Ziarah Mahabbah ke Hutan Melintang

7:31 PTG

Bismillahirrahmanirrahim.
Kami bercadang untuk bawa Bonda jalan-jalan ziarah sanak saudara yang berada di Perak. Pada mulanya Bonda menolak dengan alasan sudah tidak larat untuk berjalan jauh. Katanya, kalau kereta berhenti di depan rumah, Bonda masih boleh berjalan masuk rumah. Kalau dibawa jalan-jalan seperti ke shopping mall atau tempat-tempat yang memerlukan gerakan tenaganya, Bonda tidak mahu. 

Kalau ada kerusi roda, senang untuk sorong Bonda ke sana ke mari. Rupanya kerusi roda sudah diberikan kepada salah seorang saudara sebelah arwah Ayahanda yang sangat memerlukannya. Amie belikan Bonda bantal tengkuk dan bantal kecil supaya Bonda berasa selesa sepanjang perjalanan.

Pada hari Khamis, seawal pukul tujuh pagi kami bertolak dari kampung. Singgah beli beberapa jenis kuih untuk sarapan di dalam kereta. Kemudian menuju ke Batang Berjuntai untuk mengambil Wak Kanang. Jadinya, kami pergi berziarah seramai tujuh orang termasuk Amie sendiri, Encik Suami, Abang Farid, Firdaus, Bonda, Wak Niah dan Wak Kanang.

Ada yang bertanya, sepanjang kami bercuti tidak nampak wajah Aseeyah. Sebenarnya sewaktu kami sampai di Kuala Lumpur, Aseeyah berada di Gombak bersama keluarganya. Abang Farid maklumkan Aseeyah kurang sihat. Abang Farid cuti seminggu dan ambil kami di KLIA 1 dan ikut bermalam di kampung. Keesokannya Abang Farid mendapat khabar Aseeyah dan salah seorang adiknya positif Covid-19 dan terpaksa dikuarantin. Jadi kami tidak dapat ziarah keluarga Aseeyah di Gombak. Abang Farid pula terpaksa menunggu pulang ke Gombak sehingga Aseeyah positif kembali.

Pukul 10 pagi, kami sudah sampai di Parit 1, Sungai Sumun, Hutan Melintang, Perak.

Sepanjang kami ke sana ke mari, Encik Suami dan Abang Farid bertukar menjadi pemandu. Memang rasa seronok sangat melihat suasana hijau di mana-mana terutama di Hutan Melintang. Arwah datuk dan nenek sebelah Bonda kita sebenarnya berasal dari Rantau Panjang, Klang. Kemudian mereka berpindah ke Bagan Datuk. Di situlah Bonda dilahirkan, di Kampung Parit Berembang Panjang.

Air tangan Kak Lijah - karipap.


Rumah pertama kami singgahi di Sungai Sumun ialah rumah Kak Halijah, sepupu kami. Bonda Kak Halijah iaitu arwah Wak Perak merupakan kakak sulung Bonda kami. Kedatangan kami disambut dengan hidangan pagi berupa teh panas dan kuih karipap. Menurut Kak Lijah, kuih karipap ini salah satu kuih hasil air tangannya untuk jualan jika ada tempahan. Selain itu Kak Lijah menerima pelbagai tempahan seperti rempeyek dan kuih-muih lain.


Rupanya Wak Kanang bawa bekal ubi kayu rebus dan sambal tumis cili padi! Jadi kami sama-sama menikmatinya di dapur Kak Lijah.

Sambal tumis cili padi.


Wak Kanang sempat juga buat lepat pisang dan lepat ubi kayu!


Buat macam di dapur sendiri ye!

Lemper

Sementara itu Kak Lijah mengukus lemper di dapur. Ya ampun! Cantiknya lemper hasil air tangan Kak Lijah! Kecil comel dan sangat sedap pula.


Menurut Kak Lijah, lemper juga menjadi pilihan orang kampung yang hendak mengadakan kenduri-kendara. Kak Lijah meletak harga hanya 50 sen untuk sebiji lemper ini. Katanya, dalam tempoh satu jam Kak Lijah boleh bungkus 100 biji lemper!


Sewaktu kami pulang Kak Lijah bekalkan lemper untuk kami makan dalam perjalanan. Kak Lijah juga berikan kami buah nam nam tetapi Amie terlupa untuk memakan buah nam nam tersebut! Entah di mana buah nam nam itu.

Seperti kebiasaannya, Kak Lijah 'mewajibkan' kami makan nasi di rumahnya. Katanya, biarlah yang dihidangkan hanya telur dadar, kami mesti menyantapnya! Kali ini Kak Lijah sempat masak nasi dengan pelbagai lauk seperti:
  • Sayur Tumis Kangkung
  • Masak Lemak Suhun Campur Kentang, Tauhu dan Tempe
  • Ikan Kembung Goreng
  • Ikan Selar Masin Goreng
  • Telur Dadar

Sayur Tumis Kangkung

Ikan Kembung Goreng

Ikan Selar Masin Goreng

Telur Dadar

Masak Lemak Suhun Campur Kentang, Tauhu dan Tempe

Tambahkan sedikit sambal tumis cili padi Wak Kanang. 
Bismillahirrahmanirrahim.

Alhamdulillah. Terima kasih Kak Lijah. Mudah-mudahan Kak Lijah sentiasa sihat, dimurahkan rezeki dan dipermudahkan segala urusan. Kali ini kedatangan kami tidak disambut oleh suaminya kerana beliau sudah terlebih dahulu kembali kepada Allah. Dan, salah seorang anak lelaki Kak Lijah juga menemui-Nya akibat kemalangan jalan raya ketika sedang bekerja beberapa tahun lepas. Semoga Kak Lijah terus tabah menghadapi ujian Allah ini.

16 comments

  1. Ada salah silah di hutan melintang juga...
    Embah2 saudara Linda pun masih ada lagi di sg Tiang, selalu waktu raya je yang sempat berkunjung... Sementara, ibu ayah masih ada.. Lepas2 nie, x taw lah mcm mana.. Semoga ukhwah berpnjangan..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Apabila sudah duduk terpisah jauh, sedikit-sebanyak hubungan kekerabatan mula menipis.

      Padam
  2. Allahu...semoga Kak Aseeyah dan keluarga dikurniakan kesembuhan..Tak dapatlah Daus bermanja dengan Kak Aseeyah...Ada hikmahnya tu & ada la alasan untuk Daus balik Malaya lagi A@ Kak Aseeyah yang akan balik LD...🤲

    BalasPadam
    Balasan
    1. Itulah, tak sangka pula dari mengadu tak berapa sedap badan rupanya positif covid.

      Padam
  3. Allahu.. semoga Aseeyah tidak mendapat gejala berat akibat covid. Murah hati Kak lijah, rajin menjamu tetamu dengan air tangannya.

    BalasPadam
    Balasan
    1. In syaa Allah SK. Cuma terpaksa kuarantin diri saja.
      Ya, Kak Lijah memang akan 'tahan' kami jamah air tangannya.

      Padam
  4. Macam-macam juga Wak Kanang bawa juadah untuk dimakan bersama-sama.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sempat dia buat lepat dan rebus ubi kayu bawa bekal ke Perak.

      Padam
  5. Letih berjalan jauh ni. Mujur juga bonda mahu ikut. Dapat juga bawa berjalan². Meriah pergi ramai-ramai dan banyak persinggahan. Alamak, first time juga tengok dan tahu nama kuih tu.
    Ohh patutlah Aseeyah tak ikut, semoga cepat sembuh. Aamiin...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kalau diajak ziarah keluarga memang Bonda jarang tolak.

      Padam
  6. Semoga Aseeyah cepat sembuh dari Covid, nampak menarik hidangan semua tu kak amie, lauk- lauk kampung kan

    BalasPadam
  7. Aisssh ada lemper jugaaaa 😍😍😍. Isi apa kak Amie? Saya paling suka lemper isi ikan tuna atau ayam. Tapi pernah juga mama masak lemper isi serundeng kelapa pedas manis, sedap juga.

    Pasti enaaak karipapnya tuh 😍. Kue fav saya kalo ke Malaysia 😄

    BalasPadam
    Balasan
    1. Lemper isi kelapa pedas manis, ditambah udang kering kalau saya tak silap.
      Cantik kan buatannya.
      Saya pun suka karipap tapi sekarang banyak peniaga karipap main tipu. Mereka jual karipap oksigen, maksudnya karipap tidak ada inti atau intinya sangat sedikit.

      Padam

TERIMA KASIH TINGGALKAN KOMEN.

Labels

~Albania ~Australia (Perth) ~Balkan ~Bosnia and Herzegovina ~Bosnia Herzegovina ~Brunei Darul Salam ~China (Shenzhen - Guilin - Yangshuo - Guangzhou) ~Croatia ~Cuti-Cuti Malaysia ~Ekspedisi ~Europe ~India (New Delhi - Srinagar - Pahalgam - Gulmarg) ~Indonesia ( Padang - Bukit Tinggi - Jambi - Palembang - Jakarta ) ~Indonesia ( Sumatera Barat - Bukit Tinggi - Padang ) ~Indonesia (Bandung - Jakarta - Jogjakarta) ~Travelogue ~Indonesia (Kalimantan Timur: Nunukan - Tarakan - Balikpapan - Samarinda - Tenggarong) ~Indonesia (Sidoarjo - Surabaya - Malang) ~Indonesia (Surabaya - Malang) ~Italy ~Jalan-Jalan Cari Ikan ~Jalan-Jalan Cari Makan ~Johor ~Kedah ~Kelantan ~Kenali Hidupan Akuatik ~Korea Selatan - Seoul - Nami Island ~Kuala Lumpur ~Madinah 2023 ~Makkah & Madinah ~Makkah 2023 ~Melaka ~Montenegro ~Muhasabah Diri ~Negeri Sembilan ~Nepal (Kathmandu-Pokhara-Dhampus-Machhapuchhre Base Camp) ~Pahang ~Penginapan / Homestay / Hotel / Resort ~Perak ~Pulau Pinang ~Putrajaya ~Sabah ~Saudi Arabia ~Selangor ~Slovenia ~Tempat Menarik di Malaysia ~Thailand ( Bangkok - Hua Hin) ~Thailand (Hatyai) ~Travelogue ~Turki ~Umrah ~Umrah 2023 ~Vietnam ( Da Nang - Hoi An - Ba Na Hills) Acar Advertorial Agar-Agar Air Asam Aneka Hidangan Nasi Aneka Hidangan Sup Aneka Jenis Serunding Anekdot Antologi Puisi Apam Asian Food Festival Awards Ayam / Itik / Burung BBQ Bekal Makanan Biskut Buah Bubur Buku Cerita / Komik / Cerpen / Novel Buku Motivasi Buku Resepi Buku Resipi Buku Sejarah Buku Travelog / Novelog Cerita Dari Dapur Cerita Dari Pasar Cerpen Kanak-Kanak Chips Contest / Kuiz / GA Desserts Dried Pasta: Spaghetti/ Spiral / Fusili / Rigatoni / Fettuccine / Risoni / Lasagne / Conchiglie / Tagliatelle / Macaroni / etc Dumpling / Wantan / Siew Mai / Dim Sum Food Review Hari Raya Hasil Karyaku Herba Hidangan Berbuka Puasa Hidangan Berpantang Hidangan Bersahur Hidangan Tengah Hari / Malam Hidangan Tengahari / Malam Himpunan Kad Ucapan Ikan Japanese Food Jeruk / Pickles Johor Juadah Hari Raya Juices / Smoothies Kek Kek Lapis Kek Lapis Sarawak Kek Sarawak Kelas Masakan Keluarga Kerabu Kerang-Kerangan Ketam / Sotong / Udang Khidmat Foodpanda Kiriman Komentator Korean Food Kudapan Kuih Raya Kuih Tradisional Nusantara Kuih-Muih Kuiz / GA Lain-Lain Laksa / Mee / Mee Hoon / Kuey Teow Lembu / Kambing / Lamb / Rusa Lobster Malaysian Food Festival Masakan Ala Kadazan / Dusun Masakan Ala Bajau Masakan Ala Bugis Masakan Ala Cina Masakan Ala Cocos Masakan Ala Jawa Masakan Ala Mamak Masakan Ala Nyonya Masakan Ala Pakistan Masakan Ala Thai Masakan Brunei Masakan India Masakan Indonesia Masakan Minang Masakan Negeri Sembilan Masakan Pahang Masakan Sabah Masakan Sarawak Masakan Singapura Masakan Suluk Masakan Timur Tengah Masakan Tradisi Kedah Masakan Tradisi Kelantan / Terengganu /Pantai Timur Masakan Tradisi Melayu Melaka Masakan Tradisi Perak Masakan Tradisi Pulau Pinang Masakan Tradisional Nusantara Masakan Utara Menu ala Fusion Minuman Panas / Sejuk Muffin Nuffnang Oleh-oleh Otak-Otak Pastry Pemakanan Sihat Pembelian Online Petua Di Dapur Pie Pizza Puding Resepi Amie's Little Kitchen di Media Cetak Resepi Bonda Roti Sambal Sambutan Hari Istimewa Santai Bersama BEN ASHAARI Sarapan Pagi / Minum Petang Sate Sayur Seafood Segmen : Meriahnya Dunia Masakan Segmen Share Resipi Setulus Kasih Soto & Coto Telur Tempahan Western Food Wordless Wednesday

Subscribe