Menjamu Selera di Pagaq Puteh Sungai Petani

11:31 PG

Bismillahirrahmanirrahim.
Rakan Encik Suami mencadangkan beberapa tempat makan untuk kami kunjungi. Memandangkan masa yang sangat singkat, tak dapatlah kami ke tempat tersebut pada keesokan harinya kerana kami ada destinasi lain. Fuad pula, sudah beberapa kali datang ke Sungai Petani dan katanya makan di Pagaq Puteh tentu memenuhi selera kami. Jadi, pada malam 25 Disember 2023 itu kami menjamu selera dengan menu ala Thai di tempat tersebut.

Menjamu Selera di Pagaq Puteh Sungai Petani

Tak berapa pandai ambil gambar waktu malam.


Kalau tak silap Pagaq Puteh dibuka pada pukul 4:30 petang. Kami sampai di sini kira-kira pukul 8:40 malam. Agak terlewatlah untuk makan malam bagi kami kerana biasanya kami makan sebelum maghrib. Kami beratur untuk menempah makanan di kaunter.


Sempat tangkap gambar sewaktu berbaris untuk memesan makanan di tepi kaunter.


Menarik pula tulisan di dinding kaunter ini.

Perhatian:
Sekiranya makanan minuman anda tidak dapat dalam masa 40 minit - 1 jam, tolong maklumkan di kaunter. Jangan menunggu terlalu lama di meja anda!
Jika makanan yang disediakan kurang memuaskan tolong maklum supaya pihak kami dapat perbaiki.
Harap maklum.


Rasa senang hati baca notis di dinding kaunter. Jadi, tidaklah perlu memikirkan untuk menanti-nanti hidangan tiba di meja. Sementara menunggu hidangan sampai, kami jalan-jalan melihat persekitaran Pagaq Puteh yang kelihatan luas!


Firdaus jadi model cilik di Pagaq Puteh.


Memang banyaklah latar tempat menarik untuk bergambar. Mungkin kalau datang waktu petang, cantiklah gambar-gambar yang diambil!




Banyak tempat duduk disediakan dan kebanyakannya dipenuhi para pelanggan.










Fuad memilih makanan berhidang Set C - RM200.00 yang mengandungi:
  • Nasi Putih
  • Siakap Kengsom
  • Siakap Kerabu Mangga
  • Kailan Ikan Masin
  • Tomyam Thaley (Seafood)
  • Udang Celup Tepung
  • Ayam Goreng Kunyit
  • Sup Tulang
  • Telur dadar
  • Sunquick Jug
Amie kata Set C untuk 10 orang, sedangkan kita hanya enam orang. Fuad kata biarlah untuk 10 orang. Kalau tak habis boleh bungkus bawa balik! Rupanya dia hendak meratah banyak lauk.


Kami tidak menunggu lama untuk menikmati hidangan yang dipesan. Tidak sampai 30 minit Set C lengkap di atas meja.






Ikan Siakap Kerabu Mangga


Tomyam Thaley Seafood (2) - udangnya besar-besar!

Udang Celup Tepung (2) - saiz udangnya besar!

Sup Tulang (2).

Fuad dan Fairuz serta Encik Suami suka sangat hirup sup tulang yang panas-panas ini. Bukannya tulang semata tetapi tulang rusuk yang lembut berlemak! Fairuz kata rasanya padu betul. Ada rasa masam yang lazat.

Siakap Kengsom pun sangat sedap!

Dengan lauk-pauk yang begini banyak, eloklah ratah sahaja dan kurangkan nasi.

Ayam Goreng Kunyit (2).
Ada Sayur Kailan Ikan Masin (2) dan Telur Dadar (2).

Bismillahirrahmanirrahim.

Ayam Pandan (Bungkus)

Miang Pla Ikan Siakap Bakar Garam (Bungkus)


Fuad tanya, puas hati tak Mommy makan di sini? Aduhai Fuad... mau pecah perut dibuatnya, sampai tak larat nak makan! Alhamdulillah. Memang sangat berpuas hati makan di sini kerana:
  • Makanan semua sedap.
  • Perkhidmatan cepat dan pantas.
  • Mesra pelanggan.
  • Kuantiti makanan yang banyak / sangat berpatutan.
  • Harga mampu bayar.
Semoga Pagaq Puteh terus beroperasi penuh dedikasi dan dikunjungi ramai pelanggan.

Dua hari kemudian, ketika kami memenuhi jemputan makan malam dari besan kami (mentua Abang Farid) di Gombak, beliau bertanya di manakah tempat makanan yang special di Sungai Petani. Walaupun baru kali pertama makan di Pagaq Puteh, kami dengan yakin mencadangkan supaya mereka datang makan di sni.

Kami berharap suatu hari nanti direzekikan jalan-jalan ke Kedah, hendak singgah di sini lagi. Banyak menu yang ingin kami cicipi di sini.

14 comments

  1. pandai abg fuad pilih tempat makan tengok gambar pun dah nampak sedap

    BalasPadam
  2. baguslah dah siap set macam ni. takdelah terkujat masa nak bayar

    BalasPadam
  3. Kami org Kedah pun x besa pi lagi Pagaq Putih ni...nanti balik kg boleh try...
    Kalau tahu Kak Amie ada di Kedah time tu boleh ajak mai Jitra, kami ada di kg :)

    BalasPadam
  4. Tempat makan yg unik dan makanan yg sedap2 dgn harga berpatutan. Harap satu hari nanti ada rezeki ke sini :)

    BalasPadam
  5. Wahhhh.. nanti balik kampung bolehlah sy singgah. Ni asyik² makan Bihun Sup Jam Besar je kalau balik sana, hihi.

    BalasPadam
  6. Bagus notis diberikan. Sejuk hati tiada termangu tunggu lama.
    Lauk banyak dan persembahan menarik.

    BalasPadam
  7. Wow ... Porsinya gemuk. Cukup untuk makan 4 keluarga .hehe ...

    BalasPadam
  8. Ish....menarik dan semua nampak sedap..Kalau tau...saya boleh cukupkan koata set C tu...hihihi

    BalasPadam
  9. Teruja baca entry ni...saya orang sungai petani kak, pernah p sekali pagaq putih tu.

    BalasPadam
  10. luas kawasan dia... eh, 1st time Linda nmpak menu ikan siakap Kerabu mangga...senang beli yang nie dah jimat, ikan dapat, kerabu mangga pun dapat...

    BalasPadam
  11. Nampak luas kawasan restoren tu.
    Senang bila ambil menu dalam set sebab kita dah tau harga siap2.

    BalasPadam
  12. kalau gi SP jarang mkn kat tempat2 mcm ni. Selalu gerai tepi jalan je
    Nanti dtg lagi bolehlah singgah sini…
    Harap jgn hujan je laa…

    BalasPadam
  13. Wah menarik ni..boleh la SA singgah sini kalau ke Kedah nanti..harga set makanan dia pun murah...

    BalasPadam

TERIMA KASIH TINGGALKAN KOMEN.

Labels

~Albania ~Australia (Perth) ~Balkan ~Bosnia and Herzegovina ~Bosnia Herzegovina ~Brunei Darul Salam ~China (Shenzhen - Guilin - Yangshuo - Guangzhou) ~Croatia ~Cuti-Cuti Malaysia ~Ekspedisi ~Europe ~India (New Delhi - Srinagar - Pahalgam - Gulmarg) ~Indonesia ( Padang - Bukit Tinggi - Jambi - Palembang - Jakarta ) ~Indonesia ( Sumatera Barat - Bukit Tinggi - Padang ) ~Indonesia (Bandung - Jakarta - Jogjakarta) ~Travelogue ~Indonesia (Kalimantan Timur: Nunukan - Tarakan - Balikpapan - Samarinda - Tenggarong) ~Indonesia (Sidoarjo - Surabaya - Malang) ~Indonesia (Surabaya - Malang) ~Italy ~Jalan-Jalan Cari Ikan ~Jalan-Jalan Cari Makan ~Johor ~Kedah ~Kelantan ~Kenali Hidupan Akuatik ~Korea Selatan - Seoul - Nami Island ~Kuala Lumpur ~Madinah 2023 ~Makkah & Madinah ~Makkah 2023 ~Melaka ~Montenegro ~Muhasabah Diri ~Negeri Sembilan ~Nepal (Kathmandu-Pokhara-Dhampus-Machhapuchhre Base Camp) ~Pahang ~Penginapan / Homestay / Hotel / Resort ~Perak ~Pulau Pinang ~Putrajaya ~Sabah ~Saudi Arabia ~Selangor ~Slovenia ~Tempat Menarik di Malaysia ~Thailand ( Bangkok - Hua Hin) ~Thailand (Hatyai) ~Travelogue ~Turki ~Umrah ~Umrah 2023 ~Vietnam ( Da Nang - Hoi An - Ba Na Hills) Acar Advertorial Agar-Agar Air Asam Aneka Hidangan Nasi Aneka Hidangan Sup Aneka Jenis Serunding Anekdot Antologi Puisi Apam Asian Food Festival Awards Ayam / Itik / Burung BBQ Bekal Makanan Biskut Buah Bubur Buku Cerita / Komik / Cerpen / Novel Buku Motivasi Buku Resepi Buku Resipi Buku Sejarah Buku Travelog / Novelog Cerita Dari Dapur Cerita Dari Pasar Cerpen Kanak-Kanak Chips Contest / Kuiz / GA Desserts Dried Pasta: Spaghetti/ Spiral / Fusili / Rigatoni / Fettuccine / Risoni / Lasagne / Conchiglie / Tagliatelle / Macaroni / etc Dumpling / Wantan / Siew Mai / Dim Sum Food Review Hari Raya Hasil Karyaku Herba Hidangan Berbuka Puasa Hidangan Berpantang Hidangan Bersahur Hidangan Tengah Hari / Malam Hidangan Tengahari / Malam Himpunan Kad Ucapan Ikan Japanese Food Jeruk / Pickles Johor Juadah Hari Raya Juices / Smoothies Kek Kek Lapis Kek Lapis Sarawak Kek Sarawak Kelas Masakan Keluarga Kerabu Kerang-Kerangan Ketam / Sotong / Udang Khidmat Foodpanda Kiriman Komentator Korean Food Kudapan Kuih Raya Kuih Tradisional Nusantara Kuih-Muih Kuiz / GA Lain-Lain Laksa / Mee / Mee Hoon / Kuey Teow Lembu / Kambing / Lamb / Rusa Lobster Malaysian Food Festival Masakan Ala Kadazan / Dusun Masakan Ala Bajau Masakan Ala Bugis Masakan Ala Cina Masakan Ala Cocos Masakan Ala Jawa Masakan Ala Mamak Masakan Ala Nyonya Masakan Ala Pakistan Masakan Ala Thai Masakan Brunei Masakan India Masakan Indonesia Masakan Minang Masakan Negeri Sembilan Masakan Pahang Masakan Sabah Masakan Sarawak Masakan Singapura Masakan Suluk Masakan Timur Tengah Masakan Tradisi Kedah Masakan Tradisi Kelantan / Terengganu /Pantai Timur Masakan Tradisi Melayu Melaka Masakan Tradisi Perak Masakan Tradisi Pulau Pinang Masakan Tradisional Nusantara Masakan Utara Menu ala Fusion Minuman Panas / Sejuk Muffin Nuffnang Oleh-oleh Otak-Otak Pastry Pemakanan Sihat Pembelian Online Petua Di Dapur Pie Pizza Puding Resepi Amie's Little Kitchen di Media Cetak Resepi Bonda Roti Sambal Sambutan Hari Istimewa Santai Bersama BEN ASHAARI Sarapan Pagi / Minum Petang Sate Sayur Seafood Segmen : Meriahnya Dunia Masakan Segmen Share Resipi Setulus Kasih Soto & Coto Telur Tempahan Western Food Wordless Wednesday

Subscribe