Bermalam di Colmar Tropicale Bukit Tinggi

9:43 PTG

Bismillahirrahmanirrahim.
Setelah menikmati hidangan tengah hari dengan lauk yang sungguh menyelerakan di Restoran Cinta Rasa Ikan Sungai di Bentong, kami kembali ke Bukit Tinggi untuk daftar masuk di Colmar Tropicale Resort.

Dan seperti yang diramalkan sepanjang perjalanan menuju ke tempat penginapan, hujan turun renyai-renyai tetapi cukup memberi amaran supaya berhati-hati ketika memandu dalam keadaan jalan yang berselekoh.

Berjaya Hills Colmar Tropicale


Memang rasa teruja dapat berada di sebuah penginapan yang unik di perkampungan zaman pertengahan Perancis di tengah hutan hujan tropika ini. Colmar Tropicale menawarkan kemudahan-kemudahan bertaraf 4 bintang termasuk kolam renang luaran, spa dan gelanggang tenis. 

Tempat penginapan yang terletak 55 kilometer dari pusat Bandaraya Kuala Lumpur ini menawarkan bilik-bilik bertema Perancis serta 9 pilihan tempat menjamu selera. 

Abang Farid menempah bilik dua katil single dengan harga RM246.46 termasuk sarapan.  Walaupun bilik tidak begitu luas, namun ruangan untuk menunaikan solat sudah cukup untuk rasa selesa.

Dan sudah tentunya perkara yang paling disukai Encik Suami : Tempat letak kereta yang luas!



Oleh kerana cuaca mendung dan hujan renyai sekali-sekala, kami hanya melihat-lihat di sekitar dan kemudian kembali semula ke bilik untuk berehat dan menunaikan solat.



Ada beberapa block penginapan di Colmar Tropicale seperti:
  • Block Azalea 
  • Block Heliconia
  • Block Gazania
  • Block Fuchsia
  • Block Camelia
  • Block Euphorbia
  • Block Dahlia
Kami ditempatkan di Block Fuchsia, aras dua.

Block Fuchsia

Bilik kami bersebalahan dengan bilik bercahaya kuning.


Hiasan dalamannya nampak klasik dan ringkas tapi rasa tenang ketika kaki melangkah masuk.

Firdaus dengan bantal busuknya!







Apa ada di dalam almari putih ini?


Oh, rupanya ada laci berisi air mineral, cawan, teh dan kopi.

Tandas dilengkapi dengan tuala dan peralatan mandian. 




Kami tidak perasan pun ada kolam mandi di sini. Kalau Firdaus tahu mesti dia hendak turun mandi. Kebetulan pula pada petang itu sekejap hujan sekejap berhenti. Cuaca pula sejuk. Memang nyaman sungguhlah meringkuk dalam bilik!

Swimming Pool

Nanti kita sambung ronda di sekitar Colmar Tropicale Resort ya!

26 comments

  1. Balasan
    1. Nak rasa suasana oversea di negara sendiri Wak.

      Padam
  2. Balasan
    1. In syaa Allah akan sampai. Pergi musim tak hujan ye.

      Padam
  3. bestnyer bermalam di colmar bukit tinggi nih., hehe

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul Wak. Berehat sepenuhnya setelah penat dalam perjalanan.

      Padam
  4. Sudahlah tempat sejuk, hujan pula memang nikmat betul tarik selimut haha...

    BalasPadam
  5. bestnye... biasanya ke kameron highland shj.. ke sini belum pernah.. ade kabar mengatakan di sini x berapa mesra kerusi roda.. maka x pergi la d sini.. nak tanye, ok x untuk oku berkerusi roda untuk berkunjung ke sini?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tak pastilah pula di mana yang tak mesra kerusi roda.
      Dari tempat letak kereta menuju ke kaunter pendaftaran ada disediakan lift.
      Nak naik ke bilik pun ada lift.
      Tempat makan di bahagian bawah.
      Nak jalan-jalan sekitar Colmar Tropicale tiada masalah, semua tanah rata.

      Padam
  6. Oh, tadi pun nampak Ammi gi sini. Macam berjanji pulak Kak Amie dan Ammi.. dua nama bunyi sama, ejaan lain² 😆

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hehehe... saya awal 6 hari sampai ke sana dari Ammi, SK.

      Padam
  7. lawa dalamnya ye...ammi pegi balik hari je haritu. tak tidur pun

    BalasPadam
  8. Emaaakk ... Senangnya staycation bersama keluarga

    BalasPadam
    Balasan
    1. Alhamdulillah, dapat luangkan masa bersama anak-anak.

      Padam
  9. Menarik sangat ID bilik hotel ni. Serba putih english style kena dengan tema. Alamak, kalau Firdaus tahu mesti dia ajak abg farid berendam dalam kolam.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hohohooo... hujan waktu tu Fizah. Mujurlah kami tak terlajak jalan-jalan sampai ke kolam.

      Padam
  10. BAnyak perubahan kat sini...pemandangan tetap cantik...speechless harga biliknya agak murah berbanding dulu...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ya, harga biliknya agak murah. Berbaloi juga memandu jauh masuk ke hutan.

      Padam
  11. Seronoknya cuti cuti...Barulah semangat nak kerja tahun baru...hihihi

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul Mama Cella. Masa bekerja, buat sungguh-sungguh. Time cuti, cuti sungguh-sungguh.

      Padam
  12. Tengok swimming pool tu terasa sejuk pula.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sudahlah sejuk hujan, bertambah sejuk lagi kan Faizah.

      Padam
  13. 2013 hotel ini ga menerima anak di bawah 5 tahun utk stay. Krn itu saya ga bisa menginap di sana, Krn bawa anak bayi usia setahun. Soalnya dulu mereka fokus sebagai hotel untuk honeymoon, jadi anak usia kecil tidak bisa menginap. Takut mengganggu mungkin 😅

    Tapi skr, agak mikir mau stay di sana, Krn jauh dr pusat kota, dan saya tak bawa mobil sendiri kan. Kecuali memang tujuannya nak healing melihat keindahan tempatnya 😄

    BalasPadam
    Balasan
    1. Oooo pernah datang ke sini. Lama juga tu, 10 tahun lalu.
      Boleh datang lagi Fanny, sewa kereta dan bebas ke mana-mana.

      Padam

TERIMA KASIH TINGGALKAN KOMEN.

Labels

~Albania ~Australia (Perth) ~Balkan ~Bosnia and Herzegovina ~Bosnia Herzegovina ~Brunei Darul Salam ~China (Shenzhen - Guilin - Yangshuo - Guangzhou) ~Croatia ~Cuti-Cuti Malaysia ~Ekspedisi ~Europe ~India (New Delhi - Srinagar - Pahalgam - Gulmarg) ~Indonesia ( Padang - Bukit Tinggi - Jambi - Palembang - Jakarta ) ~Indonesia ( Sumatera Barat - Bukit Tinggi - Padang ) ~Indonesia (Bandung - Jakarta - Jogjakarta) ~Travelogue ~Indonesia (Kalimantan Timur: Nunukan - Tarakan - Balikpapan - Samarinda - Tenggarong) ~Indonesia (Sidoarjo - Surabaya - Malang) ~Indonesia (Surabaya - Malang) ~Italy ~Jalan-Jalan Cari Ikan ~Jalan-Jalan Cari Makan ~Johor ~Kedah ~Kelantan ~Kenali Hidupan Akuatik ~Korea Selatan - Seoul - Nami Island ~Kuala Lumpur ~Madinah 2023 ~Makkah & Madinah ~Makkah 2023 ~Melaka ~Montenegro ~Muhasabah Diri ~Negeri Sembilan ~Nepal (Kathmandu-Pokhara-Dhampus-Machhapuchhre Base Camp) ~Pahang ~Penginapan / Homestay / Hotel / Resort ~Perak ~Pulau Pinang ~Putrajaya ~Sabah ~Saudi Arabia ~Selangor ~Slovenia ~Tempat Menarik di Malaysia ~Thailand ( Bangkok - Hua Hin) ~Thailand (Hatyai) ~Travelogue ~Turki ~Umrah ~Umrah 2023 ~Vietnam ( Da Nang - Hoi An - Ba Na Hills) Acar Advertorial Agar-Agar Air Asam Aneka Hidangan Nasi Aneka Hidangan Sup Aneka Jenis Serunding Anekdot Antologi Puisi Apam Asian Food Festival Awards Ayam / Itik / Burung BBQ Bekal Makanan Biskut Buah Bubur Buku Cerita / Komik / Cerpen / Novel Buku Motivasi Buku Resepi Buku Resipi Buku Sejarah Buku Travelog / Novelog Cerita Dari Dapur Cerita Dari Pasar Cerpen Kanak-Kanak Chips Contest / Kuiz / GA Desserts Dried Pasta: Spaghetti/ Spiral / Fusili / Rigatoni / Fettuccine / Risoni / Lasagne / Conchiglie / Tagliatelle / Macaroni / etc Dumpling / Wantan / Siew Mai / Dim Sum Food Review Hari Raya Hasil Karyaku Herba Hidangan Berbuka Puasa Hidangan Berpantang Hidangan Bersahur Hidangan Tengah Hari / Malam Hidangan Tengahari / Malam Himpunan Kad Ucapan Ikan Japanese Food Jeruk / Pickles Johor Juadah Hari Raya Juices / Smoothies Kek Kek Lapis Kek Lapis Sarawak Kek Sarawak Kelas Masakan Keluarga Kerabu Kerang-Kerangan Ketam / Sotong / Udang Khidmat Foodpanda Kiriman Komentator Korean Food Kudapan Kuih Raya Kuih Tradisional Nusantara Kuih-Muih Kuiz / GA Lain-Lain Laksa / Mee / Mee Hoon / Kuey Teow Lembu / Kambing / Lamb / Rusa Lobster Malaysian Food Festival Masakan Ala Kadazan / Dusun Masakan Ala Bajau Masakan Ala Bugis Masakan Ala Cina Masakan Ala Cocos Masakan Ala Jawa Masakan Ala Mamak Masakan Ala Nyonya Masakan Ala Pakistan Masakan Ala Thai Masakan Brunei Masakan India Masakan Indonesia Masakan Minang Masakan Negeri Sembilan Masakan Pahang Masakan Sabah Masakan Sarawak Masakan Singapura Masakan Suluk Masakan Timur Tengah Masakan Tradisi Kedah Masakan Tradisi Kelantan / Terengganu /Pantai Timur Masakan Tradisi Melayu Melaka Masakan Tradisi Perak Masakan Tradisi Pulau Pinang Masakan Tradisional Nusantara Masakan Utara Menu ala Fusion Minuman Panas / Sejuk Muffin Nuffnang Oleh-oleh Otak-Otak Pastry Pemakanan Sihat Pembelian Online Petua Di Dapur Pie Pizza Puding Resepi Amie's Little Kitchen di Media Cetak Resepi Bonda Roti Sambal Sambutan Hari Istimewa Santai Bersama BEN ASHAARI Sarapan Pagi / Minum Petang Sate Sayur Seafood Segmen : Meriahnya Dunia Masakan Segmen Share Resipi Setulus Kasih Soto & Coto Telur Tempahan Western Food Wordless Wednesday

Subscribe