Kupi-Kupi Dulu di Warong Buana Kampung Daing, Pedas Rembau Negeri Sembilan
7:37 PTGBismillahirrahmanirrahim.
Perut sudah dialas dengan sedikit sarapan pagi sebelum daftar keluar homestay. Namun begitu sudah tentulah ada yang tidak kenyang terutamanya anak-anak. Kami lambat-lambat sedikit untuk meneruskan perjalanan kerana mementingkan Fuad dan Fairuz cukup rehat. Maklumlah kedua-duanya pemandu kami. Fairuz pula sering kali kami tegur kerana memandu agak laju. Jalan di Malaya bukanlah jalan yang biasa dilaluinya seperti di Kota Kinabalu. Kamu bawa orang, bukan bawa ikan! Itulah teguran kami untuknya. Dan lagi, bukannya kami hendak tergesa-gesa untuk sampai ke satu-satu destinasi kerana tujuan kami untuk bercuti, berkumpul bersama anak-anak. Dalam kenderaan pun sudah satu aktviti mengeratkan hubungan kekeluargaan. Di sinilah kami boleh usik-mengusik dan berkongsi cerita.

Kupi-Kupi Dulu di Warong Buana Kampung Daing, Pedas Rembau Negeri Sembilan. |
Di sebelah kanan Warong Buana ada Buana Kita : Glamping & Event. Tentu seronok dapat beraktiviti di sini, percutian glamour dan camping (glamping) - percutian berkonsepkan ala perkhemahan. |
Bihun Goreng |
Kami tiba di sini sekitar pukul 9:40 pagi. Banyak menu sarapan sudah habis termasuk nasi lemak. Jadi, kami memsan apa yang ada sahaja seperti kuetiaw dan bihun goreng serta roti canai.
Kuetiaw Goreng |
Roti Canai Sarang Burung
Minuman panas dihidangkan menggunakan koleh. Memang menggamit nostalgia lalu. |
Roti Canai Sarang Burung Sebiji.
Sewaktu kami tiba di sini, warung penuh dengan pelanggan.
Setelah selesai sarapan, tengok kiri dan kanan, warung mula lengang.
Mungkin tempoh waktu bersarapan sudah sampai ke penghujungnya dan pukul 11 pagi nanti beralih pula untuk makan tengah hari.
Perut Firdaus sudah nampak gendut! |
15 comments
seronok dapat luangkan masa bersama anak anak. Kecil2 dulu memang kami pakai koleh untuk buat air. pinggan dan besen pun banyak yang bekas enamel macam tu
BalasPadamDapat bersama dalam satu kenderaan pun dah syukur sangat. Boleh sembang bersama.
PadamSungguh...menggamit memori kole ayan siap dengan penutupnya tu
BalasPadamMemang tambah menggamit memori dengan suasana kampung di warung tu.
PadamNostalgia sungguh koleh² ayan tu tapi koleh² tu baru dikilangkan. Generasi skrg suka retro.
BalasPadamDapatlah menoleh kembali gaya masa silam.
Padamcantik koleh yang dia guna kak,. nostalgia sangat lah
BalasPadamNampak klasik kan Dana.
Padamwahhh...orang LD dah sampai. Yang di Seremban ni tak sampai lagi.
BalasPadamHeheeee... Tak apa. Nanti sampai juga. Banyak yang menarik di N9.
PadamKamu bawa orang, bukan bawa ikan! - ehhh.. comel pesanannya tu.
BalasPadamAnak-anak ni memang kena selalu ditegur, macam anak2 kami juga. Bukan nak rushing pun.
Begitulah anak-anak muda kalau di jalan raya kan Faizah.
PadamAlhamdulillah, ikut nasihat juga budak-budak ni.
selatan ke utara kak Amie sekeluarga berjalan. hehe. sabar jelah ye Fairuz.
BalasPadamJalan-jalan cari penat Sal.
PadamHaaa... berhemah ketika memandu.
seronok firdaus jalan- jalan...selera nampaknya dia makan..ye la complete berkumpul dengan abang2 kan...warung buana ni SA x pernah sampai lagi..nampak sangat SA x berjalan
BalasPadam