Entri tertunggak. Hidangan makan sekeluarga beberapa hari lepas, tapi tak pasti hari apa sebab malas nak ingat... ahaks! Yang Amie ingat waktu ambil gambar hujan lebat dan dapur gelap, maka nampaklah bayang-bayang sebab buka lampu. Kita bukannya jurugambar profesional. Asalkan nampak apa benda yang nak dikongsi, bolehlah tu.
Amie pasti Abang Farid akan makan ikan yang Amie masak ini. Menambah-nambah nasi pula bujang sulung kami itu dapat makan lauk Ikan Jenahak Goreng Sos Plum. Amie buatkan Firdaus Belacan Cocos atas permintaannya. Sayur yang Amie olah ialah sayur kacang panjang campur lobak merah tumis dengan sotong. Tidak ketinggalan sambal bawang putih siram minyak.
|
Ikan Jenahak Goreng Sos Plum
|
|
Sayur kacang panjang & lobak tumis dengan sotong. |
|
Sambal Bawang Putih Siram Minyak. |
|
Belacan Cocos. |
|
Tembikai & Limau |
Amie kongsikan resipi Ikan Jenahak Goreng Sos Plum. Kuahnya agak cair. Amie tak bubuh bahan pemekat seperti bancuhan tepung jagung. Sos tomato dan dan sos cili pun Amie bubuh sedikit sahaja.
- 4 kepingan ikan jenahak - lumur dengan sedikit garam dan kunyit
- 5 sudu besar sos plum
- 1 sudu besar sos tiram
- 2 sudu besar kicap manis
- 1 sudu besar sos cili
- 1 sudu besar sos tomato
- 3 ulas bawang putih - ketuk
- 1 labu bawang besar - mayang
- 2 cm hirisan halia
- 1 cawan kepingan nanas masak
- 1 cawan kepingan dadu timun
- 1/2 batang hirisan lobak
- 10 biji tomato ceri
- 1 biji hirisan cili merah
- 2 cawan air
Cara memasak:
- Goreng ikan jenahak hingga masak. Angkat dan toskan.
- Tinggalkan 4 sudu besar minyak bekas gorengan ikan di dalam kuali.
- Tumis bawang putih, bawang besar dan halia hingga terbit aroma.
- Masukkan sos plum, sos tiram, kicap manis, sos cili dan sos tomato. Kacau beberapa kali dan masukkan air.
- Biarkan masak hingga mendidih.
- Seterusnya masukkan kepingan nanas, timun, lobak dan tomato ceri serta hirisan cili merah. Masak seketika. Jika sukakan kuah lebih pekat, tuangkan bancuhan air tepung jagung.
- Tuangkan kuah di atas ikan jenahak goreng.
Nampak sedap2 belaka.
BalasPadamTeringin sungguh nak rasa belacan cocos tu.. Sambal bawang putih siram minyak pun nampak menyelerakan
BalasPadamok tertarik dengan belacan cocos tu.. ^_^
BalasPadamsedapnya jenahakmahaltu
BalasPadamLengkap semua khasiat ada atas meja
BalasPadamnyumyyy Sayur kacang panjang & lobak tumis dengan sotong ru nampak sedap
BalasPadambelacan cocos tu pertama kali saya tengok..
BalasPadammenu ikan tu memang win, nampak sedap sangat!
Semua nampak sedap tu, boleh save resepi ni utk rujukan anak dara memasak nanti.
BalasPadamBoleh bagitau apa tu belacan cocos?
sedpnya Amie...akak cukup suka kalau ikan yg dimasak diletak nenas..manis2 rasanya
BalasPadamBoleh jugak try ni. Tapi kena gi beli sos plum dulu. Huhu
BalasPadamMenarik ikan jenahak goreng sos plum. Tak pernah cuba. Boleh lah cuba resepi kak amie ni. Terima kasih berkongsi. Lengkap dengan buah-buahan hidangannnya :)
BalasPadamYum.. yum.. sedapnya
BalasPadam