Sedap betul makan nasi lauk Ikan Selayang Masak Sambal Daun Kari resipi dari dapur MAMA CELLA! Firdaus makan dua ekor. Fuad asyik bertanya Abang Farid : Abang nak makan ke tidak? Kalau tak makan ikan, saya makan!
Ikan Selayang Masak Sambal Daun Kari Mama Cella |
Petang tadi ketika sedang membuat serunding kerang, Encik Suami bawa masuk ikan ke dapur. Ada ikan susu, ikan bulan dan ikan selayang. Di antara ketiga-tiga jenis ikan itu, terpikat pula dengan ikan selayang ekor merah! Pada mulanya, nak goreng saja. Boleh cecah sambal kicap. Tiba-tiba teringat pula dua tiga hari lepas, Fuad asyik minta Amie masak sambal ikan.
Kebetulan pula, sewaktu singgah di dapur MAMA CELLA melihat resipi serunding kelapa bubuh daun limau purut, terpandang resipi SAMBAL IKAN DAUN KARI. Bukan nama ikan itu ikan daun kari tau... ahaks! Tapi nama resipinya Sambal Ikan Daun Kari. Bahan yang digunakan pun tak banyak, dan mudah sangat nak sediakannya.
Mama Cella gunakan 5 ekor ikan mackerel. Amie gunakan 8 ekor ikan selayang. Teragak-agak juga dengan jumlah ikan yang akan diolah, takut tak habis. Maklumlah raja ayam asyik pandang-pandang. Amie tegur:
Abang makan ikan ini tak?
Tak.
Kenapa? Sedap ni. Mommy nak masak sambal.
Saya tak makan ikan tu.
Isshhh... susahlah abang ni. Itu tak makan. Ini tak makan. Pening kepala bini abang nanti. Boleh kelahi pasal lauk yang dimasak.
Tak payahlah saya kahwin.
Isshhh...isssshh abng ni.
Jom kita lihat resepi yang Amie pinjam dari dapur Mama Cella.
Bahan-bahan:
8 ekor ikan selayang
1/2 cawan minyak
1 tangkai daun kari - Amie gunakan 3 tangkai
1 keping asam gelugur
1 sudu kecil garam
½ sudu kecil gula
minyak
Bahan kisar:
20 cili kering
1 bawang besar
Cara memasak:
- Ikan disiang bersihkan dan digaul garam kunyit.
- Goreng ikan hingga garing.
- Tinggalkan minyak anggaran ¼ cawan dalam kuali.
- Tumis daun kari hingga garing dan angkat ketepikan untuk tabur nanti
- Masukkan bahan blend dalam minyak yang sama dan biar hingga garing naik minyak.
- Masukkan asam,garam dan gula.
- Masukkan ikan goreng.
- Sesuaikan rasanya dan masak hingga kering dan naik minyak & taburkan daun kari goreng rangup tadi.
Fuad sudah letakkan dua ekor ikan di dalam pinggan nasinya. Encik Suami ambil seekor. Firdaus minta tambah lagi seekor, jadi dua ekor juga. Ada 3 ekor lagi ikan belum terusik. Fairuz belum balik dari menyiapkan kerja sekolahnya. Wah! Nampaknya Ikan Selayang Masak Sambal Daun Kari laku pula hari ini!
Sudah berkali-kali Fuad panggil Abang Farid untuk makan. Sahut Abang Farid: Nanti dulu. Saya siapkan kerja.
Kemudian Abang Farid datang ke meja.
Budak bertuah itu makan nasi dengan telur dadar! Hanya sentuh sambal sahaja, dan tak usik ikan!
Sekian, cerita dari dapur pada hari ini. Hari ini hujan sampai ke petang, hari yang sejuk!
Terima kasih Mama Cella, kita pinjam resipi daun kari masak sambal ikan, dan daun limau purut bubuh dalam serunding kerang. Rajin Mama Cella kongsi pelbagai resipi dan cerita-cerita di sebalik resipinya.
SA yang tengok dan baca ni pun dah rasa terliur dah Kak Amie...kena pi la cari ikan ni esok...semalam ada nampak ikan ni kat pasaraya kat area rumah..besar2 dan gemuk2....
BalasPadamAlhamdulillah...
BalasPadamSaya pun bila tengok cikgu masak sambal ni macam terliur la pulak..ish,ikan ada tapi daun kari pula tiada. Ikan selayang ekor merah saya belum pernah jumpa. Mungkin hanya ada di Sabah kot.. .
Kat sini jarang jumpa ikan selayang.
BalasPadamNampak sedap...ikan pun nampak fresh kak, memamg tak mandang ikan ye abg farid tu
BalasPadamsy suka ikan ni
BalasPadamgoreng garing2 pun sedap
tp biasa dgn nama ikan sardin he hee
wah sedap sgt tu anak suka boleh ulang masak
BalasPadamTergodanya saya.. slurpppp
BalasPadamSis, saya masih tunggu alamat sis hihi
thank you sharing resepi
BalasPadamAduh, terliur sudah. Huhu
BalasPadamSedapnya, Amie. Selera makan ikan bersambal macam ni. Satu lauk pun dah cukup ni.
BalasPadamBerselera makan ikan masak sambal daun kari ni kak amie. Tak cukup Raja Ikan makan :)
BalasPadam