Ronda-Ronda Sekitar Colmar Tropicale Resort

12:02 PTG

Bismillahirrahmanirrahim.
Amie kongsikan gambar-gambar yang sempat diambil semasa berada di Colmar Tropicale Resort pada 19-20 Disember 2023. Memandangkan keadaan cuaca yang kurang berpihak kepada para pengunjung, jadi tidaklah begitu sempurna gambar-gambar yang dipaparkan. Maklumlah semasa hujan turun kami pun berlari-lari mencari tempat berlindung. Apabila hujan berhenti, kurang selesalah pula berjalan sebab tanah yang basah dan sebahagiannya berpasir pula. Walaupun tanah sedikit berlumpur dan berpasir melekat di kasut tetapi rasa macam melekat di muka pula ....ahaks! Satu lagi, tidak semua kawasan kami sempat jejaki seperti swan pond, swimming pool dan viewing tower.

Langit pun memang nampak sendu, kabur warna birunya yang ceria kerana dilindungi oleh awan kelabu. Keesokan paginya pula, selepas sarapan kami hendak tangkap gambar lagi. Namun begitu tidaklah banyak gambar yang diambil memandangkan matahari pagi yang memancar terik! Tak tahan pula menghadapinya, bergambar sambil terpejam-pejam mata menahan pancaran cahaya. Kiranya itulah rezeki kami untuk hari tersebut. Kalau mengharap akan datang lagi dalam masa terdekat, belum tentu boleh sebab jarak jauh menjadi penghalang. Jadi, ini sahajalah kenangan terindah yang dapat dirakam sepanjang berada di sini.













Bergambar di hadapan Clock Tower.


Kedai cendera hati di Block Azalea.

7 Elevan.

Bilik permainan kanak-kanak di Block Euphorbia.

7D Arc Adventure

Wishing Fountain





Ada train dan bas. Firdaus hendak naik bas.






Sebelah malamnya kami datang semula untuk menemani Firdaus menaiki bas dua tingkat dan duduk di bahagian atas. Setelah tiket dibeli, Firdaus terpaksa menunggu beberapa minit. Tiada penumpang kanak-kanak lain.  Akhirnya hanya Firdaus sahaja seorang tanpa teman dibawa mengelilingi Colmar Tropicale Resort. 

Firdaus berseorangan di atas bas dua tingkat.

Viewing Tower.


Keesokan paginya selepas sarapan dan sebelum daftar keluar, kami ambil gambar di hadapan block penginapan kami iaitu Block Fuchsia.


Terang betul pancaran matahari. Nampak langit biru tanpa awan.







Kami tinggalkan Colmar Tropicale Resort pada pukul 10:30 pagi.

Colmar Tropicale Resort Berjaya Hills

18 comments

  1. comel je bas 2 tingkat tu...kiranya malam tu bas 2tingkat firdaus yang punya hehe

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul sangat. Dia tetap hendak naik bas dua tingkat tu.

      Padam
  2. Rindu nak pergi jalan2 ke sini lagi tapi tu la, bila dah dekat rasa bila2 je boleh pergi tapi tak pergi2 pun 😂

    BalasPadam
    Balasan
    1. Memang begitulah kan Carneyz.
      Biasanya yang jauh itulah yang teruja hendak datang hihihiii.

      Padam
  3. Hehe kalau tidak hujan, panas terik pula untuk bergambar.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hihihiii.... semuanya serba tak kena ye NA.

      Padam
  4. Balasan
    1. Betul. Perkampungan Perancis di tengah hutan hujan tropika.

      Padam
  5. Tapi still cantik juga gambarnya Kak Amie. Macam tak ramai orang masa kak Amie pergi ni. Bagus juga tak ada orang lain dalam gambar. Untunglah Firdaus naik keretapi sorang². Best juga ye bermalam disini. Teringin nak bermalam tapi macam tak tahu sangat aktiviti yang ada. Pernah pergi tapi balik hari je lah.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sebenarnya ramai juga pengunjung yang datang ke sini. Tapi Kak Amie malas nak tangkap gambar yang banyak 'aksesori'nya. Malas nak edit pun iya jugaa. Kadang terpaksa tunggu 'aksesori' nya pergi atau ambil sahajalah sudut-sudut yang 'sunyi' dari tumpuan ramai.

      Padam
  6. cantik-cantik pemandangan kat sini..memang setiap sudut wajib bergambar

    BalasPadam
    Balasan
    1. Memang cantik SA.
      Lagi cantik kalau tidak hujan atau terlalu panas oleh pancaran matahari. Senang dan tenang saja kalau nak bergambar.

      Padam
  7. Macam obesi....saya belum pernah sampai sini...menarik

    BalasPadam
    Balasan
    1. Suasana obesi dibawa masuk ke Malaya kan Mama Cella.

      Padam
  8. Sy rasa tak ada harapan nak meronda ke sini, hihi.

    BalasPadam
  9. Rinduuuuu sangat liatnya 😍😍. Benar2 cantik memang resort ini.. dulu saya sewa mobil dengan driver sekali menuju colmar. Krn memang susah kan transportasi kesana bagi foreigners 😅

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kami baru pertama kali sampai sini.
      Maklum sahaja hanya hujung tahun dapat cuti panjang. Tapi hujung tahun pula musim tengkujuh. Tawakkal sajalah datang ke sini.... hujan pula!

      Padam

TERIMA KASIH TINGGALKAN KOMEN.

Labels

~Albania ~Australia (Perth) ~Balkan ~Bosnia and Herzegovina ~Bosnia Herzegovina ~Brunei Darul Salam ~China (Shenzhen - Guilin - Yangshuo - Guangzhou) ~Croatia ~Cuti-Cuti Malaysia ~Ekspedisi ~Europe ~India (New Delhi - Srinagar - Pahalgam - Gulmarg) ~Indonesia ( Padang - Bukit Tinggi - Jambi - Palembang - Jakarta ) ~Indonesia ( Sumatera Barat - Bukit Tinggi - Padang ) ~Indonesia (Bandung - Jakarta - Jogjakarta) ~Travelogue ~Indonesia (Kalimantan Timur: Nunukan - Tarakan - Balikpapan - Samarinda - Tenggarong) ~Indonesia (Sidoarjo - Surabaya - Malang) ~Indonesia (Surabaya - Malang) ~Italy ~Jalan-Jalan Cari Ikan ~Jalan-Jalan Cari Makan ~Johor ~Kedah ~Kelantan ~Kenali Hidupan Akuatik ~Korea Selatan - Seoul - Nami Island ~Kuala Lumpur ~Madinah 2023 ~Makkah & Madinah ~Makkah 2023 ~Melaka ~Montenegro ~Muhasabah Diri ~Negeri Sembilan ~Nepal (Kathmandu-Pokhara-Dhampus-Machhapuchhre Base Camp) ~Pahang ~Penginapan / Homestay / Hotel / Resort ~Perak ~Pulau Pinang ~Putrajaya ~Sabah ~Saudi Arabia ~Selangor ~Slovenia ~Tempat Menarik di Malaysia ~Thailand ( Bangkok - Hua Hin) ~Thailand (Hatyai) ~Travelogue ~Turki ~Umrah ~Umrah 2023 ~Vietnam ( Da Nang - Hoi An - Ba Na Hills) Acar Advertorial Agar-Agar Air Asam Aneka Hidangan Nasi Aneka Hidangan Sup Aneka Jenis Serunding Anekdot Antologi Puisi Apam Asian Food Festival Awards Ayam / Itik / Burung BBQ Bekal Makanan Biskut Buah Bubur Buku Cerita / Komik / Cerpen / Novel Buku Motivasi Buku Resepi Buku Resipi Buku Sejarah Buku Travelog / Novelog Cerita Dari Dapur Cerita Dari Pasar Cerpen Kanak-Kanak Chips Contest / Kuiz / GA Desserts Dried Pasta: Spaghetti/ Spiral / Fusili / Rigatoni / Fettuccine / Risoni / Lasagne / Conchiglie / Tagliatelle / Macaroni / etc Dumpling / Wantan / Siew Mai / Dim Sum Food Review Hari Raya Hasil Karyaku Herba Hidangan Berbuka Puasa Hidangan Berpantang Hidangan Bersahur Hidangan Tengah Hari / Malam Hidangan Tengahari / Malam Himpunan Kad Ucapan Ikan Japanese Food Jeruk / Pickles Johor Juadah Hari Raya Juices / Smoothies Kek Kek Lapis Kek Lapis Sarawak Kek Sarawak Kelas Masakan Keluarga Kerabu Kerang-Kerangan Ketam / Sotong / Udang Khidmat Foodpanda Kiriman Komentator Korean Food Kudapan Kuih Raya Kuih Tradisional Nusantara Kuih-Muih Kuiz / GA Lain-Lain Laksa / Mee / Mee Hoon / Kuey Teow Lembu / Kambing / Lamb / Rusa Lobster Malaysian Food Festival Masakan Ala Kadazan / Dusun Masakan Ala Bajau Masakan Ala Bugis Masakan Ala Cina Masakan Ala Cocos Masakan Ala Jawa Masakan Ala Mamak Masakan Ala Nyonya Masakan Ala Pakistan Masakan Ala Thai Masakan Brunei Masakan India Masakan Indonesia Masakan Minang Masakan Negeri Sembilan Masakan Pahang Masakan Sabah Masakan Sarawak Masakan Singapura Masakan Suluk Masakan Timur Tengah Masakan Tradisi Kedah Masakan Tradisi Kelantan / Terengganu /Pantai Timur Masakan Tradisi Melayu Melaka Masakan Tradisi Perak Masakan Tradisi Pulau Pinang Masakan Tradisional Nusantara Masakan Utara Menu ala Fusion Minuman Panas / Sejuk Muffin Nuffnang Oleh-oleh Otak-Otak Pastry Pemakanan Sihat Pembelian Online Petua Di Dapur Pie Pizza Puding Resepi Amie's Little Kitchen di Media Cetak Resepi Bonda Roti Sambal Sambutan Hari Istimewa Santai Bersama BEN ASHAARI Sarapan Pagi / Minum Petang Sate Sayur Seafood Segmen : Meriahnya Dunia Masakan Segmen Share Resipi Setulus Kasih Soto & Coto Telur Tempahan Western Food Wordless Wednesday

Subscribe