Singgah di R&R Genting Sempah : Makan Durian Hutan

2:53 PTG

Bismillahirrahmanirrahim.
Sewaktu singgah di R&R Genting Sempah untuk isi minyak dalam perjalanan dari Kota Damansara ke Bukit Tinggi tempoh hari, mata terpandang kain rentang Jom Makan Durian bersebelahan dengan McDonald Drive-Thru. Rupanya masih ada durian lagi! Dalam hati berazam untuk singgah sewaktu perjalanan pulang. Bak kata Mama Cella, untuk mendapatkan sesuatu kena zikirlah selalu... ahaks!

Durian Hutan

Jom Makan Durian

Kain rentang warna kuning 'Jom Makan Durian' di hadapan Bazar Durian bersebelahan dengan McDonald Drive-Thru.


Jadinya, dalam perjalanan balik dari Bukit Tinggi kami singgahlah di R&R Genting Sempah.


Pemandangan di sebelah jalan R&R Genting Sempah - Gerai Mak Limah.


R&R Genting Sempah bertingkat-tingkat rupanya.



Untuk sampai ke Bazar Durian kena daki tangga ke tingkat paling atas.



Ada beberapa jenis durian yang ditawarkan di sini. Namun mata kita tertarik dengan Durian Hutan! Penjual durian kata durian hutan baunya lebih kuat dan bijinya besar. Amie tidak kisah. Yang penting hendak merasa durian hutan yang tak pernah dijumpai sebelum ini. Harganya RM12.00 sekilogram. Durian hutan tidak sama dengan durian kampung.

Sebiji durian hutan yang telah dibuka.


Semuanya bukan peminat durian. Jadi Amie seoranglah yang habiskan durian hutan ini. Dapat sebotol air mineral percuma. Habis makan durian hutan, Amie beli dua biji untuk dibawa pulang.


Setelah menuruni anak tangga untuk ke bahagian bawah, terpandang pula gerai minuman. Ada laici kanglah! Jom singgah sini basahkan tekak dulu.

Abang Farid minum jus epal. Tak ingat Encik Suami dan Firdaus minum apa.

Kami teruskan perjalanan.

Video kebakaran.

Lebih kurang pukul 12.00 tengah hari, ketika kereta melalui Jalan Ipoh, dari kejauhan kami terpandang asap hitam tebal menjulang ke langit di sebelah kiri. Sempat ambil video dan melihat api merah di bawah asap hitam. Entah apa yang sedang terbakar.

Tiga Kilang Cat di Batu Caves Terbakar

Tidak lama kemudian, kami dengar berita bahawa berlaku tiga kebakaran kilang cat di Kawasan Peusahaan Batu Caves. Beritanya di sini: 3 Kilang Cat di Batu Caves Terbakar.

22 comments

  1. Oo ada durian rupa2nya kat situ.
    Selalu singgah sekadar cari surau, pastu berpusu2 org, rasa rimas nak jln2 atas tu.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kebetulan waktu kami sampai orang tak berapa ramai. Sempat naik tingkat-tingkat atas tu.

      Padam
  2. Baru tahu ada durian hutan jugak. Rugi kalau tak merasa kan kak Amie. Hihi..alang-alang tu cuba lah buat rasa-rasa. Tak pernah singgah R&R sini. Kira besar kawasannya sampai 2 tingkat.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Rasanya tiga tingkat tu Fizah.
      Saya pun first time jumpa durian hutan. Memang rugi kalau tak mencuba. Selalunya makan durian kampung saja.

      Padam
  3. durian hutan rasa asli mesti sedap tu

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul Kak PI. Aromanya lebih tajam dan rasa manis.

      Padam
  4. Kalau nak lagi feel, makan kat dalam hutan ket belakang tu.... hehe

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul Uncle. Barulah betul-betul rasa 'hutan'nya kan Uncle.

      Padam
  5. Baguslah suami akk bagi bawa durian masuk kereta :D
    Tak pernah rasa tapi pernah jumpa durian hutan ni cuma x ingat di mana...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sedap aromanya PH. Tak peningkan kepala sepanjang perjalanan balik kampung.

      Padam
  6. teringinnya SA makan durian...tapi x sampai hati nak makan sekiranya Mak Pah pun x makan...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kenalah makan di luar atau jauh dari Mak Pah kan SA.

      Padam
  7. Aduhai....buah yang paling ramai peminat ni...Alhamdulillah tahun ni Allah panjangkan musim buah

    BalasPadam
    Balasan
    1. Itulah. Hairan juga macam tak habis-habis, ada sepanjang tahun!

      Padam
  8. Musim durian tahun lepas macam tak habis² melarat sampai tahun ni, kak amie.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul SK. Banyak juga saya nampak longgokan durian sewaktu bercuti dua minggu di Malaya tempoh hari.

      Padam
  9. Balasan
    1. Warna asli durian hutan. Tidak dikacuk dan dikahwinkan.

      Padam
  10. yang lain tak minat durian ye kak, untungla akak. Itu antara R&R yang mahal tu kak selalu kalau dana balik terengganu jarang singgah situ, tp buah berangan situ sedap murah pun iya

    BalasPadam
    Balasan
    1. Oooo mahal rupanya R&R di sini ye Dana.
      Baru tahu, sebab jarang balik Malaya dan lintas R&R.

      Padam
  11. Ada bagusnya kalo dalam keluarga tak banyak yg suka durian, jadi bisa kita habiskan sendiri 🤣🤣. Di keluarga saya, sayangnya semua sukaaa 😂. Jadi kami pasti rebutan kalo dah liat durian 🤭

    BalasPadam
    Balasan
    1. Punyalah sedap durian, tapi tetap juga ada yang tak suka makan hehehee.

      Padam

TERIMA KASIH TINGGALKAN KOMEN.

Labels

~Albania ~Australia (Perth) ~Balkan ~Bosnia and Herzegovina ~Bosnia Herzegovina ~Brunei Darul Salam ~China (Shenzhen - Guilin - Yangshuo - Guangzhou) ~Croatia ~Cuti-Cuti Malaysia ~Ekspedisi ~Europe ~India (New Delhi - Srinagar - Pahalgam - Gulmarg) ~Indonesia ( Padang - Bukit Tinggi - Jambi - Palembang - Jakarta ) ~Indonesia ( Sumatera Barat - Bukit Tinggi - Padang ) ~Indonesia (Bandung - Jakarta - Jogjakarta) ~Travelogue ~Indonesia (Kalimantan Timur: Nunukan - Tarakan - Balikpapan - Samarinda - Tenggarong) ~Indonesia (Sidoarjo - Surabaya - Malang) ~Indonesia (Surabaya - Malang) ~Italy ~Jalan-Jalan Cari Ikan ~Jalan-Jalan Cari Makan ~Johor ~Kedah ~Kelantan ~Kenali Hidupan Akuatik ~Korea Selatan - Seoul - Nami Island ~Kuala Lumpur ~Madinah 2023 ~Makkah & Madinah ~Makkah 2023 ~Melaka ~Montenegro ~Muhasabah Diri ~Negeri Sembilan ~Nepal (Kathmandu-Pokhara-Dhampus-Machhapuchhre Base Camp) ~Pahang ~Penginapan / Homestay / Hotel / Resort ~Perak ~Pulau Pinang ~Putrajaya ~Sabah ~Saudi Arabia ~Selangor ~Slovenia ~Tempat Menarik di Malaysia ~Thailand ( Bangkok - Hua Hin) ~Thailand (Hatyai) ~Travelogue ~Turki ~Umrah ~Umrah 2023 ~Vietnam ( Da Nang - Hoi An - Ba Na Hills) Acar Advertorial Agar-Agar Air Asam Aneka Hidangan Nasi Aneka Hidangan Sup Aneka Jenis Serunding Anekdot Antologi Puisi Apam Asian Food Festival Awards Ayam / Itik / Burung BBQ Bekal Makanan Biskut Buah Bubur Buku Cerita / Komik / Cerpen / Novel Buku Motivasi Buku Resepi Buku Resipi Buku Sejarah Buku Travelog / Novelog Cerita Dari Dapur Cerita Dari Pasar Cerpen Kanak-Kanak Chips Contest / Kuiz / GA Desserts Dried Pasta: Spaghetti/ Spiral / Fusili / Rigatoni / Fettuccine / Risoni / Lasagne / Conchiglie / Tagliatelle / Macaroni / etc Dumpling / Wantan / Siew Mai / Dim Sum Food Review Hari Raya Hasil Karyaku Herba Hidangan Berbuka Puasa Hidangan Berpantang Hidangan Bersahur Hidangan Tengah Hari / Malam Hidangan Tengahari / Malam Himpunan Kad Ucapan Ikan Japanese Food Jeruk / Pickles Johor Juadah Hari Raya Juices / Smoothies Kek Kek Lapis Kek Lapis Sarawak Kek Sarawak Kelas Masakan Keluarga Kerabu Kerang-Kerangan Ketam / Sotong / Udang Khidmat Foodpanda Kiriman Komentator Korean Food Kudapan Kuih Raya Kuih Tradisional Nusantara Kuih-Muih Kuiz / GA Lain-Lain Laksa / Mee / Mee Hoon / Kuey Teow Lembu / Kambing / Lamb / Rusa Lobster Malaysian Food Festival Masakan Ala Kadazan / Dusun Masakan Ala Bajau Masakan Ala Bugis Masakan Ala Cina Masakan Ala Cocos Masakan Ala Jawa Masakan Ala Mamak Masakan Ala Nyonya Masakan Ala Pakistan Masakan Ala Thai Masakan Brunei Masakan India Masakan Indonesia Masakan Minang Masakan Negeri Sembilan Masakan Pahang Masakan Sabah Masakan Sarawak Masakan Singapura Masakan Suluk Masakan Timur Tengah Masakan Tradisi Kedah Masakan Tradisi Kelantan / Terengganu /Pantai Timur Masakan Tradisi Melayu Melaka Masakan Tradisi Perak Masakan Tradisi Pulau Pinang Masakan Tradisional Nusantara Masakan Utara Menu ala Fusion Minuman Panas / Sejuk Muffin Nuffnang Oleh-oleh Otak-Otak Pastry Pemakanan Sihat Pembelian Online Petua Di Dapur Pie Pizza Puding Resepi Amie's Little Kitchen di Media Cetak Resepi Bonda Roti Sambal Sambutan Hari Istimewa Santai Bersama BEN ASHAARI Sarapan Pagi / Minum Petang Sate Sayur Seafood Segmen : Meriahnya Dunia Masakan Segmen Share Resipi Setulus Kasih Soto & Coto Telur Tempahan Western Food Wordless Wednesday

Subscribe