Penginapan Suasana Desa di Kampung Vibe @ Homestay Baiduri

10:35 PG

Bismillahirrahmanirrahim.
Dalam perjalanan hendak pulang ke Selangor, dari Bukit Mertajam kami singgah bermalam di Slim River, Perak. Sebenarnya kami tidaklah menetapkan lebih awal untuk menginap di mana-mana tempat. Kadang-kadang apa yang dirancang tidak dapat terlaksana dengan sempurna. Bergeraklah kami mengikut stereng kereta... ahaks!

Tujuan kami hanya untuk bercuti bersama anak-anak, dan dalam keadaan santai-santai sahaja. Dapat bersama dalam satu kenderaan, itu pun sudah sangat bersyukur kerana berpeluang bersama mereka. Dapat berkongsi cerita dan bergurau senda sepanjang perjalanan. Apatah lagi kalau singgah di satu-satu tempat makan, rasa begitu seronok melayan selera anak-anak. Itulah percutian yang sangat bermakna bagi kami dengan melakukan apa sahaja perkara atau aktiviti bersama-sama. Masing-masing keluarga ada cara tersendiri untuk mengambil peluang bergembira seisi keluarga. Maka, beginilah cara kami. Seadanya namun tetap berasa bahagia.

Hari Rabu bersamaan 27 Disember 2023, kami daftar masuk penginapan di Kampung Vibe @ Homestay Baiduri yang terletak di:
Lot 10085 Lorong Setia 4B,
Kampung Balun,
Slim River,
35800 Perak.

Kampung Vibe @ Homestay Baiduri merupakan penginapan sebuah rumah yang terletak di kawasan perkampungan yang dikelilingi pemandangan penuh kehijauan. Rasanya tempat ini sesuai sangat untuk sebuah keluarga beristirahat, jauh dari hiruk-pikuk kesibukan kota, dan dapat bekalan oksigen yang bersih dan segar hasil proses fotosintesis tumbuhan di sekitarnya.

Selamat Datang ke Kampung Vibe @ Homestay Baiduri

Kampung Vibe @ Homestay Baiduri

Anak-anak rasa teruja ketika melalui jalan kampung, melihat pelbagai jenis tumbuhan di kiri kanan jalan dan rumah-rumah di sekitarnya. Kampung Vibe @ Homestay Baiduri merupakan sebuah rumah, dan ada rumah lain di sebelah kiri, kanan dan hadapannya. Mungkin rumah penduduk Kampung Balun.

Firdaus di kawasan belakang homestay.

Jom kita buka pintu homestay.

Sebaik sahaja pintu dibuka, terus terpandang sebuah meja ping pong.

Ada lagi pintu di belah kanan meja ping pong.
Jom kita tolak daun pintunya. Oh, kena buka pintu gunakan kunci pula.

Setelah daun pintu ditolak, beginilah suasana yang dapat dilihat, sebuah ruang tamu yang dilengkapi dengan kerusi dan meja kayu.

Tuan homestay turut menyediakan biskut dan makanan ringan di atas meja.

Hiasan di sudut ruang tamu. Ada rak buku, majalah dan permainan.

Comel jew pesanannya : Sudah baca kemas balik ye dik!

Ada kotak catur juga.


Yang menariknya, ada khemah kecil yang comel di antara ruang tamu dan ruang rehat.
Anak-anak kecil tentu seronok bermain di sini.

Ruang rehat dilengkapi dengan televisyen skrin rata.

Peringatan mesra:
Kan Opah dah pesan....
Tutup lampu, tutup kipas, tutup TV, tutup ekon bila dah tak guna!!


Di sudut ruang rehat ada sebuah pintu tertera tulisan SURAU.
Mari kita buka pintunya.




Di dalam surau, sudah tersedia tempat mengambil wudhu'.

Tempat mengambil wudhu' yang dilengkapi dengan doa selepas wudhu'.


Turut dilengkapi dengan telekung.

Ada al-Quran dan Terjemahannya.

Surah Yasin

Sejadah arah qiblat.


Kita keluar dari surau dan kembali semula ke ruang rehat.


Selain dilengkapi permaidani dan bantal kecil, tuan rumah turut menyediakan kotak ubat di dalam kabinet di bawah televisyen skrin rata.


Dalam perjalanan di antara ruang tamu dengan dengan rehat, terlihat satu lorong menuju ke bahagian belakang  dalam rumah. Nun di hujung sanun, terlihat ruang dapur.



Sebelum sampai ke dapur, singgah dahulu di ruang makan.




Cantik dan kemas!


Kopi dan teh hanya menunggu masa untuk dibancuh sahaja.


Sekarang sudah sampai ke ruang dapur.



Peralatan memasak sudah tersedia.
Hanya menunggu untuk aktiviti masak-memasak.

Garam kunyit pun ada!


Apabila pintu dapur dibuka, anak-anak bersorak kegembiraan kerana ada tempat panggangan di situ. Sebelum itu Amie sempat bertanya kepada tuan rumah: Bolehkah kami berBBQ? Alhamdulillah, memang segala kemudahan untuk acara bakar-bakar lengkap disediakan termasuk arang dan juga kipas! Jadi, tak perlulah beli arang!


Ada dua buah tandas di bahagian luar dan di sebelahnya terletak mesin basuh.


Jom kita lihat bilik tidur pula.



Comel jew hiasan dalam tandas.
Ada sepasu kecil bunga hiasan warna pink.


Bilik tidur seterusnya... baru perasan setiap bilik disediakan tuala warna yang berbeza mengikut kesesuaian warna cadar!







Ini bilik tidur kami suami isteri.


Bilik tidur ini dilengkapi dengan almari dan sterika.


Sewaktu Amie masuk ke bilik ini, Amie terlanggar iron board, dan tiba-tiba melantun kepingan kecil dari sterika. Apabila diteliti, Encik Suami kata memang sudah ada kesan rekahan di hujung sterika itu. Amie terus mesej tuan rumah dan kongsikan gambar sterika. Tuan rumah terus telefon dan meminta maaf. Katanya, sebentar lagi suaminya akan datang hantar sterikan baharu. Menurutnya lagi, kelmarin ada orang putih datang bermalam di situ dan telah memaklumkan kepadanya anak-anaknya nakal sangat. Kata orang putih itu lagi ada barang-barang di homestay itu yang 'diusik' anaknya.

Alhamdulillah, tuan homestay menepati janjinya. Kami dapat sterika baharu pada malam itu juga.

Pada masa yang sama, rasa berbaloi juga kerana mengambil gambar dan boleh dijadikan bukti sekiranya berlaku perkara yang tidak diingini.


Sama seperti bilik air yang lain, bilik air kami yang comel ini pun dilengkapi dengan sepasu kecil bunga hiasan.



Fuad dan Fairuz tidak sabar-sabar bermain ping pong!


Harga dua hari satu malam menginap di Kampung Vibe @ Homestay Baiduri ini ialah RM325. Tiada capaian WIFI di sini tetapi dengan suasana perkampungan yang sangat menyelesakan, ketiadaan WIFI bukanlah satu kekurangan! 

Booking.com memberikan kualiti nilai : 10
Dengan suasana desa yang tenang dan damai, layanan baik tuan homestay dan kegembiraan anak-anak menikmati masa berBBQ dan keselesaan sepanjang berada di sini, Amie pun berikan 10 juga!

Fuad dan Fairuz sibuk di dapur menyediakan bahan untuk BBQ sebelah malamnya.

12 comments

  1. tenang je nampak suasana kampung...surau tu salah satu bilik yg dibuat surau ye kak?teringin juga nak buat macam tu dekat umah ni

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ya, ada bilik khas dibuat surau. Luas juga ruangannya. Boleh berjemaah beramai-ramai.

      Padam
  2. Selesa dan besar homestay.
    Serba lengkap pula tu.
    Dapat pula owner yang sangat baik

    BalasPadam
    Balasan
    1. Alhamdulillah. Syukur dapat owner yang baik dan penginapan yang selesa.

      Padam
  3. Murah jugak hrga homestay dgn kelengkapan yg begitu. Selesa dan berbaloi.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sangat berbaloi.
      menginap beramai-ramai pun tetap selesa.

      Padam
  4. Selesa bersih cantik dan murah homestay ni. Bagus nya.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Alhamdulillah. Kiranya rezeki ni dapat homestay yang murah dan selesa.

      Padam
  5. wow memang cantik dan selesa homestaynya. Luas dan harga berpatutan

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kalau sesat ke Slim River, Notie boleh try menginap di sini ye.

      Padam
  6. Selesa, luas dan lengkap semuanya. Memang sangat berbaloilah sekeluarga menginap di sini. Tuan rumah pun baik hati.

    BalasPadam
  7. Cantik homestay dan serba lengkap kemudahannya....

    BalasPadam

TERIMA KASIH TINGGALKAN KOMEN.

Labels

~Albania ~Australia (Perth) ~Balkan ~Bosnia and Herzegovina ~Bosnia Herzegovina ~Brunei Darul Salam ~Bulgaria ~China (Shenzhen - Guilin - Yangshuo - Guangzhou) ~Croatia ~Cuti-Cuti Malaysia ~Ekspedisi ~Europe ~India (New Delhi - Srinagar - Pahalgam - Gulmarg) ~Indonesia ( Padang - Bukit Tinggi - Jambi - Palembang - Jakarta ) ~Indonesia ( Sumatera Barat - Bukit Tinggi - Padang ) ~Indonesia (Bandung - Jakarta - Jogjakarta) ~Travelogue ~Indonesia (Kalimantan Timur: Nunukan - Tarakan - Balikpapan - Samarinda - Tenggarong) ~Indonesia (Sidoarjo - Surabaya - Malang) ~Indonesia (Surabaya - Malang) ~Italy ~Jalan-Jalan Cari Ikan ~Jalan-Jalan Cari Makan ~Johor ~Kedah ~Kelantan ~Kenali Hidupan Akuatik ~Korea Selatan - Seoul - Nami Island ~Kuala Lumpur ~Madinah 2023 ~Makkah & Madinah ~Makkah 2023 ~Melaka ~Montenegro ~Muhasabah Diri ~Negeri Sembilan ~Nepal (Kathmandu-Pokhara-Dhampus-Machhapuchhre Base Camp) ~Pahang ~Pakistan ~Penginapan / Homestay / Hotel / Resort ~Perak ~Perlis ~Pulau Pinang ~Putrajaya ~Republik Macedonia ~Sabah ~Saudi Arabia ~Selangor ~Slovenia ~Tempat Menarik di Malaysia ~Terengganu ~Thailand ( Bangkok - Hua Hin) ~Thailand (Hatyai) ~Travelogue ~Turki ~Turkiye ~Umrah ~Umrah 2023 ~Vietnam ( Da Nang - Hoi An - Ba Na Hills) Acar Advertorial Agar-Agar Air Asam Aneka Hidangan Nasi Aneka Hidangan Sup Aneka Jenis Serunding Anekdot Antologi Puisi Apam Asian Food Festival Awards Ayam / Itik / Burung BBQ Bekal Makanan Biskut Buah Bubur Buku Cerita / Komik / Cerpen / Novel Buku Motivasi Buku Resepi Buku Resipi Buku Sejarah Buku Travelog / Novelog Cerita Dari Dapur Cerita Dari Pasar Cerpen Kanak-Kanak Chips Contest / Kuiz / GA Desserts Dried Pasta: Spaghetti/ Spiral / Fusili / Rigatoni / Fettuccine / Risoni / Lasagne / Conchiglie / Tagliatelle / Macaroni / etc Dumpling / Wantan / Siew Mai / Dim Sum Food Review Hari Raya Hasil Karyaku Herba Hidangan Berbuka Puasa Hidangan Berpantang Hidangan Bersahur Hidangan Tengah Hari / Malam Hidangan Tengahari / Malam Himpunan Kad Ucapan Ikan Japanese Food Jeruk / Pickles Johor Juadah Hari Raya Juices / Smoothies Kampung Laman Kek Kek Lapis Kek Lapis Sarawak Kek Sarawak Kelas Masakan Keluarga Kerabu Kerang-Kerangan Ketam / Sotong / Udang Khidmat Foodpanda Kiriman Komentator Korean Food Kudapan Kuih Raya Kuih Tradisional Nusantara Kuih-Muih Kuiz / GA Lain-Lain Laksa / Mee / Mee Hoon / Kuey Teow Lembu / Kambing / Lamb / Rusa Lobster Malaysian Food Festival Masakan Ala Kadazan / Dusun Masakan Ala Bajau Masakan Ala Bugis Masakan Ala Cina Masakan Ala Cocos Masakan Ala Jawa Masakan Ala Mamak Masakan Ala Nyonya Masakan Ala Pakistan Masakan Ala Thai Masakan Asia Selatan Masakan Asia Tengah Masakan Brunei Masakan India Masakan Indonesia Masakan Minang Masakan Negeri Sembilan Masakan Pahang Masakan Sabah Masakan Sarawak Masakan Singapura Masakan Suluk Masakan Timur Tengah Masakan Tradisi Kedah Masakan Tradisi Kelantan / Terengganu /Pantai Timur Masakan Tradisi Melayu Melaka Masakan Tradisi Perak Masakan Tradisi Pulau Pinang Masakan Tradisional Nusantara Masakan Utara Menu ala Fusion Minuman Panas / Sejuk Muffin Nuffnang Oleh-oleh Otak-Otak Pakistan Pastry Pemakanan Sihat Pembelian Online Petua Di Dapur Pie Pizza Puding Resepi Amie's Little Kitchen di Media Cetak Resepi Bonda Roti Sambal Sambutan Hari Istimewa Santai Bersama BEN ASHAARI Sarapan Pagi / Minum Petang Sate Sayur Seafood Segmen : Meriahnya Dunia Masakan Segmen Share Resipi Setulus Kasih Soto & Coto South Africa & Portuguese Food Telur Tempahan Western Food Wordless Wednesday

Subscribe