Jalan-Jalan ke Kampung Agong (1)

10:04 PTG

Bismillahirrahmanirrahim.
Pukul 3 petang, hari Selasa 26 Disember 2023. Kereta berhenti tidak jauh dari pintu masuk Kampung Agong di Kampung Bakar Kapor, Penaga, Pulau Pinang. Tak pasti entah berapa RM diminta oleh penjaga di situ. Tempat letak kenderaan penuh, dan katanya untuk masuk ke Kampung Agung, bayaran letak kereta dikenakan kepada pengunjung.

Panas matahari membuat tekak rasa dahaga dan ingin cepat-cepat mencari air minuman. Setelah beli tiket RM10.00 untuk dewasa, dan RM5.00 untuk kanak-kanak, kami cepat-cepat masuk ke 'kampung' dan kebetulan terus terpandang sebuah kafe. Apalagi, kami pun terus menyerbu ke kafe memesan minuman.

Tiba-tiba Wak Aton telefon:
Di mana?
Di Kampung Agong.
Oooo... tempat mentua aku tu, di Penaga. (Baru tahu sudah 30 tahun jadi abang ipar, rupanya Wak Talhah (suami Wak Aton) asal dari Penaga. Selalu sebut Penang saja).
Oooo... aarrrr  aarrr.
Nanti jangan lupa makan mee udang.... apa nama mee udang tu.
Mee udang 12 ekor ke? (Sebab sebelum masuk ke Kampung Agong terpandang tulisan Mee Udang 12 Ekor. Serta-merta teringat pernah baca entri SK di Tanah Jauhar pernah singgah makan di Warung Mee Udang 12 Ekor.
Bukan Mee Udang 12 Ekor.
Laaa... mee udang mana lagi?
Ada tu di tsunami... mee udang Pulau Sayak.
Haaa..iyelah. Nanti kalau sempat kami cari.
Jangan lupa belikan aku Jeruk Madu Pak Ali. Aku nak buah salak jew.
Okey. Itu pun kalau kami jumpalah.

Kampung Agong dilawati dan disempurnakan oleh Tuan Yang Terutama Negeri Pulau Pinang Tun Dato' Seri Utama Ahmad Fuzi Bin Haji Andul Razak pada hari Sabtu 26 Februari 2022.



Sementara minuman yang dipesan siap disediakan, kita ke kedai berhampiran kalau-kalau terjumpa topi. Bolehlah pakai sewaktu jalan-jalan di sekitar Kampung Agong nanti. Rasa tak sanggup meredah panas ketika ini!


Entah apalah jenis minuman yang dipesan anak-anak. Kita hanya beli air kelapa sahaja.



Minuman pembasah tekak.


Nampaknya banyak kawasan yang boleh dijejaki. Bagus jugalah beraktiviti jalan kaki, dapat bonus bakar kalori. Jom kita lihat petunjuk kawasan di bawah ini.

Petunjuk:
Surau
Paddy Field
Homestay
Ndoi - Buaian
Tandas
Kolam Teratai
Rumah DOREMI
Pelantar LOVE
Paddy Field
Pemandangan Gunung Jerai
Telaga Lama
Rumah Tradisi
Tandas OKU


Petunjuk:
Pondok Sewa
Warung Sampan
Surau
Tandas OKU
Food & Baverage Store
Telaga Lama
Tandas
Piano
Kolam Teratai
Rumah Warisan
Kedai Kraf

Nampaknya boleh saja kalau ingin berlama-lama di sini. Boleh naik basikal, boleh tengok kuda dan naik tram seperti tertulis di belakang Encik Suami:

Bicycle Rental
Horse Stable
Surau
Kedai Aiskrim
Stesen Tram
Kedai Organik
Tiket Tram



Pemandangan beginilah yang sering kita idam-idamkan!
Sawah padi menghijau, saujana mata memandang disempadani dengan pohon nyiur daunnya melambai-lambai.



Ketika ini sibuk menerangkan kepada Firdaus tentang tanaman padi dan prosesnya sebelum menjadi nasi. 




Sudah tentu menjadi pengalaman indah apabila Firdaus dapat berkeliling melihat suasana kampung di sini. Biasanya hanya melihat kelapa sawit sahaja, tetapi kali ini Firdaus dapat melihat ladang kelapa dan tanaman padi.






Bujang lapuk mengacau dodol!












Abadikan keriangan dan kegembiraan anak-anak di sini.


Selamat Datang je Kampung Agong
Latar belakang:
Bermula pada tahun 1942, pengasas tanah mula menanam ladang kelapa yang dikelilingi oleh sawah sebaik sahaja berinovasi ke taman tema Agro. Kampung Agong dibuka pada tahun 2019 di kawasan seluas 39 ekar. Kampung Agong dinamakan atas gelaran penduduk kampung yang menggelarkan pengasasnya sebagai 'Agong'.

Pada awal tahun 2019, rumah kayu tradisional Melayu dipindahkan dan dibina semula di dalam tapak ladang kelapauntuk dijadikan sebuah rumah inap desa pertama. Pembaikan da pembinaan semula rumah-rumah ini disiapkan oleh tukang kayu tempatan yang berkemahiran dalam pertukangan rumah kayu tradisi.

Terdapat juga lebih daripada 20 jenis sarang burung yang berbeza dari segi bentuk dan saiz yang diilhamkan oleh penenun sarang burung sebenar di sini iaitu Burung Tempua. Sarang burung tempua ini merupakan terika utama di Kampung Agong. Kampung Agong juga mempunyai kearifan seni bina tradisional yang merangkumi jelapang padi dan rumah tradisional orang Melayu.

Persekitaran kawasan ini dikelilingi dengan perkampungan Melayu. Konsep yang diterapkan dengan penubuhan Kampung Agong adalah MINI PERKAMPUNGAN PETANI. Konsep ini dipilih dan diterapkan kerana mampu menjadi tarikan unik yang melambangkan identiti Malaysia itu sendiri.


Ada pula kata-kata romantik tersangkut di sini:












Cukuplah setakat ini dahulu. Nanti sambung Jalan-Jalan ke Kampung Agong (2) pula.

16 comments

  1. Lamanya tak ke Penang. Kakak ada duduk sana. Maktok suami pun duk Penang. Tak pernah pergi lagi Kampung Agong ni. Next time boleh la pergi cantik tempatnya.

    BalasPadam
  2. Menarik sungguh konsep Kg. Agong ni. Saya sudah 2 kali mengunjunginya.

    BalasPadam
  3. Oh, Mee Udang Pulau Sayak dekat Tanjung Dawai la tu. Kampung Agong di Penang, Pulau Sayak di Kedah. Namanya pulau tapi bukan pulau, hihi. Untung Kak Amie pergi Kampung Agong masa musim padi hampir masak. Sy pergi musim menyemai, pemandangan tak indah.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hahahaa... Wak Aton pun tak sangka kami ke Kampung Agong. Dia pun tak tahu kami dari Sungai Petani hala ke Penang pula.

      Padam
  4. pernah ke kampung agung tp kampung agung di kedah.. di penang insyaAllahlain kali.. teringin juga nak balik pennag, lama sungguh merajuk x balik sana..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ehhh... merajuk ye. Mari saya pujuk hihihiii.

      Padam
  5. suka kerusi bentuk tempurung kelapa tu. Oh..ada banyak sarang burung ya, ingat satu sahaj.boleh masuk dalam wishlist

    BalasPadam
  6. Patutnya makan mee udang tsunami tu lepas check out kat Sg Petani tu cikgu...
    Tak jauh sangat.Ni dah menghala ke Penang makin ke belakang..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tak ada rancangan nak makan mee udang tsunami. Wak Aton telefon waktu kami dah sampai Kampung Agong. Dia pun tak tahu kami dari Sungai Petani hihihiii.

      Padam
  7. pandai mereka nak tarik pelancong kan kak, buat cantik-cantik lepas tu charge lah berapa pun orang mesti masuk sebab cantik suasananya kan kak

    BalasPadam
  8. dah bookmark & dlm wishlist Kampung Agong. nti nak kena pergi juga eheeee~

    BalasPadam
  9. sukaaaa sangat vibes kat sini...
    kalaulah setiap negeri ada kampung macam ni
    best kan kak?

    jongkang jongkit tu bergerak ke tidak?
    heheheh

    BalasPadam
  10. Teringin sanagt SA nak ke sini..x tau la bila boleh lepas ke sini...skrg x boleh jalan jauh2 sanagt dan lama- lama..Mak Pah sakit kan

    BalasPadam

TERIMA KASIH TINGGALKAN KOMEN.

Labels

~Albania ~Australia (Perth) ~Balkan ~Bosnia and Herzegovina ~Bosnia Herzegovina ~Brunei Darul Salam ~China (Shenzhen - Guilin - Yangshuo - Guangzhou) ~Croatia ~Cuti-Cuti Malaysia ~Ekspedisi ~Europe ~India (New Delhi - Srinagar - Pahalgam - Gulmarg) ~Indonesia ( Padang - Bukit Tinggi - Jambi - Palembang - Jakarta ) ~Indonesia ( Sumatera Barat - Bukit Tinggi - Padang ) ~Indonesia (Bandung - Jakarta - Jogjakarta) ~Travelogue ~Indonesia (Kalimantan Timur: Nunukan - Tarakan - Balikpapan - Samarinda - Tenggarong) ~Indonesia (Sidoarjo - Surabaya - Malang) ~Indonesia (Surabaya - Malang) ~Italy ~Jalan-Jalan Cari Ikan ~Jalan-Jalan Cari Makan ~Johor ~Kedah ~Kelantan ~Kenali Hidupan Akuatik ~Korea Selatan - Seoul - Nami Island ~Kuala Lumpur ~Madinah 2023 ~Makkah & Madinah ~Makkah 2023 ~Melaka ~Montenegro ~Muhasabah Diri ~Negeri Sembilan ~Nepal (Kathmandu-Pokhara-Dhampus-Machhapuchhre Base Camp) ~Pahang ~Penginapan / Homestay / Hotel / Resort ~Perak ~Pulau Pinang ~Putrajaya ~Sabah ~Saudi Arabia ~Selangor ~Slovenia ~Tempat Menarik di Malaysia ~Thailand ( Bangkok - Hua Hin) ~Thailand (Hatyai) ~Travelogue ~Turki ~Umrah ~Umrah 2023 ~Vietnam ( Da Nang - Hoi An - Ba Na Hills) Acar Advertorial Agar-Agar Air Asam Aneka Hidangan Nasi Aneka Hidangan Sup Aneka Jenis Serunding Anekdot Antologi Puisi Apam Asian Food Festival Awards Ayam / Itik / Burung BBQ Bekal Makanan Biskut Buah Bubur Buku Cerita / Komik / Cerpen / Novel Buku Motivasi Buku Resepi Buku Resipi Buku Sejarah Buku Travelog / Novelog Cerita Dari Dapur Cerita Dari Pasar Cerpen Kanak-Kanak Chips Contest / Kuiz / GA Desserts Dried Pasta: Spaghetti/ Spiral / Fusili / Rigatoni / Fettuccine / Risoni / Lasagne / Conchiglie / Tagliatelle / Macaroni / etc Dumpling / Wantan / Siew Mai / Dim Sum Food Review Hari Raya Hasil Karyaku Herba Hidangan Berbuka Puasa Hidangan Berpantang Hidangan Bersahur Hidangan Tengah Hari / Malam Hidangan Tengahari / Malam Himpunan Kad Ucapan Ikan Japanese Food Jeruk / Pickles Johor Juadah Hari Raya Juices / Smoothies Kek Kek Lapis Kek Lapis Sarawak Kek Sarawak Kelas Masakan Keluarga Kerabu Kerang-Kerangan Ketam / Sotong / Udang Khidmat Foodpanda Kiriman Komentator Korean Food Kudapan Kuih Raya Kuih Tradisional Nusantara Kuih-Muih Kuiz / GA Lain-Lain Laksa / Mee / Mee Hoon / Kuey Teow Lembu / Kambing / Lamb / Rusa Lobster Malaysian Food Festival Masakan Ala Kadazan / Dusun Masakan Ala Bajau Masakan Ala Bugis Masakan Ala Cina Masakan Ala Cocos Masakan Ala Jawa Masakan Ala Mamak Masakan Ala Nyonya Masakan Ala Pakistan Masakan Ala Thai Masakan Brunei Masakan India Masakan Indonesia Masakan Minang Masakan Negeri Sembilan Masakan Pahang Masakan Sabah Masakan Sarawak Masakan Singapura Masakan Suluk Masakan Timur Tengah Masakan Tradisi Kedah Masakan Tradisi Kelantan / Terengganu /Pantai Timur Masakan Tradisi Melayu Melaka Masakan Tradisi Perak Masakan Tradisi Pulau Pinang Masakan Tradisional Nusantara Masakan Utara Menu ala Fusion Minuman Panas / Sejuk Muffin Nuffnang Oleh-oleh Otak-Otak Pastry Pemakanan Sihat Pembelian Online Petua Di Dapur Pie Pizza Puding Resepi Amie's Little Kitchen di Media Cetak Resepi Bonda Roti Sambal Sambutan Hari Istimewa Santai Bersama BEN ASHAARI Sarapan Pagi / Minum Petang Sate Sayur Seafood Segmen : Meriahnya Dunia Masakan Segmen Share Resipi Setulus Kasih Soto & Coto Telur Tempahan Western Food Wordless Wednesday

Subscribe