Sepetang di Pantai Remis - Mendung dan Hujan!

3:44 PTG

Bismillahirrahmanirrahim.
Petang Ahad 17 Disember 2023, bawa Bonda jalan-jalan ke Pantai Remis. Bawa sekali Wak Niah. Wak Kanang ikut bersama anak-anaknya dan Wak Aton juga turut serta. Cuaca mendung tapi kami redah saja.

Pantai Remis yang sendu!


Tak sangka tempat kami menguis remis di pasir zaman remaja dahulu, kini sudah berubah menjadi tempat kunjungan ramai! Dahulu hanya ada pokok-pokok nipah dan pokok kelapa sahaja di sepanjang pantai di sini!




Kami memilih untuk minum petang di bahagian dalam di Selera Corner Pantai Remis.
Beberapa minit kami duduk di sini sementara menunggu pesanan tiba, tiba-tiba hujan turun dengan lebatnya. Para pelanggan yang duduk di bahagian luar berlarian masuk mencari tempat lindungan hujan!


Di bahagian dalam, penuh dengan pelanggan.


Minuman yang dipesan tiba di meja.


Encik Suami memesan teh halia. 
Agaknya penyedia minuman terlupa hendak mengetuk atau hiris halia. Dibubuh sahaja seketul halia, dan kata Encik Suami minumannya suam, bukannya panas! Disebabkan suasana sibuk dan hingar-bangar ditambah dengan sesak dan hujan, Encik Suami reda sahajalah! Malas hendak bersongel, katanya.



Walaupun sudah makan kerang rebus di rumah, tapi hendak makan kerang bakar pula di sini.

Sos pencecah kerang bakar memang cukup rasa. Cuma saiz kerang bakar sahaja yang kecil-kecil.

Bakso

Mi Udang

Antara minuman yang dipesan.

Otak-Otak 

Satar dan Pepes Ayam

Bismillahirrahmanirrahim.



Walaupun hujan sudah berhenti tetapi mendung tetap menggandul di langit!


Oleh kerana masih hujan renyai, tak dapatlah Firdaus hendak naik kereta di sini.

Pada mulanya kami hendak membeli tongmo dan melihat karipap king kong, tapi tiba-tiba hujan turun kembali dengan lebatnya! Terpaksalah batalkan hasrat dan duduk dalam kereta.





Dalam hujan renyai kami menuju ke gerai jualan goreng-gorengan pula.

Firdaus sempat minta Encik Suami belikan ayam gunting.

Macam-macam jenis gorengan dijual di sini.

Ada kuih bakar kemboja. Kuih ini orang kampung panggil kuih bahulu kemboja.





Walaupun hujan masih turun, tapi kami redah juga ke tempat jualan hasil laut. Dapatlah beli lala @ ale-ale segar. Hendak beli kerang tapi tak jadi sebab saiznya kecil! maklumlah kerang ternak. Kalau dahulu puas makan kerang, isinya besar dan berlemak sebab kami pungut dari laut.

Ini Siput Kemudi atau Kemudi Kapal.


Mentarang 1 kg berharga RM20.00.

Isi ale-ale.

Sotong & Telur Sotong

Pepahat & Ale-Ale



Isi Kerang


Kami beli lala @ ale-ale dan isi kerang. Cadangnya hendak buat jemput lala dan isi kerang bolehlah dibuat sambal lauk nasi lemak buat sarapan esok paginya.

11 comments

  1. Selamat Tahun Baru Kak Amie sekeluarga.
    Pernah ke sini bbrp tahun lepas, dapat kerang besar :D

    BalasPadam
  2. Wah...kimia betul kita...saya juga membeli dan membakar mentarang di Kedah pada 19 Disember..RM10/kg
    SK pula beli mentarang juga rm18/kg kalau tak silap

    BalasPadam
  3. Sha lalu je disini masa 31 disember baru ini.. Nak singgah tapi ramai sangat orang..
    Mengancam betul makanan laut yang dijual..

    BalasPadam
  4. best nya kak pantai remis tu kalau pergi sana segala makanan laut fresh, makanan punmacam2. Pergi sana memang wajib beli segala seafood yang ada

    BalasPadam
  5. Memang kalo teh atau kopi disajikan tak panas, rasa ada yg kurang kan. Saya pun LBH suka yg panas kalo teh dan kopi. Kalo hangat suam, lebih baik pesan es sekalian 😄.

    Dah lama tak makan kerang bakar. Dulu pernah coba di Penang. Soalnya kalo di Indonesia Hrg ada kerang bakar. Biasa direbus. Atau tumis.

    BalasPadam
  6. Sedap pencicah kerang bakar kat situ. Sekarang kami lebih gemar pesan kerang rebus je sebab kadang kalau yang bakar isi jadi kecut.

    BalasPadam
  7. Yang seronoknya dapat makan beramai-ramai tu. Takpelah, mungkin rezeki lain kali dapat merasa makanan yang tak dapat tu. Sekarang musim hujan di Malaya.

    BalasPadam
  8. wah meriahnya pantai remis, mcm ada jual dkt sana..

    BalasPadam
  9. Teringinnya nak ke pantai remis borong hasil laut...entah bila la nak smpai agaknya

    BalasPadam

TERIMA KASIH TINGGALKAN KOMEN.

Labels

~Albania ~Australia (Perth) ~Balkan ~Bosnia and Herzegovina ~Bosnia Herzegovina ~Brunei Darul Salam ~China (Shenzhen - Guilin - Yangshuo - Guangzhou) ~Croatia ~Cuti-Cuti Malaysia ~Ekspedisi ~Europe ~India (New Delhi - Srinagar - Pahalgam - Gulmarg) ~Indonesia ( Padang - Bukit Tinggi - Jambi - Palembang - Jakarta ) ~Indonesia ( Sumatera Barat - Bukit Tinggi - Padang ) ~Indonesia (Bandung - Jakarta - Jogjakarta) ~Travelogue ~Indonesia (Kalimantan Timur: Nunukan - Tarakan - Balikpapan - Samarinda - Tenggarong) ~Indonesia (Sidoarjo - Surabaya - Malang) ~Indonesia (Surabaya - Malang) ~Italy ~Jalan-Jalan Cari Ikan ~Jalan-Jalan Cari Makan ~Johor ~Kedah ~Kelantan ~Kenali Hidupan Akuatik ~Korea Selatan - Seoul - Nami Island ~Kuala Lumpur ~Madinah 2023 ~Makkah & Madinah ~Makkah 2023 ~Melaka ~Montenegro ~Muhasabah Diri ~Negeri Sembilan ~Nepal (Kathmandu-Pokhara-Dhampus-Machhapuchhre Base Camp) ~Pahang ~Penginapan / Homestay / Hotel / Resort ~Perak ~Pulau Pinang ~Putrajaya ~Sabah ~Saudi Arabia ~Selangor ~Slovenia ~Tempat Menarik di Malaysia ~Thailand ( Bangkok - Hua Hin) ~Thailand (Hatyai) ~Travelogue ~Turki ~Umrah ~Umrah 2023 ~Vietnam ( Da Nang - Hoi An - Ba Na Hills) Acar Advertorial Agar-Agar Air Asam Aneka Hidangan Nasi Aneka Hidangan Sup Aneka Jenis Serunding Anekdot Antologi Puisi Apam Asian Food Festival Awards Ayam / Itik / Burung BBQ Bekal Makanan Biskut Buah Bubur Buku Cerita / Komik / Cerpen / Novel Buku Motivasi Buku Resepi Buku Resipi Buku Sejarah Buku Travelog / Novelog Cerita Dari Dapur Cerita Dari Pasar Cerpen Kanak-Kanak Chips Contest / Kuiz / GA Desserts Dried Pasta: Spaghetti/ Spiral / Fusili / Rigatoni / Fettuccine / Risoni / Lasagne / Conchiglie / Tagliatelle / Macaroni / etc Dumpling / Wantan / Siew Mai / Dim Sum Food Review Hari Raya Hasil Karyaku Herba Hidangan Berbuka Puasa Hidangan Berpantang Hidangan Bersahur Hidangan Tengah Hari / Malam Hidangan Tengahari / Malam Himpunan Kad Ucapan Ikan Japanese Food Jeruk / Pickles Johor Juadah Hari Raya Juices / Smoothies Kek Kek Lapis Kek Lapis Sarawak Kek Sarawak Kelas Masakan Keluarga Kerabu Kerang-Kerangan Ketam / Sotong / Udang Khidmat Foodpanda Kiriman Komentator Korean Food Kudapan Kuih Raya Kuih Tradisional Nusantara Kuih-Muih Kuiz / GA Lain-Lain Laksa / Mee / Mee Hoon / Kuey Teow Lembu / Kambing / Lamb / Rusa Lobster Malaysian Food Festival Masakan Ala Kadazan / Dusun Masakan Ala Bajau Masakan Ala Bugis Masakan Ala Cina Masakan Ala Cocos Masakan Ala Jawa Masakan Ala Mamak Masakan Ala Nyonya Masakan Ala Pakistan Masakan Ala Thai Masakan Brunei Masakan India Masakan Indonesia Masakan Minang Masakan Negeri Sembilan Masakan Pahang Masakan Sabah Masakan Sarawak Masakan Singapura Masakan Suluk Masakan Timur Tengah Masakan Tradisi Kedah Masakan Tradisi Kelantan / Terengganu /Pantai Timur Masakan Tradisi Melayu Melaka Masakan Tradisi Perak Masakan Tradisi Pulau Pinang Masakan Tradisional Nusantara Masakan Utara Menu ala Fusion Minuman Panas / Sejuk Muffin Nuffnang Oleh-oleh Otak-Otak Pastry Pemakanan Sihat Pembelian Online Petua Di Dapur Pie Pizza Puding Resepi Amie's Little Kitchen di Media Cetak Resepi Bonda Roti Sambal Sambutan Hari Istimewa Santai Bersama BEN ASHAARI Sarapan Pagi / Minum Petang Sate Sayur Seafood Segmen : Meriahnya Dunia Masakan Segmen Share Resipi Setulus Kasih Soto & Coto Telur Tempahan Western Food Wordless Wednesday

Subscribe