Dua hari lepas, Abang Farid hanya dapat sepotong Japanese Cheese Cake, dan 5 potong lagi Firdaus habiskan. Amie sudah berjanji akan belikan Abang Farid kek itu sebab dia tak puas makan. Kelmarin Amie singgah di tempat jual kek, tapi Japanese Cheese Cake sudah habis. Yang ada hanya Butter Cheese Honey Cake. Daripada balik dengan tangan kosong, baiklah beli saja sebiji kek itu.
Apabila Amie beritahu Japanese Cheese Cake sudah habis, dan Amie gantikan dengan Butter Cheese Honey Cake, Abang Farid tidak mahu makan. Amie suruh buka pembungkus kek itu pun Abang Farid tidak hiraukan. Akhirnya terbiarlah kek itu, dan kebetulan pula Amie sibuk siapkan rendang daging dan pulut kuning serta bubur merah.
Tengahari tadi, Amie terdengar Abang Farid minta Encik Suami belikan Japanese Cheese Cake. Katanya tak ada selera makan nasi. Rupanya Abang Farid demam. Amie menyambuk. Amie kata Japanese Cheese Cake sudah habis, dan tak tahu bila akan ada lagi jualan kek itu.
Butter Cheese Honey Cake |
alahai...kecur tengok kek tu. Semoga cepat sembuh abang farid
BalasPadamsemoga cepat sembuh ye
BalasPadambetul kita seorg ibu sentiasa buat yg terbaik utk anak2
Iman pun baru baik demam, harap cepatlah jugak kebah demam Abg Farid tu ya, jangan merajuk pulak sebab Tak dapat kek
BalasPadamPatutlah merajuk lain macam. Demam rupanya abang Farid. Dah rasa baru tahu sedap, kan. Semoga abang Farid cepat sembuh. Aaminn
BalasPadamkak Amie nak resepi.. sedappp sedapp
BalasPadamCerewet juga anak-anak ni kadang-kadang. Macam tak hargai kita pula, susah payah beli untuk penuhi permintaan. Kalau mengadu kat ustazah kan, ustazah akan cakap, "Sabor, dapat pahala orang sabor ni". Urut dada sat, sambil menyabarkan diri sendiri. Hehe.
BalasPadamYa Allah sedapnyaaaa!!!!!! nmpkkkk cheese tu mmg cair dlm mulut
BalasPadam@AzianKhalil Sedapkan! Alhamdulillah Abang Farid beransur sembuh.
BalasPadam@mama sara nur Aamiin ya Allah. Banyak cabaran seorang ibu.
BalasPadam@Seri Kandi Di Tanah Jauhar Kalau anak-anak sakit, risau kita dibuatnya. Syukurlah ada depan mata.
BalasPadam@Azhafizah MN Alhamdulillah. Abang Farid dah berselara makan, nak sembuhlah tu.
BalasPadam@Cik nadya Kak Amie belum pernah buat kek begini dik.... he hehee.
BalasPadam@Nur Abang Farid satu orang yang cerewet Nur. Selalu juga tegur, susahlah macam ni tak makan itu tak makan ini.
BalasPadam@Atie Zieya Jemput makan Atie.
BalasPadamsaya nak jugakkkkk sy laparrrrr
BalasPadam