Makan Nasi Kandar Padang Kota di RTC Perak (Gopeng)

8:52 PTG

Bismillahirrahmanirrahim.
Cadangnya kami hendak berhenti di RNR Tapah tapi pusing-pusing tidak ada ruangan untuk letak kereta. Akhirnya kami ambil keputusan untuk teruskan perjalanan sehingga ke RTC (Rural Transformation Center)  Perak di KM16 Jalan Gopeng. Jam menunjukkan pukul 2:15 petang dan memang agak lewat sedikit untuk kami mencari makan tengah hari. Di RTC Gopeng ini bukan sahaja banyak tempat makan, tetapi juga ada Pasar Raya MYDIN, Agro Bazar - Jualan Produk Pertanian dan Asas Tani. Tempat letak kereta juga luas. Surau besar terletak di bahagian hadapan pintu masuk. Pendek kata macam-macam ada di RTC Gopeng ini termasuklah taman permainan kanak-kanak  dan sebagainya.

Fuad ajak kami makan Nasi Kandar Padang Kota. Ikut sahajalah cadangannya. Encik Suami tidak mahu makan nasi kandar kerana takut perutnya meragam dengan kuah yang pelbagai. Jadi Amie pilihkan untuknya nasi ayam. 

Nasi Kandar Padang Kota

Peta RTC Gopeng

Orang ramai memenuhi ruang makan di medan selera.


Menjamu selera dengan pilihan menu masing-masing.

Amie : Nasi kandar lauk kari terur sotong dan emak sotong, peria goreng, telur masin dan kuah campur.

Fuad, Fairuz dan Firdaus masing-masing memilih lauk ayam goreng.


Walaupun hanya pilih dua lauk dan sepotong telur masin, tapi terfikir-fikir bolehkah habiskan sepinggan nasi kandar ini? 

Bismillahirrahmanirrahim.

Alhamdulillah. Habis juga.

Harga 4 pinggan nasi kandar dan 6 gelas minuman berjumlah RM90.00



Mi Sizzling ( atas) & Nasi Ayam (bawah).






Jalan-jalan di Agro Bazar sebelum meninggalkan RTC Gopeng.




Menjelang pukul 3 petang kami tinggalkan RTC Gopeng.
Hendak ke mana?
Jom ke Sungai Petani, Kedah Darul Aman.
Itu negeri kelahiran Mama Cella kan?

26 comments

  1. Bila balik kampung memang 'balas dendam' jalan-jalan cari makan dekat sini ye Kak Amie hehe. Tergoda betul tengok makanan yg Kak Amie post semua nampak sedap.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Rindu setahun, ambil kesempatan melerai dalam tempoh beberapa hari sahaja. Seua nak diterjah.

      Padam
  2. Rajin betul jalan-jalan.
    Banjir betul nasi Puan Amie.

    BalasPadam
  3. Nampak menarik...
    Selamat datang ke negeri Jelapang Padi 🤗

    BalasPadam
    Balasan
    1. Terima kasih PH.
      Jejak kaki ke negeri kelahiran Mama Cella.

      Padam
  4. Sungai Petani bawah lagi. Mama Cella orang Pendang, cuma lahir kat sana jugak ke tak pasti la.. tunggu Mama Cella jawab 😆.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ya, sempat jejak Sungai Petani saja. Jadilah, dapat cemar duli negeri tanah tumpah darah Mama Cella walaupun bukan daerah kelahirannya.

      Padam
  5. wahhh pusing semenanjung cuti-cuti kak amie kali ni

    BalasPadam
    Balasan
    1. Pusing-pusing negeri yang tak banjir Afzan.

      Padam
  6. terus lapar tengok semua menu nasi kandar dengan lauk yang pelbagai tu kak oi... aduh lapar

    BalasPadam
  7. Haish....berapa hb Disember ni cikgu pi Sg Petani?
    Jangan jangan masa tu saya ada kat Kedah...

    Saya suka singgah RTC ni berbelanja barang dapur dulu kat Mydin & belanja Bread.
    Kalau bulan puasa meriah situ siap ada live kacau dodol

    BalasPadam
    Balasan
    1. 25 Disember 2023 ni Mama Cella. Sama tarikh ke? Selisih kot kita hihihiii. Nampak juga hari tu orang tengah kacau dodol dalam kawah.

      Padam
    2. Eh,saya ada kat Kedah tarikh tu..
      Belanja Aqil naik kapal terbang..Tapi malamnya naik bas balik KL

      Padam
  8. Baru minggu lepas saya makan di nasi kandar padang kota di RTC Gopeng ni. Mamak dia laju je, cedok kuah dan lauk. Padahal kita baru je tunjuk, nak bertanya lauk apa. Hehe... Gendut kan, lepas makan sini. :D

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul Nur. Dia kira harganya pun cepat juga.

      Padam
  9. ammi kalau makan nasi kandar....nasi tu tak jumpa terus dek banjirnya kuah

    BalasPadam
  10. 1st time Linda singgah situ tahun lepas..puas hati besar tempatnya...

    BalasPadam
  11. suka tempat yang parking luas macam ni. nasi kandaq tu terliur nengoknya

    BalasPadam
    Balasan
    1. Rasanya tempat parking di RTC Gopeng ini lebih luas berbanding RNR Tapah.
      Memang nasi kandar selalu buat orang terliur.

      Padam
  12. jauh betul berjalan ni kak amie..sedapnya nasi kandar tu..terliur dibuatnya...

    BalasPadam

TERIMA KASIH TINGGALKAN KOMEN.

Labels

~Albania ~Australia (Perth) ~Balkan ~Bosnia and Herzegovina ~Bosnia Herzegovina ~Brunei Darul Salam ~China (Shenzhen - Guilin - Yangshuo - Guangzhou) ~Croatia ~Cuti-Cuti Malaysia ~Ekspedisi ~Europe ~India (New Delhi - Srinagar - Pahalgam - Gulmarg) ~Indonesia ( Padang - Bukit Tinggi - Jambi - Palembang - Jakarta ) ~Indonesia ( Sumatera Barat - Bukit Tinggi - Padang ) ~Indonesia (Bandung - Jakarta - Jogjakarta) ~Travelogue ~Indonesia (Kalimantan Timur: Nunukan - Tarakan - Balikpapan - Samarinda - Tenggarong) ~Indonesia (Sidoarjo - Surabaya - Malang) ~Indonesia (Surabaya - Malang) ~Italy ~Jalan-Jalan Cari Ikan ~Jalan-Jalan Cari Makan ~Johor ~Kedah ~Kelantan ~Kenali Hidupan Akuatik ~Korea Selatan - Seoul - Nami Island ~Kuala Lumpur ~Madinah 2023 ~Makkah & Madinah ~Makkah 2023 ~Melaka ~Montenegro ~Muhasabah Diri ~Negeri Sembilan ~Nepal (Kathmandu-Pokhara-Dhampus-Machhapuchhre Base Camp) ~Pahang ~Penginapan / Homestay / Hotel / Resort ~Perak ~Pulau Pinang ~Putrajaya ~Sabah ~Saudi Arabia ~Selangor ~Slovenia ~Tempat Menarik di Malaysia ~Thailand ( Bangkok - Hua Hin) ~Thailand (Hatyai) ~Travelogue ~Turki ~Umrah ~Umrah 2023 ~Vietnam ( Da Nang - Hoi An - Ba Na Hills) Acar Advertorial Agar-Agar Air Asam Aneka Hidangan Nasi Aneka Hidangan Sup Aneka Jenis Serunding Anekdot Antologi Puisi Apam Asian Food Festival Awards Ayam / Itik / Burung BBQ Bekal Makanan Biskut Buah Bubur Buku Cerita / Komik / Cerpen / Novel Buku Motivasi Buku Resepi Buku Resipi Buku Sejarah Buku Travelog / Novelog Cerita Dari Dapur Cerita Dari Pasar Cerpen Kanak-Kanak Chips Contest / Kuiz / GA Desserts Dried Pasta: Spaghetti/ Spiral / Fusili / Rigatoni / Fettuccine / Risoni / Lasagne / Conchiglie / Tagliatelle / Macaroni / etc Dumpling / Wantan / Siew Mai / Dim Sum Food Review Hari Raya Hasil Karyaku Herba Hidangan Berbuka Puasa Hidangan Berpantang Hidangan Bersahur Hidangan Tengah Hari / Malam Hidangan Tengahari / Malam Himpunan Kad Ucapan Ikan Japanese Food Jeruk / Pickles Johor Juadah Hari Raya Juices / Smoothies Kek Kek Lapis Kek Lapis Sarawak Kek Sarawak Kelas Masakan Keluarga Kerabu Kerang-Kerangan Ketam / Sotong / Udang Khidmat Foodpanda Kiriman Komentator Korean Food Kudapan Kuih Raya Kuih Tradisional Nusantara Kuih-Muih Kuiz / GA Lain-Lain Laksa / Mee / Mee Hoon / Kuey Teow Lembu / Kambing / Lamb / Rusa Lobster Malaysian Food Festival Masakan Ala Kadazan / Dusun Masakan Ala Bajau Masakan Ala Bugis Masakan Ala Cina Masakan Ala Cocos Masakan Ala Jawa Masakan Ala Mamak Masakan Ala Nyonya Masakan Ala Pakistan Masakan Ala Thai Masakan Brunei Masakan India Masakan Indonesia Masakan Minang Masakan Negeri Sembilan Masakan Pahang Masakan Sabah Masakan Sarawak Masakan Singapura Masakan Suluk Masakan Timur Tengah Masakan Tradisi Kedah Masakan Tradisi Kelantan / Terengganu /Pantai Timur Masakan Tradisi Melayu Melaka Masakan Tradisi Perak Masakan Tradisi Pulau Pinang Masakan Tradisional Nusantara Masakan Utara Menu ala Fusion Minuman Panas / Sejuk Muffin Nuffnang Oleh-oleh Otak-Otak Pastry Pemakanan Sihat Pembelian Online Petua Di Dapur Pie Pizza Puding Resepi Amie's Little Kitchen di Media Cetak Resepi Bonda Roti Sambal Sambutan Hari Istimewa Santai Bersama BEN ASHAARI Sarapan Pagi / Minum Petang Sate Sayur Seafood Segmen : Meriahnya Dunia Masakan Segmen Share Resipi Setulus Kasih Soto & Coto Telur Tempahan Western Food Wordless Wednesday

Subscribe