Bismillahirrahmanirrahim.
Selepas menghantar Abang Farid balik ke rumah mentuanya di Gombak, kami terus pulang ke kampung. Sempat singgah beli otak-otak dan pepes ayam untuk Bonda. Jangkaannya, pada pukul 12.00 tengah malam kami akan bertolak ke lapangan terbang. Abang Farid pula akan menyusul dari Gombak.
Begitu dan dan begini, lebih kurang pukul tiga pagi kami berlima sudah duduk di Hometown Hainan Coffee di KLIA Terminal 2. Fairuz dijadualkan terbang ke Kota Kinabalu menaiki pesawat AirAsia pada pukul 6 pagi. Kami pula akan bergerak ke KLIA Terminal 1 dan akan menaiki pesawat MAS ke Kota Kinabalu pada pukul 9:35 pagi.
Sedang kami duduk menulis makanan yang dipesan, tiba-tiba Abang Farid telefon Fuad. Katanya, dia tidak tahu di mana kami berada. Dimintanya Fuad dan Fairuz turun ke tempat letak kereta.
Eh, mustahil Abang Farid tidak tahu di mana Hometown Hainan Coffee!
Bukankah di situ tempat kami selalu lepak bersama.
Hairan juga tiba-tiba tak tak tahu jalan.
Huurrrmmmmm!
Anak-anak memang suka buat kejutan!
Rupanya Abang Farid minta Fuad dan Fairuz bawa kotak berisi kek dan beberapa buah bekas lain. Kek apa pula yang dibawa?
Oh, kek untuk kami, ulang tahun perkahwinan ke-29 tahun.
Sebenarnya sudah berlalu, tapi anak-anak tak sempat raikan. Mereka tetap nak sambut juga walaupun pada pukul tiga pagi!
Kami diijabkabulkan pada 18 November 1994, tetapi hanya kenduri kecil dan diraikan bersama saudara-mara dan jiran tetangga terdekat sahaja. Maklumlah, keesokannya pada 19 November 1994 terpaksa lapor diri menghadiri kursus induksi selama lima minggu di Kota Kinabalu. Pada 25 Disember 1994 keluarga sebelah Encik Suami mengadakan majlis besar di LD. Anak-anak senang hendak ingat, jadi diambil tarikh 25 Disember sahaja.
Terima kasih anak-anak atas ingatan kalian untuk Baba dan Mommy.
|
Anniversary Baba & Mommy |
Rasanya macam hendak bersahur pula. Pukul tiga pagi, dengan muka kusam, mata sembab sebab mengantuk, tiba-tiba disorongkan kek!
Makanan dan minuman yang dipesan sudah sampai di meja.
Firdaus pula tidur!
|
Hainan Tea (Milk Tea) & Hainan Kopi - Iced |
|
Hainan Tea O, Gula Melaka Hainan Kopi & Hainan Kopi O |
|
Gula Melaka Hainan Kopi |
|
Fairuz - Curry Mee with Poached Chicken |
|
Amie - Minced Chicken Rice Bowl with Onsen Egg |
|
Abang Farid - Hainan Chicken Rice & Fried Chicken Leg Quarter |
|
Fuad - Nasi Lemak & Fried Chicken Leg Quarter |
|
Encik Suami - Basil Pasta Spaghetti & Fried Chicken |
|
Firdaus - Grilled Chicken Chop Mushroom Sauce |
|
Bisnmillah.
Harga 'sahur' di sini RM282.90. |
|
Abang Farid - Gombak ke Tronoh, Perak Fuad - TBS - Jelutong, Penang. Fairuz - KLIA2 ke Kota Kinabalu |
|
Firdaus, terus tidur sampai kami selesai makan!
Waktu Encik Suami suap kek, matanya masih terpejam! |
Pukul 4:30 pagi, kami hantar Fairuz ke pintu masuk untuk berlepas.
|
Take care, dik! |
Fairuz tak perlu daftar bagasi sebab dia hanya bawa hand luggage.
Datang dari Kota Kinabalu seminggu lepas, berat hand luggagenya hanya tujuh kilogram.
Hendak dijadikan cerita, ketika hendak masuk ke tempat pemeriksaan begnya kena timbang dan beratnya 11 kilogram! Petugas Air Asia arahkan Fairuz pergi ke kaunter dan bayar bagasi di sana.
Syukurlah, waktu itu kami belum lagi meninggalkan KLIA Terminal 2 untuk ke KLIA Terminal 1. Jadi, Firdaus serahkan begnya kepada Encik Suami. Dia lenggang kangkung masuk semula untuk pemeriksaan imigresen. 11 kilogram itu kalau naik pesawat AirAsia memang 'memakan' harga juga!
Berat bagasi kami setiap seorang seberat 40kilogram. Sekarang sudah ada tiga kotak dan tiga beg. Tambah satu lagi beg Fairuz, semuanya ada tujuh! 40 X 3 orang = 120 kilogram. In syaa Allah berat kotak dan beg kami tidaklah sampai 100 kilogram!
Mujur juga kami tidak terus terbang ke LD. Kami terpaksa transit Kota Kinabalu kerana penerbangan ke LD sudah penuh pada hari tersebut. Abang Farid sudah tempahkan hotel di Kota Kinabalu untuk kami menginap satu malam. Jadinya, apabila Fairuz sampai dahulu ke Kota Kinabalu, bolehlah ambil kereta dan datang semula ke lapangan terbang untuk ambil kami dan bawa ke hotel! Pada masa yang sama, Fairuz boleh ambil begnya dari kami.
Begitulah percaturannya.
Kadang-kadang kita tidak tahu apa hikmah di sebali perkara yang berlaku.
Mudah-mudahan segalanya akan lancar sewaktu kami daftar bagasi di KLIA Terminal 1 nanti.
|
Hand luggage Fairuz yang terlebih had timbangan! |
|
Terima kasih anak-anak, meraikan Baba dan Mommy kala dinihari di Hometown Hainan Coffee. Semoga kalian sentiasa dipermudahkan urusan dunia dan akhirat, sentiasa sihat dan taat kepada perintah Allah dan Rasulullah SAW. |
Happy Birthday Sis
BalasPadamTerima kasih. Anniversary sebenarnya.
PadamSelamat hari lahir, Kak Amie. 'Sahur' makan kek ya, hihi.
BalasPadamTerima kasih SK. Hari lahir perkahwinan ke 29 tahun....hehehee.
PadamHappy belated anniversary cikgu & En Majid..
BalasPadamSemoga terus dikurniakan sakinah..mawaddah & rahmah hingga ke Jannah๐คฒ
Terima kasih Mama Cella.
PadamAmin ya Allah. Terima kasih doanya.
Happy Belated Anniversary Kak Amie..!!! Moga sihat ceria selamanya.
BalasPadamTerima kasih Mulan.
PadamAmin ya Allah.
Kak Amie nanti email details ya.
BalasPadamo-mulan@hotmail.com
Baik Mulan. Mungkin emel details tempoh hari tak sampai.
PadamTadi sudah Kak Amie emelkan sekali lagi.
Alhamdulillah...semoga terus kekal berkasih sayang hingga ke Jannah ye kak
BalasPadamAmin ya Allah.
Padamanak-anak akak bab buat suprise memang terbaik, memacam suprise ada. Kita yang baca lak yg seronok,. kadang menitis air mata sebab tumpang terharu. Sayangkan anak-anak pada akak dan suami... suka tengok anak-anak yang sangat menghargai ibu bapanya. Moga kekal bahagia hingga ke Jannah kak
BalasPadamAlhamdulillah. Amin ya Allah.
PadamItulah Dana, walaupun masing-masing berjauhan, sesekali berjumpa mudah-mudahan akan mengertakan hubungan kekeluargaan.
Walaupun jam 3 pagi tapi meriah disambut gitu. Alhamdulillah..Selamat ulang tahun perkahwinan ke-29 Kak Amie dan suami. Semoga terus bahagia sampai syurga. Aamiin...
BalasPadamAmin ya Allah.
PadamTerima kasih doanya ya Fizah.
Doa yang sama buat Fizah dan suami.
Baik sangaaaat jagoan2 kak Amie ❤️๐. Pintar mereka kasih kejutan untuk mama papa nya yaaa. Waaah dah lama juga pernikahan Kaka. 29 tahun ❤️. Dah tercapai pernikahan perak 25 tahun yaa. Saya doakan kakak bisa mencecah pernikahan emas, yg 50 tahun
BalasPadamAir asia ini memang strict sangat soal bagasi kan ๐. Lebih sedikit LGS suruh bayar. Tapi saya ttp suka naik ini kalo tujuan Asia tenggara ๐
Happy anniversary utk kak amie dan suami walaupun dah terlajak 2 bulan dah ni hahaha
BalasPadamTak tau laa nak ckp AA ni…
Yg peliknya kak
Kat Vietnam taka da pun diorg check berat luggage ni
Semua jln straight je lps imi
Tp dah lajak 11 kg tu
Mmg tak leh nak kata apa laa…
Adoiiii Firdaus
Hahaha macam2 laa anak bongsu ni…
Sambil terpejam pun boleh…