Jom Kembalikan Memori Lama Era 60-an ke 90-an dengan Bersarapan di Nyelongkor Kedai Kopi

1:49 PTG

Bismillahirrahmanirrahim.
Memegang kata-kata Bonda supaya tidak berjalan jauh apabila turun dari kereta, Amie berusaha untuk mempermudahkannya. Dengan panduan Pak Google, dapatlah satu tempat sarapan yang rasanya dapat memenuhi syarat iaitu tidak perlu berjalan jauh untuk masuk dan duduk di meja makan. Setelah daftar keluar homestay, pukul 8:26 pagi sampailah ke tempat tujuan iaitu di Nyelongkor Kedai Kopi & Kedai Antik yang terletak di No. 41, Medan Stesen 19/3 Taman Pengkalan Jaya, 31560 Ipoh Perak.

Kedai makan ini menyediakan sarapan mulai pukul 8 sehingga 11 pagi dan makan tengah hari pada pukul 11 - 3 petang.

Sepasang merpati merah sedang mengembalikan memori lama era 60-an ke 90-an.

Sumber : FB : Nyelongkor

Nyelongkor menyediakan:

•SARAPAN PAGI
•MAKAN TENGAH HARI 

Berkonsepkan makanan kampung yang dihidangkan di dalam talam dan bertujuan dapat mengembalikan memori lama. Santai - santai makan dalam suasana tahun 60-an ke era 90-an.

•JUALAN BARANGAN ANTIK
Boleh cuci mata, dan jika berkenan boleh beli.



Ketika kami sampai, tiada pelanggan di dalam kedai makan tersebut. Barangkali kami pelanggan pertama yang berkunjung ke sini pada pagi tersebut. Kena buka kasut sebelum melangkah masuk ke dalam.


Aksesori dan gambar-gambar yang terpampang di dinding memang menunjukkan era era 60-an hingga 90-an! Nyelongkor Kedai Kopi ini baru saja dibuka pada pada Oktober 2023.


Ada kepingan surat khabar tulisan jawi. Kalau tak silap akhbar Utusan Zaman. Tiada lagi Utusan Zaman ketika ini. Oh, nostalgia sungguh!

Pelbagai jenis pembuka tin.

Alamak! Siapa masih ingat zaman keunggulan Benson & Hedges?


Leka mengambil gambar, terlupa pula hendak memesan sarapan.
Jom kita lihat menu yang ada.


Minuman yang dipesan:
  • Teh O
  • Kopi O
  • Milo Susu
  • Kopi Susu
  • Sirap Bandung
  • Air Suam

Sarapan yang pesan:
  • Nasi Lemak 4 
  • Lempeng Tepung
  • Lempeng Pisang
  • Roti Bako
  • Lontong
  • Roti Telur Gegor

Selepas memesan sarapan, kita sambung selongkar lagi!

Ini biskut lutut?
Eh, semuanya memang kembalikan nostalgia lalu. 
Rendam biskut lutut dalam kopi kapans!






Ketika ini kita tidak teringat barangan antik di sini boleh dibeli! Sewaktu tulis entri ini barulah perasan! 



Kita selongkar lagi di bahagian dalam. Macam-macam ada!

Ini sejenis alat muzik. Tersandar di dinding hala ke dapur. 
 Ada adik yang sedang menyediakan sarapan sebut nama alat muzik ini.
Sayangnya, kita tak buat catatan, dan terlupa namanya!

Intai suasana dapur sat!


Pada sebelah tengah hari Nyelongkor Kedai Kopi menyediakan hidangan tradisional, makan nasi dan lauk-pauk dihidang di atas talam. Kita tak berkesempatan untuk berada di sini sehingga tengah hari. In syaa Allah, ada rezeki di lain waktu boleh datang lagi.




Telefon lama.



Botol-botol minuman ini memang mengembalikan kenangan silam. Semua isinya pernah kita teguk!





Apabila kita keluar dari 'menyelongkar' nampaknya tempat duduk sudah mula dipenuhi pelanggan.

Encik Suami dapat kawan baharu. Sembang-sembang bersama sementara menanti sarapan dihidangkan.

Minuman yang dipesan sudah tiba di meja.


Selepas minuman sampai, nasi lemak pun tiba. Kata Wak Kanang dan Wak Niah, sedap nasi lemaknya.


Abang Farid berminat dengan lempeng tepung cecah sambal tumis.

Lempeng tepung datang sekali dengan lempeng pisang.

Bonda suka sangat makan lempeng pisang. Bonda tidak mahu minum manis, cukup sekadar minum air suam sahaja.

Sebenarnya Bonda sudah memesan roti bakar, tetapi apabila terlihat lempeng pisang, Bonda ubah selera pula. Abang Farid tolong makan roti bakar ini.
Selamat menjamu selera dengan hidangan kampung.

Amie makan lontong.

Encik Suami sudah makan nasi lemak tetapi menambah makan Roti Telur Gegor.


Jumlah keseluruhan sarapan di Nyelongkor Kedai Kopi hanya RM42.7 kupang sahaja.

Selesai sarapan di sini, kami meneruskan perjalanan ke Tapah untuk sambung ziarah mahabbah keluarga sebelah Bonda. 

12 comments

  1. unik konsep kedai ni. tgk tempat cam terasa di rumah dulu2 kan

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ya, seperti masuk ke rumah nenek kita dulu-dulu.

      Padam
  2. Banyak kafe skrg tampilkan era lama, kan kak amie.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Bagus kan SK.
      Sekurang-kurangnya generasi muda hari ini dapat melihat budaya hidup masyarakat kita yang sudah hampir pupus ditelan waktu.

      Padam
  3. Menariknya kedai Nyelongkar ni kak Amie. Suka vibes klasik macam ni. Memang banyak ye baran-barang lama yang diselongkar buat display. Sempat lagi menjengah di dapur. hihi...Boleh letak kedai ni dalam list kalau ke Ipoh.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Datang sini Fizah.
      Memang leka melihat barang-barang lama di sini.

      Padam
  4. Konsep dia sangat- sangat unik...alaaa..boleh beli rupanya koleksi tu semua..tapi for sure mahal harganya kan Kak Amie

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sayang tak beli SA sebab terlupa boleh beli.
      Sekurang-kurangnya boleh bawa pulang sebiji cawan dengan pinggan lapiknya.

      Padam
  5. Aduh....rasa nak masuk pintu Doraemon untuk menziarahi era lampau....huhuhu rindu masa lalu

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ramai pelanggannya terdiri dari orang-orang yang sudah berumur.
      Agaknya hendak sarapan masakan tradisi sambil mengenang zaman muda dahulukala.

      Padam
  6. Aissssh harus buka kasut yaaa. Unik konsepnya. Rasanya baru kali ini saya tahu ada restoran wajib buka kasut 👍

    Sukaaaa sangat lihat semua barang vintage di atas kak. Minuman2 lama macam mirinda pun saya dulu sesekali beli, zaman kecil 😂. Ada dijual juga Kat Aceh.

    Semoga nanti kalo ke Malaysia bisa sempat kan diri ke Ipoh juga

    BalasPadam
    Balasan
    1. Biasanya begitulah Fanny. Buka kasut itu sebagai cara untuk menikmati suasana kampung atau tradisi masyarakat kita kalau masuk ke rumah.
      Ya, jadikan tempat ini sebagai salah satu destinasinya nanti ya.

      Padam

TERIMA KASIH TINGGALKAN KOMEN.

Labels

~Albania ~Australia (Perth) ~Balkan ~Bosnia and Herzegovina ~Bosnia Herzegovina ~Brunei Darul Salam ~China (Shenzhen - Guilin - Yangshuo - Guangzhou) ~Croatia ~Cuti-Cuti Malaysia ~Ekspedisi ~Europe ~India (New Delhi - Srinagar - Pahalgam - Gulmarg) ~Indonesia ( Padang - Bukit Tinggi - Jambi - Palembang - Jakarta ) ~Indonesia ( Sumatera Barat - Bukit Tinggi - Padang ) ~Indonesia (Bandung - Jakarta - Jogjakarta) ~Travelogue ~Indonesia (Kalimantan Timur: Nunukan - Tarakan - Balikpapan - Samarinda - Tenggarong) ~Indonesia (Sidoarjo - Surabaya - Malang) ~Indonesia (Surabaya - Malang) ~Italy ~Jalan-Jalan Cari Ikan ~Jalan-Jalan Cari Makan ~Johor ~Kedah ~Kelantan ~Kenali Hidupan Akuatik ~Korea Selatan - Seoul - Nami Island ~Kuala Lumpur ~Madinah 2023 ~Makkah & Madinah ~Makkah 2023 ~Melaka ~Montenegro ~Muhasabah Diri ~Negeri Sembilan ~Nepal (Kathmandu-Pokhara-Dhampus-Machhapuchhre Base Camp) ~Pahang ~Penginapan / Homestay / Hotel / Resort ~Perak ~Pulau Pinang ~Putrajaya ~Sabah ~Saudi Arabia ~Selangor ~Slovenia ~Tempat Menarik di Malaysia ~Thailand ( Bangkok - Hua Hin) ~Thailand (Hatyai) ~Travelogue ~Turki ~Umrah ~Umrah 2023 ~Vietnam ( Da Nang - Hoi An - Ba Na Hills) Acar Advertorial Agar-Agar Air Asam Aneka Hidangan Nasi Aneka Hidangan Sup Aneka Jenis Serunding Anekdot Antologi Puisi Apam Asian Food Festival Awards Ayam / Itik / Burung BBQ Bekal Makanan Biskut Buah Bubur Buku Cerita / Komik / Cerpen / Novel Buku Motivasi Buku Resepi Buku Resipi Buku Sejarah Buku Travelog / Novelog Cerita Dari Dapur Cerita Dari Pasar Cerpen Kanak-Kanak Chips Contest / Kuiz / GA Desserts Dried Pasta: Spaghetti/ Spiral / Fusili / Rigatoni / Fettuccine / Risoni / Lasagne / Conchiglie / Tagliatelle / Macaroni / etc Dumpling / Wantan / Siew Mai / Dim Sum Food Review Hari Raya Hasil Karyaku Herba Hidangan Berbuka Puasa Hidangan Berpantang Hidangan Bersahur Hidangan Tengah Hari / Malam Hidangan Tengahari / Malam Himpunan Kad Ucapan Ikan Japanese Food Jeruk / Pickles Johor Juadah Hari Raya Juices / Smoothies Kek Kek Lapis Kek Lapis Sarawak Kek Sarawak Kelas Masakan Keluarga Kerabu Kerang-Kerangan Ketam / Sotong / Udang Khidmat Foodpanda Kiriman Komentator Korean Food Kudapan Kuih Raya Kuih Tradisional Nusantara Kuih-Muih Kuiz / GA Lain-Lain Laksa / Mee / Mee Hoon / Kuey Teow Lembu / Kambing / Lamb / Rusa Lobster Malaysian Food Festival Masakan Ala Kadazan / Dusun Masakan Ala Bajau Masakan Ala Bugis Masakan Ala Cina Masakan Ala Cocos Masakan Ala Jawa Masakan Ala Mamak Masakan Ala Nyonya Masakan Ala Pakistan Masakan Ala Thai Masakan Brunei Masakan India Masakan Indonesia Masakan Minang Masakan Negeri Sembilan Masakan Pahang Masakan Sabah Masakan Sarawak Masakan Singapura Masakan Suluk Masakan Timur Tengah Masakan Tradisi Kedah Masakan Tradisi Kelantan / Terengganu /Pantai Timur Masakan Tradisi Melayu Melaka Masakan Tradisi Perak Masakan Tradisi Pulau Pinang Masakan Tradisional Nusantara Masakan Utara Menu ala Fusion Minuman Panas / Sejuk Muffin Nuffnang Oleh-oleh Otak-Otak Pastry Pemakanan Sihat Pembelian Online Petua Di Dapur Pie Pizza Puding Resepi Amie's Little Kitchen di Media Cetak Resepi Bonda Roti Sambal Sambutan Hari Istimewa Santai Bersama BEN ASHAARI Sarapan Pagi / Minum Petang Sate Sayur Seafood Segmen : Meriahnya Dunia Masakan Segmen Share Resipi Setulus Kasih Soto & Coto Telur Tempahan Western Food Wordless Wednesday

Subscribe