Pages

Jumaat, 26 Januari 2024

Cendol Batu 7 : Sedapnya Macam Rasa Cendol Dulu-Dulu

Bismillahirrahmanirrahim.
Watak Abang Farid muncul di awal dan akhir percutian kami. Abang Farid ikut kami ke Pagoh pada Jumaat 29 Disember 2023 dan makan tengah hari bersama di R&R Jejantas Ayer Keroh Melaka. Sebelah petangnya masih lagi bersama kami menyendol di Batu 7 Gombak sebelum kami hantar pulang ke rumah mentuanya.

Alhamdulillah, langkah kanan dapat merasa Cendol Batu 7 Gombak yang cukup rasa lemak manis dengan santan segarnya! Tak ingat berapa harga setiap jenis cendol yang kami pesan.

Amie : Cendol Kacang Merah tapi kacang merah sembunyi bawahnya.

Cendol Batu 7 Gombak terletak di tepi jalan raya.

Fairuz : Cendol Mangga

Encik Suami : Cendol Pulut

Fuad : Cendol Mangga

Comelnya jew cara penyajiannya.  Gula merah / melaka dan kacang merah diletak di bawah, tepinya dibubuh ais batu parut. Bahagian lain diletak santan dan cendol.


Kita teringin makan laici kang. Dulu-dulu waktu bulan puasa pernah beli laici kang di Greenwood.

Firdaus : ABC

Abang Farid : Jus Epal Hijau

Pisang Nangka Goreng

Pisang nangka goreng ini kita ingat harganya. Dua keping RM1.00.


Keropok

Pisang Nangka Goreng

Sesungguhnya kita tersangatlah gembiranya dapat singgah basahkan tekak, menyendol di sini. Sudahlah cendolnya sangat sedap, pisang nangka gorengnya pula semerbak wangi! Aduhai... kalau ruang perut kita besar memang hendak makan banyak-banyak! Kenapalah di LD tidak ada pisang nangka? Teringat dulu-dulu, kalau arwah Ayahandan dan Bonda ke Sungai Buluh, ada dua kenangan yang tak mungkin kami lupakan:
  • Menyendol di gerai mamak.
  • Makan pisang nangka goreng, juga di gerai mamak. Setelah pisang nangka goreng panas di letak atas piring, mamak akan taburkan sedikit gula. Harumnya....wanginya....semerbaknya pisang nangka goreng!


24 ulasan:

  1. Macam tak lengkap je bahan2 laici kang dia?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ooo tak lengkap ye Uncle. Bekasnya tu besar sangat kot hihihii.

      Padam
  2. Boleh cuba ni... tak pernah singgah...

    BalasPadam
  3. Menyegarkan apabila minum cendol di panas hari..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Memang menyegarkan, apalagi kalau cendol bersantan kelapa segar.

      Padam
  4. wak sedapnyer cendol potong kaki ni namanye kak., hehe

    BalasPadam
    Balasan
    1. Berpada-pada Wak, lepas menyendol bila dengan seliter air kosong ye.

      Padam
  5. keropok ngn pisang goreng tu paling sedap.. yumm yumm yumm...

    BalasPadam
  6. Tak pernah singgah. Boleh cuba ni.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Cuba ye Carneyz.
      Kak Amie rasa sedap. Tapi tak tahulah citarasa Carneyz pula hehee.

      Padam
  7. Sajian petangnya enak² belaka ni, Kak Amie.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Lama sangat tak jumpa pisang nangka goreng SK. Mmemang rasa sedap sangatlah.

      Padam
  8. Aduh...nak kena ajak Cella pi cari ni...Setakat ni saya blm jumpa cendol yang betul2 lemak santan segar macam dulu2. Belah belah sini banyak guna santan sawit dan susu..Tekak kampung macam saya. ak santan kelapa...heee

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tak pastilah santan kelapa asli atau santan sawit, tapi bukan rasa susu. Masih ada rasa santan tapi taklah lemak sangat santannya. Samalah tekak kita Mama Cella, tekak kampung yang sentiasa dahagalah cendol santan kelapa!

      Padam
  9. Sesekali hirup yang lemak manis, terus lupa dunia hihihii.

    BalasPadam
  10. Saya pun paling gemar pisang nangka sebab rasa manis dan sedikit masam.

    BalasPadam
  11. tak sangka takde pisang nangka kt LD kak? kiranya memang ada jenis buah yg ada kt sini tp takde di sabah la ye, ingatkan semua sama je. Tengok pun dah tahu sedap cendolnya... dana kadang lebih suka cendol simple gini dr yang ada macam2 isi

    BalasPadam
  12. Memang nikmat betul dapat menyendol dan menikmati pisang goreng yang sedap kak Amie. Cuaca panas dapat sejukkan tekak dengan cendol memang best. Yang biasa biasa tak perlu banyak accesories dah kira sedap dah tu kan.

    BalasPadam
  13. Saya baca ini pas lagi puasa pula 🤣🤣🤣. Langsung perut kriuk2 liat cendol dan pisang goreng 😂😂.

    Unik juga ada cendol mangga. Kalo di sini cendol nangka, saya blm coba kalo dicampur mangga. Tapi pasti sedap, Krn mangga pun manis 😍

    BalasPadam
  14. cendol dgn goreng pisang
    kompemmmm
    benda ni laa ramai rindukan malaysia...

    BalasPadam