Bismillahirrahmanirrahim.
Jom jalan-jalan ke Bukit Tinggi, Pahang. Kami berhasrat untuk singgah di mana-mana tempat yang boleh dilawati. Maklumlah dengan cuaca yang tidak menentu ditambah dengan musim tengkujuh di hujung tahun, tidaklah boleh mengharapkan semua perancangan menjadi nyata. Sebelum menjejak ke Bukit Tinggi terlebih dahulu kami melihat ramalan cuaca. Ribut petir dijangka akan berlaku di sebelah petang. Maknanya pada sebelah pagi sehingga lewat tengah hari kami boleh beraktiviti di sana. Sebelah petang duduk berehat sahajalah di hotel. Jadi, selepas sarapan di Royale Coffee House, kami bergegas meninggalkan bilik untuk daftar keluar.
Abang Farid sudah menempah penginapan di Colmar Tropicale Resort. Kami tiba di Bukit Tinggi pada pukul 11:05 minit pagi. Masih banyak waktu terluang sebelum daftar masuk hotel pada pukul 3 petang.
Pada mulanya kami bercadang untuk ke:
- Japanese Village
- Botanical Garden
- Rabbit Farm
- Bukit Tinggi Horse Trail Rides
Tertarik juga untuk mengikuti aktiviti yang agak lasak, tapi memikirkan cuaca dan juga tiada persediaan dari segi stamina, eloklah santai-santai sahaja. Antara aktiviti yang boleh disertai di Bukit Tinggi termasuklah:
- Flying Fox
- Canopy Walk
- Paintball Wayfare
- Rock Climbing
- High Rope Obstacle Course
- Dan Lain-lain
Salah satu tempat yang sempat kami lawati ialah Japanese Village. Terjebak jugalah Encik Suami dengan gambar yang ditunjukkan oleh juru gambar yang mengambil gambar kami di laluan masuk jalan ke Japanese Village.
Gambar : RM30.00 |
Sebelum sampai ke Japanese Village, ada peringatan atau amaran dipaparkan di bawah anak tangga yang berbunyi:
Pelawat yang mempunyai masalah pernafasan dan jantung tidak digalakkan untuk mendaki 88 anak tangga ini. Pihak pengurusan tidak akan menerima liabiliti dan bertanggungjawab. Terima kasih di atas kerjasama anda.
88 anak tangga yang perlu didaki sebelum sampai ke jalan berbukit menuju ke Japanese Village. |
Sekarang kami sudah sampai di pintu masuk Japanese Village. Ada beberapa tempat di Japanese Village yang boleh dilawati seperti:
- Japanese Garden
- Japanese Tea House
- Tatami Spa
- Ume Tatami Suite
- Souvenir Shop
- Ryo Zan Tei Restaurant
Selamat Datang ke Rumah Teh Jepun yang pertama di dunia dalam Hutan Tropika. |
Souvenir Shop |
Kami meneruskan perjalanan menjelajah Japanese Village. Perkampungan Jepun terletak di tengah-tengah hutan hujan yang subur di Bukit Tinggi, Pahang. Perkampungan yang direka dan dibina oleh sepasukan arkitek dan tukang dari Jepun ini dipenuhi dengan laluan berliku, air terjun, taman yang indah berinspirasikan Zen, dan juga Japanese Tea House serta spa berkonsepkan Jepun.
Jika berminat boleh sewa kimono yang disediakan untuk mengambil gambar kenangan di kawasan sekitar.
Tenang saja suasana di sini dengan bunyi air yang mengalir di celah-celah batu. Amie videokan suasana di sini tetapi tak boleh dimuatnaik pula!
Ume Tatami Suite |
Sekian. Cerita jalan-jalan di Japanese Village.
dah makin cantik taman2 di bukit tinggi tu kak, last dana pergi tahun 2008 ke 2009 dulu, bila tengok gambar akak banyak dah ditambah dan makin cantik. Best je situ sejuk je
BalasPadamAda penambahbaikan ye Dana.
Padammurah jugak lah gambar kenangan tu, kalau linda mmg akan beli jugak..sebab x taw bila lagi boleh sampai...hihihi
BalasPadamItulah... sayang pula kalau tak dibeli.
PadamTenang dan damai...seakan terdengar deruan air diiringi alunan music Kitaro....
BalasPadamSukanya tempat macam ni
Saya pun suka dengar music Kitaro. Jauh terbuai perasaan.....
Padamwahhhhh best ni! dah dlm wishlist Ana juga lokasi ni hehe
BalasPadamIn syaa Allah, akan sampai juga ke tempat ini.
Padamcantik view tanah tinggi ni pernah ke sini ronda2 ja
BalasPadamMemang cantik kawasan hutan hujan tropika ini.
PadamCantiknya. Dah lama ada dalam wishlist. Tapi masih belum tertunai 🤭
BalasPadamIn syaa Allah kalau ada dalam wishlist, lambat-laun akan sampai juga.
PadamBila kak amie pergi ni? ammi pergi 25/12 haritu. ramai juga orang
BalasPadam19 Disember 2023. Duluan 6 hari dari Ammi.
PadamBanyak juga pembaharuan di sini. Dah lama tak jejak sini. Pernah pergi 2 x, 2x tu jugak sewa pakai kimono yang berbeza. Suka vibes Japanese di sini. Tenang rasanya dengar bunyian air tu kan.
BalasPadamDuduk lama-lama di sini pun tak apa.
PadamRamai juga hari tu yang bergambar dengan berpakaian kimono.
dah banyak berubah la kat sini...eh...tertinjau2 SA x namapak aseeyag isteri Abang Farid, x ikut ye dia...
BalasPadamAseeyah waktu ini sedang kuarantin diri di rumah keluarganya di Gombak.
PadamOrang jauh dah sampai sini..
BalasPadamKita yang dekat ni pun...biasanya lalu situ ak ke Pantai Timur pandang ja sebelah kiri tu...hihihi
Singgah-singgahlah sini Mama Cella.
PadamRasa cool je suasana nya.
BalasPadamMemang cool. Tak ada nyamuk hihihiii.
PadamMasih cantik seperti dulu yaaa 😍😍😍😍. Saya ke Colmar trakhir 2013. Anak sulung masih kecil. Si adik pun belum ada 🤣. Nak pula kesana lagi ajak si adk bungsu. Sukaaa dengan suasananya yg di French village ataupun Japanese village ini.
BalasPadamFrench Village dan Japanese Village memang ada tarikannya yang tersendiri walau berada di tengah-tengah hutan hujan tropika.
Padam