Bermalam di Oceania Hotel Kota Kinabalu Sebelum Terbang ke Lahad Datu

11:29 PG

Bismillahirrahmanirrahim.
Beginilah kalau musim cuti sekolah. Bukan jalan darat sahaja sesak, jalan udara pun sama juga! Kalau tidah tempah awal memang tak dapat tempat duduklah jawabnya! Sama dengan kami. Hendak balik kampung, dapat penerbangan paling akhir dari LD ke KK. Sampai KLIA Terminal 1 sudah lewat malam, tapi teruskan juga perjalanan balik kampung pada malam tersebut. 

Baliknya pula, dari Kuala Lumpur ke Kota Kinabalu pukul 9:35 pagi pada 30 Disember 2023 tetapi tak dapat hendak sambung terbang ke LD sebab tempat duduk sudah penuh. Terpaksalah bermalam di Kota Kinabalu dan terbang keesokan harinya.

Syukur Alhamdulillah.
Allah permudahkan urusan.
Fairuz sedia berkhidmat untuk kami. 
Sebaik mendarat di Kota Kinabalu, dibawanya kami makan tengah hari. Setelah kenyang makan, dihantarnya pula kami ke Oceania Hotel untuk daftar masuk. Katanya, Mommy dan Baba berehatlah dulu. malam nanti dia akan datang semula untuk bawa kami makan malam.

Oceania Hotel
Sumber - Google

Oceania Hotel
Sumber - Google

Oceania Hotel
Sumber - Google


Sekarang ambil gambar bilik hotel gunakan HP sendiri.


Sama saja kan pemandangannya.



Ada meja, ada kerusi, televisyen skrin rata, ada almari, penyangkut baju dan selipar. Encik Suami kata sterika terletak di luar bilik.


Bolehlah berehat sambil mengopi sementara menunggu Fairuz datang sebelah malam untuk bawa kami keluar makan.






Tandas pun bersih dan selesa, juga dilengkapi dengan tuala.


Sarapan dihantar ke bilik seawal pukul tujuh pagi.

Terima kasih Abang Farid tempahkan bilik ini untuk Baba, Mommy dan Firdaus. Hotel ini terletak di:

Lot 60-64, Lorong Ikan Juara 5,
Jaya 88000
Kota Kinabalu, Sabah.

Harga bilik dua katil single untuk satu malam : RM175.64sen.
Termasuk sarapan.

Sarapan dihantar ke bilik seawal pukul tujuh pagi:

  •  2 cawan minuman panas
  •  2 botol air berperisa
  • Chicken slice
  • Telur hancur
  • Kacang panggang
  • Kek Pisang
  • Hirisan Buah Epal


Gembira dan seronok setelah hampir dua minggu menghabiskan cuti bersama keluarga di kampung dan anak-anak. Rasa letih tidak terasa kerana dilindungi oleh perasaan tersebut!

16 comments

  1. Hampir ½ bulan di Malaya...
    Tukang baca meter air dan elektrik kat rumah LD terkejut tengok bil rendah bulan Disember...
    hihihihi

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hehehee... nanti tanya Encik Suami, berapa pengurangannya. Bolehlah minta belanja makan bakso.

      Padam
  2. wahh, dok hotel semalam pon rasa mewah., hehe

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hotel biasa saja Wak. Cukuplah sekadar bersihkan diri, solat dan beristirahat seketika.

      Padam
  3. Bersih cantik hotel, siap ada breakfast tu. Rindu nak ke KL. Makanan sedap2.

    BalasPadam
  4. Nengok katil yang empuk tu syioknya dapat beradu.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Memang betul-betul tidur ni sampai ke pagi.

      Padam
  5. Jarang pulak bekfes hantar ke bilik... akak mmg request ke? kalau dulu zaman covid je macam ni kan

    BalasPadam
    Balasan
    1. Memang sudah diberitahu sarapan akan dihantar ke semua bilik penginapan.

      Padam
  6. Sesuai pilihan warna dinding dgn nama hotel tu, Kak Amie. Mereka mmg tak sediakan buffet sarapan ke?

    BalasPadam
  7. menarik hotelnya kak, sama gambar dalam laman web dan yang sebenarnya, yang penting selesa untuk diduduki. Wah best jugak walau takde buffet sarapan tapi ada yg siap dihantar di bilik dah ok sgt tu

    BalasPadam
  8. Baguuus hotelnya kak. Dekat bandara berarti yaaa?

    Kalo mau ke LD masih harus terbang lagi, lama juga ke sana 😅. Tapi memang melihat peta saja letaknya masih agak jauh. Kalo jln darat pasti lebih capek

    Saat berlibur pasti tak terasa samasekali.tapi nanti di rumah, barulah mulai connect dulu dengan keadaan 😂

    BalasPadam
  9. boleh tahan selesa juga eh hotel ni
    ada sarapan tu yg penting
    insya allah ada rezeki ke KK nanti
    bolehlah menginap kat sini...
    harga pun boleh tahan...

    BalasPadam

TERIMA KASIH TINGGALKAN KOMEN.

Labels

~Albania ~Australia (Perth) ~Balkan ~Bosnia and Herzegovina ~Bosnia Herzegovina ~Brunei Darul Salam ~China (Shenzhen - Guilin - Yangshuo - Guangzhou) ~Croatia ~Cuti-Cuti Malaysia ~Ekspedisi ~Europe ~India (New Delhi - Srinagar - Pahalgam - Gulmarg) ~Indonesia ( Padang - Bukit Tinggi - Jambi - Palembang - Jakarta ) ~Indonesia ( Sumatera Barat - Bukit Tinggi - Padang ) ~Indonesia (Bandung - Jakarta - Jogjakarta) ~Travelogue ~Indonesia (Kalimantan Timur: Nunukan - Tarakan - Balikpapan - Samarinda - Tenggarong) ~Indonesia (Sidoarjo - Surabaya - Malang) ~Indonesia (Surabaya - Malang) ~Italy ~Jalan-Jalan Cari Ikan ~Jalan-Jalan Cari Makan ~Johor ~Kedah ~Kelantan ~Kenali Hidupan Akuatik ~Korea Selatan - Seoul - Nami Island ~Kuala Lumpur ~Madinah 2023 ~Makkah & Madinah ~Makkah 2023 ~Melaka ~Montenegro ~Muhasabah Diri ~Negeri Sembilan ~Nepal (Kathmandu-Pokhara-Dhampus-Machhapuchhre Base Camp) ~Pahang ~Penginapan / Homestay / Hotel / Resort ~Perak ~Pulau Pinang ~Putrajaya ~Sabah ~Saudi Arabia ~Selangor ~Slovenia ~Tempat Menarik di Malaysia ~Thailand ( Bangkok - Hua Hin) ~Thailand (Hatyai) ~Travelogue ~Turki ~Umrah ~Umrah 2023 ~Vietnam ( Da Nang - Hoi An - Ba Na Hills) Acar Advertorial Agar-Agar Air Asam Aneka Hidangan Nasi Aneka Hidangan Sup Aneka Jenis Serunding Anekdot Antologi Puisi Apam Asian Food Festival Awards Ayam / Itik / Burung BBQ Bekal Makanan Biskut Buah Bubur Buku Cerita / Komik / Cerpen / Novel Buku Motivasi Buku Resepi Buku Resipi Buku Sejarah Buku Travelog / Novelog Cerita Dari Dapur Cerita Dari Pasar Cerpen Kanak-Kanak Chips Contest / Kuiz / GA Desserts Dried Pasta: Spaghetti/ Spiral / Fusili / Rigatoni / Fettuccine / Risoni / Lasagne / Conchiglie / Tagliatelle / Macaroni / etc Dumpling / Wantan / Siew Mai / Dim Sum Food Review Hari Raya Hasil Karyaku Herba Hidangan Berbuka Puasa Hidangan Berpantang Hidangan Bersahur Hidangan Tengah Hari / Malam Hidangan Tengahari / Malam Himpunan Kad Ucapan Ikan Japanese Food Jeruk / Pickles Johor Juadah Hari Raya Juices / Smoothies Kek Kek Lapis Kek Lapis Sarawak Kek Sarawak Kelas Masakan Keluarga Kerabu Kerang-Kerangan Ketam / Sotong / Udang Khidmat Foodpanda Kiriman Komentator Korean Food Kudapan Kuih Raya Kuih Tradisional Nusantara Kuih-Muih Kuiz / GA Lain-Lain Laksa / Mee / Mee Hoon / Kuey Teow Lembu / Kambing / Lamb / Rusa Lobster Malaysian Food Festival Masakan Ala Kadazan / Dusun Masakan Ala Bajau Masakan Ala Bugis Masakan Ala Cina Masakan Ala Cocos Masakan Ala Jawa Masakan Ala Mamak Masakan Ala Nyonya Masakan Ala Pakistan Masakan Ala Thai Masakan Brunei Masakan India Masakan Indonesia Masakan Minang Masakan Negeri Sembilan Masakan Pahang Masakan Sabah Masakan Sarawak Masakan Singapura Masakan Suluk Masakan Timur Tengah Masakan Tradisi Kedah Masakan Tradisi Kelantan / Terengganu /Pantai Timur Masakan Tradisi Melayu Melaka Masakan Tradisi Perak Masakan Tradisi Pulau Pinang Masakan Tradisional Nusantara Masakan Utara Menu ala Fusion Minuman Panas / Sejuk Muffin Nuffnang Oleh-oleh Otak-Otak Pastry Pemakanan Sihat Pembelian Online Petua Di Dapur Pie Pizza Puding Resepi Amie's Little Kitchen di Media Cetak Resepi Bonda Roti Sambal Sambutan Hari Istimewa Santai Bersama BEN ASHAARI Sarapan Pagi / Minum Petang Sate Sayur Seafood Segmen : Meriahnya Dunia Masakan Segmen Share Resipi Setulus Kasih Soto & Coto Telur Tempahan Western Food Wordless Wednesday

Subscribe