Sambut Anniversary Baba & Mommy Pukul 3 Pagi di Hometown Hainan Coffee KLIA Terminal 2

1:27 PTG

Bismillahirrahmanirrahim.
Selepas menghantar Abang Farid balik ke rumah mentuanya di Gombak, kami terus pulang ke kampung. Sempat singgah beli otak-otak dan pepes ayam untuk Bonda. Jangkaannya, pada pukul 12.00 tengah malam kami akan bertolak ke lapangan terbang. Abang Farid pula akan menyusul dari Gombak.

Begitu dan dan begini, lebih kurang pukul tiga pagi kami berlima sudah duduk di Hometown Hainan Coffee di KLIA Terminal 2.  Fairuz dijadualkan terbang ke Kota Kinabalu menaiki pesawat AirAsia pada pukul 6 pagi. Kami pula akan bergerak ke KLIA Terminal 1 dan akan menaiki pesawat MAS ke Kota Kinabalu pada pukul 9:35 pagi.

Sedang kami duduk menulis makanan yang dipesan, tiba-tiba Abang Farid telefon Fuad. Katanya, dia tidak tahu di mana kami berada. Dimintanya Fuad dan Fairuz turun ke tempat letak kereta. 

Eh, mustahil Abang Farid tidak tahu di mana Hometown Hainan Coffee!
Bukankah di situ tempat kami selalu lepak bersama.
Hairan juga tiba-tiba tak tak tahu jalan.

Huurrrmmmmm!
Anak-anak memang suka buat kejutan!
Rupanya Abang Farid minta Fuad dan Fairuz bawa kotak berisi kek dan beberapa buah bekas lain. Kek apa pula yang dibawa?

Oh, kek untuk kami, ulang tahun perkahwinan ke-29 tahun.
Sebenarnya sudah berlalu, tapi anak-anak tak sempat raikan. Mereka tetap nak sambut juga walaupun pada pukul tiga pagi!

Kami diijabkabulkan pada 18 November 1994, tetapi hanya kenduri kecil dan diraikan bersama saudara-mara dan jiran tetangga terdekat sahaja. Maklumlah, keesokannya pada 19 November 1994 terpaksa lapor diri menghadiri kursus induksi selama lima minggu di Kota Kinabalu. Pada 25 Disember 1994 keluarga sebelah Encik Suami mengadakan majlis besar di LD. Anak-anak senang hendak ingat, jadi diambil tarikh 25 Disember sahaja.

Terima kasih anak-anak atas ingatan kalian untuk Baba dan Mommy.

Anniversary Baba & Mommy


Rasanya macam hendak bersahur pula. Pukul tiga pagi, dengan muka kusam, mata sembab sebab mengantuk, tiba-tiba disorongkan kek!



Makanan dan minuman yang dipesan sudah sampai di meja. 
Firdaus pula tidur!

Hainan Tea (Milk Tea) & Hainan Kopi - Iced


Hainan Tea O, Gula Melaka Hainan Kopi & Hainan Kopi O

Gula Melaka Hainan Kopi

Fairuz - Curry Mee with Poached Chicken

Amie - Minced Chicken Rice Bowl with Onsen Egg

Abang Farid - Hainan Chicken Rice & Fried Chicken Leg Quarter

Fuad - Nasi Lemak & Fried Chicken Leg Quarter

Encik Suami - Basil Pasta Spaghetti & Fried Chicken

Firdaus - Grilled Chicken Chop Mushroom Sauce

Bisnmillah.


Harga 'sahur' di sini RM282.90.

Abang Farid - Gombak ke Tronoh, Perak
Fuad - TBS - Jelutong, Penang.
Fairuz - KLIA2 ke Kota Kinabalu

Firdaus, terus tidur sampai kami selesai makan!


Waktu Encik Suami suap kek, matanya masih terpejam!


Pukul 4:30 pagi, kami hantar Fairuz ke pintu masuk untuk berlepas.


Take care, dik!


Fairuz tak perlu daftar bagasi sebab dia hanya bawa hand luggage. 
Datang dari Kota Kinabalu seminggu lepas, berat hand luggagenya hanya tujuh kilogram.
Hendak dijadikan cerita, ketika hendak masuk ke tempat pemeriksaan begnya kena timbang dan beratnya 11 kilogram! Petugas Air Asia arahkan Fairuz pergi ke kaunter dan bayar bagasi di sana. 

Syukurlah, waktu itu kami belum lagi meninggalkan KLIA Terminal 2 untuk ke KLIA Terminal 1. Jadi, Firdaus serahkan begnya kepada Encik Suami. Dia lenggang kangkung masuk semula untuk pemeriksaan imigresen. 11 kilogram itu kalau naik pesawat AirAsia memang 'memakan' harga juga! 




Berat bagasi kami setiap seorang seberat 40kilogram. Sekarang sudah ada tiga kotak dan tiga beg. Tambah satu lagi beg Fairuz, semuanya ada tujuh! 40 X 3 orang = 120 kilogram. In syaa Allah berat kotak dan beg kami tidaklah sampai 100 kilogram!

Mujur juga kami tidak terus terbang ke LD. Kami terpaksa transit Kota Kinabalu kerana penerbangan ke LD sudah penuh pada hari tersebut. Abang Farid sudah tempahkan hotel di Kota Kinabalu untuk kami menginap satu malam. Jadinya, apabila Fairuz sampai dahulu ke Kota Kinabalu, bolehlah ambil kereta dan datang semula ke lapangan terbang untuk ambil kami dan bawa ke hotel! Pada masa yang sama, Fairuz boleh ambil begnya dari kami.

Begitulah percaturannya.
Kadang-kadang kita tidak tahu apa hikmah di sebali perkara yang berlaku.

Mudah-mudahan segalanya akan lancar sewaktu kami daftar bagasi di KLIA Terminal 1 nanti.


Hand luggage Fairuz yang terlebih had timbangan!

Terima kasih anak-anak, meraikan Baba dan Mommy kala dinihari di Hometown Hainan Coffee. Semoga kalian sentiasa dipermudahkan urusan dunia dan akhirat, sentiasa sihat dan taat kepada perintah Allah dan Rasulullah SAW.


18 comments

  1. Selamat hari lahir, Kak Amie. 'Sahur' makan kek ya, hihi.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Terima kasih SK. Hari lahir perkahwinan ke 29 tahun....hehehee.

      Padam
  2. Happy belated anniversary cikgu & En Majid..
    Semoga terus dikurniakan sakinah..mawaddah & rahmah hingga ke Jannah🤲

    BalasPadam
    Balasan
    1. Terima kasih Mama Cella.
      Amin ya Allah. Terima kasih doanya.

      Padam
  3. Happy Belated Anniversary Kak Amie..!!! Moga sihat ceria selamanya.

    BalasPadam
  4. Kak Amie nanti email details ya.

    o-mulan@hotmail.com

    BalasPadam
    Balasan
    1. Baik Mulan. Mungkin emel details tempoh hari tak sampai.
      Tadi sudah Kak Amie emelkan sekali lagi.

      Padam
  5. Alhamdulillah...semoga terus kekal berkasih sayang hingga ke Jannah ye kak

    BalasPadam
  6. anak-anak akak bab buat suprise memang terbaik, memacam suprise ada. Kita yang baca lak yg seronok,. kadang menitis air mata sebab tumpang terharu. Sayangkan anak-anak pada akak dan suami... suka tengok anak-anak yang sangat menghargai ibu bapanya. Moga kekal bahagia hingga ke Jannah kak

    BalasPadam
    Balasan
    1. Alhamdulillah. Amin ya Allah.
      Itulah Dana, walaupun masing-masing berjauhan, sesekali berjumpa mudah-mudahan akan mengertakan hubungan kekeluargaan.

      Padam
  7. Walaupun jam 3 pagi tapi meriah disambut gitu. Alhamdulillah..Selamat ulang tahun perkahwinan ke-29 Kak Amie dan suami. Semoga terus bahagia sampai syurga. Aamiin...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Amin ya Allah.
      Terima kasih doanya ya Fizah.
      Doa yang sama buat Fizah dan suami.

      Padam
  8. Baik sangaaaat jagoan2 kak Amie ❤️😊. Pintar mereka kasih kejutan untuk mama papa nya yaaa. Waaah dah lama juga pernikahan Kaka. 29 tahun ❤️. Dah tercapai pernikahan perak 25 tahun yaa. Saya doakan kakak bisa mencecah pernikahan emas, yg 50 tahun

    Air asia ini memang strict sangat soal bagasi kan 😄. Lebih sedikit LGS suruh bayar. Tapi saya ttp suka naik ini kalo tujuan Asia tenggara 😄

    BalasPadam
  9. Happy anniversary utk kak amie dan suami walaupun dah terlajak 2 bulan dah ni hahaha
    Tak tau laa nak ckp AA ni…
    Yg peliknya kak
    Kat Vietnam taka da pun diorg check berat luggage ni
    Semua jln straight je lps imi
    Tp dah lajak 11 kg tu
    Mmg tak leh nak kata apa laa…

    Adoiiii Firdaus
    Hahaha macam2 laa anak bongsu ni…
    Sambil terpejam pun boleh…

    BalasPadam

TERIMA KASIH TINGGALKAN KOMEN.

Labels

~Albania ~Australia (Perth) ~Balkan ~Bosnia and Herzegovina ~Bosnia Herzegovina ~Brunei Darul Salam ~China (Shenzhen - Guilin - Yangshuo - Guangzhou) ~Croatia ~Cuti-Cuti Malaysia ~Ekspedisi ~Europe ~India (New Delhi - Srinagar - Pahalgam - Gulmarg) ~Indonesia ( Padang - Bukit Tinggi - Jambi - Palembang - Jakarta ) ~Indonesia ( Sumatera Barat - Bukit Tinggi - Padang ) ~Indonesia (Bandung - Jakarta - Jogjakarta) ~Travelogue ~Indonesia (Kalimantan Timur: Nunukan - Tarakan - Balikpapan - Samarinda - Tenggarong) ~Indonesia (Sidoarjo - Surabaya - Malang) ~Indonesia (Surabaya - Malang) ~Italy ~Jalan-Jalan Cari Ikan ~Jalan-Jalan Cari Makan ~Johor ~Kedah ~Kelantan ~Kenali Hidupan Akuatik ~Korea Selatan - Seoul - Nami Island ~Kuala Lumpur ~Madinah 2023 ~Makkah & Madinah ~Makkah 2023 ~Melaka ~Montenegro ~Muhasabah Diri ~Negeri Sembilan ~Nepal (Kathmandu-Pokhara-Dhampus-Machhapuchhre Base Camp) ~Pahang ~Penginapan / Homestay / Hotel / Resort ~Perak ~Pulau Pinang ~Putrajaya ~Sabah ~Saudi Arabia ~Selangor ~Slovenia ~Tempat Menarik di Malaysia ~Thailand ( Bangkok - Hua Hin) ~Thailand (Hatyai) ~Travelogue ~Turki ~Umrah ~Umrah 2023 ~Vietnam ( Da Nang - Hoi An - Ba Na Hills) Acar Advertorial Agar-Agar Air Asam Aneka Hidangan Nasi Aneka Hidangan Sup Aneka Jenis Serunding Anekdot Antologi Puisi Apam Asian Food Festival Awards Ayam / Itik / Burung BBQ Bekal Makanan Biskut Buah Bubur Buku Cerita / Komik / Cerpen / Novel Buku Motivasi Buku Resepi Buku Resipi Buku Sejarah Buku Travelog / Novelog Cerita Dari Dapur Cerita Dari Pasar Cerpen Kanak-Kanak Chips Contest / Kuiz / GA Desserts Dried Pasta: Spaghetti/ Spiral / Fusili / Rigatoni / Fettuccine / Risoni / Lasagne / Conchiglie / Tagliatelle / Macaroni / etc Dumpling / Wantan / Siew Mai / Dim Sum Food Review Hari Raya Hasil Karyaku Herba Hidangan Berbuka Puasa Hidangan Berpantang Hidangan Bersahur Hidangan Tengah Hari / Malam Hidangan Tengahari / Malam Himpunan Kad Ucapan Ikan Japanese Food Jeruk / Pickles Johor Juadah Hari Raya Juices / Smoothies Kek Kek Lapis Kek Lapis Sarawak Kek Sarawak Kelas Masakan Keluarga Kerabu Kerang-Kerangan Ketam / Sotong / Udang Khidmat Foodpanda Kiriman Komentator Korean Food Kudapan Kuih Raya Kuih Tradisional Nusantara Kuih-Muih Kuiz / GA Lain-Lain Laksa / Mee / Mee Hoon / Kuey Teow Lembu / Kambing / Lamb / Rusa Lobster Malaysian Food Festival Masakan Ala Kadazan / Dusun Masakan Ala Bajau Masakan Ala Bugis Masakan Ala Cina Masakan Ala Cocos Masakan Ala Jawa Masakan Ala Mamak Masakan Ala Nyonya Masakan Ala Pakistan Masakan Ala Thai Masakan Brunei Masakan India Masakan Indonesia Masakan Minang Masakan Negeri Sembilan Masakan Pahang Masakan Sabah Masakan Sarawak Masakan Singapura Masakan Suluk Masakan Timur Tengah Masakan Tradisi Kedah Masakan Tradisi Kelantan / Terengganu /Pantai Timur Masakan Tradisi Melayu Melaka Masakan Tradisi Perak Masakan Tradisi Pulau Pinang Masakan Tradisional Nusantara Masakan Utara Menu ala Fusion Minuman Panas / Sejuk Muffin Nuffnang Oleh-oleh Otak-Otak Pastry Pemakanan Sihat Pembelian Online Petua Di Dapur Pie Pizza Puding Resepi Amie's Little Kitchen di Media Cetak Resepi Bonda Roti Sambal Sambutan Hari Istimewa Santai Bersama BEN ASHAARI Sarapan Pagi / Minum Petang Sate Sayur Seafood Segmen : Meriahnya Dunia Masakan Segmen Share Resipi Setulus Kasih Soto & Coto Telur Tempahan Western Food Wordless Wednesday

Subscribe