Bismillahirrahmanirrahim.
Teringat pesan Wak Aton supaya belikannya Jeruk Madu Pak Ali. Tapi Wak Aton hendak jeruk buah salak saja. Sebelum meninggalkan Bukit Mertajam, kami singgah di Kubang Semang (Jeruk Madu Pak Ali Cawangan Penanti).
Pada mulanya hanya hendak beli jeruk buah salak sahaja, tetapi terlanjur beli 17 bungkus Jeruk Madu Pak Ali! Itu pun setiap bungkus 500 gram. Kalau satu kilogram, tidakkah seguni jadinya? Bolehlah hulur sebungkus untuk ahli keluarga buat rasa-rasa. Tak cukup beli buah-buahan jeruk, rembat juga Kuah Rojak Pak Ali yang pedas dan yang original. Nampak Garam Belacan Pak Ali, pun sauk juga. Campur semua ada 12 bekas.
Pelbagai jenis buah-buah jeruk: Salak Madu Pala Penang Mangga Sala Mangga Kuning Sengkuang Betik Kedondong Hijau Asam Kelubi Dan Lain-lain |
Jeruk Madu Pak Ali Cawangan Penanti |
Harga sebahagian buah tidak sama. Misalnya harga buah salak madu paling mahal di antara buah-buah jeruk yang ada.
Salak Madu RM25.50 sen sekilogram. |
Inilah jeruk salak madu kegemaran Wak Aton. |
Entah di mana silapnya, sampai di LD tak jumpa pula Garam Belacan Pak Ali dalam kotak!
Kami biasa juga makan Jeruk Madu Pak Ali tetapi yang kami beli sendiri di sini rasanya agak berbeza dengan yang biasa kami makan. Agaknya masih segar kot sebab sewaktu kami beli barulah dibungkus! Tunggu ya Jeruk Madu Pak Ali! Nanti kami datang lagi.
sedapnya jeruk salak tu. lama tak beli jeruk madu pak ali ni.
BalasPadamSedaplah Jeruk Madu Pak Ali. Tak cukup ni hihihi.
Padamagaknya garam belacan pak ali tertinggal di kedai ke kak?kalau dekat boleh pergi tanya
BalasPadamItulah, tak perasan pula tertinggal di mana.
PadamIngatkan tak dapat dah jeruk Pak Ali ni..
BalasPadamNaniey suka beli air buah pala dia,.
Usahakan juga, cari sampai dapat.
PadamOoo ada air buah pala juga ye. Macamanalah rasanya tu. Mesti sedap kan.
Lahhhh.. mana pulak pergi garam belacannya?
BalasPadamMaknanya disuruh datang baliklah ke Penang hehehee.
PadamSedap memang sedap jeruk Pak Ali ni. Terliur tengok.
BalasPadamSedap kan Mulan. Lain kali kena beli lebih banyak lagi.
PadamAik garam belacan hilang plak..ada tu..mesti x abis punggah lagi...
BalasPadamTak ada SA.
PadamSemua sudah dipunggah.
Semua sudah dimakan... ahaks!