Peminat itik nombor satu di rumah kami sudah tentulah Fuad. Sepanjang berada di rumah sejak 13 September 2020 lepas, banyak kali jugalah Amie masak itik atas permintaannya. Selain itik panggang, Amie pernah masak itik rendang. Rendang Itik Pedas Cili Padi yang Amie paparkan ini merupakan hidangan hujung tahun 2020 yang belum sempat dijadikan entri.
Rendang Itik Pedas Cili Padi |
Amie merendang seekor itik yang beratnya lebih 2 kg. Seperti biasa Amie masak cara lebur semua bahan dalam kuali. Cuma, di saat-saat akhir rendang nak masak kenalah jaga -jaga takut hangus walaupun gunakan kuali tak melekat dan api kecil. Waktu itu bukan main seronok rasa hati melihat minyak terbit berlinang-linang! Macam buat minyak kelapa pulak dah!
Orang kata kalau nak dapatkan rendang itik yang sedap, kenalah salai itik terlebih dahulu. Amie tak salai itik, cuma toskan hingga kering itik yang sudah dipotong. Ada juga yang rebus itik sebelum merendang. Nak potong berapa daging itik? Ikut sukalah, nak saiz kecil atau besar. Amie potong 16 keping termasuk lehernya yang panjang itu.... ahaks!
Bahan A:
- 1 ekor itik - potong 16 bahagian - toskan hingga kering
- 1.5 kg pati santan
- 3 helai daun limau purut - buang urat
- 2 sudu besar kerisik
- 2 keping asam gelugur
- 2 helai daun kunyit - hiris halus
- garam / gula Melaka / perasa pilihan secukupnya
Bahan B : Kisar
- 1 cawan cili padi
- 4 batang serai - ambil isinya yang putih
- 1 helai daun kunyit
- 10 biji bawang merah
- 3 ulas bawang putih
- 2 cm halia
- 2 cm kunyit hidup
- 2 cm lengkuas
Cara memasak:
- Masukkan kesemua Bahan A dan Bahan B kecuali hirisan daun kunyit ke dalam kuali, dan jerang di atas dapur.
- Kacau perlahan-lahan sehingga masak, dan taburkan garam / gula Melaka / perasa pilihan secukupnya.
- Apabila kuah mulai pekat, taburkan hirisan daun kunyit sentiasa dikacau supaya tidak berkerak.
- Padamkan api dapur.
Terliurnya tengok gambar rendang ni... :)
BalasPadamItikkkk... Sukanya saya kepada itik 🦆seperti juga suka kepada kambing🐑.. Sedap & exotic
BalasPadamApa beza rasa ayam dengan itik. tapi tenguk rendang itik amie ni hish nampak sedap je. aduhaiii
BalasPadamRasanya tak rebus pun tak apa kot itik ni kan, Amie, sebab merendang tu pun dah lama, tentu lembut dah daging itik tu direndang. Kita pun suka betul bila tengok minyak dah mula berlinang semasa merendang sebab Kita pun suka masak dengan cara lebur semua bahan.
BalasPadamOoo, lebur semua sekali, tak payah tumis dulu. Nampak sedap rendang itik. Saya tak pernah masak itik.
BalasPadamsedapnyaa itik
BalasPadamkesukaan rendang pedas mcm ni cicah dgnnasi or ketupat
BalasPadamsedapp tp itik sy tak penah try mkn he he sepanjang hidup ni
Ini lauk Fuad pulak ye. Senang kerja masak rendang style lebur semua. Ada hirisan daun kunyit tu buat penambah sedap aroma masakan rendang. Saya tak pernah lansung makan itik. bila tak makan, tak berani nak cuba makan. huhu
BalasPadamitik panggang sedap jugak.. disalai pun sedap.
BalasPadamrajin akak masak itik.. bertuah anak2