Petang tadi kononnya hendak kemas ruang bacaan. Mood untuk menyusun buku-buku sudah lama hilang bersama arus air banjir. Pernah suatu senja yang malang beberapa tahun lalu, apabila banjir melanda air masuk ke dalam rumah dan merendam buku serta majalah di ruang bacaan. Waktu itu rasa hairan melihat karpet di ruang bacaan terapung-apung di atas air! Pertama kali mengalami banjir memang sungguh memeranjatkan! Kasut dan selipar berenang menuju ke pintu pagar. Semua ikan peliharaan di kolam melepaskan diri tak tinggal seekor pun! Belum sempat berbuat apa-apa, air begitu cepat bergenang di segenap ruang. Encik Suami dan jiran tetangga segera menyelamatkan kereta, diletakkan di kawasan tinggi. Ya Allah!
Selepas air surut lagilah rasa sengsara! Kena bersihkan segala lumpur dan kotoran yang singgah. Tak dapat bayangkan bagaimana keadaan kampung dan kawasan yang dilanda banjir.
Itu cerita banjir. Sekarang kita cerita tentang buku. Terjumpa sebuah buku cerita lama, koleksi cerita dongeng klasik oleh Hans Christian Andersen yang tidak pernah jemu Amie baca berulang kali sewaktu zaman kanak-kanak dahulu. Dahulu Amie baca dalam versi bahasa Melayu. Apabila Amie sudah bekerja, dan masih berminat membaca, Amie beli koleksi cerita dongeng versi bahasa Inggeris pula. Amie tidaklah begitu mahir dalam bahasa Inggeris, tapi setakat baca cerita dongeng yang pendek-pendek bolehlah. kalau diberi novel dalam bahasa tersebut, memang dari kulit depan dan kulit belakang sajalah Amie baca.... ahaks!
|
The Little Sea Mermaid - Hans Christian Andersen page 543-559. |
Salah sebuah kisah dongeng yang sangat Amie suka baca sudah tentulah The Little Sea Mermaid (1837). Dalam versi lain, tajuknya The Little Mermaid.
Walaupun pernah menonton filem dan juga animasi, tetapi sangat berbeza rasanya ketika menjiwai watak Little Mermaid ketika membaca. Benarlah, kata orang apabila kita membaca kita turut berimaginasi, jauh menerawang membayangkan apa yang tersirat di sebalik yang tersurat.
Paling syahdu, dan rasa hati bagai tersusuk sembilu bila membaca perenggan di bawah ini:
When it grew dark, coloured lamps were lighted and the sailors danced merry dance on deck. the little sea maid thought of the first time when she had risen up out of the sea, and beheld a similar scene of splendour and joy; and she joined in the whirling dance, and flitted on as she swallow flits away when he is persued; and all shouted and admired her, for she had danced so prettily. Her delicate feet were cut as if with knives, but she did not feel it, for her heart was wounded far more painfully. She knew this was the last evening on which she should see him for whom she had left, her friends and her home,and had given up her beautiful voice, and had suffered unheard-on pains every day, while he was utterly unconscious off all. It was the last evening she should breathe the same air with him, and behold the starry aky and the deep sea; and everlasting night without thought or dream awited her, for she had no soul, and could win none. And everything was merriment and gladness on the ship tillpast midnight, and she laughed and danced with thoughts of death in her heart.
Akhirnya, waktu dihabiskan dengan membaca cerita dongeng dan ruangan bacaan masih sama seperti sediakala! Wokey! Sambil melayan perasaan, sambil minum secawan teh panas, dan kunyah butter cookies. Sekian.
Cerita mermaid memang sedih.
BalasPadamBiasalah kita akan baca yang Bahasa Melayu. Apabila sudah mahir baca yang versi Bahasa Inggeris.
wak penah dgr nama author Hans Christian Andersen tu tapi x penah baca
BalasPadamcantinya gambar...saya nak teringin nak ambil gambar cantik gitu...tp malasnya nak setting props..hahaha
BalasPadamAdoi.. LAmanya tak membaca buku-buku klasik macam ini..
BalasPadamSelamat membaca.
BalasPadamWak tak gheti baca buku omputih, tak faham
kak mmg suka baca kisah dongeng klasik ni
BalasPadamSecangkir teh panas, beberapa keping butter cookies cukup mendamaikan..duduk di laman sambil membaca atau di ruang bacaan..lagi best dapat lepak kat mana2 di Cameron highland
BalasPadamHehe. Tak jadi mengemas ye, Amie. Syok baca. Buku klasik tu. :)
BalasPadamkisah fairytales saya suka tengok kartun ataupun animation. Ada waktu santai seronok juga membaca sambil mengeteh :)
BalasPadamapat ke sy ni mmg ralit x igt dunia😆
BalasPadamMemang best ada ruangan membaca khas ni, disajikan lagi dengan biskut dan air teh panas. :)
BalasPadambetul n bila banyak membaca tu kita sendiri pun mampu berimaginasi sendiri n hasilkan penulisan sendiri :)
BalasPadamsuka tgk kak Amie snap gambar jelas! mcm pro kak..guna cam ape kak? :)
BalasPadamSuka tgk gambar yg kak amie ambil... byk props akak
BalasPadam@Shida Radzuan Kamera Sony RX100M6 dik.
BalasPadamlama tak membaca.. mood membaca dh tukar ke blog
BalasPadam