Beli Oleh-Oleh Jeruk Madu Pak Ali di Cawangan Penanti

7:06 PTG

Bismillahirrahmanirrahim.
Teringat pesan Wak Aton supaya belikannya Jeruk Madu Pak Ali. Tapi Wak Aton hendak jeruk buah salak saja. Sebelum meninggalkan Bukit Mertajam, kami singgah di Kubang Semang (Jeruk Madu Pak Ali Cawangan Penanti).

Pada mulanya hanya hendak beli jeruk buah salak sahaja, tetapi terlanjur beli 17 bungkus Jeruk Madu Pak Ali! Itu pun setiap bungkus 500 gram. Kalau satu kilogram, tidakkah seguni jadinya? Bolehlah hulur sebungkus untuk ahli keluarga buat rasa-rasa. Tak cukup beli buah-buahan jeruk, rembat juga Kuah Rojak Pak Ali yang pedas dan yang original. Nampak Garam Belacan Pak Ali, pun sauk juga. Campur semua ada 12 bekas. 

Pelbagai jenis buah-buah jeruk:
Salak Madu
Pala Penang
Mangga Sala
Mangga Kuning
Sengkuang
Betik
Kedondong Hijau
Asam Kelubi
Dan Lain-lain




Jeruk Madu Pak Ali Cawangan Penanti


Harga sebahagian buah tidak sama. Misalnya harga buah salak madu paling mahal di antara buah-buah jeruk yang ada.

Salak Madu RM25.50 sen sekilogram.


Inilah jeruk salak madu kegemaran Wak Aton.


Entah di mana silapnya, sampai di LD tak jumpa pula Garam Belacan Pak Ali dalam kotak!


Kami biasa juga makan Jeruk Madu Pak Ali tetapi yang kami beli sendiri di sini rasanya agak berbeza dengan yang biasa kami makan. Agaknya masih segar kot sebab sewaktu kami beli barulah dibungkus! Tunggu ya Jeruk Madu Pak Ali! Nanti kami datang lagi.

12 comments

  1. sedapnya jeruk salak tu. lama tak beli jeruk madu pak ali ni.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sedaplah Jeruk Madu Pak Ali. Tak cukup ni hihihi.

      Padam
  2. agaknya garam belacan pak ali tertinggal di kedai ke kak?kalau dekat boleh pergi tanya

    BalasPadam
    Balasan
    1. Itulah, tak perasan pula tertinggal di mana.

      Padam
  3. Ingatkan tak dapat dah jeruk Pak Ali ni..
    Naniey suka beli air buah pala dia,.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Usahakan juga, cari sampai dapat.
      Ooo ada air buah pala juga ye. Macamanalah rasanya tu. Mesti sedap kan.

      Padam
  4. Lahhhh.. mana pulak pergi garam belacannya?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Maknanya disuruh datang baliklah ke Penang hehehee.

      Padam
  5. Sedap memang sedap jeruk Pak Ali ni. Terliur tengok.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sedap kan Mulan. Lain kali kena beli lebih banyak lagi.

      Padam
  6. Aik garam belacan hilang plak..ada tu..mesti x abis punggah lagi...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tak ada SA.
      Semua sudah dipunggah.
      Semua sudah dimakan... ahaks!

      Padam

TERIMA KASIH TINGGALKAN KOMEN.

Labels

~Albania ~Australia (Perth) ~Balkan ~Bosnia and Herzegovina ~Bosnia Herzegovina ~Brunei Darul Salam ~China (Shenzhen - Guilin - Yangshuo - Guangzhou) ~Croatia ~Cuti-Cuti Malaysia ~Ekspedisi ~Europe ~India (New Delhi - Srinagar - Pahalgam - Gulmarg) ~Indonesia ( Padang - Bukit Tinggi - Jambi - Palembang - Jakarta ) ~Indonesia ( Sumatera Barat - Bukit Tinggi - Padang ) ~Indonesia (Bandung - Jakarta - Jogjakarta) ~Travelogue ~Indonesia (Kalimantan Timur: Nunukan - Tarakan - Balikpapan - Samarinda - Tenggarong) ~Indonesia (Sidoarjo - Surabaya - Malang) ~Indonesia (Surabaya - Malang) ~Italy ~Jalan-Jalan Cari Ikan ~Jalan-Jalan Cari Makan ~Johor ~Kedah ~Kelantan ~Kenali Hidupan Akuatik ~Korea Selatan - Seoul - Nami Island ~Kuala Lumpur ~Madinah 2023 ~Makkah & Madinah ~Makkah 2023 ~Melaka ~Montenegro ~Muhasabah Diri ~Negeri Sembilan ~Nepal (Kathmandu-Pokhara-Dhampus-Machhapuchhre Base Camp) ~Pahang ~Penginapan / Homestay / Hotel / Resort ~Perak ~Pulau Pinang ~Putrajaya ~Sabah ~Saudi Arabia ~Selangor ~Slovenia ~Tempat Menarik di Malaysia ~Thailand ( Bangkok - Hua Hin) ~Thailand (Hatyai) ~Travelogue ~Turki ~Umrah ~Umrah 2023 ~Vietnam ( Da Nang - Hoi An - Ba Na Hills) Acar Advertorial Agar-Agar Air Asam Aneka Hidangan Nasi Aneka Hidangan Sup Aneka Jenis Serunding Anekdot Antologi Puisi Apam Asian Food Festival Awards Ayam / Itik / Burung BBQ Bekal Makanan Biskut Buah Bubur Buku Cerita / Komik / Cerpen / Novel Buku Motivasi Buku Resepi Buku Resipi Buku Sejarah Buku Travelog / Novelog Cerita Dari Dapur Cerita Dari Pasar Cerpen Kanak-Kanak Chips Contest / Kuiz / GA Desserts Dried Pasta: Spaghetti/ Spiral / Fusili / Rigatoni / Fettuccine / Risoni / Lasagne / Conchiglie / Tagliatelle / Macaroni / etc Dumpling / Wantan / Siew Mai / Dim Sum Food Review Hari Raya Hasil Karyaku Herba Hidangan Berbuka Puasa Hidangan Berpantang Hidangan Bersahur Hidangan Tengah Hari / Malam Hidangan Tengahari / Malam Himpunan Kad Ucapan Ikan Japanese Food Jeruk / Pickles Johor Juadah Hari Raya Juices / Smoothies Kek Kek Lapis Kek Lapis Sarawak Kek Sarawak Kelas Masakan Keluarga Kerabu Kerang-Kerangan Ketam / Sotong / Udang Khidmat Foodpanda Kiriman Komentator Korean Food Kudapan Kuih Raya Kuih Tradisional Nusantara Kuih-Muih Kuiz / GA Lain-Lain Laksa / Mee / Mee Hoon / Kuey Teow Lembu / Kambing / Lamb / Rusa Lobster Malaysian Food Festival Masakan Ala Kadazan / Dusun Masakan Ala Bajau Masakan Ala Bugis Masakan Ala Cina Masakan Ala Cocos Masakan Ala Jawa Masakan Ala Mamak Masakan Ala Nyonya Masakan Ala Pakistan Masakan Ala Thai Masakan Brunei Masakan India Masakan Indonesia Masakan Minang Masakan Negeri Sembilan Masakan Pahang Masakan Sabah Masakan Sarawak Masakan Singapura Masakan Suluk Masakan Timur Tengah Masakan Tradisi Kedah Masakan Tradisi Kelantan / Terengganu /Pantai Timur Masakan Tradisi Melayu Melaka Masakan Tradisi Perak Masakan Tradisi Pulau Pinang Masakan Tradisional Nusantara Masakan Utara Menu ala Fusion Minuman Panas / Sejuk Muffin Nuffnang Oleh-oleh Otak-Otak Pastry Pemakanan Sihat Pembelian Online Petua Di Dapur Pie Pizza Puding Resepi Amie's Little Kitchen di Media Cetak Resepi Bonda Roti Sambal Sambutan Hari Istimewa Santai Bersama BEN ASHAARI Sarapan Pagi / Minum Petang Sate Sayur Seafood Segmen : Meriahnya Dunia Masakan Segmen Share Resipi Setulus Kasih Soto & Coto Telur Tempahan Western Food Wordless Wednesday

Subscribe