Dari Simpang Empat ke Hospital Seri Manjung

8:36 PTG

Bismillahirrahmanirrahim.
Tidak lupa kami turut ziarahi keluarga Kak Rahaniah, sepupu kami di Simpang Empat Hutan Melintang. Biasanya kami hanya dapat berjumpa pada hari raya atau majlis kahwin sahaja. Kali ini rasa sangat lama tidak bertemu sejak PKP 2020. Alhamdulillah, rezeki ziarah kali ini mempertemukan kami semula.

Bersama Kak Rahaniah (baju biru).


Macam-macam kuih dihidangkan untuk kami. Kiranya kami minum petanglah di sini.

Terima kasih Kak Rahaniah. Kuih keria itu dua atau tiga biji Amie makan!


Selepas itu kami teruskan perjalanan ke Seri Manjung pula.


Melihat Jambatan Bagan Datuk dari kejauhan. In syaa Allah ada rezeki di lain waktu, kami akan lalui jambatan itu.


Wak Kanang hendak bertemu dengan anak bujangnya, Abdul Fatah yang bekerja sebagai arkitek di Hospital Seri Manjung. Ini anak bujang ketiga Wak Kanang. Ketika arwah bapanya meninggal dunia, Abdul Fatah masih kecil. Seingat Amie, Edy anak yang sulung berumur 12 tahun. Abdul Fatah mungkin dalam usia lapan atau tujuh tahun. Wak Kanang ada empat orang anak dan kesemuanya sudah habis belajar.


Oleh kerana ketika ini Abdul Fatah dalam tugas, jadi sebentar sahajalah pertemuannya.

14 comments

  1. Masa minta tf dulu, ad jugak hosp manjung dalam senarai.. Tp xd rezeki ke sana.. Rezeki masih merantau... Sabar je lah

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ya, di mana bumi dipijak di situlah langit dijunjung. Rezeki ada di mana-mana.

      Padam
  2. Teringat masa kak amie ckp nak melawat Mak Pah..SA terpaksa tolak sebab keadaan Mak Pah masa tu...rasa terkilan plak...sbb until today Mak Pah masih x ok..

    BalasPadam
    Balasan
    1. In syaa Allah.
      Doa yang baik-baik untuk Mak Pah.
      Semoga Mak Pah cepat sembuh.

      Padam
  3. Lama tak pi Manjung. Ada kakak nurse kat hosp SM tu 😃

    BalasPadam
  4. Alhamdulillah, mengukuhkan ukhwah. Seronok tengok Kak Amie balik Malaya menziarah saudara-mara.

    BalasPadam
  5. Menariknya hidangan kuih tradisioanal...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Jarang dah nak jumpa kuih tradisional sekarang ni.

      Padam
  6. Alhamdulillah dapat juga bertemu. Lama jugalah tu sejak PKP kan. Dapat juga Wak Kanang bertemu dengan anaknya walaupun hanya sebentar. Pertemuan singkat yang sangat bermakna.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Dulu kami bertandang ke Perak setiap kali beraya bersama keluarga di kampung. Sejak PKP itulah sampai sekarang baru dapat berjumpa.

      Padam
  7. Senang banget pastinya kalo bisa ketemu saudara, apalagi setelah lama sejak COVID ya ...

    Kue2 yg tersaji pun sedap. Kue keria yg coklat ada lapisan sayur hijau kan? itu saya pernah coba.

    Yg kue paling ujung, hijau ditaburi kelapa itu klepon bukan kak?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kuih keria itu diperbuat dari keledek / ubi manis / ubi rambat. Bikinannya masih tradisi. Sangat sedap.
      Yang hijau ditaburi kelapa parut tu memang klepon atau dalam bahasa kami disebut kuih buah melaka.

      Padam

TERIMA KASIH TINGGALKAN KOMEN.

Labels

~Albania ~Australia (Perth) ~Balkan ~Bosnia and Herzegovina ~Bosnia Herzegovina ~Brunei Darul Salam ~China (Shenzhen - Guilin - Yangshuo - Guangzhou) ~Croatia ~Cuti-Cuti Malaysia ~Ekspedisi ~Europe ~India (New Delhi - Srinagar - Pahalgam - Gulmarg) ~Indonesia ( Padang - Bukit Tinggi - Jambi - Palembang - Jakarta ) ~Indonesia ( Sumatera Barat - Bukit Tinggi - Padang ) ~Indonesia (Bandung - Jakarta - Jogjakarta) ~Travelogue ~Indonesia (Kalimantan Timur: Nunukan - Tarakan - Balikpapan - Samarinda - Tenggarong) ~Indonesia (Sidoarjo - Surabaya - Malang) ~Indonesia (Surabaya - Malang) ~Italy ~Jalan-Jalan Cari Ikan ~Jalan-Jalan Cari Makan ~Johor ~Kedah ~Kelantan ~Kenali Hidupan Akuatik ~Korea Selatan - Seoul - Nami Island ~Kuala Lumpur ~Madinah 2023 ~Makkah & Madinah ~Makkah 2023 ~Melaka ~Montenegro ~Muhasabah Diri ~Negeri Sembilan ~Nepal (Kathmandu-Pokhara-Dhampus-Machhapuchhre Base Camp) ~Pahang ~Penginapan / Homestay / Hotel / Resort ~Perak ~Pulau Pinang ~Putrajaya ~Sabah ~Saudi Arabia ~Selangor ~Slovenia ~Tempat Menarik di Malaysia ~Thailand ( Bangkok - Hua Hin) ~Thailand (Hatyai) ~Travelogue ~Turki ~Umrah ~Umrah 2023 ~Vietnam ( Da Nang - Hoi An - Ba Na Hills) Acar Advertorial Agar-Agar Air Asam Aneka Hidangan Nasi Aneka Hidangan Sup Aneka Jenis Serunding Anekdot Antologi Puisi Apam Asian Food Festival Awards Ayam / Itik / Burung BBQ Bekal Makanan Biskut Buah Bubur Buku Cerita / Komik / Cerpen / Novel Buku Motivasi Buku Resepi Buku Resipi Buku Sejarah Buku Travelog / Novelog Cerita Dari Dapur Cerita Dari Pasar Cerpen Kanak-Kanak Chips Contest / Kuiz / GA Desserts Dried Pasta: Spaghetti/ Spiral / Fusili / Rigatoni / Fettuccine / Risoni / Lasagne / Conchiglie / Tagliatelle / Macaroni / etc Dumpling / Wantan / Siew Mai / Dim Sum Food Review Hari Raya Hasil Karyaku Herba Hidangan Berbuka Puasa Hidangan Berpantang Hidangan Bersahur Hidangan Tengah Hari / Malam Hidangan Tengahari / Malam Himpunan Kad Ucapan Ikan Japanese Food Jeruk / Pickles Johor Juadah Hari Raya Juices / Smoothies Kek Kek Lapis Kek Lapis Sarawak Kek Sarawak Kelas Masakan Keluarga Kerabu Kerang-Kerangan Ketam / Sotong / Udang Khidmat Foodpanda Kiriman Komentator Korean Food Kudapan Kuih Raya Kuih Tradisional Nusantara Kuih-Muih Kuiz / GA Lain-Lain Laksa / Mee / Mee Hoon / Kuey Teow Lembu / Kambing / Lamb / Rusa Lobster Malaysian Food Festival Masakan Ala Kadazan / Dusun Masakan Ala Bajau Masakan Ala Bugis Masakan Ala Cina Masakan Ala Cocos Masakan Ala Jawa Masakan Ala Mamak Masakan Ala Nyonya Masakan Ala Pakistan Masakan Ala Thai Masakan Brunei Masakan India Masakan Indonesia Masakan Minang Masakan Negeri Sembilan Masakan Pahang Masakan Sabah Masakan Sarawak Masakan Singapura Masakan Suluk Masakan Timur Tengah Masakan Tradisi Kedah Masakan Tradisi Kelantan / Terengganu /Pantai Timur Masakan Tradisi Melayu Melaka Masakan Tradisi Perak Masakan Tradisi Pulau Pinang Masakan Tradisional Nusantara Masakan Utara Menu ala Fusion Minuman Panas / Sejuk Muffin Nuffnang Oleh-oleh Otak-Otak Pastry Pemakanan Sihat Pembelian Online Petua Di Dapur Pie Pizza Puding Resepi Amie's Little Kitchen di Media Cetak Resepi Bonda Roti Sambal Sambutan Hari Istimewa Santai Bersama BEN ASHAARI Sarapan Pagi / Minum Petang Sate Sayur Seafood Segmen : Meriahnya Dunia Masakan Segmen Share Resipi Setulus Kasih Soto & Coto Telur Tempahan Western Food Wordless Wednesday

Subscribe