Bismillahirrahmanirrahim.
Cadangnya kami hendak berhenti di RNR Tapah tapi pusing-pusing tidak ada ruangan untuk letak kereta. Akhirnya kami ambil keputusan untuk teruskan perjalanan sehingga ke RTC (Rural Transformation Center) Perak di KM16 Jalan Gopeng. Jam menunjukkan pukul 2:15 petang dan memang agak lewat sedikit untuk kami mencari makan tengah hari. Di RTC Gopeng ini bukan sahaja banyak tempat makan, tetapi juga ada Pasar Raya MYDIN, Agro Bazar - Jualan Produk Pertanian dan Asas Tani. Tempat letak kereta juga luas. Surau besar terletak di bahagian hadapan pintu masuk. Pendek kata macam-macam ada di RTC Gopeng ini termasuklah taman permainan kanak-kanak dan sebagainya.
Fuad ajak kami makan Nasi Kandar Padang Kota. Ikut sahajalah cadangannya. Encik Suami tidak mahu makan nasi kandar kerana takut perutnya meragam dengan kuah yang pelbagai. Jadi Amie pilihkan untuknya nasi ayam.
Peta RTC Gopeng |
Orang ramai memenuhi ruang makan di medan selera. |
Menjamu selera dengan pilihan menu masing-masing. |
Amie : Nasi kandar lauk kari terur sotong dan emak sotong, peria goreng, telur masin dan kuah campur. |
Fuad, Fairuz dan Firdaus masing-masing memilih lauk ayam goreng. |
Walaupun hanya pilih dua lauk dan sepotong telur masin, tapi terfikir-fikir bolehkah habiskan sepinggan nasi kandar ini?
Bismillahirrahmanirrahim. |
Alhamdulillah. Habis juga. |
Harga 4 pinggan nasi kandar dan 6 gelas minuman berjumlah RM90.00 |
Mi Sizzling ( atas) & Nasi Ayam (bawah).
Jalan-jalan di Agro Bazar sebelum meninggalkan RTC Gopeng.
Menjelang pukul 3 petang kami tinggalkan RTC Gopeng.
Hendak ke mana?
Jom ke Sungai Petani, Kedah Darul Aman.
Itu negeri kelahiran Mama Cella kan?
Bestnya nasi kandar tu🤤
BalasPadamMemang best pekena sekali-sekala.
PadamBila balik kampung memang 'balas dendam' jalan-jalan cari makan dekat sini ye Kak Amie hehe. Tergoda betul tengok makanan yg Kak Amie post semua nampak sedap.
BalasPadamRindu setahun, ambil kesempatan melerai dalam tempoh beberapa hari sahaja. Seua nak diterjah.
PadamRajin betul jalan-jalan.
BalasPadamBanjir betul nasi Puan Amie.
Kan. Celomot pinggan jadinya hihihii.
PadamNampak menarik...
BalasPadamSelamat datang ke negeri Jelapang Padi 🤗
Terima kasih PH.
PadamJejak kaki ke negeri kelahiran Mama Cella.
Sungai Petani bawah lagi. Mama Cella orang Pendang, cuma lahir kat sana jugak ke tak pasti la.. tunggu Mama Cella jawab 😆.
BalasPadamYa, sempat jejak Sungai Petani saja. Jadilah, dapat cemar duli negeri tanah tumpah darah Mama Cella walaupun bukan daerah kelahirannya.
Padamwahhh pusing semenanjung cuti-cuti kak amie kali ni
BalasPadamPusing-pusing negeri yang tak banjir Afzan.
Padamterus lapar tengok semua menu nasi kandar dengan lauk yang pelbagai tu kak oi... aduh lapar
BalasPadamPanas-panas lagi tu Dana.
PadamHaish....berapa hb Disember ni cikgu pi Sg Petani?
BalasPadamJangan jangan masa tu saya ada kat Kedah...
Saya suka singgah RTC ni berbelanja barang dapur dulu kat Mydin & belanja Bread.
Kalau bulan puasa meriah situ siap ada live kacau dodol
25 Disember 2023 ni Mama Cella. Sama tarikh ke? Selisih kot kita hihihiii. Nampak juga hari tu orang tengah kacau dodol dalam kawah.
PadamEh,saya ada kat Kedah tarikh tu..
PadamBelanja Aqil naik kapal terbang..Tapi malamnya naik bas balik KL
Baru minggu lepas saya makan di nasi kandar padang kota di RTC Gopeng ni. Mamak dia laju je, cedok kuah dan lauk. Padahal kita baru je tunjuk, nak bertanya lauk apa. Hehe... Gendut kan, lepas makan sini. :D
BalasPadamBetul Nur. Dia kira harganya pun cepat juga.
Padamammi kalau makan nasi kandar....nasi tu tak jumpa terus dek banjirnya kuah
BalasPadamKuah campur sedap sungguh kan Amni.
Padam1st time Linda singgah situ tahun lepas..puas hati besar tempatnya...
BalasPadamYa, tempatnya luas. Suraunya pun besar.
Padamsuka tempat yang parking luas macam ni. nasi kandaq tu terliur nengoknya
BalasPadamRasanya tempat parking di RTC Gopeng ini lebih luas berbanding RNR Tapah.
PadamMemang nasi kandar selalu buat orang terliur.
jauh betul berjalan ni kak amie..sedapnya nasi kandar tu..terliur dibuatnya...
BalasPadam