulat bertutup yang dianyam.

Oleh kerana hujan renyai yang terus menerus turun, kami putuskan untuk tidak singgah di Pekan Nabalu. Rasa tak selesa pula naik turun kereta dalam keadaan pakaian lembab dan basah!

Sepatutnya petang itu kami daftar masuk di Mountain Valley Resort, di Tenompok, Bundu Tuhan tetapi tempahan dibatalkan oleh pihak resort beberapa hari sebelum kami tiba. Jadi, kami beralih destinasi ke B-Inspired Abode di Kundasang. Alhamdulillah, pihak resort telah kembalikan deposit sebanyak RM280 di atas pembatalan tempahan penginapan oleh pihak mereka. 

17 comments

  1. sama taste dengan Firdaus, suka makan fish and chips. Ingatkan nasi dagang tadi. Rupanya bukan ye. Bestnya kalau dapat turun belek-belek kedai kraftangan tu. Banyak boleh buat props gambar dan untuk kegunaan juga :)

    BalasPadam
  2. Assalamualaikum kak. Wah seronok kalau dapat jalan2. Saya lama sda tak jalan2 sabah sana... Rindu... saya suka pergi Sabah. Kundasang tu 2kali dah pergi, masih belum puas menikmati keindahannya, ada nampak laksa srwk tadi... aduiiii lama jugak tak merasa ni... kat semenanjung susah mau dpt yg sedap2.

    BalasPadam
  3. BANYAK KRAFTANGAN CANTIK YG DIJUAL KAT SITU

    BalasPadam
  4. Saya pernah 4 kali rasanya singgah Pekan Nabalu & Kundasang Rasa macam Cameron Higland awal tahun 90s dulu. Ada semacam rasa jauh di lubuk hati yang paling dalam.Tambahan pula bila dengar baitgbait lagu 🎼🎤"tinggi-tingi Gunung Kinabalu...... 🎵🎶

    BalasPadam
  5. Sedap-sedap tengok hidangan yang disediakan. Saya tengah makan maggi goreng ni. hehe. Saya suka singgah di gerai kraftangan macam tu. Suka tengok bakul anyaman.

    BalasPadam
  6. oh.. ada sugarbun rupanya KK.. ingtkan dh x ada dah

    BalasPadam
  7. brg2 kraf tu byk dibuat drpd buluh ya?

    BalasPadam
  8. @Azhafizah MN Memang suka nak borong barangan kraf begini, tapi Encik Suami dah warning. Katanya bonet kereta dah penuh. Maknanya tak boleh beli banyaklah tu.

    BalasPadam
  9. @Semut Senyum Waalaikumussalam. Banyak juga tempat di Kundasang Kak Amie belum pergi. Tiap kali cuti nak book penginapan, asyik penuh jew.

    BalasPadam
  10. @namakucella Banyak dah yang berubah di Kundasang. Tahun 90-an saya panjat gunung 2 kali, lain suasananya. Kali ketika panjat 2014, suasana tak sama macam dulu.

    BalasPadam
  11. @Nur Banyak bakul anyaman di sini, saiz kecil saiz besar semua ada.

    BalasPadam
  12. @Kakmim Ada. Terlanjur ke Plaza Shell, terus makan situ.

    BalasPadam
  13. @dear anies Kebanyakannya diperbuat daripada rotan.Ada juga buluh.

    BalasPadam
  14. firdaus kan pandai pilih makanan..smua nya buat terliur

    BalasPadam
  15. semua sedappp!! kraf tangan pun cantik. mahir betul menganyam

    BalasPadam
  16. Sedapnyer makanan di Sugarbun.. mengimbau kenangan duduk di Kuching masa bujang dulu.. 😍😍

    BalasPadam

TERIMA KASIH TINGGALKAN KOMEN.

Labels

~Albania ~Australia (Perth) ~Balkan ~Bosnia and Herzegovina ~Bosnia Herzegovina ~Brunei Darul Salam ~Bulgaria ~China (Shenzhen - Guilin - Yangshuo - Guangzhou) ~Croatia ~Cuti-Cuti Malaysia ~Ekspedisi ~Europe ~India (New Delhi - Srinagar - Pahalgam - Gulmarg) ~Indonesia ( Padang - Bukit Tinggi - Jambi - Palembang - Jakarta ) ~Indonesia ( Sumatera Barat - Bukit Tinggi - Padang ) ~Indonesia (Bandung - Jakarta - Jogjakarta) ~Travelogue ~Indonesia (Kalimantan Timur: Nunukan - Tarakan - Balikpapan - Samarinda - Tenggarong) ~Indonesia (Sidoarjo - Surabaya - Malang) ~Indonesia (Surabaya - Malang) ~Italy ~Jalan-Jalan Cari Ikan ~Jalan-Jalan Cari Makan ~Johor ~Kedah ~Kelantan ~Kenali Hidupan Akuatik ~Korea Selatan - Seoul - Nami Island ~Kuala Lumpur ~Madinah 2023 ~Makkah & Madinah ~Makkah 2023 ~Melaka ~Montenegro ~Muhasabah Diri ~Negeri Sembilan ~Nepal (Kathmandu-Pokhara-Dhampus-Machhapuchhre Base Camp) ~Pahang ~Pakistan ~Penginapan / Homestay / Hotel / Resort ~Perak ~Perlis ~Pulau Pinang ~Putrajaya ~Republik Macedonia ~Sabah ~Saudi Arabia ~Selangor ~Slovenia ~Tempat Menarik di Malaysia ~Terengganu ~Thailand ( Bangkok - Hua Hin) ~Thailand (Hatyai) ~Travelogue ~Turki ~Turkiye ~Umrah ~Umrah 2023 ~Vietnam ( Da Nang - Hoi An - Ba Na Hills) Acar Advertorial Agar-Agar Air Asam Aneka Hidangan Nasi Aneka Hidangan Sup Aneka Jenis Serunding Anekdot Antologi Puisi Apam Asian Food Festival Awards Ayam / Itik / Burung BBQ Bekal Makanan Biskut Buah Bubur Buku Cerita / Komik / Cerpen / Novel Buku Motivasi Buku Resepi Buku Resipi Buku Sejarah Buku Travelog / Novelog Cerita Dari Dapur Cerita Dari Pasar Cerpen Kanak-Kanak Chips Contest / Kuiz / GA Desserts Dried Pasta: Spaghetti/ Spiral / Fusili / Rigatoni / Fettuccine / Risoni / Lasagne / Conchiglie / Tagliatelle / Macaroni / etc Dumpling / Wantan / Siew Mai / Dim Sum Food Review Hari Raya Hasil Karyaku Herba Hidangan Berbuka Puasa Hidangan Berpantang Hidangan Bersahur Hidangan Tengah Hari / Malam Hidangan Tengahari / Malam Himpunan Kad Ucapan Ikan Japanese Food Jeruk / Pickles Johor Juadah Hari Raya Juices / Smoothies Kampung Laman Kek Kek Lapis Kek Lapis Sarawak Kek Sarawak Kelas Masakan Keluarga Kerabu Kerang-Kerangan Ketam / Sotong / Udang Khidmat Foodpanda Kiriman Komentator Korean Food Kudapan Kuih Raya Kuih Tradisional Nusantara Kuih-Muih Kuiz / GA Lain-Lain Laksa / Mee / Mee Hoon / Kuey Teow Lembu / Kambing / Lamb / Rusa Lobster Malaysian Food Festival Masakan Ala Kadazan / Dusun Masakan Ala Bajau Masakan Ala Bugis Masakan Ala Cina Masakan Ala Cocos Masakan Ala Jawa Masakan Ala Mamak Masakan Ala Nyonya Masakan Ala Pakistan Masakan Ala Thai Masakan Asia Selatan Masakan Asia Tengah Masakan Brunei Masakan India Masakan Indonesia Masakan Minang Masakan Negeri Sembilan Masakan Pahang Masakan Sabah Masakan Sarawak Masakan Singapura Masakan Suluk Masakan Timur Tengah Masakan Tradisi Kedah Masakan Tradisi Kelantan / Terengganu /Pantai Timur Masakan Tradisi Melayu Melaka Masakan Tradisi Perak Masakan Tradisi Pulau Pinang Masakan Tradisional Nusantara Masakan Utara Menu ala Fusion Minuman Panas / Sejuk Muffin Nuffnang Oleh-oleh Otak-Otak Pakistan Pastry Pemakanan Sihat Pembelian Online Petua Di Dapur Pie Pizza Puding Resepi Amie's Little Kitchen di Media Cetak Resepi Bonda Roti Sambal Sambutan Hari Istimewa Santai Bersama BEN ASHAARI Sarapan Pagi / Minum Petang Sate Sayur Seafood Segmen : Meriahnya Dunia Masakan Segmen Share Resipi Setulus Kasih Soto & Coto South Africa & Portuguese Food Telur Tempahan Western Food Wordless Wednesday

Subscribe