Asam Rebus Ikan Belanak Daun Kemangi

8:10 PTG

Bismillahirrahmanirrahim.
Hari ini, buat pertama kalinya  tahun 2024 Amie kongsikan masakan dari dapur sendiri.  Dari awal tahun sudah berazam untuk kurangkan masakan berminyak dan lebihkan lauk rebus-rebus saja. Hari ini Amie masak Asam Rebus Ikan Belanak. 

Menurut sumber UMPAN - MENGENALI IDENTITI SPESIES KELUARGA IKAN BELANAK, saudara mara ikan belanak juga dikenali dengan nama:

  • Rapang
  • Kedera
  • Jempol
  • Belanak Putih
  • Belanak Angin 
  • Jangis
  • Pelung
  • Puting Damar
  • Anding
  • Andapong
  • Tamok
  • Dan Lain-lain

Asam Rebus Ikan Belanak Daun Kemangi

Ikan Belanak

Petang tadi mencari ikan. Beli seekor ikan belanak dan seekor ikan tongkol. Seekor ikan belanak bukan boleh kami habiskan sekali makan. Mulut hanya tiga. Firdaus lebih suka hirup kuahnya saja. Suka betul Firdaus dengan rasa kuah yang masam-masam pedas. Masih budak tapi selera ikut orang tua!

Ikan belanak saiz besar : Tamok.
Beratnya melebihi satu kilogram seekor.

Ikan Belanak

Kami beli seekor ikan belanak seberat 740 gram. Setelah dibersihkan, Amie potong menjadi lima bahagian. Satu bahagian kepala, tiga bahagian isi dan satu bahagian ekor. Bahagian isi Amie simpan dan Amie masak asam rebus bahagian kepala dan ekornya sahaja. Tak tahulah apa nama ikan belanak ini. Asal rupa belanak panggil belanak saja. Mungkin ikan belanak putih.

Sebenarnya Amie suka ikan belanak saiz kecil. Sedap sangat kalau digoreng. Terasa isinya yang lemak dan manis. Tapi jenuhlah hendak menyiangnya. Dulu sewaktu sekolah menengah, Amie selalu singgah di Pantai Jeram sebelum pulang. Waktu air mula pasang, anak-anak belanak berlompatan ke pantai mengikut arus. Kami pun berkejaranlah mengutip seekor demi seekor masukkan dalam kandut (kain sekolah yang kami pakai).

Memang ada bezalah rasa ikan belanak kecil dengan belanak besar. Belanak besar isinya tebal tapi tawar.

Ikan Belanak

Daun Kemangi

Masakan asam rebus ikan belanak ini Amie tambahkan daun kemangi. Biasanya orang akan tambah daun kesum atau bunga kantan, tapi daun kemangi pun tidak kalah aromanya! Daun kemangi merupakan keluarga daun selasih tetapi daun kemangi lebih kepada aroma serai.

Resipi Asam Rebus Ikan Belanak Daun Kemangi

Bahan-bahan:
  • 2 keping ikan belanak - bahagian kepala dan ekor
  • 3 biji tomato - belah 2
  • 700 ml air
  • 1 batang serai - ketuk dan potong dua
  • 2 keping asam gelugur
  • 1 sudu kecil serbuk kunyit
  • tiga tangkai daun kemangi
  • 7 tangkai cili padi
  • garam / perasa pilihan
Bahan kisar:
  • 2 ulas bawang putih
  • 3 biji bawang merah
  • 1 sudu kecil belacan
  • 2 tangkai cili kering
Cara memasak:
  1. Masukkan air bersama serai, bahan kisar dan asam keping ke dalam periuk.
  2. Setelah mendidih, masukkan ikan belanak.
  3. Biarkan ikan masak, dan kemudian masukkan pula tomato, cili padi dan juga daun kemangi.
  4. Perasakan dengan garam / perasa pilihan.
  5. Keluarkan asam keping, dan padamkan api dapur.


Daun kemangi sudah layu tenggelam di dasar periuk.  Kita bubuh daun kemangi segar sewaktu menghidang. Aromanya memang menyegarkan! Sedap hirup kuahnya panas-panas.

26 comments

  1. Oh,belanak dengan kedera lain ek..Selama ni saya ingatkan sama..Belum pernah jumpa belanak besar macam tu..Pasti harum semerbak kuahnya dek kemangi tu kan..saya suka haruman kemangi

    BalasPadam
  2. Sy tahu belanak sahaja, itu pun tak boleh cam rupa yg mana ikan belanak, hihi. Terbayang macammana Kak Amie tampung ikan belanak dalam kain bawa balik rumah, hahahaha.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Semenjak duduk LD jarang beli belanak sebab dah biasa makan saiz kecik yang di Malaya. Saiz besar memang isi tebal tapi kalau digoreng tidak ada rasa manis macam belanak kecil.

      Padam
  3. besar betul saiz ikan belanak kt sana ye kak... dana biasa jumpa kt sini kecik2 je tapi best bila musim bertelur tu penuh semua

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ya, Dana. Kak Amie pun suka makan belanak kecil telur penuh.

      Padam
  4. tampak sedap, saya belum pernah mencuba ikan belanak

    BalasPadam
  5. Sedap nya Kak Amie lauk ikan belanak ni.

    BalasPadam
  6. comel la pulak sisik ikan belanak tu!

    BalasPadam
  7. makan ikan kuah pedas asam memang cocok kalo ada kemanginya. satu lagi kalo di saya biasanya ada kerupuk, menambah selera makan

    BalasPadam
    Balasan
    1. Rasa lebih menyelerakan kalau ada aroma daun kemangi.
      Ya, selalu saya nampak ada keropok dihidang sekali kalau makan nasi, mi dan lain-lain di Indonesia.

      Padam
  8. SA suka ikan ni..kalau baru naik dari laut memang manis isi dia..dulu masa duduk PD, Pak Zain selalu pergi menjala kat laut..memang dapat ikan belanak, ikan kedera ni semua..ada buat masak lemak cili api, bakar dan goreng garing2...rindu pulak moment tu...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Saya pun rindu kenangan lalu semasa di Malaya! Sedapnya makan ikan belanak goreng.

      Padam
  9. Hirup panas-panas lauk begini dah cukup membangkit selera dah kak Amie. Marilah kita kurangkan makanan bergoreng, rebus-rebus je. Rasanya macam tak pernah makan ikan belanak ni.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ayok Fizah. Kurangkan goreng-goreng, biasakan yang rebus-tebus.

      Padam
  10. Sudah jarang jumpa ikan belanak kak Amie, mungkin jenis ikan lain bisa jugak ya di masak bumbu ini, saya suka ikan berkuah asam gurih dan sedikit pedas, bisa nambah lagi😀👍

    BalasPadam
    Balasan
    1. Senang masak begini kan. Hirup kuahnya yang masih panas, memang enak banget!

      Padam
  11. macam ikan singgang juga rupanya.. Ldy tak pernah masak ikan ni.. daun temangi pun ni first time tengok.. sedap lauk cair2 tanpa santan mcm ni.. sedap hirup kuahnya..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ya, masak rebus-rebus saja. Kemangi ini keluarga selasih tapi kemangi harum lembut seakan-akan aroma serai.

      Padam
  12. Saya tak suka ikan ni
    Tapi telur dia
    Fuhhh
    Tuu yang saya capai dulu
    Kalau ada rasa lemak2 tu…
    Rasa macam tak nak berhenti makan je hahaha…

    BalasPadam
  13. Tak pernah beli lagi ikan ni.....daun kemangi pun tak pernah beli jugak.

    BalasPadam
  14. Dulu di rumah Aceh mama tanam daun kemangi. Saya pun sukaaa banget makanan yg pakai kemangi . Krn jadi haruuuum ❤️❤️.

    Kalo skr beli kemangi di pasar kalo nak buat sambal tempe, atau saya jadikan lalapan makan dengan sambel terasi 😄👍. Kalo kata mama, bikin badan wangi kalo sering makan kemangi hahahah

    BalasPadam

TERIMA KASIH TINGGALKAN KOMEN.

Labels

~Albania ~Australia (Perth) ~Balkan ~Bosnia and Herzegovina ~Bosnia Herzegovina ~Brunei Darul Salam ~China (Shenzhen - Guilin - Yangshuo - Guangzhou) ~Croatia ~Cuti-Cuti Malaysia ~Ekspedisi ~Europe ~India (New Delhi - Srinagar - Pahalgam - Gulmarg) ~Indonesia ( Padang - Bukit Tinggi - Jambi - Palembang - Jakarta ) ~Indonesia ( Sumatera Barat - Bukit Tinggi - Padang ) ~Indonesia (Bandung - Jakarta - Jogjakarta) ~Travelogue ~Indonesia (Kalimantan Timur: Nunukan - Tarakan - Balikpapan - Samarinda - Tenggarong) ~Indonesia (Sidoarjo - Surabaya - Malang) ~Indonesia (Surabaya - Malang) ~Italy ~Jalan-Jalan Cari Ikan ~Jalan-Jalan Cari Makan ~Johor ~Kedah ~Kelantan ~Kenali Hidupan Akuatik ~Korea Selatan - Seoul - Nami Island ~Kuala Lumpur ~Madinah 2023 ~Makkah & Madinah ~Makkah 2023 ~Melaka ~Montenegro ~Muhasabah Diri ~Negeri Sembilan ~Nepal (Kathmandu-Pokhara-Dhampus-Machhapuchhre Base Camp) ~Pahang ~Penginapan / Homestay / Hotel / Resort ~Perak ~Pulau Pinang ~Putrajaya ~Sabah ~Saudi Arabia ~Selangor ~Slovenia ~Tempat Menarik di Malaysia ~Thailand ( Bangkok - Hua Hin) ~Thailand (Hatyai) ~Travelogue ~Turki ~Umrah ~Umrah 2023 ~Vietnam ( Da Nang - Hoi An - Ba Na Hills) Acar Advertorial Agar-Agar Air Asam Aneka Hidangan Nasi Aneka Hidangan Sup Aneka Jenis Serunding Anekdot Antologi Puisi Apam Asian Food Festival Awards Ayam / Itik / Burung BBQ Bekal Makanan Biskut Buah Bubur Buku Cerita / Komik / Cerpen / Novel Buku Motivasi Buku Resepi Buku Resipi Buku Sejarah Buku Travelog / Novelog Cerita Dari Dapur Cerita Dari Pasar Cerpen Kanak-Kanak Chips Contest / Kuiz / GA Desserts Dried Pasta: Spaghetti/ Spiral / Fusili / Rigatoni / Fettuccine / Risoni / Lasagne / Conchiglie / Tagliatelle / Macaroni / etc Dumpling / Wantan / Siew Mai / Dim Sum Food Review Hari Raya Hasil Karyaku Herba Hidangan Berbuka Puasa Hidangan Berpantang Hidangan Bersahur Hidangan Tengah Hari / Malam Hidangan Tengahari / Malam Himpunan Kad Ucapan Ikan Japanese Food Jeruk / Pickles Johor Juadah Hari Raya Juices / Smoothies Kek Kek Lapis Kek Lapis Sarawak Kek Sarawak Kelas Masakan Keluarga Kerabu Kerang-Kerangan Ketam / Sotong / Udang Khidmat Foodpanda Kiriman Komentator Korean Food Kudapan Kuih Raya Kuih Tradisional Nusantara Kuih-Muih Kuiz / GA Lain-Lain Laksa / Mee / Mee Hoon / Kuey Teow Lembu / Kambing / Lamb / Rusa Lobster Malaysian Food Festival Masakan Ala Kadazan / Dusun Masakan Ala Bajau Masakan Ala Bugis Masakan Ala Cina Masakan Ala Cocos Masakan Ala Jawa Masakan Ala Mamak Masakan Ala Nyonya Masakan Ala Pakistan Masakan Ala Thai Masakan Brunei Masakan India Masakan Indonesia Masakan Minang Masakan Negeri Sembilan Masakan Pahang Masakan Sabah Masakan Sarawak Masakan Singapura Masakan Suluk Masakan Timur Tengah Masakan Tradisi Kedah Masakan Tradisi Kelantan / Terengganu /Pantai Timur Masakan Tradisi Melayu Melaka Masakan Tradisi Perak Masakan Tradisi Pulau Pinang Masakan Tradisional Nusantara Masakan Utara Menu ala Fusion Minuman Panas / Sejuk Muffin Nuffnang Oleh-oleh Otak-Otak Pastry Pemakanan Sihat Pembelian Online Petua Di Dapur Pie Pizza Puding Resepi Amie's Little Kitchen di Media Cetak Resepi Bonda Roti Sambal Sambutan Hari Istimewa Santai Bersama BEN ASHAARI Sarapan Pagi / Minum Petang Sate Sayur Seafood Segmen : Meriahnya Dunia Masakan Segmen Share Resipi Setulus Kasih Soto & Coto Telur Tempahan Western Food Wordless Wednesday

Subscribe