Sarapan di Restoran M Gulam Rasul Puncak Alam

8:03 PTG

Bismillahirrahmanirrahim.
Sabtu, 23 Disember 2023.
Fairuz dijangka terbang dari Kota Kinabalu ke Kuala Lumpur pada pukul 6 pagi. Barangkali disebabkan keletihan, semuanya bangun lewat! Tergesa-gesa solat subuh dan bersiap menuju ke lapangan terbang. Rupanya Fairuz sudah menunggu di luar pintu KLIA 2.

Kami terus pulang ke kampung melalui jalan Puncak Alam dan singgah sarapan di Restoran M Gulam Rasul. Kami jarang makan di kedai mamak kalau balik Malaya. Ini merupakan kali pertama kali sarapan di sini. Harga sarapan di sini untuk kami makan berlima sebanyak RM73.50. Walaupun yang makan berlima, tapi yang dipesan tujuh jenis... ahaks! Firdaus dan Abang Farid memesan menu yang sama iaitu Maggi Goreng Ayam Mamak.

Maggi Goreng Ayam Mamak


Walaupun sudah makan Nasi Lemak Pak Nassier dalam penerbangan AirAsia, tapi Fairuz hendak sarapan lagi. Kami memesan:
  • Madras Coffee Susu Lembu
  • Lemon Panas
  • Teh O Ais
  • Teh Halia
  • Poori Set Masala
  • Maggi Goreng Ayam Mamak
  • Mee Goreng Ayam Mamak
  • Roti Cobra Telur 2
  • Tosai Telur Bawang
  • Roti Kothu Kambing

Tosai Telur Bawang - RM3.80

Poori Set Masala - RM4.50

Mee Goreng Ayam Mamak - RM10.00

Roti Cobra 2 Telur - RM6.00

Madras Coffee Susu Lembu - RM4.50

Maggi Goreng Ayam Mamak - RM11.50 X 2 = RM23

Roti Khothu Kambing - RM12.00

Seperti kebanyakan restoran mamak, makanan yang dipesan cepat sampai.



38 comments

  1. Tak pernah dengar roti khothu tu. First time dengar...

    BalasPadam
  2. Seronok makan sama2. Madras Coffee susu lembu tu mesti sedap. Roti Cobra pun nampak sedapnya.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Encik Suami peminat Madras Coffee Susu Lembu.
      Fairuz suka Roti Cobra.

      Padam
  3. Sedap nya roti puri tu. Roti Khothu Kambing cam ne rasanya ek? tak pernah tau, tak pernah nampak, malah tak pernah dengar. kena cuba ni.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Roti Kothu Kambing ini versi roti dari Sri Lanka. Dimasak tumis gabungan roti, sayur, kambing dan rempah-rempahan.

      Padam
  4. Roti khothu kambing tu first time dengar.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ya Carneyz, nampaknya ramai yang first time dengar.

      Padam
  5. Roti Cobra & Roti Khothu first time PH dengar...
    Itu yg best tu makan di kedai mamak, service pantas haha...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Saya biasa makan Roti Cobra, dan first time makan Roto Kothu Kambing.

      Padam
  6. Balasan
    1. Saya pun suka tosei. Suka cecah chutney kelapa.

      Padam
  7. nampak sedap sungguh semua menu tu kak, terutama mee goreng mamak tu, roti cobra dan roti khotbu tu tak pernah jumpa lagi. Kalau banyak ni padan la dengan harga kak hehehhe

    BalasPadam
    Balasan
    1. Agaknya lain kedai mamak lain sajian atau jenis rotinya kan Dana.

      Padam
  8. Nama rotinya unik",makananpun bikin selera semua.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Memang sentiasa berselera kalau makan di kedai mamak.

      Padam
  9. Roti Cobra - Roti Banjir rupanya
    dan Roti Khothu tu, Roti Goreng Kambing ke Kak Amie?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul tu... kiranya Roti Kothu tu macam roti goreng / ditumis dengan kambing, sayur dan rempah.

      Padam
  10. Kelihatan sedap sedap sangat Kak Amie...Mbul suka tuh yang poori set masala...kalau di tempat kami mirip aci digoreng tapi ada isiannya Kak 😊

    BalasPadam
    Balasan
    1. Nampak gelembung besar macam bola kan poorinya tu Mbul.

      Padam
  11. Balasan
    1. Firdaus sudah kurangkan pengambilan kentang goreng Kak PI.

      Padam
  12. waahhhhh di Teluk Intan ada juga Restoran Gulam Rasul & sajiannya sebijik mcm tu juga hehe

    BalasPadam
    Balasan
    1. Oooo... bolehlah selalu ke situ kalau suka hidangannya kan Ana.

      Padam
  13. Fairuz dapat juga balik kampung walaupun lambat sikit sampainya. Banyak menu-menu yang disebutkan saya tak pernah dengar. Tapi seram pulak menu roti cobra tu. Terbayang² cobra pulak dah. hihi...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hahaaa.... gelak besar saya dengar Fizah terbayang cobra!

      Padam
  14. Kalau sarapan situ saya suka set roti puri 😁

    BalasPadam
  15. warghhh roti cobra itu sangat mengancam!!!!

    BalasPadam
  16. Nampak pekat elok susu madras tu....kena pula dengam poori kembong elok tu...aum

    BalasPadam
    Balasan
    1. Istimewanya susu madras tu sebab bubuh susu lembu kan Mama Cella.

      Padam
  17. tak pernah dengar pulak roti cobra dan roti kothu tu...teh tarik nampak sedap..tapi SA kalau minum 2-3 hsri bdn akan berangin

    BalasPadam
    Balasan
    1. Roti cobra tu kami biasa makan di Sabah, cuma roti khotu tu yang baru jumpa.

      Padam
  18. Aiiiiiih kliatan enak semua kak. Saya penasaran roti cobra 😍😍😍. Baru dengar nih. Tapi lihat platingnya, yakin sedap 😄👍. Masakan mamak biasanya tak pernah failed lah. Apalagi mee gorengnya 😄

    BalasPadam
    Balasan
    1. Roti cobra dihidang dengan kuah kari yang banyak, ditambah telur rebus separuh masak. Saya memang suka kuah kari banjir penuh menutupi rotinya.

      Padam

TERIMA KASIH TINGGALKAN KOMEN.

Labels

~Albania ~Australia (Perth) ~Balkan ~Bosnia and Herzegovina ~Bosnia Herzegovina ~Brunei Darul Salam ~China (Shenzhen - Guilin - Yangshuo - Guangzhou) ~Croatia ~Cuti-Cuti Malaysia ~Ekspedisi ~Europe ~India (New Delhi - Srinagar - Pahalgam - Gulmarg) ~Indonesia ( Padang - Bukit Tinggi - Jambi - Palembang - Jakarta ) ~Indonesia ( Sumatera Barat - Bukit Tinggi - Padang ) ~Indonesia (Bandung - Jakarta - Jogjakarta) ~Travelogue ~Indonesia (Kalimantan Timur: Nunukan - Tarakan - Balikpapan - Samarinda - Tenggarong) ~Indonesia (Sidoarjo - Surabaya - Malang) ~Indonesia (Surabaya - Malang) ~Italy ~Jalan-Jalan Cari Ikan ~Jalan-Jalan Cari Makan ~Johor ~Kedah ~Kelantan ~Kenali Hidupan Akuatik ~Korea Selatan - Seoul - Nami Island ~Kuala Lumpur ~Madinah 2023 ~Makkah & Madinah ~Makkah 2023 ~Melaka ~Montenegro ~Muhasabah Diri ~Negeri Sembilan ~Nepal (Kathmandu-Pokhara-Dhampus-Machhapuchhre Base Camp) ~Pahang ~Penginapan / Homestay / Hotel / Resort ~Perak ~Pulau Pinang ~Putrajaya ~Sabah ~Saudi Arabia ~Selangor ~Slovenia ~Tempat Menarik di Malaysia ~Thailand ( Bangkok - Hua Hin) ~Thailand (Hatyai) ~Travelogue ~Turki ~Umrah ~Umrah 2023 ~Vietnam ( Da Nang - Hoi An - Ba Na Hills) Acar Advertorial Agar-Agar Air Asam Aneka Hidangan Nasi Aneka Hidangan Sup Aneka Jenis Serunding Anekdot Antologi Puisi Apam Asian Food Festival Awards Ayam / Itik / Burung BBQ Bekal Makanan Biskut Buah Bubur Buku Cerita / Komik / Cerpen / Novel Buku Motivasi Buku Resepi Buku Resipi Buku Sejarah Buku Travelog / Novelog Cerita Dari Dapur Cerita Dari Pasar Cerpen Kanak-Kanak Chips Contest / Kuiz / GA Desserts Dried Pasta: Spaghetti/ Spiral / Fusili / Rigatoni / Fettuccine / Risoni / Lasagne / Conchiglie / Tagliatelle / Macaroni / etc Dumpling / Wantan / Siew Mai / Dim Sum Food Review Hari Raya Hasil Karyaku Herba Hidangan Berbuka Puasa Hidangan Berpantang Hidangan Bersahur Hidangan Tengah Hari / Malam Hidangan Tengahari / Malam Himpunan Kad Ucapan Ikan Japanese Food Jeruk / Pickles Johor Juadah Hari Raya Juices / Smoothies Kek Kek Lapis Kek Lapis Sarawak Kek Sarawak Kelas Masakan Keluarga Kerabu Kerang-Kerangan Ketam / Sotong / Udang Khidmat Foodpanda Kiriman Komentator Korean Food Kudapan Kuih Raya Kuih Tradisional Nusantara Kuih-Muih Kuiz / GA Lain-Lain Laksa / Mee / Mee Hoon / Kuey Teow Lembu / Kambing / Lamb / Rusa Lobster Malaysian Food Festival Masakan Ala Kadazan / Dusun Masakan Ala Bajau Masakan Ala Bugis Masakan Ala Cina Masakan Ala Cocos Masakan Ala Jawa Masakan Ala Mamak Masakan Ala Nyonya Masakan Ala Pakistan Masakan Ala Thai Masakan Brunei Masakan India Masakan Indonesia Masakan Minang Masakan Negeri Sembilan Masakan Pahang Masakan Sabah Masakan Sarawak Masakan Singapura Masakan Suluk Masakan Timur Tengah Masakan Tradisi Kedah Masakan Tradisi Kelantan / Terengganu /Pantai Timur Masakan Tradisi Melayu Melaka Masakan Tradisi Perak Masakan Tradisi Pulau Pinang Masakan Tradisional Nusantara Masakan Utara Menu ala Fusion Minuman Panas / Sejuk Muffin Nuffnang Oleh-oleh Otak-Otak Pastry Pemakanan Sihat Pembelian Online Petua Di Dapur Pie Pizza Puding Resepi Amie's Little Kitchen di Media Cetak Resepi Bonda Roti Sambal Sambutan Hari Istimewa Santai Bersama BEN ASHAARI Sarapan Pagi / Minum Petang Sate Sayur Seafood Segmen : Meriahnya Dunia Masakan Segmen Share Resipi Setulus Kasih Soto & Coto Telur Tempahan Western Food Wordless Wednesday

Subscribe