Cadangan kami, hari terakhir di Kota Kinabalu tempohari, kami nak makan di D'Place yang terletak di Plaza Shell untuk menikmati hidangan tradisional Kadazan Dusun. Nampaknya tidak ada rezeki untuk makan di situ sebab D'Place tutup operasi ketika kami sampai.
Kami beralih destinasi ke Borneo Asian Food by Sugar Bun.
Teh untuk Amie, kopi untuk Encik Suami. |
Setelah beberapa hari tinggalkan LD dan pelajaran, balik nanti kena sambung study untuk STPM yang tertunda-tunda akibat Covid-19. |
Firdaus nak bawa pulang butang pemanggil restoran ini.... ahaks!
Hidangan Laksa Sarawak pilihan Encik Suami. |
Firdaus dengan Fish & Chips. |
Fairuz dengan Saucy Kano Broasted Chicken Meal |
Borneo Eco Fish Meal, Amie punya. |
Cantikkan nasinya tu, macam rupa nasi dagang pula.
Sebelum sampai ke tempat penginapan di Kundasang, kononnya singgah dulu di Pekan Nabalu tapi kami singgah dulu di gerai kraftangan sebelum Pekan Nabalu. Hujan!
Carilah apa yang patut di sini.
Encik Suami belikan kita tempat letak buah yang diperbuat daripada batang kayu manis, dan bakul bulat bertutup yang dianyam.
Oleh kerana hujan renyai yang terus menerus turun, kami putuskan untuk tidak singgah di Pekan Nabalu. Rasa tak selesa pula naik turun kereta dalam keadaan pakaian lembab dan basah!
Sepatutnya petang itu kami daftar masuk di Mountain Valley Resort, di Tenompok, Bundu Tuhan tetapi tempahan dibatalkan oleh pihak resort beberapa hari sebelum kami tiba. Jadi, kami beralih destinasi ke B-Inspired Abode di Kundasang. Alhamdulillah, pihak resort telah kembalikan deposit sebanyak RM280 di atas pembatalan tempahan penginapan oleh pihak mereka.
sama taste dengan Firdaus, suka makan fish and chips. Ingatkan nasi dagang tadi. Rupanya bukan ye. Bestnya kalau dapat turun belek-belek kedai kraftangan tu. Banyak boleh buat props gambar dan untuk kegunaan juga :)
BalasPadamAssalamualaikum kak. Wah seronok kalau dapat jalan2. Saya lama sda tak jalan2 sabah sana... Rindu... saya suka pergi Sabah. Kundasang tu 2kali dah pergi, masih belum puas menikmati keindahannya, ada nampak laksa srwk tadi... aduiiii lama jugak tak merasa ni... kat semenanjung susah mau dpt yg sedap2.
BalasPadamBANYAK KRAFTANGAN CANTIK YG DIJUAL KAT SITU
BalasPadamSaya pernah 4 kali rasanya singgah Pekan Nabalu & Kundasang Rasa macam Cameron Higland awal tahun 90s dulu. Ada semacam rasa jauh di lubuk hati yang paling dalam.Tambahan pula bila dengar baitgbait lagu 🎼🎤"tinggi-tingi Gunung Kinabalu...... 🎵🎶
BalasPadamSedap-sedap tengok hidangan yang disediakan. Saya tengah makan maggi goreng ni. hehe. Saya suka singgah di gerai kraftangan macam tu. Suka tengok bakul anyaman.
BalasPadamoh.. ada sugarbun rupanya KK.. ingtkan dh x ada dah
BalasPadambrg2 kraf tu byk dibuat drpd buluh ya?
BalasPadam@Azhafizah MN Memang suka nak borong barangan kraf begini, tapi Encik Suami dah warning. Katanya bonet kereta dah penuh. Maknanya tak boleh beli banyaklah tu.
BalasPadam@Semut Senyum Waalaikumussalam. Banyak juga tempat di Kundasang Kak Amie belum pergi. Tiap kali cuti nak book penginapan, asyik penuh jew.
BalasPadam@paridah Betul tu, banyak pilihan.
BalasPadam@namakucella Banyak dah yang berubah di Kundasang. Tahun 90-an saya panjat gunung 2 kali, lain suasananya. Kali ketika panjat 2014, suasana tak sama macam dulu.
BalasPadam@Nur Banyak bakul anyaman di sini, saiz kecil saiz besar semua ada.
BalasPadam@Kakmim Ada. Terlanjur ke Plaza Shell, terus makan situ.
BalasPadam@dear anies Kebanyakannya diperbuat daripada rotan.Ada juga buluh.
BalasPadamfirdaus kan pandai pilih makanan..smua nya buat terliur
BalasPadamsemua sedappp!! kraf tangan pun cantik. mahir betul menganyam
BalasPadamSedapnyer makanan di Sugarbun.. mengimbau kenangan duduk di Kuching masa bujang dulu.. 😍😍
BalasPadam