Ikan Jenahak Goreng Sos Plum

8:53 PTG

Entri tertunggak. Hidangan makan sekeluarga beberapa hari lepas, tapi tak pasti hari apa sebab malas nak ingat... ahaks! Yang Amie ingat waktu ambil gambar hujan lebat dan dapur gelap, maka nampaklah bayang-bayang sebab buka lampu. Kita bukannya jurugambar profesional. Asalkan nampak apa benda yang nak dikongsi, bolehlah tu.

Amie pasti Abang Farid akan makan ikan yang Amie masak ini. Menambah-nambah nasi pula bujang sulung kami itu dapat makan lauk Ikan Jenahak Goreng Sos Plum. Amie buatkan Firdaus Belacan Cocos atas permintaannya. Sayur yang Amie olah ialah sayur kacang panjang campur lobak merah tumis dengan sotong. Tidak ketinggalan sambal bawang putih siram minyak.

Ikan Jenahak Goreng Sos Plum

Sayur kacang panjang & lobak tumis dengan sotong.

Sambal Bawang Putih Siram Minyak.



Belacan Cocos.

Tembikai & Limau 


Amie kongsikan resipi Ikan Jenahak Goreng Sos Plum. Kuahnya agak cair. Amie tak bubuh bahan pemekat seperti bancuhan tepung jagung. Sos tomato dan dan sos cili pun Amie bubuh sedikit sahaja

Bahan-bahan:
  • 4 kepingan ikan jenahak - lumur dengan sedikit garam dan kunyit
  • 5 sudu besar sos plum
  • 1 sudu besar sos tiram
  • 2 sudu besar kicap manis
  • 1 sudu besar sos cili
  • 1 sudu besar sos tomato
  • 3 ulas bawang putih - ketuk
  • 1 labu bawang besar - mayang
  • 2 cm hirisan halia
  • 1 cawan kepingan nanas masak
  • 1 cawan kepingan dadu timun
  • 1/2 batang hirisan lobak
  • 10 biji tomato ceri
  • 1 biji hirisan cili merah
  • 2 cawan air
Cara memasak:
  1. Goreng ikan jenahak hingga masak. Angkat dan toskan.
  2. Tinggalkan 4 sudu besar minyak bekas gorengan ikan di dalam kuali.
  3. Tumis bawang putih, bawang besar dan halia hingga terbit aroma.
  4. Masukkan sos plum, sos tiram, kicap manis, sos cili dan sos tomato. Kacau beberapa kali dan masukkan air.
  5. Biarkan masak hingga mendidih.
  6. Seterusnya masukkan kepingan nanas, timun, lobak dan tomato ceri serta hirisan cili merah. Masak seketika. Jika sukakan kuah lebih pekat, tuangkan bancuhan air tepung jagung.
  7. Tuangkan kuah di atas ikan jenahak goreng.

12 comments

  1. Teringin sungguh nak rasa belacan cocos tu.. Sambal bawang putih siram minyak pun nampak menyelerakan

    BalasPadam
  2. ok tertarik dengan belacan cocos tu.. ^_^

    BalasPadam
  3. nyumyyy Sayur kacang panjang & lobak tumis dengan sotong ru nampak sedap

    BalasPadam
  4. belacan cocos tu pertama kali saya tengok..

    menu ikan tu memang win, nampak sedap sangat!

    BalasPadam
  5. Semua nampak sedap tu, boleh save resepi ni utk rujukan anak dara memasak nanti.
    Boleh bagitau apa tu belacan cocos?

    BalasPadam
  6. sedpnya Amie...akak cukup suka kalau ikan yg dimasak diletak nenas..manis2 rasanya

    BalasPadam
  7. Boleh jugak try ni. Tapi kena gi beli sos plum dulu. Huhu

    BalasPadam
  8. Menarik ikan jenahak goreng sos plum. Tak pernah cuba. Boleh lah cuba resepi kak amie ni. Terima kasih berkongsi. Lengkap dengan buah-buahan hidangannnya :)

    BalasPadam

TERIMA KASIH TINGGALKAN KOMEN.

Labels

~Albania ~Australia (Perth) ~Balkan ~Bosnia and Herzegovina ~Bosnia Herzegovina ~Brunei Darul Salam ~Bulgaria ~China (Shenzhen - Guilin - Yangshuo - Guangzhou) ~Croatia ~Cuti-Cuti Malaysia ~Ekspedisi ~Europe ~India (New Delhi - Srinagar - Pahalgam - Gulmarg) ~Indonesia ( Padang - Bukit Tinggi - Jambi - Palembang - Jakarta ) ~Indonesia ( Sumatera Barat - Bukit Tinggi - Padang ) ~Indonesia (Bandung - Jakarta - Jogjakarta) ~Travelogue ~Indonesia (Kalimantan Timur: Nunukan - Tarakan - Balikpapan - Samarinda - Tenggarong) ~Indonesia (Sidoarjo - Surabaya - Malang) ~Indonesia (Surabaya - Malang) ~Italy ~Jalan-Jalan Cari Ikan ~Jalan-Jalan Cari Makan ~Johor ~Kedah ~Kelantan ~Kenali Hidupan Akuatik ~Korea Selatan - Seoul - Nami Island ~Kuala Lumpur ~Madinah 2023 ~Makkah & Madinah ~Makkah 2023 ~Melaka ~Montenegro ~Muhasabah Diri ~Negeri Sembilan ~Nepal (Kathmandu-Pokhara-Dhampus-Machhapuchhre Base Camp) ~Pahang ~Pakistan ~Penginapan / Homestay / Hotel / Resort ~Perak ~Perlis ~Pulau Pinang ~Putrajaya ~Republik Macedonia ~Sabah ~Saudi Arabia ~Selangor ~Slovenia ~Tempat Menarik di Malaysia ~Terengganu ~Thailand ( Bangkok - Hua Hin) ~Thailand (Hatyai) ~Travelogue ~Turki ~Turkiye ~Umrah ~Umrah 2023 ~Vietnam ( Da Nang - Hoi An - Ba Na Hills) Acar Advertorial Agar-Agar Air Asam Aneka Hidangan Nasi Aneka Hidangan Sup Aneka Jenis Serunding Anekdot Antologi Puisi Apam Asian Food Festival Awards Ayam / Itik / Burung BBQ Bekal Makanan Biskut Buah Bubur Buku Cerita / Komik / Cerpen / Novel Buku Motivasi Buku Resepi Buku Resipi Buku Sejarah Buku Travelog / Novelog Cerita Dari Dapur Cerita Dari Pasar Cerpen Kanak-Kanak Chips Contest / Kuiz / GA Desserts Dried Pasta: Spaghetti/ Spiral / Fusili / Rigatoni / Fettuccine / Risoni / Lasagne / Conchiglie / Tagliatelle / Macaroni / etc Dumpling / Wantan / Siew Mai / Dim Sum Food Review Hari Raya Hasil Karyaku Herba Hidangan Berbuka Puasa Hidangan Berpantang Hidangan Bersahur Hidangan Tengah Hari / Malam Hidangan Tengahari / Malam Himpunan Kad Ucapan Ikan Japanese Food Jeruk / Pickles Johor Juadah Hari Raya Juices / Smoothies Kampung Laman Kek Kek Lapis Kek Lapis Sarawak Kek Sarawak Kelas Masakan Keluarga Kerabu Kerang-Kerangan Ketam / Sotong / Udang Khidmat Foodpanda Kiriman Komentator Korean Food Kudapan Kuih Raya Kuih Tradisional Nusantara Kuih-Muih Kuiz / GA Lain-Lain Laksa / Mee / Mee Hoon / Kuey Teow Lembu / Kambing / Lamb / Rusa Lobster Malaysian Food Festival Masakan Ala Kadazan / Dusun Masakan Ala Bajau Masakan Ala Bugis Masakan Ala Cina Masakan Ala Cocos Masakan Ala Jawa Masakan Ala Mamak Masakan Ala Nyonya Masakan Ala Pakistan Masakan Ala Thai Masakan Asia Selatan Masakan Asia Tengah Masakan Brunei Masakan India Masakan Indonesia Masakan Minang Masakan Negeri Sembilan Masakan Pahang Masakan Sabah Masakan Sarawak Masakan Singapura Masakan Suluk Masakan Timur Tengah Masakan Tradisi Kedah Masakan Tradisi Kelantan / Terengganu /Pantai Timur Masakan Tradisi Melayu Melaka Masakan Tradisi Perak Masakan Tradisi Pulau Pinang Masakan Tradisional Nusantara Masakan Utara Menu ala Fusion Minuman Panas / Sejuk Muffin Nuffnang Oleh-oleh Otak-Otak Pakistan Pastry Pemakanan Sihat Pembelian Online Petua Di Dapur Pie Pizza Puding Resepi Amie's Little Kitchen di Media Cetak Resepi Bonda Roti Sambal Sambutan Hari Istimewa Santai Bersama BEN ASHAARI Sarapan Pagi / Minum Petang Sate Sayur Seafood Segmen : Meriahnya Dunia Masakan Segmen Share Resipi Setulus Kasih Soto & Coto South Africa & Portuguese Food Telur Tempahan Western Food Wordless Wednesday

Subscribe