Bismillahirrahmanirrahim.
Amie kongsikan gambar-gambar yang sempat diambil semasa berada di Colmar Tropicale Resort pada 19-20 Disember 2023. Memandangkan keadaan cuaca yang kurang berpihak kepada para pengunjung, jadi tidaklah begitu sempurna gambar-gambar yang dipaparkan. Maklumlah semasa hujan turun kami pun berlari-lari mencari tempat berlindung. Apabila hujan berhenti, kurang selesalah pula berjalan sebab tanah yang basah dan sebahagiannya berpasir pula. Walaupun tanah sedikit berlumpur dan berpasir melekat di kasut tetapi rasa macam melekat di muka pula ....ahaks! Satu lagi, tidak semua kawasan kami sempat jejaki seperti swan pond, swimming pool dan viewing tower.
Langit pun memang nampak sendu, kabur warna birunya yang ceria kerana dilindungi oleh awan kelabu. Keesokan paginya pula, selepas sarapan kami hendak tangkap gambar lagi. Namun begitu tidaklah banyak gambar yang diambil memandangkan matahari pagi yang memancar terik! Tak tahan pula menghadapinya, bergambar sambil terpejam-pejam mata menahan pancaran cahaya. Kiranya itulah rezeki kami untuk hari tersebut. Kalau mengharap akan datang lagi dalam masa terdekat, belum tentu boleh sebab jarak jauh menjadi penghalang. Jadi, ini sahajalah kenangan terindah yang dapat dirakam sepanjang berada di sini.
Kedai cendera hati di Block Azalea. |
7 Elevan. |
Bilik permainan kanak-kanak di Block Euphorbia. |
7D Arc Adventure |
Wishing Fountain |
Ada train dan bas. Firdaus hendak naik bas. |
Sebelah malamnya kami datang semula untuk menemani Firdaus menaiki bas dua tingkat dan duduk di bahagian atas. Setelah tiket dibeli, Firdaus terpaksa menunggu beberapa minit. Tiada penumpang kanak-kanak lain. Akhirnya hanya Firdaus sahaja seorang tanpa teman dibawa mengelilingi Colmar Tropicale Resort.
Firdaus berseorangan di atas bas dua tingkat.
Viewing Tower. |
Keesokan paginya selepas sarapan dan sebelum daftar keluar, kami ambil gambar di hadapan block penginapan kami iaitu Block Fuchsia.
Terang betul pancaran matahari. Nampak langit biru tanpa awan.
comel je bas 2 tingkat tu...kiranya malam tu bas 2tingkat firdaus yang punya hehe
BalasPadamBetul sangat. Dia tetap hendak naik bas dua tingkat tu.
PadamRindu nak pergi jalan2 ke sini lagi tapi tu la, bila dah dekat rasa bila2 je boleh pergi tapi tak pergi2 pun 😂
BalasPadamMemang begitulah kan Carneyz.
PadamBiasanya yang jauh itulah yang teruja hendak datang hihihiii.
Hehe kalau tidak hujan, panas terik pula untuk bergambar.
BalasPadamHihihiii.... semuanya serba tak kena ye NA.
Padamcantik sungguh pemandangannya..
BalasPadamBetul. Perkampungan Perancis di tengah hutan hujan tropika.
PadamTapi still cantik juga gambarnya Kak Amie. Macam tak ramai orang masa kak Amie pergi ni. Bagus juga tak ada orang lain dalam gambar. Untunglah Firdaus naik keretapi sorang². Best juga ye bermalam disini. Teringin nak bermalam tapi macam tak tahu sangat aktiviti yang ada. Pernah pergi tapi balik hari je lah.
BalasPadamSebenarnya ramai juga pengunjung yang datang ke sini. Tapi Kak Amie malas nak tangkap gambar yang banyak 'aksesori'nya. Malas nak edit pun iya jugaa. Kadang terpaksa tunggu 'aksesori' nya pergi atau ambil sahajalah sudut-sudut yang 'sunyi' dari tumpuan ramai.
Padamcantik-cantik pemandangan kat sini..memang setiap sudut wajib bergambar
BalasPadamMemang cantik SA.
PadamLagi cantik kalau tidak hujan atau terlalu panas oleh pancaran matahari. Senang dan tenang saja kalau nak bergambar.
Macam obesi....saya belum pernah sampai sini...menarik
BalasPadamSuasana obesi dibawa masuk ke Malaya kan Mama Cella.
PadamSy rasa tak ada harapan nak meronda ke sini, hihi.
BalasPadamDifahami SK hihihiiii.
PadamRinduuuuu sangat liatnya 😍😍. Benar2 cantik memang resort ini.. dulu saya sewa mobil dengan driver sekali menuju colmar. Krn memang susah kan transportasi kesana bagi foreigners 😅
BalasPadamKami baru pertama kali sampai sini.
PadamMaklum sahaja hanya hujung tahun dapat cuti panjang. Tapi hujung tahun pula musim tengkujuh. Tawakkal sajalah datang ke sini.... hujan pula!