Cendol Batu 7 : Sedapnya Macam Rasa Cendol Dulu-Dulu
5:48 PTGBismillahirrahmanirrahim.
Watak Abang Farid muncul di awal dan akhir percutian kami. Abang Farid ikut kami ke Pagoh pada Jumaat 29 Disember 2023 dan makan tengah hari bersama di R&R Jejantas Ayer Keroh Melaka. Sebelah petangnya masih lagi bersama kami menyendol di Batu 7 Gombak sebelum kami hantar pulang ke rumah mentuanya.
Alhamdulillah, langkah kanan dapat merasa Cendol Batu 7 Gombak yang cukup rasa lemak manis dengan santan segarnya! Tak ingat berapa harga setiap jenis cendol yang kami pesan.
Amie : Cendol Kacang Merah tapi kacang merah sembunyi bawahnya. |
Cendol Batu 7 Gombak terletak di tepi jalan raya. |
Fairuz : Cendol Mangga |
Encik Suami : Cendol Pulut |
Fuad : Cendol Mangga |
Comelnya jew cara penyajiannya. Gula merah / melaka dan kacang merah diletak di bawah, tepinya dibubuh ais batu parut. Bahagian lain diletak santan dan cendol. |
Kita teringin makan laici kang. Dulu-dulu waktu bulan puasa pernah beli laici kang di Greenwood.
Firdaus : ABC |
Abang Farid : Jus Epal Hijau |
Pisang Nangka Goreng |
Pisang nangka goreng ini kita ingat harganya. Dua keping RM1.00.
Keropok |
Pisang Nangka Goreng |
Sesungguhnya kita tersangatlah gembiranya dapat singgah basahkan tekak, menyendol di sini. Sudahlah cendolnya sangat sedap, pisang nangka gorengnya pula semerbak wangi! Aduhai... kalau ruang perut kita besar memang hendak makan banyak-banyak! Kenapalah di LD tidak ada pisang nangka? Teringat dulu-dulu, kalau arwah Ayahandan dan Bonda ke Sungai Buluh, ada dua kenangan yang tak mungkin kami lupakan:
- Menyendol di gerai mamak.
- Makan pisang nangka goreng, juga di gerai mamak. Setelah pisang nangka goreng panas di letak atas piring, mamak akan taburkan sedikit gula. Harumnya....wanginya....semerbaknya pisang nangka goreng!
24 comments
Macam tak lengkap je bahan2 laici kang dia?
BalasPadamOoo tak lengkap ye Uncle. Bekasnya tu besar sangat kot hihihii.
PadamBoleh cuba ni... tak pernah singgah...
BalasPadamDekat kot dengan tempat Nanie ni.
PadamMenyegarkan apabila minum cendol di panas hari..
BalasPadamMemang menyegarkan, apalagi kalau cendol bersantan kelapa segar.
Padamwak sedapnyer cendol potong kaki ni namanye kak., hehe
BalasPadamBerpada-pada Wak, lepas menyendol bila dengan seliter air kosong ye.
Padamkeropok ngn pisang goreng tu paling sedap.. yumm yumm yumm...
BalasPadamMemang sedap. Panas-panas lagi tu.
PadamTak pernah singgah. Boleh cuba ni.
BalasPadamCuba ye Carneyz.
PadamKak Amie rasa sedap. Tapi tak tahulah citarasa Carneyz pula hehee.
Sedapnya minum petang 🤤
BalasPadamMari Cie, minum sama.
PadamSajian petangnya enak² belaka ni, Kak Amie.
BalasPadamLama sangat tak jumpa pisang nangka goreng SK. Mmemang rasa sedap sangatlah.
PadamAduh...nak kena ajak Cella pi cari ni...Setakat ni saya blm jumpa cendol yang betul2 lemak santan segar macam dulu2. Belah belah sini banyak guna santan sawit dan susu..Tekak kampung macam saya. ak santan kelapa...heee
BalasPadamTak pastilah santan kelapa asli atau santan sawit, tapi bukan rasa susu. Masih ada rasa santan tapi taklah lemak sangat santannya. Samalah tekak kita Mama Cella, tekak kampung yang sentiasa dahagalah cendol santan kelapa!
PadamSesekali hirup yang lemak manis, terus lupa dunia hihihii.
BalasPadamSaya pun paling gemar pisang nangka sebab rasa manis dan sedikit masam.
BalasPadamtak sangka takde pisang nangka kt LD kak? kiranya memang ada jenis buah yg ada kt sini tp takde di sabah la ye, ingatkan semua sama je. Tengok pun dah tahu sedap cendolnya... dana kadang lebih suka cendol simple gini dr yang ada macam2 isi
BalasPadamMemang nikmat betul dapat menyendol dan menikmati pisang goreng yang sedap kak Amie. Cuaca panas dapat sejukkan tekak dengan cendol memang best. Yang biasa biasa tak perlu banyak accesories dah kira sedap dah tu kan.
BalasPadamSaya baca ini pas lagi puasa pula 🤣🤣🤣. Langsung perut kriuk2 liat cendol dan pisang goreng 😂😂.
BalasPadamUnik juga ada cendol mangga. Kalo di sini cendol nangka, saya blm coba kalo dicampur mangga. Tapi pasti sedap, Krn mangga pun manis 😍
cendol dgn goreng pisang
BalasPadamkompemmmm
benda ni laa ramai rindukan malaysia...