Telur Dadar & Sayur Petola Masak Bening

6:14 PTG

Bismillahirrahmanirrahim.
Selesai ziarah adik ipar Bonda di Sungai Yu Tanjung Karang, Encik Suami terus memandu ke Batang Berjuntai untuk hantar Wak Kanang. Hujan turun sepanjang perjalanan ke Batang Berjuntai. Kebetulan pada petang tersebut ada pasar malam di situ. Setelah hantar Wak Kanang di rumahnya, kami meneruskan perjalanan pulang ke rumah Bonda, dan sempat pula singgah di pasar malam walaupun keadaan masih hujan! Hanya Amie dan Encik Suami yang turun dari kereta. Kami berpayung berdua.

Sebenarnya Amie yang bersungguh-sungguh ajak Encik Suami singgah di pasar malam sebab hendak mencari sayur petola. Teringat Bonda berkata dengan Wak Niah di dalam kereta : Sedapnya makan nasi dengan telur dadar dan sayur petola masak bening!

Agaknya selera Bonda terbuka sewaktu makan telur dadar di rumah Kak Lijah di Hutan Melintang dan di rumah Kang Salleh di Tronoh! Amie teringat masih ada beberapa biji telur di dapur Bonda. Cuma sayur petola sahaja yang tidak ada. Amie beli dua biji petola muda, seekor ikan talapia dan 30 cucuk sate ayam.

Sampai di rumah, Amie terus tukar pakaian dan bergegas ke dapur. Bonda tegur : Berehatlah. Kan baru sampai rumah. Tak payahlah masak. Penat tu.

Amie buat-buat tak dengar kata-kata Bonda. Amie terus masak nasi. Lebihkan air sebab ingat pesan Bonda supaya masak nasi lembik sikit. Cepat-cepat Amie cuci ikan talapia yang sudah dibersihkan oleh penjual ikan. Lumur dengan garam kunyit, dan terus goreng. Ambil beberapa biji telur dan pukul ringan, tambahkan hirisan daun bawang serta garam dan terus dadar. Sayur petola pula, Amie masak bening tapi rebus lama sedikit supaya lembut dan mudah untuk Bonda kunyah. Amie tambahkan ikan bilis, bawang putih, halia dan sedikit lada putih tumbuk. Hujan-hujan begini memang segarlah badan dapat hirup sayur petola bening.

Telur Dadar & Sayur Petola Masak Bening

Ikan talapia ini berharga RM17.00 sekilogram. Amie beli seekor dengan harga RM10.00.

Telur dadar sudah siap.


Sayur Petola Masak bening siap!

Sate ayam beli di pasar malam pun siap!

Bismillah.


Kita makan sate dengan nasi himpit saja. Sedapnya sate ayam dari Pasar Malam Batang Berjuntai. Minggu depannya kita hendak beli lagi, tapi ada sesuatu yang tak diduga berlaku pada hari tersebut. Tak dapatlah makan sate ayam itu lagi. In syaa Allah lain kali kalau balik Malaya memang hendak cari sate ayam di Pasar Malam Batang Berjuntai.

Oh ya! Bonda hirup berkali-kali kuah Sayur Petola Masak Bening. Malam itu Bonda kata tidur lena sampai ke pagi. Mungkin penat dua hari berziarah, katanya.

26 comments

  1. Balasan
    1. Time cuaca sejuk, memang segerrr betul hirup kuah bening.

      Padam
  2. Alhamdulillah.. sedap dan selera sangat petola masak bening begitu. Makan pula dengan ikan goreng lagi nikmat rasanya..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Itulah selera orang kampung terutama yang sudah berusia seperti Bonda saya.

      Padam
  3. Sayur petola kuah bening, agak mirip dengan sayur oyong kalau di sini kak

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ooooo... namanya sayur oyong ya kalau di sana. Terima kasih infonya.

      Padam
  4. Seronok nampaknya bonda dapat petola muda masak bening. Talapia pun nampak sedap digoreng garam kunyit.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Itulah lauk makan nasi Bonda dari dulu sampai sekarang. Apa-apa sayur hendak dibening saja.

      Padam
  5. Wow...bikin Mbul pingin icip...beningnya kelihatan segar snagat...telor dadar dan sate...itu mah kesukaan Mbul semua Kak Amie 😊

    BalasPadam
  6. Kita tumpang seronok kalau bonda ada selera nak makan. Bertambah semangatlah kita nak masak kan. Buat buat tak dengar tu biasa. Kita mana kenal erti penat kalau buat untuk orang yang tersayang. Berselera bonda makan. Penat tu dah tentu sebab berjalan jauh.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Memang seronok tengok Bonda hirup berkali-kali kuah sayur bening. Kita yang tengok ini pun rasa kenyang tengok Bonda berselera makan.

      Padam
  7. ni pun dah ckp menyelerakan kak...waduhhh lapar balik dah ni hahaha padahal br lps lunch

    BalasPadam
    Balasan
    1. Masakan kampung walaupun ringkas tetap mengundang selera kan Anies.

      Padam
  8. petola muda macam tu buat cicah budu...memang nyakuk kata oghe Klate

    BalasPadam
  9. kalau mak pah boleh makan petola kan senang, ni x boleh..hehehe..kalau boleh SA dah buat dah...esok x tau la nak masak apa untuk dia..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Petola muda sedap betul dijadikan sayur SA. Sayur bening atau sayur lemak putih memang sedap.

      Padam
  10. Oh dj sana disebut patola ya kak... Di sini sayur oyong. Memang sedap. Banyak kegunaan sayur oyong ini.

    Tapi selain makanan, bisa diolah jadi sponge cuci piring. Saya dah lama tak pakai sponge biasa, Krn tak ramah lingkungan.

    Jadi waktu itu pas ada yg jual sponge terbuat dari oyong yang dikeringkan, langsung beli. Dan memang awet , sama saja seperti sponge yg lain.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Wah, saya dapat ilmu baru : Petola = Oyong.
      Bagusnya oyong kering dibuat sponge cuci piring! Menjimatkan dan turut melestarikan alam sekitar.

      Padam

TERIMA KASIH TINGGALKAN KOMEN.

Labels

~Albania ~Australia (Perth) ~Balkan ~Bosnia and Herzegovina ~Bosnia Herzegovina ~Brunei Darul Salam ~China (Shenzhen - Guilin - Yangshuo - Guangzhou) ~Croatia ~Cuti-Cuti Malaysia ~Ekspedisi ~Europe ~India (New Delhi - Srinagar - Pahalgam - Gulmarg) ~Indonesia ( Padang - Bukit Tinggi - Jambi - Palembang - Jakarta ) ~Indonesia ( Sumatera Barat - Bukit Tinggi - Padang ) ~Indonesia (Bandung - Jakarta - Jogjakarta) ~Travelogue ~Indonesia (Kalimantan Timur: Nunukan - Tarakan - Balikpapan - Samarinda - Tenggarong) ~Indonesia (Sidoarjo - Surabaya - Malang) ~Indonesia (Surabaya - Malang) ~Italy ~Jalan-Jalan Cari Ikan ~Jalan-Jalan Cari Makan ~Johor ~Kedah ~Kelantan ~Kenali Hidupan Akuatik ~Korea Selatan - Seoul - Nami Island ~Kuala Lumpur ~Madinah 2023 ~Makkah & Madinah ~Makkah 2023 ~Melaka ~Montenegro ~Muhasabah Diri ~Negeri Sembilan ~Nepal (Kathmandu-Pokhara-Dhampus-Machhapuchhre Base Camp) ~Pahang ~Penginapan / Homestay / Hotel / Resort ~Perak ~Pulau Pinang ~Putrajaya ~Sabah ~Saudi Arabia ~Selangor ~Slovenia ~Tempat Menarik di Malaysia ~Thailand ( Bangkok - Hua Hin) ~Thailand (Hatyai) ~Travelogue ~Turki ~Umrah ~Umrah 2023 ~Vietnam ( Da Nang - Hoi An - Ba Na Hills) Acar Advertorial Agar-Agar Air Asam Aneka Hidangan Nasi Aneka Hidangan Sup Aneka Jenis Serunding Anekdot Antologi Puisi Apam Asian Food Festival Awards Ayam / Itik / Burung BBQ Bekal Makanan Biskut Buah Bubur Buku Cerita / Komik / Cerpen / Novel Buku Motivasi Buku Resepi Buku Resipi Buku Sejarah Buku Travelog / Novelog Cerita Dari Dapur Cerita Dari Pasar Cerpen Kanak-Kanak Chips Contest / Kuiz / GA Desserts Dried Pasta: Spaghetti/ Spiral / Fusili / Rigatoni / Fettuccine / Risoni / Lasagne / Conchiglie / Tagliatelle / Macaroni / etc Dumpling / Wantan / Siew Mai / Dim Sum Food Review Hari Raya Hasil Karyaku Herba Hidangan Berbuka Puasa Hidangan Berpantang Hidangan Bersahur Hidangan Tengah Hari / Malam Hidangan Tengahari / Malam Himpunan Kad Ucapan Ikan Japanese Food Jeruk / Pickles Johor Juadah Hari Raya Juices / Smoothies Kek Kek Lapis Kek Lapis Sarawak Kek Sarawak Kelas Masakan Keluarga Kerabu Kerang-Kerangan Ketam / Sotong / Udang Khidmat Foodpanda Kiriman Komentator Korean Food Kudapan Kuih Raya Kuih Tradisional Nusantara Kuih-Muih Kuiz / GA Lain-Lain Laksa / Mee / Mee Hoon / Kuey Teow Lembu / Kambing / Lamb / Rusa Lobster Malaysian Food Festival Masakan Ala Kadazan / Dusun Masakan Ala Bajau Masakan Ala Bugis Masakan Ala Cina Masakan Ala Cocos Masakan Ala Jawa Masakan Ala Mamak Masakan Ala Nyonya Masakan Ala Pakistan Masakan Ala Thai Masakan Brunei Masakan India Masakan Indonesia Masakan Minang Masakan Negeri Sembilan Masakan Pahang Masakan Sabah Masakan Sarawak Masakan Singapura Masakan Suluk Masakan Timur Tengah Masakan Tradisi Kedah Masakan Tradisi Kelantan / Terengganu /Pantai Timur Masakan Tradisi Melayu Melaka Masakan Tradisi Perak Masakan Tradisi Pulau Pinang Masakan Tradisional Nusantara Masakan Utara Menu ala Fusion Minuman Panas / Sejuk Muffin Nuffnang Oleh-oleh Otak-Otak Pastry Pemakanan Sihat Pembelian Online Petua Di Dapur Pie Pizza Puding Resepi Amie's Little Kitchen di Media Cetak Resepi Bonda Roti Sambal Sambutan Hari Istimewa Santai Bersama BEN ASHAARI Sarapan Pagi / Minum Petang Sate Sayur Seafood Segmen : Meriahnya Dunia Masakan Segmen Share Resipi Setulus Kasih Soto & Coto Telur Tempahan Western Food Wordless Wednesday

Subscribe