Bismillahirrahmanirrahim.
Beginilah kalau musim cuti sekolah. Bukan jalan darat sahaja sesak, jalan udara pun sama juga! Kalau tidah tempah awal memang tak dapat tempat duduklah jawabnya! Sama dengan kami. Hendak balik kampung, dapat penerbangan paling akhir dari LD ke KK. Sampai KLIA Terminal 1 sudah lewat malam, tapi teruskan juga perjalanan balik kampung pada malam tersebut.
Baliknya pula, dari Kuala Lumpur ke Kota Kinabalu pukul 9:35 pagi pada 30 Disember 2023 tetapi tak dapat hendak sambung terbang ke LD sebab tempat duduk sudah penuh. Terpaksalah bermalam di Kota Kinabalu dan terbang keesokan harinya.
Syukur Alhamdulillah.
Allah permudahkan urusan.
Fairuz sedia berkhidmat untuk kami.
Sebaik mendarat di Kota Kinabalu, dibawanya kami makan tengah hari. Setelah kenyang makan, dihantarnya pula kami ke Oceania Hotel untuk daftar masuk. Katanya, Mommy dan Baba berehatlah dulu. malam nanti dia akan datang semula untuk bawa kami makan malam.
Oceania Hotel Sumber - Google |
Sama saja kan pemandangannya.
Ada meja, ada kerusi, televisyen skrin rata, ada almari, penyangkut baju dan selipar. Encik Suami kata sterika terletak di luar bilik.
Bolehlah berehat sambil mengopi sementara menunggu Fairuz datang sebelah malam untuk bawa kami keluar makan.
Tandas pun bersih dan selesa, juga dilengkapi dengan tuala.
Sarapan dihantar ke bilik seawal pukul tujuh pagi. |
Lot 60-64, Lorong Ikan Juara 5,
Jaya 88000
Kota Kinabalu, Sabah.
Harga bilik dua katil single untuk satu malam : RM175.64sen.
Termasuk sarapan.
Sarapan dihantar ke bilik seawal pukul tujuh pagi:
- 2 cawan minuman panas
- 2 botol air berperisa
- Chicken slice
- Telur hancur
- Kacang panggang
- Kek Pisang
- Hirisan Buah Epal
Gembira dan seronok setelah hampir dua minggu menghabiskan cuti bersama keluarga di kampung dan anak-anak. Rasa letih tidak terasa kerana dilindungi oleh perasaan tersebut!
Hampir ½ bulan di Malaya...
BalasPadamTukang baca meter air dan elektrik kat rumah LD terkejut tengok bil rendah bulan Disember...
hihihihi
Hehehee... nanti tanya Encik Suami, berapa pengurangannya. Bolehlah minta belanja makan bakso.
Padamwahh, dok hotel semalam pon rasa mewah., hehe
BalasPadamHotel biasa saja Wak. Cukuplah sekadar bersihkan diri, solat dan beristirahat seketika.
PadamBersih cantik hotel, siap ada breakfast tu. Rindu nak ke KL. Makanan sedap2.
BalasPadamBreakfast dihantar ke bilik pula tu.
PadamNengok katil yang empuk tu syioknya dapat beradu.
BalasPadamMemang betul-betul tidur ni sampai ke pagi.
PadamJarang pulak bekfes hantar ke bilik... akak mmg request ke? kalau dulu zaman covid je macam ni kan
BalasPadamMemang sudah diberitahu sarapan akan dihantar ke semua bilik penginapan.
PadamSesuai pilihan warna dinding dgn nama hotel tu, Kak Amie. Mereka mmg tak sediakan buffet sarapan ke?
BalasPadamTiada buffet sarapan.
Padammenarik hotelnya kak, sama gambar dalam laman web dan yang sebenarnya, yang penting selesa untuk diduduki. Wah best jugak walau takde buffet sarapan tapi ada yg siap dihantar di bilik dah ok sgt tu
BalasPadamRingkas sahaja sarapannya kan Dana.
PadamBaguuus hotelnya kak. Dekat bandara berarti yaaa?
BalasPadamKalo mau ke LD masih harus terbang lagi, lama juga ke sana 😅. Tapi memang melihat peta saja letaknya masih agak jauh. Kalo jln darat pasti lebih capek
Saat berlibur pasti tak terasa samasekali.tapi nanti di rumah, barulah mulai connect dulu dengan keadaan 😂
boleh tahan selesa juga eh hotel ni
BalasPadamada sarapan tu yg penting
insya allah ada rezeki ke KK nanti
bolehlah menginap kat sini...
harga pun boleh tahan...