Jalan-Jalan di Japanese Village Berjaya Hills Pahang

9:24 PG

Bismillahirrahmanirrahim.
Jom jalan-jalan ke Bukit Tinggi, Pahang. Kami berhasrat untuk singgah di mana-mana tempat yang boleh dilawati. Maklumlah dengan cuaca yang tidak menentu ditambah dengan musim tengkujuh di hujung tahun, tidaklah boleh mengharapkan semua perancangan menjadi nyata. Sebelum menjejak ke Bukit Tinggi terlebih dahulu kami melihat ramalan cuaca. Ribut petir dijangka akan berlaku di sebelah petang. Maknanya pada sebelah pagi sehingga lewat tengah hari kami boleh beraktiviti di sana. Sebelah petang duduk berehat sahajalah di hotel. Jadi, selepas sarapan di Royale Coffee House, kami bergegas meninggalkan bilik untuk daftar keluar.

Abang Farid sudah menempah penginapan di Colmar Tropicale Resort. Kami tiba di Bukit Tinggi pada pukul 11:05 minit pagi. Masih banyak waktu terluang sebelum daftar masuk hotel pada pukul 3 petang. 

Pada mulanya kami bercadang untuk ke:
  • Japanese Village
  • Botanical Garden
  • Rabbit Farm
  • Bukit Tinggi Horse Trail Rides
Tertarik juga untuk mengikuti aktiviti yang agak lasak, tapi memikirkan cuaca dan juga tiada persediaan dari segi stamina, eloklah santai-santai sahaja. Antara aktiviti yang boleh disertai di Bukit Tinggi termasuklah:
  • Flying Fox
  • Canopy Walk
  • Paintball Wayfare
  • Rock Climbing
  • High Rope Obstacle Course
  • Dan Lain-lain
Salah satu tempat yang sempat kami lawati ialah Japanese Village. Terjebak jugalah Encik Suami dengan gambar yang ditunjukkan oleh juru gambar yang mengambil gambar kami di laluan masuk jalan ke Japanese Village.

Gambar : RM30.00


Sebelum sampai ke Japanese Village, ada peringatan atau amaran dipaparkan di bawah anak tangga yang berbunyi:

Pelawat yang mempunyai masalah pernafasan dan jantung tidak digalakkan untuk mendaki 88 anak tangga ini. Pihak pengurusan tidak akan menerima liabiliti dan bertanggungjawab. Terima kasih di atas kerjasama anda.

88 anak tangga yang perlu didaki sebelum sampai ke jalan berbukit menuju ke Japanese Village.


Sekarang kami sudah sampai di pintu masuk Japanese Village. Ada beberapa tempat di Japanese Village yang boleh dilawati seperti:
  • Japanese Garden
  • Japanese Tea House
  • Tatami Spa
  • Ume Tatami Suite
  • Souvenir Shop
  • Ryo Zan Tei Restaurant

Selamat Datang ke Rumah Teh Jepun yang pertama di dunia dalam Hutan Tropika.

Souvenir Shop


Kami meneruskan perjalanan menjelajah Japanese Village. Perkampungan Jepun terletak di tengah-tengah hutan hujan yang subur di Bukit Tinggi, Pahang. Perkampungan yang direka dan dibina oleh sepasukan arkitek dan tukang dari Jepun ini dipenuhi dengan laluan berliku, air terjun, taman yang indah berinspirasikan Zen, dan juga Japanese Tea House serta spa berkonsepkan Jepun. 
Jika berminat boleh sewa kimono yang disediakan untuk mengambil gambar kenangan di kawasan sekitar. 


Tempat sewa kimono, dengan bayaran sebanyak RM20.00 sepasang.

Boleh bergambar dengan berpakaian kimono di sekitar Japanese Village.


Tenang saja suasana di sini dengan bunyi air yang mengalir di celah-celah batu. Amie videokan suasana di sini tetapi tak boleh dimuatnaik pula!







Tatami Spa



Ume Tatami Suite







Sekian. Cerita jalan-jalan di Japanese Village.



24 comments

  1. dah makin cantik taman2 di bukit tinggi tu kak, last dana pergi tahun 2008 ke 2009 dulu, bila tengok gambar akak banyak dah ditambah dan makin cantik. Best je situ sejuk je

    BalasPadam
  2. murah jugak lah gambar kenangan tu, kalau linda mmg akan beli jugak..sebab x taw bila lagi boleh sampai...hihihi

    BalasPadam
  3. Tenang dan damai...seakan terdengar deruan air diiringi alunan music Kitaro....
    Sukanya tempat macam ni

    BalasPadam
    Balasan
    1. Saya pun suka dengar music Kitaro. Jauh terbuai perasaan.....

      Padam
  4. wahhhhh best ni! dah dlm wishlist Ana juga lokasi ni hehe

    BalasPadam
    Balasan
    1. In syaa Allah, akan sampai juga ke tempat ini.

      Padam
  5. cantik view tanah tinggi ni pernah ke sini ronda2 ja

    BalasPadam
    Balasan
    1. Memang cantik kawasan hutan hujan tropika ini.

      Padam
  6. Cantiknya. Dah lama ada dalam wishlist. Tapi masih belum tertunai 🤭

    BalasPadam
    Balasan
    1. In syaa Allah kalau ada dalam wishlist, lambat-laun akan sampai juga.

      Padam
  7. Bila kak amie pergi ni? ammi pergi 25/12 haritu. ramai juga orang

    BalasPadam
    Balasan
    1. 19 Disember 2023. Duluan 6 hari dari Ammi.

      Padam
  8. Banyak juga pembaharuan di sini. Dah lama tak jejak sini. Pernah pergi 2 x, 2x tu jugak sewa pakai kimono yang berbeza. Suka vibes Japanese di sini. Tenang rasanya dengar bunyian air tu kan.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Duduk lama-lama di sini pun tak apa.
      Ramai juga hari tu yang bergambar dengan berpakaian kimono.

      Padam
  9. dah banyak berubah la kat sini...eh...tertinjau2 SA x namapak aseeyag isteri Abang Farid, x ikut ye dia...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Aseeyah waktu ini sedang kuarantin diri di rumah keluarganya di Gombak.

      Padam
  10. Orang jauh dah sampai sini..
    Kita yang dekat ni pun...biasanya lalu situ ak ke Pantai Timur pandang ja sebelah kiri tu...hihihi

    BalasPadam
  11. Masih cantik seperti dulu yaaa 😍😍😍😍. Saya ke Colmar trakhir 2013. Anak sulung masih kecil. Si adik pun belum ada 🤣. Nak pula kesana lagi ajak si adk bungsu. Sukaaa dengan suasananya yg di French village ataupun Japanese village ini.

    BalasPadam
    Balasan
    1. French Village dan Japanese Village memang ada tarikannya yang tersendiri walau berada di tengah-tengah hutan hujan tropika.

      Padam

TERIMA KASIH TINGGALKAN KOMEN.

Labels

~Albania ~Australia (Perth) ~Balkan ~Bosnia and Herzegovina ~Bosnia Herzegovina ~Brunei Darul Salam ~China (Shenzhen - Guilin - Yangshuo - Guangzhou) ~Croatia ~Cuti-Cuti Malaysia ~Ekspedisi ~Europe ~India (New Delhi - Srinagar - Pahalgam - Gulmarg) ~Indonesia ( Padang - Bukit Tinggi - Jambi - Palembang - Jakarta ) ~Indonesia ( Sumatera Barat - Bukit Tinggi - Padang ) ~Indonesia (Bandung - Jakarta - Jogjakarta) ~Travelogue ~Indonesia (Kalimantan Timur: Nunukan - Tarakan - Balikpapan - Samarinda - Tenggarong) ~Indonesia (Sidoarjo - Surabaya - Malang) ~Indonesia (Surabaya - Malang) ~Italy ~Jalan-Jalan Cari Ikan ~Jalan-Jalan Cari Makan ~Johor ~Kedah ~Kelantan ~Kenali Hidupan Akuatik ~Korea Selatan - Seoul - Nami Island ~Kuala Lumpur ~Madinah 2023 ~Makkah & Madinah ~Makkah 2023 ~Melaka ~Montenegro ~Muhasabah Diri ~Negeri Sembilan ~Nepal (Kathmandu-Pokhara-Dhampus-Machhapuchhre Base Camp) ~Pahang ~Penginapan / Homestay / Hotel / Resort ~Perak ~Pulau Pinang ~Putrajaya ~Sabah ~Saudi Arabia ~Selangor ~Slovenia ~Tempat Menarik di Malaysia ~Thailand ( Bangkok - Hua Hin) ~Thailand (Hatyai) ~Travelogue ~Turki ~Umrah ~Umrah 2023 ~Vietnam ( Da Nang - Hoi An - Ba Na Hills) Acar Advertorial Agar-Agar Air Asam Aneka Hidangan Nasi Aneka Hidangan Sup Aneka Jenis Serunding Anekdot Antologi Puisi Apam Asian Food Festival Awards Ayam / Itik / Burung BBQ Bekal Makanan Biskut Buah Bubur Buku Cerita / Komik / Cerpen / Novel Buku Motivasi Buku Resepi Buku Resipi Buku Sejarah Buku Travelog / Novelog Cerita Dari Dapur Cerita Dari Pasar Cerpen Kanak-Kanak Chips Contest / Kuiz / GA Desserts Dried Pasta: Spaghetti/ Spiral / Fusili / Rigatoni / Fettuccine / Risoni / Lasagne / Conchiglie / Tagliatelle / Macaroni / etc Dumpling / Wantan / Siew Mai / Dim Sum Food Review Hari Raya Hasil Karyaku Herba Hidangan Berbuka Puasa Hidangan Berpantang Hidangan Bersahur Hidangan Tengah Hari / Malam Hidangan Tengahari / Malam Himpunan Kad Ucapan Ikan Japanese Food Jeruk / Pickles Johor Juadah Hari Raya Juices / Smoothies Kek Kek Lapis Kek Lapis Sarawak Kek Sarawak Kelas Masakan Keluarga Kerabu Kerang-Kerangan Ketam / Sotong / Udang Khidmat Foodpanda Kiriman Komentator Korean Food Kudapan Kuih Raya Kuih Tradisional Nusantara Kuih-Muih Kuiz / GA Lain-Lain Laksa / Mee / Mee Hoon / Kuey Teow Lembu / Kambing / Lamb / Rusa Lobster Malaysian Food Festival Masakan Ala Kadazan / Dusun Masakan Ala Bajau Masakan Ala Bugis Masakan Ala Cina Masakan Ala Cocos Masakan Ala Jawa Masakan Ala Mamak Masakan Ala Nyonya Masakan Ala Pakistan Masakan Ala Thai Masakan Brunei Masakan India Masakan Indonesia Masakan Minang Masakan Negeri Sembilan Masakan Pahang Masakan Sabah Masakan Sarawak Masakan Singapura Masakan Suluk Masakan Timur Tengah Masakan Tradisi Kedah Masakan Tradisi Kelantan / Terengganu /Pantai Timur Masakan Tradisi Melayu Melaka Masakan Tradisi Perak Masakan Tradisi Pulau Pinang Masakan Tradisional Nusantara Masakan Utara Menu ala Fusion Minuman Panas / Sejuk Muffin Nuffnang Oleh-oleh Otak-Otak Pastry Pemakanan Sihat Pembelian Online Petua Di Dapur Pie Pizza Puding Resepi Amie's Little Kitchen di Media Cetak Resepi Bonda Roti Sambal Sambutan Hari Istimewa Santai Bersama BEN ASHAARI Sarapan Pagi / Minum Petang Sate Sayur Seafood Segmen : Meriahnya Dunia Masakan Segmen Share Resipi Setulus Kasih Soto & Coto Telur Tempahan Western Food Wordless Wednesday

Subscribe