SYMA: Bersarapan pagi sambil mengikuti BICARA SLOGAN JABATAN PENDIDIKAN NEGERI SABAH secara langsung di you tube.
Sempat sediakan sarapan untuk anak-anak, Mee Hoon Goreng Daging. Bubuh pucuk bayam Brazil dan sambal kicap yang rasanya sangat sedap! Kena masuk bakul berlubang ni. Kalau bukan sendiri puji, siapa lagi kih kihkihhh!
Mee Hoon Goreng Daging Sambal Kicap Lemon Tea |
Mee Hoon Goreng Daging |
Oleh kerana Firdaus kata Mee Hoon Goreng Daging ini sedap, Amie pun kongsikanlah resipinya di sini. Seperti biasa, petik pucuk bayam Brazil untuk gantikan sayur sawi. Amie hiriskan cili hijau sebagai salah satu bahan perencah. Lama tak bubuh hirisan cili hijau dalam mee hoon goreng. Sedap! Jom lihat resipinya di bawah ini:
Bahan-bahan:
- 1 paket mee hoon - rendam hingga lembut - toskan
- 1 cawan hirisan daging yang sudah direbus empuk
- 1 cekak pucuk bayam Brazil
- 2 biji cili hijau - hiris
- 2 sudu besar cili kisar
- 3 ulas bawang putih - cincang
- 1 labu bawang besar - cincang
- 3 sudu besar minyak
- garam / perasa pilihan
Cara memasak:
- Panaskan minyak. Tumis bawang putih, bawang besar dan cili hijau hingga terbitaroma dan layu.
- Kemudian masukkan cili kisar hirisan daging. Gaul rata. Biarkan masak dengan api sederhana sehingga pecah minyak.
- Seterusnya masukkan mee hoon bersama pucuk bayam Brazil.
- Gaul rata.
- Seterusnya perasakan mee hoon goreng daging dengan taburan garam / perasa pilihan secukupnya.
- Kacau beberapa kali dan padamkan api dapur.
Sambal Kicap |
Melengkapkan rasa sarapan pagi ini, Amie turut sediakan sambal kicap. Cili padi dan bawang putih dikisar, tambahkan kicap lemak manis (Kicap Cap Kipas Udang) dan perahan jus limau nipis. Tak perlu bubuh perasa lain seperti garam atau gula. Rasanya sudah cukup enak, sempurna!
kalau x abis hantar ke sini ya kak eh ehh ;-)
BalasPadamsaya pun suka bihun goreng daging..housemate saya pulak suka bihun goreng daging saya..hahahaha!
BalasPadamIsh, awat kita selalu ada instict yang sama la cikgu.Hihihi
BalasPadamsuka mee hoon....ada sambal kicap lagi ler umphh
BalasPadamUncle suka betul foto top view kamu ni.... cantik!
BalasPadamBetul cakap Amie, kalau bukan puji diri sendiri, siapa lagi, motivasi diri sendiri, orang kata. :)
BalasPadamSedap meehoon goreng daging. Saya sendiri masak bihun lain sikit. Pecah telor 2 biji. Nanti nak cuba cara Amie.
Tengok pun dah tahu sedap ni Kak Amie. Firdaus pun puji mommy masak bihun goreng daging sedap. Kira bukan masuk bakul angkat sendiri dah ni. Bertambah sedap ada sambal kicap tu ha :)
BalasPadamDapp nyer.... Siap ade sambal kicap nie 👆👆
BalasPadamBihun nampak sedap, pinggan pun cantik. Jatuh hati dgn pinggan tu hihi...
BalasPadamLawonyer pinggannnnn... Bihun pun nampak shedapppp
BalasPadamsedapnya makan dgn sambal kicap
BalasPadamBayam Brazil petik terus masak. Bertambah sedap bihun goreng
BalasPadamSuka bihun goreng daging mcm ni..
BalasPadamSukaaa... Mihun tak pernah jemu....evergreen
BalasPadam