Sarapan di Kafe Dapur Amiey - Masakan Tradisi Orang Lama

10:35 PTG

Bismillahirrahmanirrahim.
Agaknya orang yang paling gembira di pagi hari Ahad 24 Disember 2024 sudah tentunya Abang Farid. Abang Farid dapat berita Aseeyah sudah negatif covid. Jadi, bolehlah Abang Farid balik ke Gombak pada hari tersebut. Sebelum kami hantar Abang Farid ke rumah mentuanya, kami singgah sarapan di Kafe Dapur Amiey yang terletak berhampiran dengah rumah keluarga Aseeyah. Agaknya apalah menu masakan tradisi orang lama yang ada di sini.

Alamat Kafe Dapur Amiey:
No 16 Jalan 10
Taman Batu Gombak
Batu Caves, Selangor.
Buka : Selasa - Ahad (Isnin cuti)

Kafe Dapur Amiey - Masakan Tradisi Orang Lama

Fairuz memandu dari kampung ke Gombak.

Banyak juga pilihan sarapan yang ditawarkan di Kafe Dapur Amiey. Nampak macam sedap-sedap belaka. Ada ubi rebus, lempeng kahwin lontong, bubur ayam, soto ayam, laksa Penang, laksa Johor pun ada. Rasa hendak memesan semua makanan yang ada!

 


Suasana di dalam Kafe Dapur Amiey. Tenang dan bersih.


Wajah-wajah kesayangan hamba!



Bismillahirrahmanirrahim.

Encik Suami : Mi Kari

Nampak sedap betul Mi Kari ini.

Makan bersama : ubi rebus cecah kelapa parut gula merah & sambal tumis.

Telur Goyang


Abang Farid, Fuad dan Firdaus memilih telur goyang.


Lempeng Kahwin

Lempeng Kahwin - Lempeng Pisang & Lempeng Kosong + Sambal Tumis

Nasi Lemak

Fuad tak senang nampak Fairuz makan nasi lemak!

Macam terliur pulak dia tengok Fairuz makan nasi lemak.

Agaknya Fuad hendak merasa nasi lemak Fariz. Jadi Fairuz suaplah ke mulutnya.

Allahu... Fairuz siap tadah tangan ketika menyuap takut nasi jatuh!


Ketika Amie sedang menulis entri in, Firdaus sangat tertarik dengan gambar Fairuz menyuap Fuad. Sempat pula Firdaus terjemahkan dalam bentuk lukisannya yang tersendiri.


Harga sarapan di Kafe Dapur Amiey - RM59.70 sen.


Setelah menurunkan Abang Farid di rumah mentuanya, Fuad pula mengambil alih tugas memandu. Hendak ke mana selepas ini? Ke mana lagi kalau bukan meneruskan perjalanan ke Paguh, Muar untuk ziarah keluarga tunang Fuad di sana.

23 comments

  1. Unikla lukisan kartun tu! Pandai lukis.. hehhe

    BalasPadam
  2. menarik betul menunya. nampak menyelerakan.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Alhamdulillah.
      Paling best ada ubi rebus dan lempeng pisang.

      Padam
  3. Nama kedainya hampir sama dgn nama Kak Amie tu 😁
    Tapi, kenapa sy tak tahu kewujudan kafe ni? Kena cari ni...
    Mesranya 2 beradik tu, makan bersiap hehe...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hehehee... hampir sama nama kafenya ye.
      Cuba cari PH, ada tu. Cuma mungkin PH tak perasan.

      Padam
  4. Bijaklah Firdaus lukis gambar tu, muka abang Fuad siap ada garis tepi ikut frame.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Saya pun tak terfikir Firdaus boleh lukis gambar abang-abangnya.

      Padam
  5. cantik karikatur Daus lukis, ada bakat ni.... menarik la kedainya dana tak pernah sampai lagi ni, boleh usha jugak ni kak. Menu pun pelbagai

    BalasPadam
    Balasan
    1. Firdaus memang suka melukis, tapi bab mewarna kurang sikit.
      Ya, bolehlah jalan-jalan cari makan di kafe ini Dana.

      Padam
  6. bagi saya ubi rebus yang paling sedap kak!
    sebab jarang jumpa hehehe

    BalasPadam
    Balasan
    1. Teringat zaman anak-anak dulu, Bonda kita buat getuk ubi tambah kelapa parut dengan gula merah.

      Padam
  7. Pandainya Daus lukis. Sama betul mimik muka tu ditirunya. Sebak pun ia jugak tengok Fairuz suap Fuad. Eh, tak sabar pulak nak baca kisah Kak Amie ke Muo.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Lakaran dari jiwanya tu SK.
      In syaa Allah, mudah-mudahan ada cerita yang baik dari Muo. Doakan yang baik-baik ye SK.

      Padam
  8. dah cukup korum semua dah ada depan mata..bahagianya mummy&babah kan...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Alhamdulillah.
      Memang manfaatkan setiap detik ketika bersama walau di mana berada.

      Padam
  9. Ingatkan kak Amie bukak kedai makan tadi. Dalam banyak-banyak tu paling terliur tengok lempeng. Tahniah Fuad dah bertunang

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hihiihii... nama kafe hampir sama dengan nama Kak Amie ye Sal.
      Sedap lempeng kahwin tu.
      Terima kasih Sal, doakan yang baik-baik untuk Fuad ye.

      Padam
  10. Dekat rumah Naniey ni Kak Amiey. Selalu makan sini. Masakan abang Amiey memang sedap. Ada jual paste jugak..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Pernah terbaca entri tentang kafe ini. Tak ingat blogger mana. Itu yang terus teringat nak datang sebab ingat namanya Kafe Dapur Amiey... macam nama sendiri.

      Padam
  11. Mata salfok pada Fuad...Lama tak nampak kelibat Fuad....

    BalasPadam
  12. SA perasan Fuad makin berisi ye kak amie...wah pandainya firdaus melukis...

    BalasPadam

TERIMA KASIH TINGGALKAN KOMEN.

Labels

~Albania ~Australia (Perth) ~Balkan ~Bosnia and Herzegovina ~Bosnia Herzegovina ~Brunei Darul Salam ~China (Shenzhen - Guilin - Yangshuo - Guangzhou) ~Croatia ~Cuti-Cuti Malaysia ~Ekspedisi ~Europe ~India (New Delhi - Srinagar - Pahalgam - Gulmarg) ~Indonesia ( Padang - Bukit Tinggi - Jambi - Palembang - Jakarta ) ~Indonesia ( Sumatera Barat - Bukit Tinggi - Padang ) ~Indonesia (Bandung - Jakarta - Jogjakarta) ~Travelogue ~Indonesia (Kalimantan Timur: Nunukan - Tarakan - Balikpapan - Samarinda - Tenggarong) ~Indonesia (Sidoarjo - Surabaya - Malang) ~Indonesia (Surabaya - Malang) ~Italy ~Jalan-Jalan Cari Ikan ~Jalan-Jalan Cari Makan ~Johor ~Kedah ~Kelantan ~Kenali Hidupan Akuatik ~Korea Selatan - Seoul - Nami Island ~Kuala Lumpur ~Madinah 2023 ~Makkah & Madinah ~Makkah 2023 ~Melaka ~Montenegro ~Muhasabah Diri ~Negeri Sembilan ~Nepal (Kathmandu-Pokhara-Dhampus-Machhapuchhre Base Camp) ~Pahang ~Penginapan / Homestay / Hotel / Resort ~Perak ~Pulau Pinang ~Putrajaya ~Sabah ~Saudi Arabia ~Selangor ~Slovenia ~Tempat Menarik di Malaysia ~Thailand ( Bangkok - Hua Hin) ~Thailand (Hatyai) ~Travelogue ~Turki ~Umrah ~Umrah 2023 ~Vietnam ( Da Nang - Hoi An - Ba Na Hills) Acar Advertorial Agar-Agar Air Asam Aneka Hidangan Nasi Aneka Hidangan Sup Aneka Jenis Serunding Anekdot Antologi Puisi Apam Asian Food Festival Awards Ayam / Itik / Burung BBQ Bekal Makanan Biskut Buah Bubur Buku Cerita / Komik / Cerpen / Novel Buku Motivasi Buku Resepi Buku Resipi Buku Sejarah Buku Travelog / Novelog Cerita Dari Dapur Cerita Dari Pasar Cerpen Kanak-Kanak Chips Contest / Kuiz / GA Desserts Dried Pasta: Spaghetti/ Spiral / Fusili / Rigatoni / Fettuccine / Risoni / Lasagne / Conchiglie / Tagliatelle / Macaroni / etc Dumpling / Wantan / Siew Mai / Dim Sum Food Review Hari Raya Hasil Karyaku Herba Hidangan Berbuka Puasa Hidangan Berpantang Hidangan Bersahur Hidangan Tengah Hari / Malam Hidangan Tengahari / Malam Himpunan Kad Ucapan Ikan Japanese Food Jeruk / Pickles Johor Juadah Hari Raya Juices / Smoothies Kek Kek Lapis Kek Lapis Sarawak Kek Sarawak Kelas Masakan Keluarga Kerabu Kerang-Kerangan Ketam / Sotong / Udang Khidmat Foodpanda Kiriman Komentator Korean Food Kudapan Kuih Raya Kuih Tradisional Nusantara Kuih-Muih Kuiz / GA Lain-Lain Laksa / Mee / Mee Hoon / Kuey Teow Lembu / Kambing / Lamb / Rusa Lobster Malaysian Food Festival Masakan Ala Kadazan / Dusun Masakan Ala Bajau Masakan Ala Bugis Masakan Ala Cina Masakan Ala Cocos Masakan Ala Jawa Masakan Ala Mamak Masakan Ala Nyonya Masakan Ala Pakistan Masakan Ala Thai Masakan Brunei Masakan India Masakan Indonesia Masakan Minang Masakan Negeri Sembilan Masakan Pahang Masakan Sabah Masakan Sarawak Masakan Singapura Masakan Suluk Masakan Timur Tengah Masakan Tradisi Kedah Masakan Tradisi Kelantan / Terengganu /Pantai Timur Masakan Tradisi Melayu Melaka Masakan Tradisi Perak Masakan Tradisi Pulau Pinang Masakan Tradisional Nusantara Masakan Utara Menu ala Fusion Minuman Panas / Sejuk Muffin Nuffnang Oleh-oleh Otak-Otak Pastry Pemakanan Sihat Pembelian Online Petua Di Dapur Pie Pizza Puding Resepi Amie's Little Kitchen di Media Cetak Resepi Bonda Roti Sambal Sambutan Hari Istimewa Santai Bersama BEN ASHAARI Sarapan Pagi / Minum Petang Sate Sayur Seafood Segmen : Meriahnya Dunia Masakan Segmen Share Resipi Setulus Kasih Soto & Coto Telur Tempahan Western Food Wordless Wednesday

Subscribe