Makan Tengah Hari Lauk Ikan Kerai Masak Lemak Cili Padi di Restoran Cinta Rasa Ikan Sungai (Airena) , Bentong Pahang

2:53 PTG

Bismillahirrahmanirrahim.
Mendaki 88 anak tangga, menapak jalan sedikit berbukit dan menjelajah Perkampungan Jepun memang sangat berbaloi. Bukan sahaja dapat menikmati ketenangan hutan dan deru air mengalir di celah bebatuan, tetapi turut menyihatkan badan dengan peluh yang mengalir membasahi tubuh. 

Setelah terbakar kalori, apa salahnya mengumpul semula kalori kan? Jom kita ke Bentong. Kami jalan-jalan cari makan tengah hari di sana. Kami singgah di Restoran Cinta Rasa Ikan Sungai @ Restoran Cinta Rasa Airena yang terletak di Kampung Benus.

Ikan kerai bahagian kepala masak lemak cili padi.


Sudah biasa makan ikan patin tempoyak, kali ini makan ikan kerai masak lemak cili padi pula. Tapi ambil juga sepotong ikan patin.

Ketika kami tiba di sini, tempat letak kereta telah penuh. Terpaksalah menyelit di bawah pokok di hadapan restoran.


Kelihatan pelanggan sedang menikmati hidangan di bahagian luar restoran.


Di bahagian dalam para pelanggan memenuhi tempat duduk. Terpandang beberapa bilik makan seperti Bilik Kelah, Udang Galah dan Bilik Patin.


Melihat pelbagai jenis ikan sungai yang terhidang, memang rambang mata jadinya. Entah mana satu hendak dipilih kerana semuanya nampak sedap belaka. Hendak pilih satu jenis ikan, mata mengerling ke arah ikan yang satu lagi. Ikutkan rasa tamak, kalau boleh hendak rasa semua. Ada juga ikan laut dan banyak lauk-pauk lain, tetapi selera sudah terpaut dengan ikan sungai! 


Selepas makan tengah hari di sini memang berhasrat untuk datang lagi jika berkesempatan di lain waktu. Tapi awas ya! Pastikan tidak datang pada hari Ahad kerana restoran tidak beroperasi pada waktu ini.


Terlebih dahulu kami pastikan harga yang ditawarkan. Alhamdulillah, restoran ini menyediakan senarai harga bagi setiap lauk. Senanglah pelanggan hendak mencongak bajet. Harga ikan kerai di antara RM40-RM50. Mungkin melihat kepada saiznya samada besar atau kecil. Ikan patin pula di antara RM20.00-RM25.00 sepotong.

Dengan harga RM148.00, inilah hidangan tengah hari kami berempat di sini.

Ayam panggang ini Amie ambilkan untuk Abang Farid sebab Abang Farid kurang menggemari ikan terutamanya ikan air tawar.


Ikan Patin Tempoyak

Ikan Kerai Masak Lemak Cili Padi

Ulaman jantung pisang dan daun apa entah ya.

Selain ulam-ulaman, kami ambil sambal kicap dan sambal belacan.

Amie tambahkan sambal tempoyak.

Tidak ketinggalan rembat seekor ikan lampam goreng.


Terkejut kami dibuatnya sebab Abang Farid makan ikan kerai masak lemak cili padi! Lebih memeranjatkan kami lagi apabila Abang Farid makan sambal tempoyak. Nampaknya Raja Ayam ini sudah boleh menerima selain yang bernama ayam... ahaks!

Ikan lampam goreng itu pula jadi rebutan Amie dengan Encik Suami. Walaupun banyak tulang halus tetapi kami dapati ia sudah garing sebati dengan isinya. Tidak terasa tulang halusnya lagi! Memang sedap sungguh tambahan pula apabila cecah dengan sambal kicap!

Mudah-mudahan ada rezeki untuk kami berkunjung lagi ke Bentong dan singgah makan di sini. 


Sebelum meninggalkan restoran, sempat menjengah ke tempat lauk-pauk dan ambil gambar ikan lampam goreng. Walaupun agak seram dengan harganya RM10.00-RM30.00 seekor, tapi puas hati sebab rasanya sangat sedap!


Selepas ini memang kena teroka negeri Pahang!
Sudah jatuh cinta dengan masakan Pahang!


22 comments

  1. lain kali boleh lajak masuk Temerloh pula kak....

    BalasPadam
    Balasan
    1. Dah jatuh cinta dengan masakan Pahang, nampaknya kenalah jalan-jalan cari makan di negeri Pahang lagi.

      Padam
  2. dah terbakar segala lemak2, kita tambah tenaga ye kak. Nampak sedap semua lauk ikan nya tu kak, itu puas meratah lauk tu kak oi.... mesti sedap tu kak lauk kampung pulak tu kan.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Setuju Dana. Memang bagus travel ni. Jalan-jalan cari penat orang kata, tapi pada masa yang sama kira keluarkan peluh juga.
      Memang banyak jenis ikan sungai, tapi tak sempat nak rasa ikan baung dan temalian. Nantilah lain kali pula. Mana nak muat perut kalau nak makan semua jenis sekali harung hihihiii.

      Padam
  3. ikan kerai, belum pernah kak ana rasa lagi Amie, masak lemak ye.. nampak macam sedap, kalau patin , baung memang favourite kak ana :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Saya pun first time makan ikan kerai di AJ. Tu pasal terpaksa korbankan dulu keinginan nak makan ikan yang lain. Bukan selalu dapat jumpa ikan kerai.

      Padam
  4. Pahang memang surga makan...!

    Eh, Daus terselit!

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kesian dia kan Uncle. Menyelit dan terselit.

      Padam
  5. Balasan
    1. Setuju Nanie.
      Tang sambal tempoyak tu memang mabeles!

      Padam
  6. Ammi masa ke Colmar haritu tak sempat pun nak berjalan sangat sebab jem teruk jalannya

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kami pula masa tu hujan renyai-renyai. Nak berlama-lama di luar pun tak selesa.

      Padam
  7. Kalau saya pun jadi rambang mata nak pilih yang mana. Semuanya menyelerakan. Berbaloi bayar walau mahal tapi sedap. Tambah tambah lagi ada ulam dan sambal.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ulam sambal tu memang pelengkap terutamanya ulam jantung pisang tu. Sedap sangat cecah dengan sambal belacan.

      Padam
  8. ikan lampam tu ikan fav Pak Zain...memang banyak tulang halus...nampak sedap semua lauk pauk tu kak amie..tengok harga pun mcam seram

    BalasPadam
    Balasan
    1. Istimewa betul ikan lampam gorengnya SA.
      Tak terasa tulangnya waktu dikunyah. Hancur terus, mungkin digoreng garing dan digelar halus-halus.

      Padam
  9. Patin & Pahang berpisah tiada.
    Boleh tahan harga ikan lampam goreng..
    Bila mak memancing bawa balik ikan lampam sungai bebanyak saya hanya suka telur ya sahaja sebab ikan lampam banyak tulang

    BalasPadam
    Balasan
    1. Agaknya memang ada petua goreng ikan lampam banyak tulang ni Mama Cella.
      Selalunya saya makan lampam goreng memang berperang dengan tulang. Lain pula di sini, berebut dengan Encik Suami!

      Padam
  10. Lunch memang sedap makan masakan kampung.
    Tengok harga ikan sungai lagi kayangan huhu

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kalau panas-panas lagi sedapkan Faizah. Makan nasi dengan kuahnya pun dah enak banget!

      Padam
  11. Saya pun agak picky kalo ikan air tawar ini 😅. Ada yg suka, banyak yg tak. Tapi memang kalo masaknya pintar, biasanya sedaaap, dan bau tanah yg nempel di ikan, biasa tak terasa.

    Kliatan sedap semuaaa kak Amie 😍

    BalasPadam
    Balasan
    1. Barangkali memang tukang masaknya pintar di tempat ini Tiada langsung bau tanah pada ikan yang kami makan.

      Padam

TERIMA KASIH TINGGALKAN KOMEN.

Labels

~Albania ~Australia (Perth) ~Balkan ~Bosnia and Herzegovina ~Bosnia Herzegovina ~Brunei Darul Salam ~China (Shenzhen - Guilin - Yangshuo - Guangzhou) ~Croatia ~Cuti-Cuti Malaysia ~Ekspedisi ~Europe ~India (New Delhi - Srinagar - Pahalgam - Gulmarg) ~Indonesia ( Padang - Bukit Tinggi - Jambi - Palembang - Jakarta ) ~Indonesia ( Sumatera Barat - Bukit Tinggi - Padang ) ~Indonesia (Bandung - Jakarta - Jogjakarta) ~Travelogue ~Indonesia (Kalimantan Timur: Nunukan - Tarakan - Balikpapan - Samarinda - Tenggarong) ~Indonesia (Sidoarjo - Surabaya - Malang) ~Indonesia (Surabaya - Malang) ~Italy ~Jalan-Jalan Cari Ikan ~Jalan-Jalan Cari Makan ~Johor ~Kedah ~Kelantan ~Kenali Hidupan Akuatik ~Korea Selatan - Seoul - Nami Island ~Kuala Lumpur ~Madinah 2023 ~Makkah & Madinah ~Makkah 2023 ~Melaka ~Montenegro ~Muhasabah Diri ~Negeri Sembilan ~Nepal (Kathmandu-Pokhara-Dhampus-Machhapuchhre Base Camp) ~Pahang ~Penginapan / Homestay / Hotel / Resort ~Perak ~Pulau Pinang ~Putrajaya ~Sabah ~Saudi Arabia ~Selangor ~Slovenia ~Tempat Menarik di Malaysia ~Thailand ( Bangkok - Hua Hin) ~Thailand (Hatyai) ~Travelogue ~Turki ~Umrah ~Umrah 2023 ~Vietnam ( Da Nang - Hoi An - Ba Na Hills) Acar Advertorial Agar-Agar Air Asam Aneka Hidangan Nasi Aneka Hidangan Sup Aneka Jenis Serunding Anekdot Antologi Puisi Apam Asian Food Festival Awards Ayam / Itik / Burung BBQ Bekal Makanan Biskut Buah Bubur Buku Cerita / Komik / Cerpen / Novel Buku Motivasi Buku Resepi Buku Resipi Buku Sejarah Buku Travelog / Novelog Cerita Dari Dapur Cerita Dari Pasar Cerpen Kanak-Kanak Chips Contest / Kuiz / GA Desserts Dried Pasta: Spaghetti/ Spiral / Fusili / Rigatoni / Fettuccine / Risoni / Lasagne / Conchiglie / Tagliatelle / Macaroni / etc Dumpling / Wantan / Siew Mai / Dim Sum Food Review Hari Raya Hasil Karyaku Herba Hidangan Berbuka Puasa Hidangan Berpantang Hidangan Bersahur Hidangan Tengah Hari / Malam Hidangan Tengahari / Malam Himpunan Kad Ucapan Ikan Japanese Food Jeruk / Pickles Johor Juadah Hari Raya Juices / Smoothies Kek Kek Lapis Kek Lapis Sarawak Kek Sarawak Kelas Masakan Keluarga Kerabu Kerang-Kerangan Ketam / Sotong / Udang Khidmat Foodpanda Kiriman Komentator Korean Food Kudapan Kuih Raya Kuih Tradisional Nusantara Kuih-Muih Kuiz / GA Lain-Lain Laksa / Mee / Mee Hoon / Kuey Teow Lembu / Kambing / Lamb / Rusa Lobster Malaysian Food Festival Masakan Ala Kadazan / Dusun Masakan Ala Bajau Masakan Ala Bugis Masakan Ala Cina Masakan Ala Cocos Masakan Ala Jawa Masakan Ala Mamak Masakan Ala Nyonya Masakan Ala Pakistan Masakan Ala Thai Masakan Brunei Masakan India Masakan Indonesia Masakan Minang Masakan Negeri Sembilan Masakan Pahang Masakan Sabah Masakan Sarawak Masakan Singapura Masakan Suluk Masakan Timur Tengah Masakan Tradisi Kedah Masakan Tradisi Kelantan / Terengganu /Pantai Timur Masakan Tradisi Melayu Melaka Masakan Tradisi Perak Masakan Tradisi Pulau Pinang Masakan Tradisional Nusantara Masakan Utara Menu ala Fusion Minuman Panas / Sejuk Muffin Nuffnang Oleh-oleh Otak-Otak Pastry Pemakanan Sihat Pembelian Online Petua Di Dapur Pie Pizza Puding Resepi Amie's Little Kitchen di Media Cetak Resepi Bonda Roti Sambal Sambutan Hari Istimewa Santai Bersama BEN ASHAARI Sarapan Pagi / Minum Petang Sate Sayur Seafood Segmen : Meriahnya Dunia Masakan Segmen Share Resipi Setulus Kasih Soto & Coto Telur Tempahan Western Food Wordless Wednesday

Subscribe